Adsense

Selasa, 17 Mei 2011

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Diana Danielle Pembuka Tirai Konsert Kenny G

Posted: 17 May 2011 10:37 PM PDT

DIANA DANIELLE MEMBUAT KEJUTAN…TERPILIH MENJADI PENYANYI PEMBUKA TIRAI KONSERT KENNY G MAY 24 INI

Pelakon & penyanyi Diana Danielle yang amat dikenali di persada seni melalui kebolehan lakonon beliau bakal mencipta kejutan dan sejarah tersendiri dengan terpilih sebagai penyanyi pembuka tirai di Konsert Kenny G yang akan berlangsung di Plenary Hall. KLCC pada Selasa May 24 ini.

Budiey rasa ramai penyanyi tempatan yang ingin mendapat peluang untuk menjadi penyanyi pembuka tirai kepada mana-mana artis antarabangsa apatah lagi seorang legenda instrumental saksofon seperti Kenny G. Namun, nasib memihak kepada Diana Danielle. Macamana Diana boleh terpilih, itu kena tanya dengan Diana. Apa-apa pun, tahniah Dee.

Diana Danielle

Diana Danielle yang akan melahirkan single pertama beliau hasil ciptaan beliau sendiri "TAK PERNAH ADA" akan menghadapi cabaran untuk membuktikan keupayaan beliau untuk berjaya di dalam industri seni suara di persada dengan ujian yang paling getir yang mana pentas pembuka tirai artis antarabangsa menjadi daya pengukur beliau sebagai penyanyi yang berkaliber. Keberanian Diana Danielle menyahut cabaran ini sudah pasti akan menjadi tumpuan para peminat industri hiburan pada May 24 nanti.

Kelainan dan daya penarik konsert Kenny G kali ini ialah sikap sayang peminat Kenny G yang akan meluangkan masa sebelum dan selepas Konsert beliau untuk menandatangani setiap CD dan barangan Kenny G di luar dewan persembahan. Ini jarang-jarang sekali berlaku dan menunjukkan sikap rendah diri dan menghargai para peminat Kenny G yang harus dicontohi oleh mana-mana artis tempatan dan antarabangsa yang datang berkunjung untuk konsert di tanah air kita.

Juga persembahan Kenny G juga mementingkan kepuasan para peminat dengan menghidangkan persembahan selama 2 jam 10 minit. Sudah pasti memberi nilai maksiima kepada harga tiket yang dibayar.

Persembahan Diana Danielle dan Kenny G pada May 24 di Plenary Hall, KL Convention Centre akan bermula pada 8.30pm. Tiket berharga RM888 (Platinum), RM498 (Gold), RM298 (Silver) and RM198 (Bronze) masih ada terjual. Tiket juga boleh ditempah melalui online di www.airasiaredtix.com and www.ticketpro.com.my. Mereka yang membeli tiket Platinum akan dapat secara PERCUMA album terbaru Heart and Soul. Kenny G Live In Malaysia dibawa khas oleh JS Concert Productions.

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Gambar Fesyen Diana Danielle di Festival Filem Malaysia 23
  • Gambar Diana Danielle Dengan Anak Angkat
  • Gambar Diana Danielle di Pelancaran Sunsilk Hello Perfection
  • Gambar Pelakon Diana Danielle di Kem Princess Haliza
  • Diana Danielle Tak Sabar Ikuti Kursus PLKN 19 Mac Ini
  • Gambar Diana Danielle Dengan Gaun Rekaan Calvin Thoo di FFM23
  • Gambar Diana Danielle @ Sidang Media Lelong Amal Suria FM
  • Ucapan Diana Danielle & Imran Ajmain Sempena Ulangtahun Budiey.com
  • Gambar Diana Danielle di Karnival Jomheboh TV3 Bukit Jalil
  • Jemputan Pembaca Ke Pelancaran Public Jewellery Bersama Duta – Diana Danielle
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Pengalaman Luar Biasa Ke Konsert Katy Perry Brisbane Australia

    Posted: 17 May 2011 09:54 PM PDT

    Baru-baru ini, Budiey menerima pelawaan dari Hotmail untuk menjadi satu-satunya wakil blogger dari Malaysia untuk ke Konsert Katy Perry (Katy Perry – The California Dreams Tour 2011) yang berlangsung di Brisbane Entertainment Centre, Australia. Rasanya, ramai pembaca yang follow akaun twitter Budiey (follow me @budiey) ni dah tahu yang Budiey mahu ke Brisbane semata-mata nak jumpa dengan Katy Perry.

    Terima kasih Hotmail kerana sudi menaja Budiey ke Brisbane, Australia.

    Siapa tak minat Katy Perry. Giler tak, macam dah jadi satu kegilaan anak-anak muda sekarang ni. Sebut je nama Katy Perry, akan terbayang di mata betapa seksi, hillarious dan mantapnya persembahan Katy Perry di pentas. Patutlah susah sangat nak masuk Malaysia nak buat konsert. Kalau nak masuk jugak, kena ikut etika pemakaian. Bukan itu sahaja, banyak lagu-lagu Katy ada unsur-unsur sensual dan bahasa yang double meaning. Contohnya, lagu Peacock. Memang kelas lagu ni! Korang yang tahu lirik-lirik lagu Katy akan faham dengan apa yang Budiey maksudkan.

    Masih ingat lagi, Katy Perry pernah datang ke Malaysia untuk perform di MTV World Stage 2010. Masa tu, Budiey tak dijemput oleh penganjur di Malaysia. Ironinya, Budiey telah dijemput oleh penganjur dari luar negara untuk ke Brisbane menyaksikan persembahan LIVE Katy Perry di sana. Terima kasih, Hotmail & Warner Music.

    Sorry, gambar yang diambil ini tak berapa lawa sebab hanya menggunakan iPhone4 aje.

    Sebelum terbang ke Brisbane, Budiey ada anjurkan peraduan untuk korang semua menang 2 buah CD album Katy Perry Teenage Dream. Tarikh untuk join dah tamat y'all dan kepada yang join tu, Budiey rasa korang tak sabar nak tahu siapa pemenangnya. Sabar ya, Budiey akan pilih tak lama je lagi. Album dah pun ada di tangan Budiey sekarang ni.

    Katy Perry Brisbane

    Kalau Katy Perry sanggup travel 14 jam dari California untuk turun buat konsert tour di Asia, Budiey pula sanggup memanaskan punggung untuk terbang ke Brisbane selama 7 jam 20 minit. Walaupun letih giler, tapi memang worth it la sebab ya… korang pun tahu, Katy Perry memang happening giler kan!

    Katy Perry Brisbane

    Pagi yang cerah 4 Mei lalu, Budiey bertolak ke Brisbane, Australia. Dari rumah, dah tentu kena naik teksi untuk ke KL Sentral. Dari KL Sentral, kena ambik ERL untuk ke KLIA. Dari KLIA terbang ke Singapura dengan MAS. Transit di situ untuk terbang terus ke Brisbane dengan menaiki flight The Emirates.

    Nasib baik tak lupa nak bawa tentatif yang diberikan oleh Hotmail. Kalau tak habis naya, tak tahu mana direction trip ni.

    Katy Perry Brisbane

    Jam 11 pagi, Budiey selamat sampai di KLIA. Perjalanan dengan ERL mengambil masa hanya 30 minit sahaja. Pantas. Sesuai dengan harganya RM35 sekali naik bagi dewasa.

    Sampai di KLIA, berhenti breakfast di Harrots Café. Wah! Perasan diriku ini sedang berada di London, uall! Tengoklah, harga sekeping roti pun RM8.00 sama teanya RM9.00. Giler tak mahal!

    Katy Perry Brisbane

    Selepas breakfast di Harrots Café KLIA, sempat ambil masa lagi untuk update blog. Sekarang rasa macam masa tu dah singkat, banyak sangat event tapi takde masa nak kemas kini blog. Jadi, kalau ada masa luang tu, pandai-pandailah nak jenguk-jenguk blog. Asalkan jangan bersawang sudah.

    Katy Perry Brisbane

    Dari KLIA, naik MAS selama 1 jam. Sampai di Changi Singapura Terminal 1 pada jam 1 tengahari. Wakil dari Hotmail, Amy dan Tamara janji nak berkumpul dengan semua blogger dan pemenang peraduan di Terminal 2 pada jam 2 petang.

    Sampai di Terminal 2, terus ke Burger King di mana di situ Budiey dapat jumpa buat kali pertama dan berkenalan dengan Amy & Tamara wakil dari Hotmail. Mereka sangat mesra, peramah dan ceria. Memang sesuai dengan kerja mereka la kan.

    Skytrain

    Asyik borak dengan diorang, sampai aku terlupa yang aku masih belum check in untuk terbang ke Brisbane. Aku perasan masa nama aku dipanggil dari PA system di airport. Gila aku panic, lagi 30 minit lagi nak terbang ni. Takut terlepas flight je uall. Nasib baik kaunter untuk check in tu dekat je dengan tempat kitorang lepak. So, moral of the story, walaupun transit je, jangan lupa untuk check in. Hahah, sangat jakun diriku.

    Katy Perry Brisbane

    Dari Singapura, kami menaiki pesawat The Emirates selama 7 jam 20 minit. Lama jugak tu, tapi nasib baik dalam flight ni ada disediakan Emirate's In Flight Entertainment yang diberi nama ICE, siap dengan panel TV untuk menonton filem, drama atau nak dengar lagu pun boleh. Jadi, takdelah Budiey rasa boring sangat. Walhasilnya, sempat aku layan 4 movie secara marathon masa kat dalam flight ni. Memang selesa dan makanan yang disajikannya pun not bad lah!

    Katy Perry Brisbane

    Sesampai di Brisbane, sekali lagi kami berkumpul beramai-ramai untuk bergambar. Ini dia, gambar yang sempat Budiey ambil bersama dengan pemenang peraduan Hotmail dan wakil blogger dari Singapura & Filipina.

    Sangat bertuah mereka ni. Dapat terbang tengok Konsert Katy Perry sambil melancong dengan ditaja sepenuhnya oleh Hotmail. Dalam peraduan tu, mereka hanya perlu menulis dalam 20 perkataan kenapa mereka layak untuk menonton Konsert Katy Perry. Tahniah untuk pemenang dari Malaysia iaitu Sunny Loh! Dia datang dengan isterinya, terpaksa meninggalkan dua orang anaknya di Malaysia semata-mata tak nak lepaskan peluang keemasan ni.

    Katy Perry Brisbane

    Di Brisbane, kami tinggal di Hotel Novotel Brisbane Airport. Tak jauh dengan airport. Tak sampai pun 20 minit dari airport. Sangat dekat. Tapi jauh juga la nanti kalau nak gi jalan-jalan di bandar Brisbane. Ada la dekat 1 jam jugak untuk naik bas ke sana.

    Katy Perry Brisbane

    Tapi baru aku tahu kenapa penganjur pilih hotel ni, sebab utamanya dekat dengan Brisbane Entertainment Centre di mana berlangsungnya konsert Katy Perry ni pada 5 Mei 2011. Hanya 5 minit je dari airport.

    Pada pagi 5 Mei 2011, seusai sarapan, kami berkumpul untuk mendengar taklimat dari wakil Hotmail berkenaan dengan produk terbaru dari Hotmail iaitu Office Web Apps dan juga Save Social Energy. Budiey akan terangkan secara lebih detail tentang kedua-dua produk Hotmail ini di entry akan datang ya.

    Katy Perry Brisbane

    Wakil dari Hotmail, Amy sedang memberi taklimat secara ringkas kepada semua pemenang dan blogger.

    Video Hotmail Katy Perry Product Briefing at Hotel Novotel:

    Katy Perry Brisbane

    Masa yang terluang di hotel hanya dihabiskan untuk berehat sementara yang lain sanggup ke bandar Brisbane untuk shopping dan jalan-jalan.

    Pada jam 6.30 petang waktu Australia, kami berkumpul di ruang lobby untuk ke Brisbane Entertainment Centre. Waktu ni suasana kat luar dah gelap. Kalau kat Malaysia, waktu ni dah jam 4.30 petang.

    Kami diberikan tiket konsert yang bernila AUS100.00. Lebih kurang RM320 duit kita. Memang best sebab tiket ni adalah yang paling mahal dijual. Free seat betul-betul depan pentas.

    Katy Perry Brisbane

    Berbaloi-baloi.

    Katy Perry Brisbane

    Wajah-wajah berekspresi ceria dari pemenang peraduan Hotmail, Sunny Loh bersama isteri Cheng Cheng.

    Korang memang bertuah. Menurut kata Sunny, ini adalah hadiah yang paling besar pernah diorang menang. Lucky betul.

    brisbane

    Bersama rakan blogger dari Singapura, Adrian Seet Superadrianme, Tamara Yee wakil dari Hotmail. It was a pleasure meeting you all guys! Kredit photo dari blog Annalyn.net.

    brisbane-01

    Yang seronoknya boleh tengok macam-macam stail dan fesyen peminat Katy Perry. Macam-macam ada. Diorang ni dress up memang tak ingat. Ada yang pakai bra cam cupcakes, candy dress, blue wigs dan semua tu kan macam trademark Katy Perry.

    Katy Perry Brisbane

    Keseronokan terpancar dari wajah dan gelagat pemenang peraduan.

    Video Kegilaan Katy Perry di Brisbane Entertainment Centre

    Katy Perry Brisbane

    Sementara menunggu kemunculan Katy Perry, kami sempat borak-borak dan lepak depan pentas. Suasana masa tu dah riuh rendah dan makin lama, orang makin ramai.

    Konsert bermula jam 8 malam tatkala kerusi dan juga ruang dewan ini penuh dengan peminat Katy Perry. Memang full house.

    Budiey diberitahu, konsert ini akan dibuka dengan persembahan dari artis bernama Zowie. Lihat video ni:

    Katy Perry membuka pentas dengan lagu Teenage Dreams. Jom tonton video:

    Budiey suka dengan pentas konsert ni. Memang ianya meriah dengan prop berupa replica gula-gula lollipop tu dan kiri kanan ada replika cupcakes besar, tangga yang warna warni. Warna tema untuk stage kebanyakan berwarna pink.

    Di atas ada 3 buah skrin besar, tak lupa ada disediakan skrin besar di kiri kanan pentas untuk penonton.

    Katy Perry Brisbane

    Tak banyak gambar yang Budiey ambil masa Katy Perry nyanyi, sampai tak sempat nak ambil gambar sebab excited giler duk nyanyi sama-sama.

    Katy Perry ni memang kelakar, pandai berkomunikasi dengan peminat dan gaya dia layan peminat pun sangat menghiburkan. Ada sekali tu, Katy cium peminatnya. Tengok video ni:

    Budiey sempat ambil beberapa video masa Katy Perry perform:

    Apa yang boleh Budiey katakan, pengalaman menonton konsert Katy Perry ni adalah satu pengalaman yang extraordinary. Energi dan tenaga Katy bikin ramai yang histeria. Teringat dengan gaya Lady Gaga, tapi Katy ni tak la sama 100% ni. Cuma kadang-kadang tu rasa macam Lady Gaga sebab Katy Perry ni suka berketrampilan seksi dan hot di pentas.

    Vokal lantang Katy tak perlu lah nak cakap kat sini. Memang hebat. Semua lagu-lagunya pun best. Layan habis.

    Konsert ni bukan sekadar konsert biasa, malah Katy ada storyline atau jalan ceritanya tersendiri. Dari awal hingga habis konsert, ada narator yang membawa penonton mengembara melihat satu kisah percintaan. Konsepnya lebih kurang seperti kisah Katy yang mencari lelaki pujaan hatinya. Persembahan ini menjadikan konsert tak boring. Superb!

    Paling kelakar masa Katy nyanyi lagu Peacock. Kelakar giler tengok gaya dia nyanyi "I wanna see your peacock-cock-cock" sambil bermain dengan mikrofon. Funny giler.

    Tak ketinggalan lagu-lagu Katy yang popular dimainkan di radio sekarang ni, antaranya ET, Fireworks, I Kissed a Girl dan banyak lagi, turut didendangkan dengan iringan band serta pekikan dan teriakan dari peminat. Selain lagu asal, Katy juga nyanyi lagu Rebecca Black (Friday), Whip My Hair (Willow Smith) dan Whitney Houston ( I Wanna Dance with Somebody).

    Katy Perry meninggalkan kenangan terindah buat peminatnya di Brisbane dengan lagu California Gurls. Masa ni memang meriah giler sebab ada gingerbread men di pentas serta bola pantai yang berwarna-warni dilontar sana-sini.

    Fun dan fantatik. Dua perkataan ini sangat tepat untuk menggambarkan rasa yang terpahat di hati peminat. Cuma rasa tak puas hati mestilah ada, rasa nak tonton lagi konsert macam ni di lain kali. Harap Katy Perry sudi datang ke Malaysia pulak.

    Terima kasih kepada Warner Music dan Hotmail kerana menjemput dan memberi peluang kepada Budiey merasai kemeriahan konsert Katy Perry. Sangat enjoy!

    Till we meet again, Katy!

    katy

    Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

    Tags: , , , , , , , , , ,

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Peraduan Menangi Album Katy Perry Teenage Dreams
  • Gambar Mila Jirin di Malam Gala Nur Kasih The Movie
  • KATY PERRY DEBUTS AS HOST FOR 2008 MTV EUROPE MUSIC AWARDS
  • Senarai Pencalonan di Anugerah Grammy ke-53
  • Biodata DYNDA ELLY
  • Paul McDonald is Eliminated On American Idol
  • Lirik Lagu Luar Biasa Shahir
  • Wonder Girls Perform at MTV World Stage Live in Malaysia 2010
  • Datuk Siti Nurhaliza Hantar Mohd Adib Study ke Melbourne, Australia
  • Gambar Tunang Gurutari Adam Corrie Lee Abdullah
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.