Adsense

Isnin, 12 Mac 2012

OHBULAN!

OHBULAN!


Sahkan Bakal Bertunang, Irma Hasmie Akhiri Zaman Bujang Tahun Ini!

Posted: 12 Mar 2012 10:00 PM PDT

Akhirnya Irma Hasmie telah mengesahkan yang dia akan bertunang tahun ini dan kemungkinan besar pada 27 Mac ini di Sungai Buloh.

Menurut sebuah akhbar online tempatan, Irma masih belum mendedahkan identiti bakal tunangnya dan dia hanya akan memberitahu pada umum pada majlis pertunangannya nanti. Irma juga tidak mendedahkan apa-apa maklumat mengenai majlis pertunangannya.

Dalam laporan OHBULAN! sebelum ini, Irma Hasmie dan bakal tunangnya telah berkenalan ketika mereka  berada di Tanah Suci Mekah sempena mengerjakan ibadah umrah, Ramadhan tahun lalu. Irma Hasmie juga sebelum ini pernah bercinta dengan Nabil Raja Lawak dan Farid Kamil, namun kedua-duanya putus ditengah jalan.

Mungkin kali ini Irma telah bertemu dengan calon yang sesuai, maklumlah, berjumpa di Tanah Suci, mungkin banyak hikmahnya.

Kredit Berita : mStar Online

Video: Tiz Zaqyah Punya Suara Merdu, Nyanyi Lagu “How Do I Live”!

Posted: 12 Mar 2012 05:05 PM PDT

Pertama sekali OHBULAN! mahu cakap ialah, terbaik! Tak sangka Tiz Zaqyah punyai banyak bakat yang terpendam.

Kalau anda perasan, didalam album Facebook rasmi Tiz, anda boleh melihat beberapa karya lukisan potret oleh gadis kecil molek ini yang cantik. Namun kali ini, disebabkan kebosanan Tiz seperti yang dikatakan didalam videonya, Tiz Zaqyah telah merakamkan sebuah video dia sedang menyanyi lagu "How Do I Live" nyanyian asal oleh Trisha Yearwood.

Antara komen-komen dari peminat Tiz termasuklah,

Bukan setakat berlakon dan melukis, kami rasa Tiz sememangnya dilahirkan sebagai anak seni yang berbakat. Namun begitu, jangan pula anda terkejut. Sebelum ini juga, Tiz Zaqyah pernah menyanyi untuk lagu tema Nur Kasih The Movie.

Tidak mahu bercakap panjang, anda dengarkan lagu "How Do I Live" nyanyian Tiz Zaqyah selepas ini ya!