Adsense

Selasa, 17 Mei 2011

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Tahun sibuk Fizo

Posted:

Tahun sibuk Fizo

Tahun sibuk Fizo



PEMINAT-PEMINAT aktor berbadan sasa, Fizo Omar pasti sudah lama tidak melihat pemuda ini beraksi di kaca televisyen sejak melihatnya beraksi menerusi drama Siti Kelembai mahupun Ulik Mayang.

Fizo atau nama sebenarnya, Wan Hafizol Wan Omar meluahkan bicaranya, mengakui akan perasaan rindu timbul jauh di lubuk hatinya apabila sudah enam bulan tidak terlibat dengan sebarang projek drama.

"Bukannya saya tidak ditawarkan berlakon sebarang drama tetapi saya sebenarnya ingin memberi konsentrasi terhadap filem dan juga bidang pengacaraan.

"Namun, alhamdulillah kerana itu merupakan rezeki saya dan sasaran saya juga untuk banyak berlakon filem tercapai sudah," jelas Fizo yang ditemui di lokasi penggambaran filem Halim Munan di Hulu Langat, Selangor baru-baru ini.

Bagi Fizo, tahun 2010 dan 2011 merupakan tahun paling sibuk sepanjang penglibatannya sebagai anak seni. Ini kerana buat pertama kalinya, dia terlibat dengan pementasan teater berjudul Siti Di Alam Fantasi yang turut memenuhi jadual hariannya.

Selain itu, tawaran berlakon filem yang diraihnya juga melimpah ruah. Selain Halim Munan, dia juga bakal muncul menerusi filem Hello.

Filem lakonan Fizo yang mengandingkan dirinya dengan aktor popular Shaheizy Sam, Kongsi pula kini sedang hangat ditayangkan di pawagam seluruh negara.

Dikenali sebelum ini sebagai peragawan dan pelakon, namun, anak muda berusia 26 tahun ini tidak mahu membataskan bakatnya terhadap dua bidang tersebut sahaja.

"Saya terpaksa menolak projek lain kerana ingin memberi ruang kepada program Travel Log 3 hari 2 malam yang memakan masa selama tiga bulan.

"Saya berikan komitmen sepenuhnya kepada program ini kerana saya ingin perkembangkan bakat saya dalam bidang pengacaraan pula," ujar Fizo yang menegaskan bahawa penglibatannya dalam dunia pengacaraan mendapat respon positif daripada semua pihak.

Walaupun pengalamannya dalam lakonan baru mencecah hampir empat tahun, Fizo telahpun mencuba bahagian sukar dalam bidang tersebut iaitu dengan melibatkan diri dalam dunia teater.


KOMEDI. Ekpresi wajah dan lakonan Fizo untuk filem Halim Munan.


Apa yang menariknya, pemuda kelahiran Kota Bharu Kelantan ini bukan hanya diberi kepercayaan untuk memegang satu, malah dua watak iaitu sebagai Ketua Lipas dan Putera Raja menerusi teater Siti di Alam Fantasi 3 yang dipentaskan di Istana Budaya dari 22 hingga 31 Disember tahun lalu.

Bicara Fizo lagi, dunia teater memberi kepuasan dan pengalaman berbeza berbanding lakonan di filem mahupun drama.

Dia berpendapat, berlakon teater adalah jalan terbaik buat dirinya untuk mempelajari dan memperkuatkan ilmu lakonan.

"Menerusi teater, di samping ilmu berbeza yang diterima, saya juga dapat kurangkan rasa gugup apabila berada di atas pentas.

"Selain itu, kepuasan berlakon teater berbeza kerana saya berasa lebih dihargai.

"Jika berlakon filem mahupun drama, penghargaan itu perlu tunggu namun menerusi teater, jika apa yang kita lakukan itu baik, respons penonton akan terus dapat dilihat dengan tepukan atau sorakan yang diberi," jelas Fizo.

Buka restoran

Menyentuh tentang filem Halim Munan, ia berkisar tentang Halim Munan iaitu seorang pemuda lurus bendul yang sering dibuli dan diejek oleh rakan-rakan sekampungnya. Halim juga sering berangan untuk menjadi orang halimunan.

Sehinggalah suatu ketika Halim difitnah oleh rakan rakannya itu sehingga membuatkan dia nekad untuk menjadi orang halimunan yang sebenar dengan berjumpa seorang pawang.

Fizo diberi kepercayaan menghidupkan karakter Halim tersebut. Bagi Fizo sendiri, cabaran melakonkan watak Halim ialah ketika menjadi halimunan kerana ia membaitkan penggunaan teknologi imej janaan komputer (CGI).

Jadi, perkara ini memerlukan dia dan karyawan Halim Munan bekerja lebih keras.


FILEM Halim Munan mempertaruhkan lakonan Fizo dan Gbob Raja Lawak.


"Ini kerana kami tidak berlakon di dalam studio. Kami melakukannya di luar studio dan kerana itu juga, kadangkala kami hanya lakukan satu babak sehari.

"Berbanding membuat penggambaran filem tanpa CGI, hanya perlukan satu sudut shot kamera, tetapi bagi babak menggunakan CGI, shot perlu diambil dari beberapa sudut kamera," jelas Fizo yang turut memberitahu badannya juga perlu dicat biru untuk babak CGI serta dibersihkan semula bagi babak biasa dan begitulah seterusnya.

Selain itu, Fizo juga sedang sibuk dengan projek buku resipi masakannya yang akan dilancarkan pada tahun ini.

Buku yang mengandungi 50 resipi itu bakal memuatkan resipi-resipi masakan Thailand yang dipelajarinya sejak kecil.

Fizo memberitahu, memasak merupakan minatnya sejak kecil. "Saya rasa ia suatu keistimewaan yang dikurniakan buat saya memandangkan keluarga sebelah ibu juga ada yang menjadi chef, " ujar pemuda berdarah kacukan Melayu, Siam dan Arab itu.

"Menerusi buku resipi saya itu nanti, saya tampilkan konsep masakan yang mudah yang sesuai untuk orang bujang," tambahnya yang juga berhasrat mahu membuka sebuah restoran.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

May 25 tahun

Posted:

May 25 tahun

May 25 tahun

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN
roni.ridwan@kosmo.com.my


DARI kiri: Man, Mus, Abu dan Yus masih bersemangat tinggi untuk meneruskan hayat May selepas 25 tahun kewujudannya.


INDUSTRI muzik di negara ini pada era 1980-an ternyata telah didominasi oleh muzik rock. Ketika itu, terdapat banyak kumpulan rock tempatan yang telah ditubuhkan. Biarpun sekarang muzik rock sudah tidak lagi mendominasi, namun masih terdapat beberapa kumpulan rock yang terus bertahan sehingga hari ini.

Antaranya seperti kumpulan May yang mula ditubuhkan pada tahun 1986 dan kini sudah mencecah usia 25 tahun. Kumpulan yang ditubuhkan di Ipoh, Perak itu dianggotai oleh Abu (Mohd. Nassier Yusof), Mus (Mustaffa Din), Man (Mohamad Saarip Yaakob) dan Yus (Mohd, Mohtar Mohd. Madin).

Masih mampu lagi bertahan hingga ke hari ini, lagu-lagu nyanyian mereka juga masih tetap menjadi siulan anak-anak muda seperti Sendiri, Cintamu Mekar Dihati dan Cintaku Sewangi Kasih.

Sempena sambutan jubli perak kumpulan berkenaan, mereka kali ini telah tampil dengan sebuah album istimewa yang berjudul May 25th Anniversary.

Album yang diterbitkan oleh mereka sendiri itu mula dihasilkan pada Oktober tahun lepas dan menjalani proses rakaman di Sinar Studio yang dimiliki oleh oleh Mus.

"Sebanyak 11 buah lagu yang terkandung di dalam album ini, di mana terdapat enam buah lagu baharu telah dihasilkan, manakala lima buah lagu adalah lagu daripada beberapa album terdahulu.

"Sebenarnya album ini akan dilancarkan pada awal tahun ini, namun kami ambil keputusan untuk menangguhkannya agar ia dapat dijual seiring dengan diskografi yang kumpulan May," ujarnya pada majlis pelancaran album dan sambutan ulang tahun ke-25 May di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menurutnya apa yang menarik tentang album itu adalah ia turut disertakan dengan set diskografi edisi terhad yang mengandungi buku biografi, cakera video digital (DVD), video muzik dua buah lagu dan penanda buku 3D.

Ujarnya, menerusi buku biografi tersebut akan menceritakan secara lebih terperinci tentang kewujudan May dan perjalanan mereka dari mula ditubuhkan sehingga sekarang.

Yantzen dan Oney

Ketika ditanya mengenai kos penerbitan album berkenaan, Mus enggan mendedahkannya jumlah sebenar tetapi sekadar menyatakan ia mencecah ratusan ribu ringgit.

Jelasnya, selain menggunakan wang hasil daripada mengadakan showcase sebelum ini, mereka turut mendapatkan pinjaman daripada Dana Industri Kreatif menerusi Bank Simpanan Nasional (BSN).

"Kami bersyukur apabila permohanan untuk membuat pinjaman sebanyak RM100,000 telah diluluskan, biarpun terpaksa menempuhi proses yang agak panjang dan lama," ujarnya.

Selain menghasilkan album baharu, kumpulan May turut mempunyai sebuah lagi perancangan yang agak besar iaitu mahu mengadakan sebuah konsert sempena ulang tahun yang ke-25 kumpulan itu.

Menurut Mus, kertas kerja untuk melaksanakan konsert berkenaan sudah pun disiapkan dan pada ketika ini mereka sedang cuba untuk mencari para penaja.

"Kami turut merancang untuk mengadakan kemuncak konsert berkenaan di Ipoh, Perak memandangkan kumpulan kami ini berasal dari tempat tersebut.

"Malah, semasa konsert itu nanti kami akan menampilkan dua bekas vokalis kumpulan May sebelum ini seperti Yantzen (Yantzen Jiniwan) dan Oney (Mohd. Redzuan Abdul Aziz) kerana tanpa mereka, pastinya kumpulan ini akan berkubur lebih awal," jelasnya.

Bagaimanapun, Mus menjelaskan bahawa mereka sangat berharap agar mendapat sokongan penaja kerana tanpa sokongan mereka pastinya konsert yang dirancangkan itu sukar untuk dilaksanakan.

"Sekiranya perancangan untuk konsert berkenaan gagal, kami akan terus membuat persembahan showcase biasa dan mengikut jadual kami akan beraksi di beberapa buah tempat seperti Pulau Pinang, Terengganu dan Singapura," ujarnya.

Sebagai permulaan, mereka bakal membuat persembahan pada 29 Mei ini di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur sempena May 25th Anniversary Celebration.

Sewaktu persembahan tersebut, lima orang penyanyi akan turut terlibat dan akan menyanyi lagu-lagu popular mereka iaitu kumpulan The Band, Shewolves, Duta dan Khalifah.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kejutan ciuman Kirti, Kalki

Posted:

Kejutan ciuman Kirti, Kalki

Kejutan ciuman Kirti, Kalki


KIRI:KIRTI KULHARI, KANAN:KALKI KOECHLIN


BERCIUM di layar perak bukan lagi suatu tabu di kalangan pelakon Bollywood masa kini. Namun, bagi aktres seksi Kirti Kulhari, ia merupakan sesuatu yang agak mengejutkan buat dirinya kerana dia dikehendaki melakonkan babak cium dengan pendatang baru, Kalki Koechlin.

Ini kerana sebelum itu, babak tersebut tiada dalam skrip filem lakonannya dan Kalki yang berjudul, Shaitan itu.

"Babak bercium dengan Kalki Koechlin dalam filem Shaitan agak mengejutkan buat saya kerana saya tidak menjangka dan bersedia untuk babak itu," beritahu Kirti kepada agensi berita India, IANS.

Tambahnya: "Pengarah (Shaitan) Bejoy Nambiar selalu buat lawak di set penggambaran mengatakan bahawa saya dan Kalki akan melakonkan babak bercium mulut.

"Namun, saya ingat itu sekadar jenaka sehinggalah saya sedar dia benar-benar maksudkan apa yang dikatakannya itu.

"Jadi, apa yang akan anda semua lihat di layar perak nanti, itulah emosi saya yang sebenar iaitu saya benar-benar terkejut."

Filem terbaru terbitan Anurag Kashyap yang mengisahkan tentang sifat syaitan yang wujud dalam diri manusia itu turut menampilkan pelakon Rajeev Khandelwal, Gulshan Deviah, Shiv Pandit dan Neil Bhoopalam.

Menerusi filem yang dijadualkan ditayangkan pada 10 Jun itu nanti, Kirti juga terpaksa memakai bikini dalam beberapa babak.

"Saya juga tidak berasa selesa apabila dikehendaki memakai bikini, namun disebabkan itu kehendak skrip, saya terpaksa melakukannya," akui aktres berusia 24 tahun itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.