borak kosong |
- Gila...kerat dan makan hati rakan
- Terkejut kekasih tolak lamaran ditempat awam
- Jijik..penghuni flat di Singapura minum air mayat
- Patah kaki kali kedua kerana ditendang guru
- Melancung dan boleh bunuh diri di Switzerland
- Exercise lidah
- Rekod dunia..5 saat main dah kena kad merah
- Namakan anak 'Like' kerana terinspirasi daripada facebook
- Macam ni punya pakaian kahwin pun ada
- Heboh! Kambing Ada 4 Biji Kemaluan
- Hebat...burung unta dapat cari lokasi tuannya selepas dapat melarikan diri dari penculiknya
- Pelari 100 meter tergemuk didunia
- Aiskrim kek terbesar di dunia
- Lukisan dari orang buta yang sangat mengkagumkan
- Cara menentukkan anda seorang gay atau macho???
- Big buff man takes the train -- with a Chanel bag and Hello Kitty purse
- Ajaib...Mr P Tumbuh di Antara Miss V
- Popsicle Tequila Premium Clase Azul Ultra ais tangkai paling mahal di dunia
- Aneh..cicak berkepala seperti ikan lohan
Gila...kerat dan makan hati rakan Posted: 17 May 2011 09:00 PM PDT gilalah lelaki ni.. saya petik dari myMetro MOSCOW: Polis di bandar raya ini menahan seorang lelaki yang mengerat rakannya dan menyimpan mayat mangsa di dalam peti sejuk sebelum memakan hatinya, kata pegawai penyiasat, semalam. Nikolai Shadrin ditahan selepas polis mengesan apartmen tempat dia membunuh warga Moscow berusia 40 tahun, Ilya Yegorov pada awal Mei lalu. "Ketika menggeledah apartmen itu, alat digunakan untuk mengerat mangsa dan hati manusia ditemui. Shadrin mengaku melakukan jenayah berkenaan dan memakan sebahagian hati temannya itu," kata kenyataan dikeluarkan Jawatankuasa Siasatan. Yegorov dibunuh pada 2 Mei lalu dan polis menemui organ tubuh manusia termasuk kaki, tangan dan sebahagian lengan di Sungai Moscow dan beberapa ruang bawah tanah di barat Moscow, kata polis, Aleksei Saveliev. Menurutnya, ketika ditahan, Shadrin sedang memakan stew hati manusia. Dia meremukkan tubuh mangsa dengan penyodok di mana terdapat kesan cap jarinya. Shadrin adalah pesakit hospital jiwa. - AFP |
Terkejut kekasih tolak lamaran ditempat awam Posted: 17 May 2011 08:41 PM PDT Kesian lelaki ni.. saya petik dari kosmo online LOS ANGELES - Seorang lelaki terkejut seolah-olah tidak percaya apa yang telah berlaku selepas teman wanitanya menolak lamarannya di hadapan orang ramai yang sedang duduk di kawasan kedai makanan sebuah pusat beli-belah Sherman Oaks Galleria di sini baru-baru ini. Kejadian itu disiarkan di laman YouTube menunjukkan lelaki tersebut melutut sebelum berdiri semula di depan teman wanitanya dengan seorang pemain gitar menyanyikan lagu klasik Sweet Caroline. Wanita tersebut kelihatan amat terkejut dan tersenyum semasa kekasihnya membuat lamaran itu. Lelaki itu melutut sambil mahu menyerahkan sebentuk cincin kepadanya manakala orang ramai bertepuk tangan. Namun, lelaki itu berada dalam keadaan yang terkejut seolah-olah tidak mempercayai apa yang berlaku kerana kekasihnya yang dikenali sebagai Caroline berkata: "Oh Tuhan, apa yang kamu lakukan?". Wanita itu kemudian meninggalkan lelaki berkenaan yang berada dalam keadaan tergamam. Pemain gitar tersebut berusaha menenteramkan lelaki itu yang kelihatan amat kecewa. - Agensi |
Jijik..penghuni flat di Singapura minum air mayat Posted: 17 May 2011 07:26 PM PDT Bagaimana perasaan mereka yang meminumnya? saya petik dari kosmo online SINGAPURA - Penduduk di beberapa buah flat di Woodlands tidak menyedari bahawa mereka menggunakan air termasuk untuk memasak adalah daripada sebuah tangki air yang mengandungi mayat reput seorang pembantu rumah warga Indonesia yang mati, lapor akhbar Straits Times semalam. Mereka hanya mengetahui tangki air itu mengandungi mayat wanita tersebut selepas membuat aduan kerana air paip kelihatan berwarna kekuningan dan agak berbuih. Empat penduduk flat itu di Blok 686B, Woodlands Drive 73, menghubungi Majlis Perbandaran Sembawang untuk membuat aduan tersebut. Seorang jurucakap polis memberitahu agensi berita Associated French Press, seorang lelaki warga Bangladesh berusia 27 tahun telah ditangkap berhubung kematian pembantu rumah tersebut yang berusia 30 tahun. Mayat wanita itu ditemui di dalam salah satu daripada lapan tangki air di atas bumbung flat setinggi 15 tingkat itu kelmarin selepas polis menerima panggilan daripada seorang pemberi maklumat dipercayai rakan lelaki Bangladesh tersebut. "Kejadian ini amat menjijikkan. Semua keluarga saya memakan habis seperiuk sup kacang hijau yang dimasak pada pagi ini," kata seorang penduduk flat tersebut, Choi Ah Moi. Seorang suri rumah berusia 33 tahun, Ally Lee pula berkata, pembantu rumahnya memasak mi sup untuk anak perempuannya dengan menggunakan air mayat tersebut. "Saya fikir saya mahu membawa anak perempuan saya berjumpa dengan doktor," katanya. Pembantu rumah itu bekerja di sebuah flat di tingkat enam dan semasa ditemui mayatnya tersebut didapati mengalami luka di belakang badan selain memakai baju-T dan seluar bermuda. Pengurus Besar Majlis Perbandaran Sembawang, Soon Min Sin berkata, semua air di lapan tangki itu dibuang dan dibasuh dengan menggunakan bahan pembersih kuman.- Agens |
Patah kaki kali kedua kerana ditendang guru Posted: 17 May 2011 06:00 PM PDT Kesian murid ni.. saya petik dari myMetro TELUK INTAN: Selepas tujuh bulan patah kaki akibat kemalangan jalan raya dan ketika kecederaan itu semakin pulih, seorang pelajar bernasib malang apabila kaki kanannya patah sekali lagi akibat ditendang seorang guru sekolahnya. Dalam kejadian Khamis lalu, A Pavithran, 15, terpaksa menempuh kesengsaraan apabila kaki kanannya patah ditendang seorang guru dalam kelasnya. Pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Saint Anthony di sini, mendakwa kejadian berlaku Khamis lalu apabila guru berkenaan dikatakan bengang dengan perbuatannya meletakkan kaki di atas bangku ketika peperiksaan pertengahan tahun. Ketika ditemui di rumahnya di Batu 3 1/2, Jalan Changkat Jong, dekat sini, Pavithran yang bakal menghadapi peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tidak lama lagi berkata, dia patah kaki kanan akibat kemalangan jalan raya berdekatan rumahnya pada 24 Oktober tahun lalu dan sejak itu tidak dapat bersekolah tujuh bulan. Dia kembali bersekolah pada 13 April lalu kerana tidak mahu banyak ketinggalan pembelajaran di sekolah walaupun kaki masih sakit. |
Melancung dan boleh bunuh diri di Switzerland Posted: 17 May 2011 05:32 PM PDT PERJALANAN melancung lumrahnya adalah untuk bersenang-senang menghabiskan waktu terluang. Namun, jika melancung untuk bunuh diri? Meski terdengar aneh, namun melancung untuk melakukan bunuh diri benar-benar ada. Dan kota Zurich, Switzerland menjadi salah satu kota tujuan pelancung bunuh diri itu. Ternyata, assisted suicide (bunuh diri dengan bantuan) membuat warga kota Zurich terkejut. Sebab, ramai warga asing datang ke kota itu untuk bunuh diri kerana adanya jasa layanan assisted sucide di negara mereka. Padahal di sisi lain pemerintah Switzeerland sangat menghargai hak asasi manusia termasuk hak untuk bunuh diri. Sehingga, praktik bunuh diri dengan bantuan di Switzerland sudah menjadi kebiasaan selama berpuluh tahun. Untuk itu, pada Minggu (15/5) warga kota Zurich akan mengikuti referendum berkaitan dengan wisata bunuh diri ini. Pilihan pertama adalah melarang secara penuh praktik melancung bunuh diri ini. Kedua, melegalkannya khusus untuk warga kota Zurich. Nampaknya pilihan kedua ini yang bakal memenangkan banyak suara. Sebuah survey menunjukkan sebahagian besar warga Switzerland masih mendukung adanya praktik assisted suicide. "Sangat menyedihkan melihat seseorang datang ribuan kilometer ke sebuah negeri bebas hanya untuk meninggal dunia." Namun, sebahagian warga Switzerland juga menolak jika negerinya dijadikan tujuan pelancung bunuh diri. Bernhard Sutter, pengelola organisasi bantuan bunuh diri terbesar di Switzerland Exit menuding Eropah menularkan dilema moral mereka ke negeri yang dikenal juga dengan produk coklatnya itu. "Kami tak boleh menyelesaikan masalah bunuh diri di Eropah. Sangat menyedihkan melihat seseorang datang ribuan kilometer ke sebuah negeri bebas hanya untuk meninggal dunia," kata Sutter. "Negara-negara itu harus menyelesaikan problemnya sendiri. Jadi kami sangat bahagia jika Jerman atau Britain mengubah hukum mereka," tambah Sutter. Saat ini Exit hanya melayani warga Switzerland atau mereka yang sudah tinggal lama di negeri itu. Exit mengatakan proses melakukan bunuh diri dengan bantuan ini cukup lama kerana harus mempersiapkan diri si pesakit dan keluarganya. Para pelaku bunuh diri ini sebagian besar adalah mereka yang menderita sakit parah yang tak boleh diubati lagi. Di beberapa negara Eropah, proses bantuan bunuh diri atau euthanasia masih dianggap ilegal. Sehingga sebahagian dari mereka pergi ke negara yang melegalkan euthanasia seperti Switzerland. |
Posted: 17 May 2011 11:01 AM PDT |
Rekod dunia..5 saat main dah kena kad merah Posted: 17 May 2011 10:01 AM PDT Takahiro Masukawa mungkin memang benar-benar telah berhasil memasukkan namanya dalam buku sejarah bola sepak dunia, namun sayangnya untuk sebuah alasan yang salah. Bek dari kelab Nagoya Grampus tersebut mendapatkan salah satu kad merah tercepat di liga J-League hari Sabtu lalu melawan Shimizu S-Pulse, dia diberikan kad setelah menghadang lawannya yang berpeluang menjaringkan gol . Satu-satunya alasan yang mungkin sedikit .membuat Masukawa terhibur adalah keputusan akhir tersebut, dengan bermain 10 pemain iaitu 1-1. |
Namakan anak 'Like' kerana terinspirasi daripada facebook Posted: 17 May 2011 09:01 AM PDT VIVAnews - Laman jejaring sosial, Facebook sudah jadi sebagian hidup ramai orang. Mulai jadi laman pertemanan sampai temu jodoh, menyuarakan perubahan, protes, bahkan inspirasi nama. Ada seorang lelaki Mesir memberi nama anaknya yang baru lahir dengan Facebook Jamal Ibrahim. Ini bahagian dari euforia kemenangan warga Mesir melawan rejim Hosni Mubarak, untuk menghormati peranan Facebook dalam menggulingkan rejim. Kini, seperti dimuat laman CNN, giliran pasangan Israel menamai anaknya 'Like' — terispirasi tombol 'Like' di Facebook. Seperti dimuat media Israel, Galgalatz, adalah Lior dan Vardit Adler yang menamai anak perempuannya dengan nama itu. Kini, bayi mungil bernama Like itu baru saja merayakan ulang tahun pertamanya. Apa yang membuat orang tuanya memberi nama aneh itu? Lior dan Vardit Adler berkata, mereka mencari nama yang modern dan inovatif. Apalagi, setelah mengecek tak ada satu orang pun di Israel yang punya nama 'Like'. Menurut media Israel, Haaretz, nama paling popular di Israel adalah Noa, Maya, dan Tamar. "Pendapat kami, itu (Like) adalah persamaan yang modern dari nama Ahava yang berarti cinta," kata Lior seperti dimuat BBC. "Ini adalah cara kami memanggil putri kami tersayang, cinta." Saat memperkenalkan 'Like' di Facebook, ia langsung mendapat 40 tombol likes. "Mengingat aku punya 100 lebih sedikit teman di Facebook.." Keluarga Adler bukan yang pertama. Seorang ayah berniat menamai anaknya Batman jika ia mendapat 500.000 fans di laman Facebook-nya. |
Macam ni punya pakaian kahwin pun ada Posted: 17 May 2011 08:30 AM PDT |
Heboh! Kambing Ada 4 Biji Kemaluan Posted: 17 May 2011 07:00 AM PDT Ada seekor anak kambing yang terlahir unik lantaran memiliki biji buah kemaluan sebanyak 4 (empat) buah. Berbeza dengan kambing yang biasa hanya mempunyai dua buah. Anak kambing dilahir normal . Tak ada keanehan sebelum mahupun sesudah proses kelahirannya. Sang pemiliknya Sukarto (70) waga Dusun Timbangan pun tidak merasakan firasat apapun perihal bakal anehnya peliharaannya. "Saya sama sekali tidak merasa mendapat firasat ataupun mimpi biasa saja lahirnyapun normal sekarangpun tingkah lakunya juga normal, lincah," katanya Kali pertama keanehan kambing ini diketahui oleh isterinya. Kala itu ketika hendak membersihkan tubuh si kambing ternyata didapati pada buah kemaluannya terlihat besar. Merasa penasaran isterinya lantas merabanya.Saat itulah baru diketahui bahawa ternak peliharaannya memiliki biji kemaluan sebanyak empat buah. Masing - masing dua buah pada sisikiri dan dua lagi di bahagian kanan. Keanehan ini menyebabkan kembing ini menjadi perhatian penduduk setempat. |
Hebat...burung unta dapat cari lokasi tuannya selepas dapat melarikan diri dari penculiknya Posted: 17 May 2011 06:00 AM PDT Burung unta yang satu ini memang hebat. Burung unta yang baru saja dicuri dari sebuah peternakan di Romania ini mampu menunjukkan keterampilannya untuk kembali ke rumah seperti halnya seekor merpati setelah berhasil lari dari pengawasan sang pencuri. Burung raksasa tersebut melarikan diri dan menjalani semua perjalanan pulang menuju peternakan dengan kecepatan 40 mph atau setara dengan kecepatan 64,37 km/ jam dengan selamat. Burung-burung besar asli ke Afrika tersebut sebenarnya memang terkenal kerana kemampuan mereka untuk berjalan atau berlari dengan kecepatan tinggi tetapi dianggap bukan burung yang memiliki kemampuan navigasi yang baik. Tapi satu burung unta di Romania ini memang berbeza dengan saudara-saudaranya itu.Peternakan yang menjadi asal burung unta pintar tersebut berada di kota Pitesti. Sang pemilik peternakan tersebut Florin Diaconescu (47) mengaku sangat lega melihat kembali si burung unta itu ke peternakannya. Bahkan Florin masih takjub melihat bagaimana dia telah berhasil menemukan lokasi peternakan tersebut sekalipun telah dibawa cukup jauh oleh sang pencuri. "Aku telah menganggapnya sebagai hilang selamanya," katanya. "Tapi saya terkejut melihat tiba-tiba ada kepulan awan debu sedang bergerak menuju peternakan dan ia berlari ke halaman secepat kakinya boleh membawanya. Luar biasa", kata Florin masih takjub dengan si burung raksasa yang pintar ini. |
Pelari 100 meter tergemuk didunia Posted: 17 May 2011 05:00 AM PDT |
Posted: 17 May 2011 04:00 AM PDT Kelmarin, perusahaan Kanada Dairy Queen mencipta rekod dunia baru dengan membuat kek aiskrim terbesar di dunia di Yonge dan Dundas Square, Toronto. Perlu 100 orang lebih dan setahun untuk merancangkan acara tersebut, tapi setelah 30 tahun dan 52 juta aiskrim kek yang dijual, ini adalah cara sempurna untuk merayakan, menurut Denise Hutton, wakil presiden pemasaran di Dairy Queen Kanada. Menggunakan lebih dari 9.000 kg aiskrim, 91 kg kek bolu, sekitar 136 kg icing dan Oreo hancur, untuk mengalahkan rekod dunia sebelumnya, yang hampir 8.000 kg aiskrim kek yang dibuat oleh China, pada tahun 2006. Setelah kek selesai dan diakui oleh Guinness Book of Records, potongan itu dihidangkan kepada orang ramai yang berkumpul di Yonge dan Dundas Square, dengan 100% dari sumbangan akan pergi ke Children's Miracle Network. "Bila lagi yang boleh makan aiskrim kek membantu untuk mendanai perawatan medik, penelitian dan program-program pendidikan sehingga anak-anak Kanada memiliki akses ke perawatan kelas dunia? Itu yang terbaik dari seluruh dunia "kata Paul amal Lethbridge. |
Lukisan dari orang buta yang sangat mengkagumkan Posted: 17 May 2011 03:00 AM PDT Dmitri tidak buta sejak lahir, dia kehilangan penglihatannya dalam misi penggalian di sebuah hutan di Ukraine untuk mencari sisa-sisa mayat tentera Rusia korban perang dunia ke-2. Dia terkena lletupan periuk api yang dipasang NAZI Jerman 50 tahun yang lalu yang mengakibatkan kebutaannya. Sebelum kecelakaan tersebut, lukisan Dmitri sudah cukup dikenal di kalangan seniman tempatan. Begitu kehilangan penglihatannya Dmitri menjadi tertekan hingga suatu ketika seorang kawan lamanya datang dan cuba membangkitkan lagi semangat Dmitri dengan mengadakan pameran karya-karya Dmitri.Semangat Dmitri pun mulai bangkit, bahkan sebelum pameran dia mulai mencuba melukis lagi untuk membuktikan bahawa walaupun tidak boleh melihat dia masih boleh berkarya. "Setiap hasil yang besar dimulai dengan satu langkah kecil" katanya. Dia mula melukis lagi, tentu saja pada awalnya dia banyak mengalami kesulitan tetapi berkat ketekunannya akhirnya lahirlah karya pertamanya sebagai seorang seniman buta. Hingga sekarang sudah sekitar 250 lukisan karyanya yang mendapat pujian dari para pengkritik seni. |
Cara menentukkan anda seorang gay atau macho??? Posted: 17 May 2011 02:00 AM PDT Menentukan seseorang Gay atau Macho tidak hanya dilihat dari bentuk fizik dan tingkahlakunya saja.Ada cara untuk mengetahui seseorang itu apakah orang tersebut Gay atau Macho iaitu dengan melihat jari-jari tangannya. Entahlah cara ini benar atau tidak tapi patut dijadikan acuan dalam menentukan keperibadian anda.Believe or Not….. sumber : http://tegarmuhammadsakti.blogspot.com |
Big buff man takes the train -- with a Chanel bag and Hello Kitty purse Posted: 17 May 2011 01:25 AM PDT This large man was spotted on the MRT bearing a hot pink Chanel purse and a Hello Kitty wallet, says STOMPer Li Ying. She says he was behaving in an effeminate manner, and later sashayed off the train. STOMPer Li Ying described the man's antics: "I was on the train on the way to Pasir Ris Station when I saw this man acting very sissy in front of everyone onboard the train. "Worse still, he was carrying a Chanel bag and a Hello Kitty wallet. "He was cat-walking as he was about to get off the train." |
Ajaib...Mr P Tumbuh di Antara Miss V Posted: 17 May 2011 12:00 AM PDT TASIKMALAYA- Seorang perempuan warga Kampung Sindanggalih,, Jawa Barat, hidup dengan keadaan fizik berbeza. Perempuan yang kemudian menjadi laki-laki itu, hidup normal bahkan memiliki seorang isteri dan hubungan mereka sudah menghasilkan anak berusia 1.5 tahun. Yayan Syahdan, perempuan berambut pendek dengan perawakan seperti laki-laki ini tinggal bersama Risyeu Rismawati (19), isteri yang sudah 3 tahun dinikahinya, serta anaknya Risya. Jika dilihat secara sepintas, Yayan terlihat seperti laki-laki dengan bahagian dada rata, tumbuh bulu di kaki, serta rambutnya pendek Namun Yayan tidak memiliki tonjolan di leher atau halkum, seperti laki-laki pada umumnya. Ketika dilahirkan, Yayan merupakan seorang perempuan asli dan memiliki alat kelamin perempuan. Ketika berumur 14 tahun dia pernah mengalami kedatangan haid yang pertama sekaligus yang terakhir. Ketika berusia 18 tahun perubahan mulai terjadi. Selain alat kelamin perempuan, juga muncul alat kelamin laki-laki. Yayan pun mulai menyukai perempuan seperti laki-laki normal. Saat itu dirinya merasa terangsang dan ingin berhubungan badan dengan perempuan disertai rasa pusing dan mual-mual. Saat usianya 30 tahun, Yayan akhirnya bertemu Risyeu hingga akhirnya mereka menikah. Tak hanya itu, beberapa waktu lalu Yayan hampir memiliki anak keduanya. Namun ketika usia kandungan 3 bulan, sang isteri mengalami keguguran. Sementara itu Risyeu mengaku menerima suaminya apa adanya. Ketika berpacaran pun suaminya berterus terang kepadanya. Awalnya, Risyeu sempat terkejut, namun dia boleh menerima keadaan suaminya. Cinta, perhatian, dan tanggung jawab dibuktikan Yayan sehingga tidak ada keraguan sedikit pun dari Risyeu saat menerima lamaran. Meski memiliki kelamin ganda, namun tidak membuat Yayan dan Risyeu malu. Bahkan mereka berencana akan terus memiliki anak yang banyak untuk membuktikan kepada masyarakat bahawa dirinya boleh memiliki anak meski berkelamin ganda. Sumber :http://www.okezone.com/ |
Popsicle Tequila Premium Clase Azul Ultra ais tangkai paling mahal di dunia Posted: 16 May 2011 11:00 PM PDT MEXICO CITY - Sebuah hotel di Mexico membuat ais paling mahal di dunia. Ais tangkai tersebut dijual dengan harga USD1,000. Ais popsicle itu disajikan dengan tangkai plastik. Namun yang membuat ais ini jauh lebih mahal dari ais lainnya adalah bahan baku pembuat ais tersebut. Demikian diberitakan News.com.au. Ais itu dibuat dari tequila atau minuman keras khas Mexico yang dijual 900 poundsterling . Popsicle Tequila Premium Clase Azul Ultra ini, juga disertai serpihan emas seberat 24 karat. Pemilik resort Marquis Los Cabos di Baja California Sur mengatakan, mereka mengharapkan ais ini dapat dikenal luas dikalangan warga kaya di dunia. Menurut General Manager Marquis Los Cabos Ella Messerli, pembuatan ais popsicle termahal di dunia ini merupakan salah satu cara untuk menarik perhatian pelanggan mereka. Selain juga menjadi bentuk pendekatan baru untuk melayani para pengunjung yang mengunjungi resort tersebut. Sumber :http://www.okezone.com/ |
Aneh..cicak berkepala seperti ikan lohan Posted: 16 May 2011 10:00 PM PDT SIDOARJO - Sekilas tak ada yang aneh dari seekor cicak berkulit burik itu. Yang sedikit mencolok adalah kepalanya yang menonjol layaknya ikan Lohan dan makannya nasi atau roti seperti manusia. Cicak "Lohan" ini pertama kali ditemukan oleh Retno Purwaningsih, warga Jawa Timur. Retno menemukan cicak berkepala aneh itu merayap di dinding rumahnya. Selain berkepala menojol, di tengah kepalanya juga terdapat lobang berwarna putih dan keempat kakinya memiliki lima jari layaknya jari manusia. Menurut pemiliknya, setelah ditemukan, cicak aneh itu sempat hilang selama seminggu namun kembali lagi muncul di dinding rumahnya. Dia pun memelihara haiwan melata itu hingga sekarang. "Cicak ini juga tak nak makan nyamuk tapi saya beri makan nasi dan roti. Tapi dia doyan," kata Retno. Yang lebih menghairankan, cicak ini kini mengalami pergantian kulit seperti ular. Kerana dianggap unik, cicak itu kini dipelihara oleh Retno dan menjadi bahan tontotan warga di sekitar rumahnya. Sumber :http://www.okezone.com/ |
You are subscribed to email updates from borak kosong To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |