Adsense

Selasa, 17 Mei 2011

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Puas watak jahat

Posted: 16 May 2011 06:32 PM PDT

Hip

pix_gal0
Bakat baru ini ingin pelbagaikan kebolehan, idam genggam anugerah

MENGENALI keperibadian diri bintang baru yang semakin menyerlah namanya, Tasha Shilla secara lebih dekat, tidaklah menggambarkan yang dirinya seperti karektor Cikgu Ruhana dalam drama bersiri Gemilang mahupun Tina menerusi drama Sahara, kedua-duanya disiarkan TV3.

Jika dalam drama terbabit dirinya digambarkan sebagai wanita jahat, di luar lokasi, Tasha pada hakikatnya seperti kebanyakan wanita muda lain. Dia cepat mesra dan mudah didekati. Malah sesi fotografi ini turut berlangsung dalam suasana cukup menyenangkan dek sikapnya yang cukup positif. Kemunculannya dalam dunia seni semakin dirasai sejak bakat baru ini menjayakan dua watak yang cukup melekat di jiwa penonton itu. Begitupun, Tasha nyata tidak mahu terikat dengan watak sedemikian kerana dia sendiri semakin meyakini, jiwa seninya masih boleh dipelbagaikan.

"Saya sering mendapat watak antagonis sejak akhir-akhir ini, mungkin kerana impak daripada drama Gemilang dan Sahara yang pernah disiarkan tidak lama dulu. Pengarah atau produser juga mengenali saya mungkin kerana dua watak itu.

"Ada yang beranggapan, wajah saya persis watak antagonis selepas melakonkan peranan sedemikian buat kali pertama dalam Gemilang. Sebelum ini saya pernah membawa watak gadis bertudung yang baik di dalam Mencari Jannah dan Penggali, namun ia masih terlalu baru sehingga ramai yang tidak menyedarinya.

"Saya pernah berhadapan dengan situasi agak kelakar apabila ada mak cik yang cukup membenci saya kerana drama Gemilang dan Sahara. Dia memberitahu kepada seorang kru yang dia cukup benci dengan saya, lalu saya terus berjumpa dengannya.
"Pada mulanya dia malas untuk memandang saya, lalu saya bertanya kepadanya secara baik apa yang membuatkan dia tidak suka dengan saya. Rupa-rupanya karektor saya yang membuatkan dia berasa begitu, lalu saya menerangkan ia hanyalah sekadar lakonan dan keperibadian saya tidak begitu," katanya yang turut dilemparkan perkataan yang kurang manis menerusi laman maya peribadi di internet.

Begitupun, Tasha mengaku dia mendapat kepuasan yang dicari menerusi watak itu, sejak mula membabitkan diri secara aktif dua tahun lalu di dalam dunia lakonan.

Gadis cantik yang sebelum pekerja sepenuh masa di butik terkemuka di ibu negara tidak menyangka kepuasan hidup yang dicari sebenarnya lahir di dalam dunia seni.

"Kepuasan hidup saya adalah bekerja dan menerima maklum balas daripada masyarakat daripada hasil kerja saya. Puas apabila sesuatu yang kita lakukan itu meninggalkan kesan buat penonton. Bukan mahu membanggakan diri, namun alhamdulillah kini penonton semakin mengenali saya dan ada yang memuji lakonan saya sekiranya saya menjalani penggambaran di luar.

"Dulu saya ingat, berlakon ini sekadar menghafal skrip dan melakonkan watak yang diberikan pengarah. Begitupun kini saya lebih memahami bahawa lakonan itu lebih daripada itu. Kita harus ada jiwa. Walaupun kita seorang pelakon, namun sebaiknya jangan anggap diri kita sedang berlakon, malah jadikan ia seperti benar-benar berlaku kepada kita.

"Saya mahu kekal lama di dalam bidang ini dan lebih baik lagi andai impian saya untuk merangkul satu anugerah tercapai. Setidak-tidaknya ia sebagai ukuran sejauh mana bakat saya. Biarlah anugerah itu diukur daripada bakat saya dan bukan sekadar populariti," katanya yang tidak mahu memilih watak dan tidak kisah dengan apa saja watak, asalkan ia bukan dirinya yang sebenar.

Walaupun Tasha memulakan kariernya sejak berusia 17 tahun bermula dengan watak sampingan dalam KL Menjerit 1, namun dia kini semakin dikenali kerana drama yang dilakonkan.

Selain filem itu, Tasha juga membintangi Ratu The Movie dan kini rezekinya bertambah apabila ditawarkan berlakon watak utama menerusi filem Tyickoouns yang akan menjalani penggambaran pada pertengahan Jun.

Bercerita mengenai hala tujunya dalam lakonan, Tasha mengharapkan pengarah dan produser tidak memandangnya kerana watak antagonis yang menaikkan namanya di dalam bidang ini, malah dirinya bersedia untuk melakonkan pelbagai karektor, atas tanggungjawabnya sebagai anak seni.

"Saya suka melakonkan sesuatu karektor yang bukan diri saya yang sebenar, itulah kepuasannya. Jika kita melakonkan watak diri kita, bagi saya ia lebih susah kerana bukan mudah bagi seseorang untuk mengenali diri sendiri," katanya yang lebih gemar melakukan aktiviti lasak pada waktu senggang.

Tidak perlu orang kaya

SELEPAS bergerak secara aktif dalam bidang lakonan, Tasha mengakui hidupnya kini dilimpahi kebahagiaan kerana kerjayanya itu, malah menolak ketepi perihal cinta yang pernah mengecewakan dirinya suatu masa lalu.

"Dulu, saya pernah berasakan alam percintaan, walaupun perkenalan itu boleh dikatakan baru pada peringkat mengenali hati budi masing-masing. Namun nampaknya jodoh kami tidak panjang.

"Keperibadian saya ini lain, mungkin orang susah mengenali saya, berkawan dan bercinta juga berlainan tanggapannya. Jadi, kebahagiaan dan kepuasan yang dapat menceriakan hidup saya kini adalah kerjaya lakonan saya," katanya.

Meskipun begitu, Tasha akan tetap akur dengan kehendak Tuhan sekiranya sudah tiba masanya dipertemukan jodoh dalam masa terdekat.

"Saya reda sekiranya jodoh itu sudah sampai awal, malah tidak akan menolaknya. Tetapi, jika boleh biarlah saya mencari pasangan yang bukan dari dunia seni seperti saya.

"Ramai yang beranggapan artis akan mencari orang yang kaya sebagai teman hidup. Saya sendiri mengakui memang semua orang mahukan kesenangan, namun apa yang penting adalah keserasian di dalam perhubungan.

"Saya tidak memerlukan orang yang kaya untuk membahagiakan saya. Alasannya, saya memang suka bekerja. Mungkin sudah tertulis, sebagai anak sulung, saya memiliki sifat bertanggungjawab terhadap keluarga dan diri sendiri. Malah keluarga saya juga dari dulu cukup mengenali yang saya tidak boleh duduk diam di rumah tanpa membuat apa-apa," katanya.

Sejauh mana dia cuba menghindari, kecantikan wanita muda kelahiran Kuala Lumpur ini tidak terlepas daripada menjadi perhatian, seterusnya didekati kenalan daripada golongan VIP.

"Dulu ketika saya bekerja di butik, memang saya ramai kenalan di kalangan VIP, namun saya melayan mereka tidak lebih sebagai pelanggan saja. Sudah tugas saya mendekati pelanggan dan melayan mereka sebaiknya. Bukan saja golongan VIP, malah semua orang saya perlu layan.

"Walaupun kini saya sudah bergelar artis, saya juga tidak terlepas didekati golongan ini yang mahu mengenali saya lebih dekat lagi. Perkara seperti ini tidak membimbangkan saya kerana saya tahu apa yang saya buat dan keluarga tahu siapa saya.

"Saya cukup tidak setuju apabila ada yang beranggapan artis baru sering kali dikaitkan dengan isu memburu golongan VIP untuk cepat naik. Bagi saya kedua-duanya tidak ada kena mengena," katanya.

INFO

Natashasheila Abdul Razak

Panggilan: Tasha Shilla
Asal: Kuala Lumpur
Tarikh Lahir: 25 Januari 1987
Umur:24 tahun
Drama/Telefilem: Mila Kejar Cinta (RTM), Sahara (TV3), Panggilan Arwah (Astro Citra), Gemilang (TV3), Penggali (TV3), Mencari Jannah (Astro Oasis), Ku Yakin Berlaku (Astro Oasis), Dottie (Astro Ria),
Filem: Ratu the Movie (2011), Spanar Jaya (Sitkom), KL Menjerit 1 (2004).


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Saingan seimbang

Posted: 16 May 2011 06:25 PM PDT

Hip

Marcell puji suara Shiha, juri awam suka Salma

KETIKA diminta pandangannya, juri profesional Mentor musim lima (Mentor), Datuk Ramli MS, menegaskan keempat-empat protege yang mara ke Separuh Akhir layak bertarung pada peringkat akhir nanti, sekali pun dikhabarkan hanya dua finalis akan mara ke konsert akhir musim ini.

Namun entah di mana silapnya, sama ada tersalah memilih lagu atau barangkali terlalu memberi tumpuan terhadap jalinan persembahan membuatkan mutu vokal masing-masing agak merosot berbanding persembahan minggu terdahulu. Daripada komen Ramli yang menilai vokal, Iqa yang juga anak didik Edry Abdul Halim dikatakan punya tahap IQ yang bagus, malah Datuk Sharifah Aini yang juga mentor Shiha juga meraih pujian, cuma perlu lebih menitikberatkan perkara halus.

Erra Fazira selaku mentor Salma yang sebelum ini sentiasa meraih pungutan markah menakjubkan turut ditegur supaya berhati-hati memilih dendangan, manakala Ratnah pula dikatakan kurang sesuai menyanyi lagu rancak walaupun moodnya bagus.

"Pada tahap ini baik Shiha, Salma, Ratnah dan Iqa sudah tahu di mana kekuatan mereka. Walaupun persembahan bagus, saya melihat dari arah berlainan kerana kadang kala kita tidak sedar wujudnya kesilapan remeh yang boleh mencacatkan nyanyian.

"Mereka memang bagus. Contohnya seperti Salma, dia punya semua kualiti dalam nyanyian, tetapi lagu itu kurang mesra dengannya. Malah, usahanya kosong. Ada banyak lagi lagu yang mampu mencabar vokal," katanya pada sesi sidang media selepas Pusingan Separuh Akhir Pertama di Auditorium MBSA, kelmarin.

Pada pusingan berkenaan, setiap protege menyampaikan sebuah lagu solo selain berpadu suara dengan mentor masing-masing, dengan segmen nyanyian solo Shiha bersama Memori Tercipta dendangan asal Shila OIAM menyerlahkan tona vokalnya.

Bagai dijangka anak didik Kak Pah itu penuh dengan penghayatan namun sesekali tampak tergelincir seperti diluahkan Ramli, tetapi momentum persembahannya mendadak naik apabila berduet bersama mentornya membawa lagu Hapuslah Air Mata Mu dan Sabar Menanti.

Tidak hairan juri jemputan dari seberang, Marcell, memujinya dengan menyatakan bulu romanya meremang sebaik saja gadis itu membuka mulut, malah menyifatkan secara simbolik kostum yang dibawakan mampu dimanifestasikan sebaik mungkin dalam memantapkan persembahan.

Perlu lebih menonjol pada separuh akhir kedua

SALMA yang tidak pernah mengecewakan pula memilih dendangan Safura, Sedalam Mana Cintamu, yang tentu saja mencabar kemampuan vokalnya, tetapi sesekali nadanya kedengaran sedikit sumbang, manakala segmen bersama mentor menyaksikan mereka menyampaikan lagu Penipu bersama konsep ala kabaret.

Sekali pun meraih mata tertinggi, dengan 20 markah daripada juri awam, Ramli melihat Salma seakan menjadi penyanyi pengiring Erra sekali gus meminta mentor anak jati Sabah itu lebih teliti membuat pemilihan lagu yang seharusnya mampu menyerlahkan lagi kelantangan vokalnya.

Bukan hanya juri, penonton juga boleh nampak kejanggalan Iqa tatkala menyampaikan Khatimah Cinta lagu asal 6ixth Sense yang diberi sentuhan nusantara apabila dilihat terlalu mahu mencuba. Namun kekurangan itu dilindungi segmen kolaborasi bersama Edry, ketika menyampaikan lagu Kitalah Bintang (Ella) yang mengundang sorakan ramai.

Edry turut mengakui sudah menjumpai arah paling jitu untuk protegenya, bahkan Ramli juga berpuashati dengan persembahannya namun meminta gadis itu dapat menonjolkan peningkatan lebih baik pada pusingan kedua nanti.

Apa pun berbanding peserta lain, Ratnah dilihat kurang meyakinkan kali ini sekali pun persembahan berkonsepkan drama rompakan bank 'menjadi', terutama ketika membawakan lagu yang dipopularkan Anita Sarawak, Seksis, disusuli Bukannya Aku Takut (Mulan Jameela) yang kedengaran tenggelam timbul.

Jika melihat keseluruhan persembahan, sudah pasti penonton juga mengakui barisan empat protege itu punya kekuatan tersendiri.

Begitupun, pungutan jumlah mata kali ini tidak diumumkan manakala juri awam memberikan 20 markah untuk Salma, 19 mata buat Shiha, 17 markah untuk Iqa dan 18 mata buat Ratnah.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.