Adsense

Isnin, 15 November 2010

macam macam hiburan terkini

macam macam hiburan terkini


Cinta Diana, Farid dibantah keluarga?

Posted: 14 Nov 2010 04:18 PM PST


APABILA membaca laporan Metro Ahad terbitan 7 November lalu dengan judul Artis berparti Halloween, Zubir sebenarnya tak terkejut pun kerana memang begitulah gaya kehidupan sesetengah artis tanah air. Tak perlulah Zubir sebut nama artis berkenaan kerana dia sebenarnya tak layak pun menjadi ikutan peminat kerana sering berpura-pura berkelakuan baik di khalayak ramai.

Artis perempuan itu kerap melabel dirinya mesra peminat apabila sering 'kelihatan' di laman sosial Twitter mendampingi pengikutnya, tambahan pula drama lakonannya sering disiarkan di kaca TV, padahal perangai... Tetapi bukan perangai artis itu yang Zubir hendak ceritakan minggu ini kerana ia bukan cerita baru dan menggemparkan.

Zubir sebenarnya tertarik dengan pengakuan eksklusif aktres kacukan Melayu-Inggeris, Diana Danielle, 19, kepada sebuah akhbar mingguan terbitan 7 November lalu apabila buat kali pertama dia tidak menafikan mempunyai hubungan cinta dengan pengarah dan aktor kacak, Farid Kamil, 29. Baguslah Diana, tak perlu lagi 'berdrama' dengan peminat mahupun rakan wartawan. Namun, dia sempat mengakui tidak akan berkahwin dalam masa terdekat.
Pun begitu, sebaik tersiarnya pengakuan Diana, seorang teman wartawan menunjukkan kepada Zubir kiriman SMS daripada anggota keluarga aktres jelita itu kepada dirinya sedikit masa lalu. Kandungan SMS itu memaklumkan, ada di kalangan anggota keluarga Diana tidak begitu merestui pelakon utama filem Magika itu menjalin hubungan cinta dengan Farid atas beberapa alasan. Antaranya, Farid dikatakan terlalu mengongkong Diana!

"Bayangkan bro, Diana baik dengan kawan-kawan wartawan pun, Farid tak suka! Khabarnya, Farid memberi alasan, kawan-kawan press ni tak guna buat baik! Diana jadi serba salah bro. Diana memang dikenali sebagai artis mesra media, tapi buah hati tak benarkan dia berkawan baik dengan press. Itu belum kahwin lagi bro, sekarang pun dah macam-macam hal, entahlah...," bebel teman wartawan tadi kepada Zubir.

Bercakap mengenai Farid, minggu lalu juga menerusi akhbar mingguan yang sama, dia ada membuat kenyataan seperti ini, "Saya cemburu dengan Syamsul (Yusof) sebab Diana? Buat apa? Logik ke? Kenapa saya perlu cemburukan dia pula, tak ada sebab. Sepatutnya Syamsul yang perlu cemburu kepada saya sebab sekarang ni Diana sudah jadi teman wanita saya."

Membaca kenyataan Farid terhadap Syamsul yang juga bekas teman lelaki Diana, Zubir tersenyum sinis kerana kenyataan seumpama itu tidak seharusnya terkeluar daripada mulut Farid yang sudah cukup dewasa. Bagi Zubir, kenyataan seperti itu lazimnya ungkapan daripada kanak-kanak atau remaja belasan tahun apabila berebut teman wanita! Jangan marah Farid, Abang Zubir sekadar memberi teguran... Maaf kalau tersinggung.
Ini pula kenyataan balas daripada Syamsul, "Kenyataan itu sama sekali tidak relevan dengan masa dan situasi. Hubungan saya dengan Diana sudah lama berakhir. Jujurnya, ini satu provokasi murahan yang tak menuntut apa-apa penjelasan lanjut daripada saya." Macam-macam hal. Apa-apa pun Zubir sentiasa mengharapkan agar Farid mahupun Syamsul segera melupakan sengketa sesama mereka demi kemajuan industri perfileman.

google : farid kamil dan diana danielle dan syamsul yusof, kisah percintaan farid kamil dan diana danielle dan syamsul yusof, gosip cinta farid kamil dan diana danielle dan syamsul yusof, berita farid kamil dan diana danielle dan syamsul yusof, terkini farid kamil dan diana danielle dan syamsul yusof, terbaru farid kamil dan diana danielle dan syamsul yusof, masalah farid kamil dan diana danielle dan syamsul yusof, foto farid kamil dan diana danielle dan syamsul yusof, gambar farid kamil dan diana danielle dan syamsul yusof

Almy nadia: 'Sudah kering air mata'

Posted: 14 Nov 2010 04:15 PM PST


SUDAH kering air mata Almy Nadia apabila hubungan cintanya dengan Fizz Fairuz sering dilanda masalah. Malah, dugaan semakin teruk menghimpit apabila Fizz menyatakan kesediaannya bergelar suami, baru-baru ini. Bagaikan cerita cinta yang tiada berpenghujung, Almy seboleh-bolehnya tidak mahu mendedahkan keluh kesah di hatinya.

Bagi Almy, biarlah dirinya memendam kedukaan hati yang cukup perit untuk ditempuh. Disebabkan itu, seraut wajah ayunya tidak menunjukkan apa-apa reaksi ketika ditanya soal hati atau perkahwinan.

"Saya sudah kering air mata dan tidak larat bersedih lagi. Tidak guna menyimpan perasaan marah, keadaan tidak akan mengubah apa yang berlaku. Hubungan saya dan Fizz sudah lebih lima tahun terjalin, tetapi terlalu banyak dugaan dan rintangan yang terpaksa dilalui. Saya masih bersama Fizz, tetapi ketika dan saat ini, kami renggang seketika.
"Sudah lebih sebulan kami tidak bertemu, hanya berbual di talian. Ini bukan bermakna kami putus, sebaliknya memberi ruang kepada saya dan Fizz berfikir. Bukan menuding jari menyalahkan Fizz, tetapi ujian yang diterima terlalu menyeksakan hati. Cukuplah saya katakan, saya diuji. Usah ditanya ujian bagaimana yang diterima, hanya saya dan Fizz saja mengetahuinya. Lagipun saya tidak mahu memperbesarkan isu yang terlalu peribadi untuk diperkatakan ini.

"Disebabkan itu, apabila ada bertanya sejauh manakah kesediaan saya bergelar isteri, saya hanya mendiamkan diri. Tiada apa-apa perasaan yang nak digambarkan. Bagi saya, Fizz hanya bercakap atau mungkin nak menjaga hati orang sekeliling yang kerap bertanya soalan sama. Jadi, keluarlah kenyataan kesediaannya untuk berkahwin sedangkan hakikatnya, hanya saya dan Fizz yang mengetahuinya.

"Saya bersyukur akhirnya terbuka pintu hati Fizz untuk melamar saya, sudah lama saya menantikan detik ini. Bagaimanapun, mendirikan masjid bukanlah perkara yang mudah, kena bersedia, ikhlas dan jujur.

"Tidak guna mengumumkannya kalau hanya bercakap saja. Bukan saya tidak gembira mendengar perkhabaran Fizz sudah bersedia bergelar suami, saya terlalu terharu. Tetapi di sebalik itu, Fizz seharusnya mengotakan janjinya, bukan hanya mengeluarkan kenyataan.
"Bagi saya, tidak manis apabila terlalu banyak mengeluarkan kenyataan sedangkan ia hanyalah harapan. Saya pula di pihak perempuan tidak boleh berkata apa-apa, hanya tunggu dan lihat saja," katanya yang sibuk dengan penggambaran Langit Semalam arahan Nuad di Pulau Pangkor.

Anak kelahiran Ipoh, Perak itu berkata dia dan Fizz tidak bergaduh, jauh sekali menamatkan hubungan yang sudah lama terjalin. Diakui mereka memang jarang bersama sejak akhir ini, malah mereka juga tidak menghadiri apa-apa majlis bersama kerana mahu memberi ruang kepada diri masing-masing untuk memikirkan kesudahan hubungan itu.

"Ada yang menganggap hubungan kami bermasalah apabila saya tidak menghadiri majlis hari jadi Fizz ke-31, baru-baru ini. Malah ura-ura saya sudah putus kasih dengan Fizz sudah lama kedengaran. Saya bukannya sengaja nak menjauhkan diri dengan Fizz, tetapi ketika itu, saya terbabit dengan penggambaran drama bersiri, Langit Semalam. Saya memang tidak boleh lari apabila ada 16 babak yang perlu diselesaikan.

"Mulanya Fizz memang sedih, tetapi dia faham, Fizz juga pelakon. Memang sukar saya nak memuaskan hati semua orang. Katalah apa saja, ada sesuatu atau apa-apa sekalipun, saya dan Fizz masih bersama. Insya-Allah, apabila sampai masanya, saya dan Fizz akan bersemuka untuk menyelesaikan segala masalah dan apa yang terbuku di hati," katanya yang kini semakin popular dengan drama bersiri Opah Popular di Astro.

Menyentuh mengenai kerjaya lakonan, Almy berkata, dia sudah kembali ke lokasi penggambaran selepas lebih sebulan berehat.

"Saya berehat seketika, ambil ruang untuk ketenangan. Alhamdulillah, kini saya kembali ke lokasi dan perlu menyelesaikan penggambaran Langit Semalam terbitan Nizarman Sdn Bhd sebanyak 13 episod," katanya.

google: almy nadia, almy nadia putus cinta, masalah cinta almy nadia, almy nadia bertunang, almy nadia kahwin, terkini almy nadia, terbaru almy nadia

Lisa surihani: Saham makin naik

Posted: 14 Nov 2010 04:13 PM PST


Lisa Surihani kini mula diberi jolokan Ratu Filem Melayu alaf baru menggantikan Erra Fazira

SAHAM Lisa Surihani makin naik. Ia satu fakta yang tidak boleh diubah. Selepas dinobatkan sebagai Pelakon Harapan Wanita pada di Festival Filem Malaysia Ke-21 (FFM21) menerusi filem I'm Not Single, kini gelaran Pelakon Wanita Terbaik pula diraihnya menerusi festival sama bagi edisi ke-23 pada 24 Oktober lalu.

Watak Ayu yang dipegangnya dalam filem Lagenda Budak Setan turut menyaksikan sekali lagi gandingannya bersama Farid Kamil. Sama seperti gandingan sulung mereka di dalam I'm Not Single dan Semerah Cinta Stilleto, tetapi penam[pilan watak yagn dibawa Lisa nyata jauh lebih berkesan hinggakan watak dibawanya itu mengundang kesan pada penonton dan ramai pemuda jatuh hati pada gadis bernama Ayu.
Pada FFM23, bagi kategori itu, Lisa mengenepikan calon hebat lain dalam senarai finalis iaitu Maya Karin, Putri Mardiana, Mislina dan Jasmine Michael.

Wajah dan bakatnya ada di mana saja dan terus menjadi pilihan ramai.
Pendek kata, dari penghias muka majalah dan surat khabar, iklan komersial, TV hingga ke layar perak, pasti nama artis naungan Metrowealth (MIG) ini ada terselit. Sebab itu sudah ada beberap wartawan mula melabelkannya sebagai Ratu flem Melayu alaf baru , yang mana gelaran itu sebelum ini dipegang oleh Erra Fazira. Nyata, Lisa sudah berjaya merampas gelaran itu daripada Erra.

Jadi tidak pelik bagi Wajah Eksklusif Astro itu juga diberi jolokan sedemikian memandangkan popularitinya kini makin memuncak dan namanya kini mula mengharum dalam persada sinema tempatan. Namun, tegasnya, apa saja kemenangan, gelaran dan kerlipan populariti yang diterima, ia bukan tiket untuknya terus mendabik dada atau berasakan dirinya sudah bagus.
"Lisa sedar setiap kemenangan itu akan menjadi cermin kepada jangkaan lain di kalangan masyarakat mahupun pemerhati seni. Namun Lisa menghargai setiap pengiktirafan yang datang dengan lapang dada. Cuma gelaran terbaik itu tidak bererti Lisa sudah cukup baik.

"Dengan persaingan empat calon lain, Lisa sendiri tak menjangkanya. Apatah lagi, Lisa masih hijau dalam arena seni ini. Masih jauh lagi perjalanan Lisa. Kejayaan ini juga bererti masih banyak lagi ilmu dan pengalaman yang perlu Lisa timba.

"Setiap calon lain yang bertanding tempoh hari mempunyai kekuatan. Mislina dan Putri Mardiana memang antara pelakon yang bagus. Maya Karin pula bukan nama asing dan beliau antara pelakon yang hadir dengan impak tersendiri. Lisa belum menonton filem Estet tapi menerusi cerita yang didengari, Jasmine Michael antara bakat yang mempunyai potensi," katanya kepada B*POP.

Bijak menjawab setiap soalan yang diajukan, anak keempat daripada lima beradik itu sedar kejayaan yang diterimanya datang daripada rezeki yang ditentukan Tuhan. Selain itu, ia turut diiringi usaha berterusan untuk mencapai jaya.

"Tiada tekanan untuk saya atau jauh sekali menganggap kejayaan ini sebagai permulaan badi yang kurang elok. Lisa masih seperti dulu dan akan terus melakukan yang terbaik. Tapi Lisa sedar, untuk memuaskan hati semua pihak ia memang satu perkara yang mustahil.

"Lisa kena kekal positif. Kalau ada teguran yang datang, Lisa akan memperbaikinya. Lisa percaya kepada ketentuan Qada dan Qadar. Jika bukan rezeki Lisa sekalipun, itu tidak bererti yang Lisa akan terus berputus asa. Cuma Lisa akan reda dan mencari alternatif lain," katanya yang sedang menjalani penggambaran siri drama Jangan Pandang Belakang Congkak arahan Bob Ismail.

Mula berlakon sekitar 2007, Lisa hanya serius memberi perhatian penuh pada 2008 selepas menamatkan pengajiannya Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) dari University of Aberystwyth, Wales, United Kingdom (UK) itu.

Tetapi sebelum berlakon, pada usia 17 tahun dia terlebih dulu menceburi diri dalam dunia pengacaraan dan mengacara program Xfresh TV di saluran Astro TV1Q. Hingga kini sudah 11 filem dilakonkannya termasuk dua buah filem yang sedang menanti tayangan iaitu Ombak Rindu dan Sekali Lagi.

Malah selepas beberapa kali mencipta keserasian sendiri dengan Farid Kamil di layar perak, Lisa kini tidak sabar mengetahui maklum balas orang ramai mengenai gandingannya dengan Shaheizy Sam dan Bront Palarae dalam filem Sekali Lagi serta Aaron Aziz dalam Ombak Rindu.

"Secara kebetulan dua filem Lisa bersama Farid Kamil melayakkan Lisa menggenggam dua trofi FFM. Dalam soal keserasian, Lisa lebih suka menyerahkan hal itu untuk dinilai penonton. Selepas ini memang Lisa ingin tahu pula bagaimana pandangan dan reaksi orang terhadap gandingan bersama pelakon lain pula," katanya bersemangat.


'Ruang untuk cinta belum ada...'

RAMAI juga yang tahu kini, wajah Lisa turut boleh ditonton di Astro Ria mengacarakan program realiti tarian, Mari Menari bersama teman baiknya sendiri, Awal Ashaari. Selepas beberapa episod disiarkan, inisiatif Lisa wajar dipuji dan dia dilihat semakin selesa dengan mandatnya itu.

"Lisa seronok di set penggambaran program itu. Lisa bersyukur kerana Awal juga sangat menyokong. Mengacarakan pertandingan secara langsung juga menjadi perkara baru kepada Lisa. Lagipun dulu Lisa lebih banyak terdedah dengan program yang sudah dirakamkan.

"Bersiaran secara langsung ini pelbagai kemungkinan boleh terjadi. Tapi kata Awal, dia lebih suka mengacarakan secara langsung berbanding rakaman. Ini kerana kalau rakaman, kita cenderung untuk melakukan banyak kesilapan kerana sedar rakaman boleh diulangi.

"Mengendalikan siaran langsung ini memang satu cabaran. Tapi bila mendapat gandingan dan krew yang bagus, semuanya dilihat berjalan dengan baik. Awal pun kuat mengusik. Episod lalu, Lisa ini kira jadi mangsa buli dan sebutan pelat huruf R menjadi topik gurauan," selorohnya yang turut menjadi pengacara MYEG Xtra Time di saluran sukan popular, ESPN.

Mengalih topik kerjaya, pelakon bernama penuh Lisa Surihani Mohamed ini tidak ketinggalan ditanya mengenai soal cinta. Bagaimanapun, kata Lisa tanpa berselindung, dia belum mahu memikirkan hal terbabit apatah lagi hampir setiap hari komitmen kerja memerlukannya berada di sesebuah lokasi.

"Dengan kesibukan yang saya lalui, jujur saya katakan ruang untuk jatuh cinta itu belum ada. Bayangkan adik beradik saya sendiri sudah mula bersungut yang mereka susah untuk berjumpa saya di rumah. Buat masa sekarang, biarpun berbunyi klise, biarlah saya mencari rezeki untuk diri sendiri dan keluarga.

"Tapi Lisa yakin dalam soal cinta, andai tiba masanya, ia akan datang juga. Lisa boleh kata tak sunyi tanpa cinta. Sebabnya, hampir setiap masa Lisa terisi dengan pelbagai perkara termasuklah kerja berlakon. Kalau ada waktu cuti, Lisa tetap ambil kesempatan bertemu kawan lama," katanya yang suatu ketika pernah digosipkan ada hubungan istimewa dengan Farid Kamil.


Info Lisa Surihani

NAMA PENUH: Lisa Surihani Mohamed
TARIKH LAHIR: 23 Mac 1986
ASAL: Kuala Lumpur
KELUARGA: Anak keempat daripada lima beradik
DARAH CAMPURAN: Melayu dan Bugis
PENDIDIKAN: Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) dari University of Aberystwyth, Wales, United Kingdom (UK)
FILEM: Good Bye Boys, I'm Not Single, Jangan Pandang Belakang Congkak, V3: Samseng Jalanan, Semerah Cinta Stiletto, Zoo, Lagenda Budak Setan, Kapoww!!, Jangan Pandang Belakang Congkak 2, Ombak Rindu dan Sekali Lagi
DRAMA: Obsesi, 3 Janda, Mataku Nampak Hantu, Ponti Anak Remaja, Mentua vs Menantu 2, Azan dan Tudung Ekspres

google: lisa surihani, lisa surihani profile, lisa surihani biodata, lisa surihani wiki, lisa surihani biography, cerita lisa surihani, kisah lisa surihani, skandal lisa surihani, gosip lisa surihani, berita lisa surihani, peribadi lisa surihani, foto lisa surihani, gambar lisa surihani

Uqasha bukan cinta baru Nabil

Posted: 14 Nov 2010 04:11 PM PST


JIKA bintang golf terkemuka dunia, Tiger Woods baru saja kehilangan status sebagai pemain nombor satu dunia apabila tewas kepada Lee Westwood pada perlawanan pertunjukan di Jepun, minggu lalu gara-gara skandal seks sehingga perkahwinannya berakhir dengan perceraian, kini juara Raja Lawak 2, Nabil Ahmad, 27, yang pernah dinobatkan Bintang Paling Popular dikatakan bakal berdepan kemerosotan populariti selepas satu persatu 'skandal' beliau didedahkan media massa sehingga putus cinta dengan pengacara dan aktres popular, Irma Hasmie, 28.

Terbaru, penulis mendapat maklumat, Nabil dikatakan dilihat bersama 'teman tapi mesranya' yang dikenali sebagai Uqasha, 18, di pusat peranginan popular di Phuket, Thailand, 27 Oktober lalu.

Kebetulan pada tarikh berkenaan, di pulau pelancongan itu sedang berlangsung acara Rangkaian Radio Media Prima Media Getaway 2010 Phuket bermula 27 hingga 29 Oktober lalu yang menghimpunkan ramai personaliti radio bersama teman wartawan.
Difahamkan, sekumpulan wartawan hiburan TV yang sedang bersiar-siar di sepanjang Bangla Road, sekitar Pantai Patong kira-kira jam 10 malam, terserempak dengan Nabil yang kebetulan sedang berjalan-jalan di situ sambil berpimpin tangan dengan Uqasha! Khabarnya, selain Nabil dan 'teman tapi mesranya' itu, turut bersama mereka ialah seorang wanita lain dipercayai ahli keluarga Uqasha. Menurut sumber, wanita berkenaan berjalan di belakang Nabil dan Uqasha.

Khabarnya, sebaik menyedari gelagat romantik beliau menjadi perhatian sekumpulan teman wartawan, Nabil terus melepaskan tangan Uqasha, sekali gus air mukanya berubah dan kelihatan cuak! Berdasarkan maklumat sumber, dia masih ingat kata-kata Nabil sebaik terpandang wajah teman wartawan: "Hei, korang buat apa kat sini?" Difahamkan, Nabil sempat bersembang sekejap dengan seorang teman wartawan yang juga kawan rapatnya.

Hasil risikan penulis, Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Senrose Nik Sen adalah pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Difahamkan, mulai tahun depan Uqasha dijadualkan melanjutkan pelajarannya di Kolej SEGi Subang Jaya, Selangor. Uqasha atau Sha adalah anak kedua daripada tujuh beradik dan berasal dari Kota Bharu, Kelantan. Buat sementara waktu, Sha turut berjinak-jinak sebagai pelakon, manakala drama terbarunya berjudul Lukisan Hati.

Menerusi maklumat tambahan, kakak sulung Sha bertugas sebagai pramugari di sebuah syarikat penerbangan terkemuka, manakala adiknya adalah seorang aktres remaja yang sedang meniti populariti apabila drama bersiri lakonan beliau masih disiarkan di TV3.
B*POP terbitan 31 Oktober lalu mendedahkan kisah percintaan hampir tiga tahun antara Nabil dan Irma yang sudah terlerai, selain turut diselitkan sekeping foto kiriman blogger memperlihatkan foto Nabil bersama Sha di sebuah restoran. Irma menyifatkan punca perpisahan mereka adalah terlalu peribadi untuk dikongsikan kepada umum mahupun peminat mereka.

Blog yang bertarikh 16 Oktober itu mendakwa, Nabil tertinggal sampul hadiah yang diberikan Sha di restoran berkenaan. Difahamkan, isi kandungannya berupa surat cinta dan baju kotak-kotak yang dihadiahkan Sha kepada Nabil sempena ulang tahunnya ke-27 pada 26 September lalu. Menurut sumber, selepas menemui Sha pada tarikh berkenaan, Nabil terus menghadiri majlis hari jadinya yang dirancang Irma secara mengejut di rumah kenalan mereka di Kota Damansara, Selangor.

Apa yang menarik, menurut sumber, Nabil masih mengenakan pakaian sama ketika menemui Sha apabila menghadiri sambutan hari lahirnya bersama Irma selepas itu!

B*POP minggu lalu melaporkan, Irma yang juga pengacara program hiburan, Galaksi di TV9, membuat `lawatan mengejut' ke kondominium baru dibeli Nabil di Changkat View, Jalan Dutamas, Kuala Lumpur selepas berlakunya beberapa siri perselisihan pendapat antara mereka sejak kebelakangan ini. Tarikh 'lawatan' berkenaan dikatakan pada 6 Oktober lalu kira-kira jam 4 pagi.

Menurut sumber rapat pasangan berkenaan, hati Irma hancur luluh apabila dia melihat Nabil bersama gadis lain di kondominium itu! Namun, ia tidak memperlihatkan Nabil berdua-duaan dengan gadis yang difahamkan bertugas sebagai pramugari di sebuah syarikat penerbangan itu, sebaliknya bersama mereka ialah seorang kawan baik Nabil dikenali sebagai Reza.

Hasil maklumat juga mengatakan pramugari berkenaan dikenali sebagai Teh Intan Nazira berusia awal 20-an. Justeru, pramugari yang dikatakan ditemui bersama Nabil pada malam berkenaan bukan Nik Zaris Uqasha Senrose!

Akui punca putus cinta terlalu peribadi

Nabil ketika menghubungi penulis lewat petang Selasa lalu menjelaskan: "Dalam blog tersebar cerita, kononnya Uqasha adalah pramugari yang dikaitkan dengan saya sebelum ini, tapi yang sebenarnya bukan. Dia (Uqasha) tak ada kena mengena dengan gosip yang disebarkan oleh sumber kepada B*POP minggu lalu."

"Seperkara lagi, saya mengenali Uqasha apabila putus cinta dengan Irma kira-kira sebulan yang lalu iaitu selepas kami lama tidak bertegur sapa.
Hubungan saya dan Uqasha sekadar kenalan biasa selepas dipertemukan beberapa teman. Saya dan Uqasha tak pernah dating atau keluar berdua saja, sebaliknya pertemuan kami lazimnya ditemani kawan lain," kata Nabil yang akhirnya mengakui baru saja berkenalan dengan Uqasha.

Menerusi B*POP minggu lalu juga, Nabil mendakwa dia masih kekasih Irma, kini baru dia mengakui mereka sudah putus cinta. Justeru, apa maksud Nabil berdolak-dalik memberikan kenyataan sebelum ini? Nabil yang menghubungi penulis Ahad lalu memberikan penjelasannya.

"Memang benar saya dan Irma putus kasih. Namun, punca berakhirnya percintaan kami terlalu peribadi untuk dijelaskan kepada umum. Pun begitu, saya tidak pernah berniat menipu mengenai status hubungan kami. Saya terpaksa mengakui masih menyintainya kerana ingin menyelamatkan perhubungan kami. Saya berniat untuk memperbaiki keadaan dan cuba pujuk Irma supaya kami berbaik semula.

'Saya kini masih single'

"Namun, apabila Irma membuat kenyataan untuk berpisah dan tidak akan kembali, saya akur dengan keputusannya jika itu jalan terbaik untuk saya dan dirinya. Tak ada rezeki saya dan Irma membina rumah tangga, hasrat kami tidak kesampaian. Buat masa ini, saya nampak antara kami memang tak ada jodoh, mungkin hati Irma dah tertutup untuk saya. Tapi, pada masa depan kita tak tahu macam mana," jelas Nabil seperti mengharapkan hubungannya bersama Irma mampu dipulihkan.

Apabila ditanya benarkah Nabil dan Uqasha kini pasangan kekasih apabila mereka didakwa bercuti di Phuket, baru-baru ini, Nabil menjelaskan: "Saya ke Phuket bukan bersama Uqasha, sebaliknya ditemani kawan-kawan motosikal saya.
Tapi, pada masa sama, Uqasha pun bercuti di situ bersama keluarganya. Dia tahu, saya ke Phuket pada tarikh berkenaan."

"Pun begitu, ketika terserempak dengan sekumpulan wartawan hiburan TV, kami bukan berdua, sebaliknya saya ditemani kawan-kawan, dia pula bersama kakaknya. Saya memang tak setuju jika ada dakwaan saya bercuti bersama Uqasha di Phuket! Selepas pertemuan untuk makan malam, keesokan harinya saya sambung bawa motosikal, namun dia masih meneruskan percutiannya di Phuket.

"Terus-terang, selepas putus cinta dengan Irma, saya masih single. Hubungan saya dan Uqasha hanya kawan semata-mata. Yang pasti, Uqasha bukan punca saya putus cinta dengan Irma," kata Nabil mengakhiri perbualan.

google: nabil dan uqasha, nabil dan uqasha bercinta, nabil dan uqasha bercuti bersama, nabil dan uqasha panas, nabil dan uqasha hot, nabil dan uqasha gosip, gambar nabil dan uqasha, foto nabil dan uqasha, skandal nabil dan uqasha, nabil putus cinta

Raja Farah bengang gosip nikah cepat

Posted: 14 Nov 2010 04:09 PM PST


ELEMEN kontroversi memang tak lekang dengan hidup pelakon Raja Farah. Satu persatu kisah kurang enak yang melatari profil seninya. Daripada kisah dikatakan berangan diva, kekwat dan tak sebulu dengan krew, pasti sedikit sebanyak tempias itu datang mengaitkan diri dan namanya.

Malah, selepas beberapa siri cintanya tidak berpenghujung, pelakon berusia 22 tahun yang turut disenaraikan dalam kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia yang ke-23 untuk filem Haq baru-baru ini mengejutkan ramai pihak mengenai pengumuman hari bahagianya yang bakal berlangsung pada 12 November ini.
Akhirnya jodoh kuat melekat antara dia dengan Megat Bashirun Qhuyum Zakaria, 25. Jejaka itu seorang ahli perniagaan. Mereka dijadualkan melangsungkan pernikahan di Masjid Negeri, Shah Alam, Selangor, pada jam 11 pagi. Pada sebelah malamnya, majlis kenduri kesyukuran akan diadakan di rumah keluarga Raja Farah di Bukit Jelutong, Shah Alam.

Rentetan daripada berita beliau bakal menaiki jenjang pelamin, mula bertebaran kisah kononnya pasangan ini mempercepatkan tarikh perkahwinan atas sebab pelakon itu kononnya sudah berbadan dua. Tidak ketinggalan juga ada yang membuat fitnah dengan mengatakan saiz badannya yang kini semakin berisi adalah punca kepada gosip berkenaan diperkatakan dan ada pihak cuba mengiyakan gosip terbabit.

Ditanya kepadanya mengenai tuduhan jahat itu, Raja Farah kesal dengan fitnah sedemikian hingga boleh mencemarkan nama baik diri dan keluarganya.

Dia yang kini sedang sibuk di lokasi penggambaran sekuel drama Kau dan Aku itu mengakui menyedari mengenai beberapa gosip berkaitan dirinya seperti diperkatakan itu, termasuk gosip dalam akhbar yang tidak menulis nama siapa artis terbabit tetapi dapat berasakan menerusi bayangan tulisan itu ia seperti menyindir dirinya.
Akuinya, dia tidak merelakan desas desus yang dianggap sudah mengaibkan dirinya dan keluarga serta keluarga bakal mentuanya berterusan dan akan bertindak jika pihak terbabit berterusan menabur fitnah dalam media massa.

"Saya harap mereka yang membawa cerita yang bukan-bukan ini akan menerima hukuman yang setimpal. Kalau gosip itu sudah menyebut nama saya terang-terangan, saya tidak akan teragak-agak untuk membawanya ke mahkamah. Hal ini sudah keterlaluan kerana ia membabitkan soal maruah," katanya yang sewaktu dihubungi sedang sibuk membuat persiapan hari bahagianya.

Menurut Farah, dia ternyata amat sedih dan kecewa dengan gosip sedemikian yang timbul di saat dia sedang menghitung hari ke fasa bahagia yang diimpikan semua wanita. Sebenarnya tidak wujud istilah membuat pengumuman berkahwin secara tiba-tiba kerana ia sudah dirancang lama.

"Memang persiapan kahwin ini sudah lama dilaksanakan. Cuma, kami sepakat menghebahkan kepada rakan media dalam dua tiga minggu sebelum menjelang tarikhnya. Takut pula kalau dihebahkan terlalu awal, bimbang pula apa yang dirancang tidak menjadi. Kalau tiba-tiba tak jadi, siapa yang tanggung malu. Kalau nak kata saya kini mengandung, itu memang tidak benar. Saya ada bukti yang kukuh untuk menafikan tuduhan dan fitnah itu. Alasan kami kahwin cepat sebab mengandung amat tidak munasabah," katanya.

Makan nasi tiga kali sehari

Mengenai keadaan fizikal dan badannya yang semakin berisi, pelakon filem Salon, Anak Halal, Malaikat Maut dan Apa Kata Hati itu berkata, semuanya berpunca daripada minatnya menyelam skuba.

"Sebelum Ramadan lalu, iaitu dua bulan saya berada di Pulau Perhentian untuk meneruskan hobi skuba. Bayangkan selepas naik daripada menyelam, saya selalunya akan cepat berasa lapar. Jadi seterusnya, saya makan. Nasi sudah menjadi makanan pilihan saya sepanjang berada di sana. Setiap hari saya makan nasi tiga kali sehari, mana tak naik berat badan!," katanya.

Dia dan bakal suaminya akan mengadakan majlis persandingan dijangka awal tahun depan. Malah, mereka juga sedang merancang mengadakan persandingan dalam laut kerana masing-masing berminat dengan aktiviti menyelam. Jurulatih kami pun menyarankan perkara sama dan mungkin ia akan direalisasikan di Pulau Redang.

"Bakal suami saya sebenarnya sudah lama berniat menyambut Aidiladha dengan gelaran suami. Itu juga antara alasan mengapa perkahwinan ini dipercepatkan selain kami berdua sudah bersedia memikul tanggung jawab ini. Dia berasal dari Pasir Mas, Kelantan dan ramai tahu sambutan Aidiladha di Pantai Timur memang sangat meriah berbanding di Kuala Lumpur. Jadi dia nak bawa saya pulang ke kampungnya, sambil merasai kelainan Aidiladha di sana," katanya.

google: raja farah, raja farah mengandung, raja farah hamil, raja farah pregnant, terkini raja farah, terbaru raja farah, bulan madu raja farah, kisah rumahtangga raja farah,

Rita, Aidil sukar nak berdamai

Posted: 14 Nov 2010 04:07 PM PST


SALAM Deepavali Kak Pora ucapkan kepada teman yang beragama Hindu. Pada cuti perayaan Pesta Cahaya itu, Kak Pora tak sempat nak berkunjung ke rumah kawan yang beragama Hindu tetapi pada hari cuti itu, Kak Pora dan anak pergi ke Brickfields, Kuala Lumpur. Terkejut Kak Pora tengok keadaan di situ yang sudah banyak berubah kerana dijadikan Little India. Memang cantik suasana di Brickfileds sekarang.

Minggu ini, Kak Pora nak ulas lagi mengenai isu rumah tangga Rita Rudaini dan suaminya. Pening kepala Kak Pora memikirkan konflik yang membelenggu dramatis terkenal ini dan suaminya yang juga pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abd Razak. Mereka masih tinggal sebumbung, tidur sekatil dan masih jadi suami isteri yang sah.

Tetapi tiba-tiba Aidil membuat tuntutan hadanah (hak penjagaan anak) dan isteri taat. Aidil sebelum ini memfailkan permohonan Sulh (kaedah perbincangan secara baik) di Mahkamah Tinggi Syariah Seremban. Apa sebenarnya yang Aidil mahukan?
Setahu Kak Pora, Aidil dan Rita sebelum ini sudah berbaik semula, saling bermaafan dan berpelukan selepas mereka dipertemukan untuk berdamai atas usaha dua teman wartawan, Raja Nurfatimah Mawar Mohamed dan Tengku Khalidah Tengku Bidin. Tapi tak lama kemudian, Aidil bertindak memfailkan permohonan Sulh, seolah-olah kemelut rumah tangga mereka tidak boleh diselamatkan, sekali gus persengketaan mereka tiada berpenghujung.

Kak Pora dapat tahu kes tuntutan Aidil akan dibicarakan di dua mahkamah berbeza pada hari sama, 16 Disember ini. Dah tentu kemelut rumah tangga mereka akan menjadi tatapan umum selepas ini. Malu besar nanti apabila semuanya terlerai. Sepatutnya, Aidil kena fikir sebelum bertindak. Berbincanglah dengan Rita dulu, takkan Rita tak boleh diajak berbincang langsung! Mereka masih jadi suami isteri dan masih tinggal sebumbung dan tidur sekatil. Membaca kenyataan Rita sebelum ni, dia nampaknya macam terkejut dan keliru dengan tindakan suaminya. Rita sendiri ketika itu tidak tahu apa tuntutan suaminya.

Rita beritahu teman Kak Pora, Raja Nurfatimah Mawar, dia sudah pun melantik peguam, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain untuk membela dan mempertahankan nasibnya. Dia berasa teraniaya dengan tindakan suaminya. Rita dan peguamnya sudah pun ke Mahkamah Rendah Syariah dan Mahkamah Tinggi Syariah di Seremban pada Isnin lalu untuk mendapatkan butiran tuntutan Aidil.

Inilah antara kenyataan Rita seperti diluahkan pada Raja Nurfatimah: "Saya terkejut membaca tuntutan Aidil. Selain menuntut hak penjagaan anak secara kekal, ada berbelas-belas tuntutannya yang terlalu peribadi untuk dijelaskan. Apa yang mampu dikatakan lagi, apabila dah sampai tahap ini, mungkin hubungan kami semakin keruh dan sukar nak berdamai. Sehingga hari ini, Aidil tidak pernah berbincang dengan saya, jauh sekali memberi penjelasan di atas tindakannya, dia hanya diam seribu bahasa.
"Bagi saya, berani kerana benar. Saya tidak takut untuk berdepan dengannya di mahkamah. Saya sudah bersedia menerima apa saja kemungkinan dan paling penting, saya akan berjuang berhabis-habisan untuk mempertahankan hak saya dan anak, Airit Rayyan Rizkin. Kalau cara ini mampu menggembirakan hati Aidil dan orang sekelilingnya, saya berserah.

"Jika Aidil menyayangi saya, Rayyan dan bayi yang bakal lahir, dia tidak akan bertindak mengheret saya ke mahkamah. Lebih lagi dalam keadaan saya yang sedang berbadan dua. Dengan tindakan ini bermakna Aidil tidak pernah memandang saya sebagai isteri yang selama ini menjaga anak dan rumah tangganya.

"Saya berkorban segala-galanya termasuk meletakkan kerjaya lakonan di tempat nombor dua bagi memastikan anak dan rumah tangga terjaga dan mendapat kasih sayang yang secukupnya. Saya faham tugas suami yang sentiasa sibuk dan jarang mempunyai masa untuk anak dan isteri. Saya tidak mahu Rayyan terabai jika saya dan Aidil sentiasa sibuk bekerja. Saya sendiri tidak tahu apa salah saya, apa lagi yang tidak kena?

"Bagaimanapun, saya reda, adat manusia selalunya tidak berpuas hati dan bersyukur dengan apa yang dimiliki. Biarlah, saya tidak marah atau berdendam tetapi saya terlalu berkecil hati dengan tindakan Aidil. Saya percaya pada saat saya mengandung dan bertarung dengan konflik ini, ada hikmah besar di sebalik apa yang berlalu.

"Awalnya, saya terlalu tertekan hingga berat badan turun mendadak dan saya tidak selera menjamah makanan tetapi apabila mendapat tahu Aidil memfailkan permohonan Sulh dengan pelbagai tuntutan, dia seolah-olah mencabar saya. Saya mendapat kekuatan dan semangat luar biasa untuk meneruskan hidup dan berjuang untuk anak. Jika ditakdirkan jodoh saya dan Aidil tidak panjang, saya berserah!," katanya.

Sabarlah Rita... Kak Pora pun tak tahulah apa yang boleh nak nasihatkan lagi kamu berdua. Jika perceraian adalah yang terbaik, terserahlah pada kamu berdua. Yang penting, ruang damai masaih ada dan cubalah yang terbaik demi Rayyan.

Terima jodoh

Posted: 14 Nov 2010 04:06 PM PST


ENTAH dari mana harus dimulakan kisah gandingan B*POP kali ini, dramatis Rozita Che Wan dan juara Akademi Fantasia musim kelapan (AF8), Shahir.

Bagaimanapun, umum sudah tahu mengenai gosip membabitkan si jelita berusia 37 tahun dan jejaka yang dilabelkan sebagai 'pucuk muda' yang baru saja genap 22 tahun pada 5 September lalu.
Mengikut versi cerita mendakwa kononnya ada cinta mula singgah di hati mereka. Benar atau tidak kisah itu, kesudahan cerita itu masih tergantung. Yang jelas mereka mula menjalinkan hubungan sejak Mei lalu selepas Shahir tamat AF8. Malah mereka juga diberi kesempatan buat kali pertama berlakon dalam telefilem Lawaknya Fantasia Raya yang disiarkan sempena musim Aidilfitri lalu.

Keakraban mereka sangat ketara dalam sesi fotografi yang diadakan di Butik Calvin Thoo, Kuala Lumpur, baru-baru ini. Cuma seperti biasa, masing-masing tersimpul malu saat awal disatukan buat kali pertamanya dalam sesi fotografi ini. Mujur ibu tunggal dua anak ini bijak mengawal situasi dan memainkan peranan untuk memastikan sesi fotografi berjalan lancar.

Riuh rendah juga jadinya apabila bekas ratu cantik dan pramugari ini dengan selamba menghangatkan suasana dengan lawak selambanya. Lebih-lebih lagi, kakak kepada pelakon Ayu Raudhah ini menuturkan dialek utaranya. Sesekali terkeluar ketawa kecil Shahir sekali gus menampakkan pendakap gigi yang dipakainya sejak hampir dua tahun.

Ironinya, sebelum bergandingan dengan Rozita, wajah Ikon Belia Negeri Perak 2010 ini agak merah padam. Barangkali dia menjadi tidak keruan kerana berada rapat di samping Rozita. Dulu, penyanyi lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan ini pernah berdebar digandingkan dengan pelajar wanita AF8, apatah kali ini bergandingan dengan si pemilik pinggang bak kerengga dan bertubuh seksi yang menjadi idaman ramai lelaki itu.
"Tak sangka bermula sebagai peminat, kami tiba-tiba boleh menjadi kawan rapat. Dia (Rozita) memang suka buat lawak dan menceriakan hati saya," ungkap Shahir yang sudah merakamkan single kedua ciptaan Audi Mok tetapi masih belum berjudul.

Jawapan selamat bersandarkan kepada terma 'kawan rapat' yang digunakan Shahir itu belum mengiyakan apa diharapkan sebenarnya. Bagaimanapun, akuinya mengenai subjek cinta, dia tidak sesekali menolak andai benar perasaan itu mula bertamu di hatinya. Adat sebagai manusia, hidup ini perlu berpasangan.

Katanya lagi, dia tidak berdaya menolak andai suatu hari nanti takdir menyatukannya dengan mana-mana wanita termasuk Rozita.

"Sebelum digosipkan dengan Rozita, saya pernah dikaitkan dengan Heliza dan rakan seperjuangan saya sendiri iaitu Adira. Jadi tidak pelik, jika timbul pelbagai versi cerita yang belum pasti hujung pangkalnya. Nama pun gosip dan ia bukan satu kesalahan. Lainlah perkara yang negatif.

"Orang di luar sana bebas bercakap dan itu hak masing-masing. Saya OK... tiada tekanan dalam hal ini. Saya yakin Rozita juga bersetuju dengan pendapat saya.

"Yang tahu hal sebenar hanya kami yang mengalaminya. Kalau bercakap soal takdir, ia sesuatu yang ditentukan sejak azali. Jodoh, ajal dan maut semua di tangan Tuhan. Kalau ketentuan begitu dan begini, sebagai hambaNya, saya hanya mampu berserah dan menerimanya.

"Kita sekadar merancang. Sebaiknya, sekarang saya lebih selesa memberi tumpuan kepada kerjaya seni yang baru berusia lima bulan," katanya yang turut mengimpikan peluang muncul dengan album penuh.

'Selamat tinggal glamor'

BAGI Rozita, anak kelahiran Alor Setar, Kedah ini mengakui dia begitu selesa berkawan dengan Shahir. Duta Avon itu menyifatkan Shahir sebagai seorang yang pemalu dan dia sering mengusiknya. Sama seperti Shahir, Rozita juga terbuka jika jodoh dengan Shahir benar-benar terjadi seperti yang diperkatakan khalayak.

"Dia jenis lelaki yang tak cakap banyak. Agak sensitif dan manja. Memang kebelakangan ini kerap juga cerita mengenai kami. Terpulanglah kepada mereka nak cakap apa. Yang pasti, hati saya belum ada untuk sesiapa. Saya sendiri belum pasti siapa jodoh sebenar. Soal jodoh urusan Tuhan," katanya yang mengenakan rambut palsu potongan pendek untuk fotografi ini.

Apabila kenyataan Rozita berbunyi hatinya sudah tiada kepada sesiapa, sedikit sebanyak menimbulkan persoalan apa pula yang terjadi dengan hubungannya dengan Shah. Diaju apa sudah terjadi dengan hubungan istimewanya dengan jejaka berasal dari Kuala Lumpur dan bertugas di Singapura itu, Rozita hanya mampu berdiam seribu bahasa.

"Biarlah kisah itu disimpan sendiri buat sementara waktu," katanya ringkas.
Ironinya sebelum ini, timbul telahan kononnya keputusan nekad Rozita bersara selepas empat tahun berada di dalam industri seni ada kaitan dengan agenda berkahwin dengan Shah.

"Kisah kahwin itu hanya khabar angin. Lagipun saya sendiri tidak pernah mengeluarkan kenyataan sedemikian. Keputusan bersara itu berbalik kepada perancangan saya untuk menceburi bidang lain. Saya sudah penat berlakon. Saya sudah tidak sanggup bangun jam 6 pagi dan pulang ke rumah pada jam 3 pagi hari berikutnya.

"Saya tidak mahu hidup dalam dunia glamor lagi. Saya pun bukan makin muda lagi. Lalu, saya harus merancang sesuatu untuk masa depan yang lebih baik.

"Malah saya tidak anggap keputusan bersara sebagai sesuatu yang merugikan. Rezeki itu ada di mana-mana. Berlakon itu menyeronokkan tetapi saya sudah tidak mampu bertoleransi dengan tekanan, faktor masa dan cerita kontroversi yang tidak berkesudahan," katanya yang sedang menjalani penggambaran drama 13 episod arahan Jet Li berjudul Kem Pink.

INFO: Shahir

Terbabit dalam pembikinan album runut bunyi telefilem Tujuh Lagu arahan Kabir Bhatia yang dilakonkan Farid Kamil dan Tiz Zaqyah. Shahir menyanyikan tiga buah lagu dan dua lagi dinyanyikan Ema AF8. Lagu dendangan Shahir antaranya ialah Ku Ada Dia dan Masih Tak Memiliki.

Meminati kereta dan sudah memiliki kereta idamannya iaitu Nissan Fairlady dengan hasil titik peluhnya bergelar anak seni. Dia menafikan kereta itu ditaja.

September lalu, dia mengalami kemalangan jalan raya di Tapah, Perak hingga mengakibatkan kereta miliknya itu remuk teruk dan masih dibaiki di bengkel.

Pernah merancang untuk berduet dengan kumpulan nasyid Saujana yang pernah dianggotainya sebelum menyertai AF8. Tetapi disebabkan terikat dengan komitmen dengan Astro, perancangan itu masih tergantung.

Dia dan Roziat terbabit dalam konsert tribute untuk Allahyarham Tan Sri P Ramlee, Di Manakan Ku Cari Ganti pada 24 Oktober lali.

INFO: Rozita Che Wan

Semakin dekat kepada penghujung tahun ini, semakin banyak pula tawaran berlakon yang datang kepadanya. Malah, Rozita kadang-kadang berbelah bagi kerana ada drama sudah dilakonkannya ingin dibuat sekuel.

Rozita akui ada tawaran berlakon yang sudah diterimanya kini dijangka hanya berakhir pada minggu kedua awal Januari depan.

Diundang sebagai cameo dalam filem Dari Kerana Mata arahan Melissa Saila. Filem itu turut dibintangi Awie, Fasha Sandha dan seniwati Mariani.

Turut berlakon dalam telefilem siaran Astro Warna berjudul Kuala Pilah Next Top Model. Rozita akan berangan jadi Tyra Banks.

Drama lain yang bakal disambung dan menjalani penggambaran ialah Kuih Goyang Syafik dan Kiah Perkasam.

Filem terakhir lakonannya Cari Curi Jodoh arahan Dr Hatta Azad Khan, bergandingan dengan Shaheizy Sam.

Ain, Maulana bercinta?

Posted: 14 Nov 2010 04:05 PM PST

MINGGU ini, Zubir ingin mengulas mengenai maklum balas yang diterima selepas menyiarkan artikel daripada bintang Akademi Fantasia 8 (AF8), Iwan, 20, atau nama sebenarnya Emirza Azwan Zulazrin Chew yang meluahkan perasaan kecewanya terhadap syarikat pengurusan, Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB) menerusi B*POP terbitan 17 Oktober lalu.

Menerusi luahan hatinya itu, Iwan mendakwa AESB seolah-olah memperlakukan dirinya seperti anak tiri apabila dia digantung tidak bertali oleh syarikat pengurusan itu. Dia juga kecewa apabila mendakwa AESB tidak mencari peluang pekerjaan untuk dirinya apabila jadual aktiviti beliau tidak tertera langsung namanya, sebaliknya syarikat pengurusan itu hanya memberi tumpuan kepada juara AF8, Shahir dan naib juaranya, Adira saja!

Pun begitu, belum sempat Zubir mendapatkan sebarang komen daripada pengurusan AESB, pada sebelah malam 17 Oktober itu juga, Zubir menerima kiriman BlackBerry Messenger (BBM) daripada seorang petugas AESB, memaklumkan Naib Presiden Bahagian Komunikasi Astro, Tammy Toh, melarang wakil AESB bercakap dengan media massa berhubung luahan hati Iwan.
"Zubir, AESB dilarang bercakap dengan wartawan oleh Tammy, boss Corp Comm (Corporate Communications). Tapi, sedih juga baca artikel Iwan. Sah-sah berat sebelah. Hai, apa nak buat... Artis macam-macam hal," kata seorang petugas AESB menerusi kiriman BBM.

Kenapa pengurusan Astro harus bersikap begitu? Setahu Zubir, Tammy adalah seorang ketua yang mesra media, malah pernah makan semeja dengan Zubir beberapa kali! Namun, apabila Astro berdepan kemelut bersama Iwan yang bagi Zubir tidak sehebat mana pun masalah itu, mereka tiba-tiba saja jadi tak keruan!

Pihak AESB mendakwa kenyataan Iwan tempoh hari berat sebelah, tapi apabila Astro melarang pihak pengurusan membuat sebarang kenyataan media menjawab dakwaan berkenaan, memanglah akan jadi berat sebelah. Namun, siapalah Zubir yang kerdil dalam dunia penulisan ini untuk melawan arahan Astro. Justeru, Zubir menurut saja dan biarlah orang luar buat penilaian sendiri.

Baiklah, kita tinggalkan dulu kisah Iwan dan AESB. Zubir akan bersikap tunggu dan lihat saja perkembangan selanjutnya, mudah-mudahan ia akan berakhir dalam suasana harmoni.
Seterusnya, Zubir ingin bercerita mengenai pasangan artis yang kononnya sedang hebat bercinta, bintang AF8 juga! Zubir dimaklumkan, kemesraan yang terjalin antara Maulana, 22, dengan 'teman tapi mesranya', Ain, 24, sudah terjalin sejak kedua-duanya masih dalam AF8 lagi, namun keakraban itu masih berlanjutan hingga ke hari ini, malah ada mata yang mentafsir mereka sebagai pasangan kekasih!

Zubir difahamkan, persahabatan intim antara Maulana dan Ain semakin memuncak sejak akhir-akhir ini dan khabarnya sudah terbit bibit-bibit cinta antara kedua-duanya. Menurut sumber rapat dengan pasangan berkenaan, selain sering menemani Ain dalam sebarang majlis hiburan dan persembahan nyanyian, Maulana dikatakan sering 'bertandang' ke rumah Ain yang kini menetap seorang diri di Sri Kembangan, Selangor.

Zubir sebenarnya tumpang gembira apabila mendapat tahu sekiranya benar Maulana dan Ain sedang menyulam benih-benih cinta, cuma satu yang Zubir tak berkenan, bab Maulana yang khabarnya sering 'bertandang' ke rumah Ain! Sekiranya ia benar-benar berlaku, memang tak manis dipandang orang, si teruna berkunjung ke rumah si dara kerana kedua-duanya belum mempunyai sebarang ikatan sah sebagai mahram atau suami isteri.

Lebih parah lagi jika mereka diserbu pegawai pencegah maksiat! Ketika itu, Zubir tak mahu dengar alasan sesiapa, sedang membantu pasangan masing-masing mengemas beg pakaian kerana ada persembahan nyanyian di luar Kuala Lumpur. Justeru, sebelum perkara buruk berlaku, Zubir harap Maulana mahupun Ain memandang serius teguran ikhlas ini. Bagi Zubir, pokok tak akan bergoyang jika tiada angin, jadi renung-renungkanlah.

Pun begitu, Zubir sempat menghubungi Maulana untuk mendapatkan komennya sejauh mana kesahihan yang mendakwa dia dan Ain adalah pasangan kekasih.

Maulana atau nama sebenarnya, Muhd Firdaus Maulana Mohamed mengakui antara dia dan Ain memang berkawan rapat.

"Memang kami rapat gila! Kalau ada apa-apa masalah, Ain akan merujuk kepada saya terlebih dulu. Ain pula di hadapan orang ramai, selamba saja panggil saya sayang! Bagi saya, kalau dalam apa-apa acara, sekiranya tanpa kehadiran Ain, majlis berkenaan tidak lengkap tanpa dirinya. Lagipun antara kami satu kepala. Kalau bergaduh sekejap saja, tak lama kemudian boleh berbaik semula.

"Namun, ingin saya tegaskan di sini, kami bukan pasangan kekasih atau sedang bercinta! Kami sekadar berkawan rapat saja dan persahabatan itu sudah terjalin sejak di dalam AF8 lagi. Pun begitu, selepas meninggalkan AF8, persahabatan antara saya dan Ain masih terjalin seperti biasa, kami sering lepak bersama dan memang saya mengambil berat perihal dirinya kerana dia kawan baik saya.

"Nak kata saya sayang Ain, rasanya belum lagi, sayang itu masih pending. Yang penting, persahabatan kami diketahui keluarga masing-masing. Lambat lagi kalau nak bercakap soal kahwin. Kami nak enjoy puas-puas dulu. Pun begitu, saya serahkan kepada jodoh. Kalau ada jodoh antara saya bersama Ain, adalah... Namun, jika sebaliknya, carilah orang lain," kata Maulana berterus terang.

Menerusi Konsert Reunion AF8 di Stadium Putra, Bukit Jalil, baru-baru ini, Ain atau nama sebenarnya, Nadiawati Ainul Basir berpadu suara dengan Maulana mendendangkan lagu Bollywood, Koi Mil Gaya.

Sekiranya jodoh Maulana dan Ain berkekalan hingga ke jenjang pelamin, Zubir hanya tumpang gembira. Kalau kahwin, jangan lupa jemput okey!

google: ain dan maulana, ain dan maulana bercinta, gosip cinta ain dan maulana, cerita ain dan maulana bercinta, ain dan maulana kahwin, ain dan maulana tunang

Liyana kahwin 2012?

Posted: 14 Nov 2010 04:04 PM PST


IMPIAN pelakon remaja, Liyana Jasmay nak bernikah dua tahun lagi mengejutkan Raja. Yalah, usianya kini baru mencecah 22 tahun, takkan dah nak berkahwin kot! Siapa gerangan jejaka yang berjaya mengetuk pintu hati Liyana tu? Jangan terkejut, bukan penyanyi Aizat yang dikaitkan bercinta dengannya tau.

Umumnya lihat mereka seperti bercinta, tapi hakikatnya, Liyana dan Aizat hanyalah teman baik, bukan `teman tapi mesra'.

Hubungan mereka tidak membabitkan soal hati dan cinta. Persoalannya, Liyana nak berkahwin dengan siapa? Raja dengar Liyana sedang menjalinkan hubungan seseorang, tapi mulutnya masih terkunci nak berterus-terang.
"Saya hanya bersedia berkahwin dua tahun lagi, itupun selepas menghabiskan pengajian di Melbourne, Australia hujung tahun ini. Insya-Allah, saya tak lama di Melbourne, hanya setahun. Bidang pengajian masih difikirkan lagi, mungkin saya pilih penulisan skrip atau bidang lain yang membabitkan dunia perfileman.

"Soal pilihan hati, apa yang dapat dikatakan saya sedang mengenali hati budi seseorang. Siapakah gerangan jejaka itu biarlah jadi rahsia saya dulu, masih terlalu awal nak memperkatakannya. Bagaimanapun, saya tetap menyemat impian nak berkahwin dua tahun lagi. Siapapun jodoh saya ketika itu, saya terima dengan hati terbuka.

"Mungkin ada yang mempertikaikan usia saya masih muda, dua tahun lagi baru mencecah 24 tahun. Tapi, saya tidak kisah, saya sudah bersedia memikul tanggungjawab sebagai isteri dan ibu. Ketika ini, naluri saya begitu tersentuh apabila melayan kerenah tiga anak saudara, Adam, Aariz dan Qasse. Mereka memberi sinar dalam hidup saya dan keluarga. Apabila tiba masanya, saya juga inginkan cahaya mata sendiri," katanya ringkas.

Eloklah, jika benar-benar dah bersedia baru berkahwin. Jangan terlalu mengikut nafsu dan kata hati, perkahwinan bukan perkara main-main, bukan semudah ABC. Raja melihat ada sesetengah artis yang berkahwin muda tidak mampu mempertahankan perkahwinan. Kenapa? Berkahwin memang seronok tapi mampukah darah muda yang suka memberontak dan belum cukup matang menyusuri onak durinya? Susah...

Mengambil contoh seorang selebriti yang berkahwin pada usia yang muda, kedua-duanya belum matang dan sering bertelagah dalam membuat keputusan, akhirnya rumah tangga jadi porak peranda.

Si suami langsung tidak memikirkan soal isteri yang sedang berbadan dua ketika itu, si isteri pula terlalu mengikut kata hati dan langsung tidak boleh memandang muka suami. Ada saja bebelan yang menyakitkan telinga. Akhirnya si isteri ditinggalkan terkontang-kanting di rumah. Raja melihat inilah akibatnya jika berkahwin dalam usia yang belum cukup matang.

Lagipun, lelaki matang ada kalanya tergelincir dari landasan, inikan pula anak muda yang berjiwa panas. Selalunya keputusan dibuat mengikut kehendak hati, bukan kewarasan fikiran. Raja sebagai wartawan pun dah jemu membaca dan menulis cerita artis ini nak bercerai, rumah tangga artis itu hidup berantakan. Nasihat Raja pada Liyana, nikmati hidup remaja sepuas-puasnya, apabila dah mula mengendong anak nanti, semua kebebasan remaja tu akan hilang! Tapi, kalau dah bersedia dari segi fizikal dan mental, terserahlah...

google: liyana jasmay, terkini liyana jasmay, terbaru liyana jasmay, gosip liyana jasmay, liyana jasmay kahwin, liyana jasmay tunang, kekasih liyana jasmay, teman lelaki liyana jasmay, kisah liyana jasmay nak kahwin, kisah liyana jasmay nak tunang, buah hati liyana jasmay, liyana jasmay bercinta, liyana jasmay berkasih

Shira bimbang persepsi orang

Posted: 14 Nov 2010 04:02 PM PST


DI sebalik senda tawa dan gurauannya, ada secebis perasaan halus yang menjalar dalam diri pelakon serta pengacara versatil, Sharifah Shahira yang tidak disedari khalayak kerana acap dibayangi perilaku cerianya.

Shahira barangkali mudah membuat khalayak selesa dengan telatah spontannya namun ternyata semua itu belum mampu membebaskan dirinya daripada memikirkan satu persoalan besar.

"Saya terlalu takut dengan persepsi orang, bimbang jika ada yang mengata kalau tersalah laku," dedah Shahira atau mesra disapa Shira pada satu pertemuan, petang Isnin lalu.
Pemilik nama lengkap Sharifah Shahirah Syed Abu Bakar yang meraikan ulang tahun ke-36 pada 14 Oktober lalu itu berkata, setiap kali diselubungi perasaan gusar dia akan meluahkan kebimbangan itu kepada suaminya, Zulkifli Azhari atau lebih dikenali sebagai Ijoy.

"Saya akan tanya Ijoy apa betul saya begitu dan begini. Saya tidak suka mencari gaduh dengan sesiapa. Paling saya elakkan jika naik turun mahkamah. Saya benci pergaduhan. Jika berlaku pertengkaran atau perselisihan faham, selalunya saya akan mengambil langkah pertama untuk mengalah. Saya tidak suka memanjangkan cerita.

"Memilih hidup sebagai anak seni membentuk saya menjadi manusia yang bertolak ansur dan matang. Jika pun ada sesuatu yang kurang disenangi, saya selesa menyimpannya sendiri. Sampaikan keluarga pun tahu saya jenis tahan lasak," kata Shira yang memilih untuk menggembirakan hati mereka yang berada di kelilingnya daripada menyakiti sesiapa.

Wanita kelahiran Kuala Lumpur itu berkata, kepekaannya itu bukan bermakna dia menolak kritikan atau enggan menerima kekurangan dirinya.
Shira sentiasa bersikap terbuka dengan pandangan masyarakat, namun sekiranya apa yang diperkatakan itu tidak mencerminkan dirinya, dia selesa membiarkan ia berlalu begitu saja.

Katanya, mereka yang mengkritik barangkali tidak mengenalinya secara dekat kerana sejak bergelar pelakon dia tidak pernah berubah.

Biarpun ketika ini populariti sedang memeluk dirinya, Shira enggan menjadikan perkara itu sebagai halangan untuk dia terus mendekati orang ramai.

"Jika bukan kerana suka berlawak, mungkin ada yang beranggapan saya sombong berdasarkan air muka saya. Dulu pun saya sering dipandang jahat. Mungkin kerana sering membawakan watak jahat dalam drama membuatkan ada yang kurang senang dengan kehadirannya.

Saya berkawan dengan semua orang, tidak mengira apa latar hidup mereka. Jujurnya saya senang berkawan dengan sesiapa saja.

"Cuma saya kurang selesa berkawan dengan orang yang terlalu kaya. Saya tidak tahu bagaimana mahu menyesuaikan diri. Cukuplah bersederhana," bicaranya tulus.

Shira turut memberitahu, dia sebenarnya seorang yang sensitif dan sentiasa berhati-hati dalam setiap tindak tanduknya.

"Saya tidak suka memburukkan orang. Jika marah sekali pun, saya akan meredakan kemarahan itu dengan membuat lawak.

Semua orang ada masalah dalam hidup. Saya juga tidak terlepas daripada berduka. Cuma saya tidak membiarkan duka itu berlarutan kerana selesa menggembirakan orang lain.

"Paling saya elakkan kalau bercakap kosong. Apa yang peminat lihat di kaca televisyen, begitulah saya di luar. Sama saja kerana dengan keluarga juga saya begini," katanya.

Ibu kepada Allisya, Airell, Airra dan Auddra bersyukur kerana mendekati dua dekad bergelar anak seni, Tuhan masih mencurahkan rezeki berpanjangan untuk dia terus menikmatinya.

Bagaimanapun, kata Shira, rezeki yang mencurah datang tidak sesekali membuatkan dia pantas lupa diri atau berbelanja mewah.

Shira melihat kesenangan yang diberikan Allah itu sebagai pinjaman selain ujian supaya dia terus beringat dan tidak leka ketika diri berada di puncak.

'Tak kisah dilabel pelakon stereotaip'

BAGI Sharifah Shahira arau Shira , populariti yang diraihnya ketika ini tidak datang sekelip mata. Ia hadir bersama kerja keras kerana sejak mula berlakon, dia tidak pernah jemu membanting tulang untuk mencipta nama.

"Mungkin sudah tertulis ketika ini rezeki untuk saya lebih sedikit. Tetapi saya tidak boros. Setiap pendapatan saya akan simpan kerana kita tidak pernah tahu bagaimana rezeki pada hari mendatang. Kata orang, beringat sebelum hujan. Cuma sekarang, ramai yang datang mahu meminjam wang. Mungkin mereka ingat saya sudah kaya. Saya belum kaya tetapi selesa," katanya merendah diri.

Dilihat lebih aktif sebagai pengacara, Shira berkata, dia masih diaju tawaran berlakon dan acap watak yang diserahkan kepadanya menjurus kepada karakter komedi. Baginya, apa saja watak yang diberikan biarpun pernah dibawakan sebelum ini tidak akan diketepikan begitu saja kerana dia percaya, masih ada cabaran menanti di sebalik peranan itu.

Akuinya, dia menggemari watak komedi romantis seperti yang dibawakan Meg Ryan dalam When Harry Met Sally, Sleepless In Seattle dan French Kiss.

Kata Shira, dia kurang selesa membawakan watak ganas atau sedih bukan kerana tidak mampu melakonkan peranan itu.

Sebaliknya, peminat lebih senang menerimanya dengan watak komedi dan dia cuba memenuhi kehendak mereka tanpa banyak alasan.

"Kehendak khalayak bukan masalah besar kepada saya. Saya tidak bimbang dilabel stereotaip jika itu menjadi identiti lakonan saya.

Julia Roberts dan Sandra Bullock juga mempunyai identiti lakonan mereka tersendiri cuma watak diberikan berbeza. Mereka tetap orang yang sama apabila ditonton di layar perak.

"Cuma mungkin mereka lebih bernasib baik kerana mendapat watak yang sepadan dengan karakter, jadi penonton dapat melihat kelainan dalam lakonan mereka," katanya.

google: sharifah shahira, sharifah shahira facebook, sharifah shahira blog, sharifah shahira twitter, sharifah shahira myspace, sharifah shahira dan suami, sharifah shahira dan anak, sharifah shahira bercerai, sharifah shahira mengandung, sharifah shahira pregnant, sharifah shahira wiki, sharifah shahira biodata, sharifah shahira biography, sharifah shahira 2010, terkini sharifah shahira, terbaru sharifah shahira, gambar sharifah shahira, foto sharifah shahira