Adsense

Selasa, 17 Mei 2011

macam macam hiburan terkini

macam macam hiburan terkini


Nabil: ‘Bukan saya yang kata’

Posted: 16 May 2011 05:36 PM PDT


RIUH-RENDAH jadinya lokasi fotografi di Restoran Gardens Cafe, 1Utama apabila pelakon, pengacara yang juga pelawak, Ahmad Nabil Ahmad digandingkan dengan dramatis jelita, Nora Danish.

Tidak henti-henti pelakon kecil molek itu diusik Nabil, kononnya dirinya kini kembali single tanpa kekasih dan ruang kosong itu tiada masalah untuk wanita bergaya seperti Nora.



NABIL...masih menunggu gadis yang sesuai.


NORA...peroleh pengalaman sukar digambarkan di Makkah.

Mujur Nora yang sememangnya sinonim dengan sikap ramah, bijak mencantas semula usikan Nabil hingga ada kalanya bintang yang juga juara program realiti Raja Lawak musim kedua itu terdiam mengukir senyuman.

Baru saja pulang menunaikan umrah di Makkah bersama keluarga tercinta, membuatkan Nora lebih banyak pengalaman yang ingin dikongsi.


Tidak hanya bersyukur kerana diberi peluang menjejakkan kaki di Rumah Allah, bintang berusia 29 tahun yang mula dikenali menerusi sitkom Puteri ini menyifatkan pemergiannya ke Tanah Suci itu bagai sebuah doa yang dimakbulkan.



Mengakui rasa perit dan sedih kerana terpaksa meninggalkan anak tunggal kesayangannya, Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram sepanjang pemergiannya, pelakon kelahiran Kuala Terengganu, Terengganu yang selesa dengan sandaran ibu tunggal ini memahat jiwa ke Makkah untuk mencari ketenangan paling hakiki buat dirinya.

"Alhamdulillah, sampai juga saya ke sana bersama ayah, mak dan adik-beradik yang lain. Sudah lama saya menyimpan hasrat ini sejak awal pembabitan dalam lapangan seni lagi dan akhirnya terlaksana juga impian itu. Kami ke sana selama 12 hari dan saya berpeluang manfaatkan sepenuhnya masa yang ada dengan menunaikan kewajipan sebagai seorang Islam.

"Awalnya saya sendiri bimbang sama ada cukup persiapan untuk saya menjejakkan kaki ke sana. Namun sebaik berpijak di bumi suci itu, barulah saya sedar apa erti sebuah kenikmatan sebenar.

"Sebelum ini, saya hanya mendengar pengalaman teman yang sudah pergi, tetapi selepas berpeluang sendiri ke sana, saya sedar keindahan yang sering kali diceritakan orang. Jiwa saya tenang dan damai. Segala-galanya indah dan saya seolah-olah diberi nafas baru lengkap dengan semangat dan peribadi yang lebih terpelihara," katanya.

Tegas Nora, pemergiannya ke sana berlandaskan nawaitu dan rasa ikhlas di hati, bukannya ingin menunjuk atau memasang niat seperti yang pernah disiarkan akhbar sebelum ini.

Sebelum ini ada laporan mengatakan Nora akan bertudung atau berubah sebaik pulang.

Katanya, semua itu bukan daripada mulutnya sendiri.

"Saya tidak mahu berjanji apa-apa atau meletak satu sasaran jika selamat pulang kerana semua itu adalah ketentuan dan takdir. Jika diberi petunjuk dan cahaya yang menyuluh laluan ini, Insya-Allah saya berubah.

"Namun, usah menjadikan itu sebagai satu kayu pengu�kur pula kerana tidak mahu terjerumus atau terperangkap dengan persepsi orang yang membaca.

"Nanti lain pula ceritanya sedangkan hakikatnya, saya masih aktif berlakon dan kekal seperti saya yang sebelumnya.

"Ibadat itu satu kewajipan dan alhamdulillah, setidak-tidaknya saya sudah menjalankan tanggungjawab itu dengan kemampuan yang ada. Asasnya, saya kembali dengan diri yang baru dan tidak mahu lagi menoleh ke belakang.

"Ketika di sana, saya juga berdoa untuk kesejahteraan semua keluarga dan sahabat-handai. Malah, saya juga memasang impian ingin membawa Raykal pula jika diberi keizinan dan rezeki apabila dia besar nanti," katanya yang terkilan kerana uzur beberapa hari akhir yang membataskan langkah ibadatnya.

Terlanjur menyentuh doa yang dipasang bintang filem Cuti-Cuti Cinta dan Jangan Pandang Belakang Congkak ini ketika di sana, terlintas pula persoalan mengenai hajatnya ingin mencari pengganti selepas hampir dua tahun bersendirian.

Tidak berselindung mengenai hubungannya dengan seorang lelaki yang disifatkan serasi bersamanya, Nora bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

"Bohong jika saya katakan tidak kerana alang-alang sudah menjejakkan kaki ke sana dengan habuan yang dijanjikan, doa itu lebih makbul jika menadah tapak tangan di Tanah Suci itu. Doa untuk dipertemukan jodoh sudah pasti saya lakukan. Saya ingin mencari kebahagiaan dan berharap agar kesilapan lalu tidak berulang. Berkali-kali saya berdoa agar diberi petunjuk yang benar.

"Namun usah lekas menabur spekulasi kerana segala-gala�nya mengenai hubungan cinta baru saya ini adalah di luar kemampuan saya. Saya hanya terus berdoa dan membiarkan soal itu kepada jodoh saja," katanya.

Mendengar luahan Nora yang kini sedang bahagia diulit cinta, tangkas wajah Nabil yang juga pengacara program Ewah-Ewah setiap Isnin jam 11 pagi di TV3 ini mencuka pula. Kononnya jiwanya sunyi tanpa kekasih dan tidak punya ruang untuk membenarkan sesiapa datang menghampirinya.

Di sebalik jenaka dan usikan yang tidak henti, masih jelas sinar jujur pada mata anak seni yang pernah dijulang Bintang Paling Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 ini, dirinya memang sendiri tanpa teman istimewa.

"Setakat ini saya masih sendirian dan menunggu jika ada yang sudi. Bukan serik atau berhati-hati, sebaliknya jadual kerja dan rezeki yang datang bertimpa sekarang membuatkan saya sibuk hing�ga ada kalanya terlupa akan diri sendiri.

"Namun perasaan itu akan datang pada waktu senggang, tapi ia bukanlah satu beban atau masalah besar bagi saya kerana apa yang lebih menjadi keutamaan sekarang adalah kerja dan tanggungjawab terhadap keluarga.

"Saya juga tidak mahu kesilapan lalu dan segala macam tanggapan negatif pada saya itu kembali lagi. Alhamdulillah, peminat dan keluarga sentiasa setia menyokong dan kepercayaan pihak produksi juga masih ada walaupun apa yang pernah terpalit itu bukan sesuatu perkara remeh.

"Namun itulah pengalaman yang mengajar saya dan membentuk keperibadian agar lebih kuat dan kental," katanya.

Lakonan Nabil akan dapat disaksikan melalui drama You Saka...Pergi Jauh-Jauh arahan Jamal Khan untuk slot Seram di TV3. Dalam drama 13 epi�sod itu, Nabil memegang watak Adrus yang bekerja sebagai pemburu hantu.

Kata Nabil, dia mengharapkan diberi watak yang menguji kemampuannya dan tidak hanya bersandar pada komedi sebaliknya lebih serius dan mencerminkan sisinya yang berbeza.

"Saya inginkan watak seperti penjahat dan seorang yang kejam. Ini membolehkan saya beraksi dan melakonkan babak lasak. Insya-Allah jika ada peluang itu, saya tidak akan persiakan," katanya.

You Saka...Pergi Jauh-Jauh yang turut dibintangi Eira Syazirah, Fauzi Nawawi, Dynas Mokhtar dan Amyza Adnan, bakal menemui penonton setia TV3 bermula 2 Jun depan, jam 9.30 malam.

Nora pula membawakan watak Ana dalam drama arahan Pierre Andre, Ana Lulu sebanyak 13 episod yang akan mula disiarkan pada 7 Jun depan, jam 9 malam menerusi slot Lestary di TV3.

Membariskan pelakon popular lain seperti Kamal Adli, Adey Syafrien, Sharifah Sakinah, Zarina Zainuddin dan Mustapha Kamal, Ana Lulu mengangkat genre komedi yang punya sedikit persamaan konsepnya dengan drama siri Hollywood popular, Ugly Betty.



PROFIL

NAMA PENUH: Ahmad Nabil Ahmad
NAMA KOMERSIAL: Nabil
TARIKH LAHIR: 26 September 1983
UMUR: 28 tahun
KELAHIRAN: Mambau, Seremban, Negeri Sembilan
KELUARGA: Anak ketiga daripada tujuh beradik
PENCAPAIAN: Juara Raja Lawak Musim 2, Artis Baru Lelaki Popular, Artis Komedi Lelaki Popular & Bintang Paling Popular (ABPBH 2008)
FILEM: Sifu & Tonga, Lu Pikirlah Sendiri De Movie, Kecoh Betul, Jin Notti, Eee...Hantu, Momok The Movie, Pisau Cukur, Magika, Uncle Hussein, Bangladesh dan Cicak-Man
PROGRAM: Lu Fikirlah Sendiri Nabil, Apa Cerita Nabil, Hua...Hua...Hua Pondok Pondok, Studio Nabil, Ewah-Ewah dan Hartamania.
DRAMA: Sonata Labu Labi.



PROFIL

NAMA SEBENAR: Nora Danish Mohd Hanif
TARIKH LAHIR: 7 Mac 1982
UMUR: 29 tahun
TEMPAT LAHIR: Kuala Terengganu, Terengganu
PENDIDIKAN: SPM (Sekolah Menengah Kebangsaan Convent, Kajang)
ANAK: Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram
FILEM: Gila-Gila Pengantin Popular, Senario Dalam Pemburu Emas Yamashita dan Cuti-Cuti Cinta
DRAMA TV: Puteri, Pendekar 5, Arjuna dan Ejen 016

Marsha: 'saya bukan pelacur’

Posted: 16 May 2011 05:34 PM PDT


Marsha tak selesa dilabel artis kontroversi, sensasi

MENGHELA nafas panjang dan agak cuak sedikit Marsha Milan Londoh saat diaju gosip baru yang mula kedengaran kebelakangan ini. Mana tidaknya, gosip itu pertama kali 'menyelinap masuk' dalam kancah dunia seninya sejak enam tahun untuk meneruskan konsistensi selepas bergelar finalis Akademi Fantasia musim ketiga (AF3).

Bukan sesuatu yang pelik pun kerana pemilik bibir seksi ini amat sinonim dengan panahan gosip dan kontroversi. Tetapi gosip yang satu ini mula membuatkan pesona kelahiran Michigan, Amerika Syarikat ini bingung dan sekali gus kehairanan.

Gosip bertebaran berbunyi kononnya dalam diam Marsha bukan saja menjaja bakatnya demi mencari rezeki selama ini, sebaliknya dia yang bakal genap 26 tahun pada 6 Disember ini juga dituduh ligat menjaja diri menggunakan pengaruhnya, kononnya kini menjadi pelacur kelas atasan secara sambilan.

Namun, mengenalinya sekian lama, dia tidak pantas melenting atau melatah dengan apa saja cerita buruk yang menghimpit diri. Penyanyi yang turut bergelar pelakon itu menafikan sekeras-kerasnya cerita itu. Marsha masih waras serta tidak tergamak mempertaruhkan tubuh badannya yang mungil itu semata-mata untuk hidup mewah.

"Saya bukan sebegitu. Kalau sudah lama saya buat kerja terkutuk macam itu, barangkali saya sudah lama bersara dalam dunia seni. Kalau difikirkan logik pun, saya hanya memandu kereta Toyota Vios dan jauh sekali memandu kereta mewah. Hakikatnya gosip ini memang jauh menyimpang dan saya sendiri tertanya apa motif sebenar pembawa gosip ini.

"Sedihlah kalau cerita ini terus bertebaran tanpa mengetahui kebenaran. Ia seperti satu penghinaan dan kejian terbesar dalam hidup saya. Ibaratnya, kehadiran saya selama ini dalam arena seni tidak memberikan apa-apa impak langsung," katanya kepada B*POP.

Percaya atau tidak, cerita negatif seperti ini ada pihak melihat ia mungkin mencetuskan kontroversi dengan tanggapan kisah sebegitu untuk menjadikan seseorang artis itu menjadi bahan bualan ramai sekali gus menghangatkan lagi kelangsungan Marsha dalam persada hiburan supaya sentiasa diingati masyarakat.
Begitu juga kisah dan gosipnya dengan beberapa selebriti tempatan termasuk episod cintanya dengan rakan seperjuangan, Kefli (bertahan selama empat tahun) antara tarikan yang mengundang rasa ingin tahu khalayak terhadap diri Marsha. Begitu juga kisah cintanya dengan jejaka Melayu dengan pangkal nama Z turut berakhir.

Selain itu, gelaran gedik juga antara jolokan yang terus melekat kepadanya. Jadi tidak hairan, dia sering ditawarkan watak sedemikian. Tapi pintasnya, dia bukan bersifat gedik seperti disangka atau dipertontonkan dalam lakonannya. Mahu atau tidak, Marsha harus menelan pahit manis bergelar artis seiring kematangannya.

"Bukan saya mahu menidakkan apa yang saya sudah lalui sepanjang bergelar anak seni. Tipulah jika saya tidak kecewa apabila bakat seni tenggelam dan lebih dibayangi dengan cerita kontroversi dan sensasi. Ia di luar kawalan saya. Tetapi sebagai artis, saya sedar sekali melangkah dalam bidang ini, hampir setiap sisi kita mahu diketahui masyarakat.

"Hakikatnya, saya juga berdepan kesusahan dan pahit getir pada awalan bergelar artis. Mungkin tidak ramai tahu saya juga bergelut pengalaman pahit yang sering dilalui artis baru. Ada orang ingat sesiapa saja jadi artis terus boleh kaya raya dan sentiasa nak nampak cantik selalu. Tapi bayangkan dua bulan selepas keluar AF3, saya pernah mendapat gaji sebanyak RM70 untuk satu kerja.

"Mujur saya ada duit simpanan dan dibantu ibu bapa. Jadi bila sudah senang sedikit, saya tak kisah berbelanja untuk diri sendiri. Nak kata boros tidaklah... saya pun bukanlah jenis 'high maintenance'. Cuma, saya berbelanja membeli keperluan kerjaya seperti pakaian contohnya untuk dipakai ketika berlakon dan membuat persembahan nyanyian," katanya yang rapat dengan adik kepada Sharifah Shahira dan Sharifah Haslinda, Sharifah Sakinah.

Pintasnya lagi, hayat seninya kini bukan saja didorong cerita panas semata-mata yang menghimpit kerjaya. Sebaliknya ia turut bertimbal balik kepada keghairahan dan semangat yang mengalir dalam darah seninya. Rezeki yang datang mahu dibuktikannya bukan diterima hanya sekadar dia dianggap pelakon cantik dan seksi.

"Tetapi ia datang dengan bakat yang saya miliki. Malah, saya bersyukur dikelilingi mereka yang sentiasa menyokong, terutama pengurus saya, Syad Rosli yang membimbing saya hingga ke saat ini. Hala tuju ditunjukkannya menjadi penanda aras. Pada masa sama, apa yang saya raih berbalik kepada rezeki Tuhan.

"Seiring pertambahan usia, sikap mesra saya yang dilabel sebagai gedik juga akan berubah. Pembawaan diri dan cara saya berdepan dengan media boleh saya katakan sebagai mesra dan peramah. Tapi kalau ada yang nak cakap saya gedik, apa daya saya menghalang. Seboleh-bolehnya, saya tak nak lagi bawa watak gedik.

"Saya mahu berubah kepada watak lebih mencabar dengan harapan penerbit serta pengarah di luar sana akan memberi peluang untuk saya mempelbagaikan karakter. Sejujurnya, watak gedik cukup melekat dalam diri hingga ada kalanya mungkin terbawa-bawa di alam realiti. Saya tidaklah gedik seperti disangka orang lain," ujarnya.

Tidak terdesak untuk kahwin

MENDASARI hati Marsha kini, terutama dalam menyelami soal peribadi, dia lebih selesa mentafsirkan dirinya kini masih berstatus solo, tanpa kekasih mahupun teman lelaki istimewa. Enggan mengenang kisah lalu, Marsha belum bersedia dengan sebarang komitmen lagi buat masa ini untuk membicarakan soal hati secara panjang lebar.

Tetapi itu bukan penghalang untuknya berkawan apatah lagi sejak dulu dia memang ramai kawan lelaki berbanding wanita.

"Agenda kahwin belum ada dalam kalendar diri saya. Saya belum terdesak untuk kahwin. Dulu, saya pernah sasarkan untuk berkahwin pada usia 25 tahun. Tapi ia sudah tersasar. Lepas ini, saya tak berani lagi nak letak sasaran bila nak kahwin. Cuma, bayangkan kawan satu sekolah saya sudah mempunyai anak.

"Sebagai manusia, saya sendiri tidak tahu siapa jodoh saya kelak. Dulu saya pernah keluar dating dengan lelaki bangsa lain selain Melayu. Tetapi rasanya kalau saya terus-terusan berada di Kuala Lumpur, potensi dan kecenderungan saya berada dekat dengan jejaka Melayu sangat luas. Komitmen (kahwin) saya tolak ketepi dulu, biar saya bercinta dulu," katanya yang masih tegar untuk meneruskan kelangsungan memiliki rangkaian perniagaan label jeans suatu hari nanti.

Ditanya mengenai jolokan sebagai pelakon seksi, Marsha tidak melihat ia sebagai isu yang perlu diperbesarkan. Apatah lagi, dia bukan artis Melayu cuma sering dianggap sebaliknya. Dengan agama dianutinya, Marsha bebas bergaya seksi tetapi tidak sampai menjolok mata.

"Saya selesa dengan imej sebegini (seksi). Tapi biarlah ada batasnya. Kalau nak seksi pun biar dengan kelasnya. Kalau ada orang melabelkan saya sebagai simbol seks, saya tidak melihatnya sebagai satu masalah. Orang di luar sana bebas melabelkan itu dan ini. Janji, saya sendiri masih waras untuk bergaya mengikut aliran semasa," katanya yang kali terakhir muncul di layar perak menerusi filem Cun.

Sementara itu, biarpun dilihat semakin menyerlah dalam lakonan, Marsha masih mampu tersenyum kerana penantiannya untuk muncul dengan album sulung sudah berakhir dengan kehadiran Yang Pertama. Album itu memuatkan lima lagu menerusi edaran Alibi Music Sdn Bhd. Kontraknya bersama Alibi juga masih berbaki kurang setahun.

"Saya baru saja selesai menjalani penggambaran drama Kum Kum, telefilem Ekspres Dania dan drama sekuel Dunia KITA. Semuanya arahan Michael Ang. Malah banyak lagi projek akan datang saya bersama Michael. Berlakon di bawah arahan Michael tidak bererti saya tidak ada tawaran daripada produksi lain.

"Cuma sekarang, fokus saya lebih terarah bekerjasama dengan Michael. Selama ini juga saya sering menolak peluang berlakon watak utama kerana susah mahu memberi komitmen kerana pada masa sama saya ada undangan membuat persembahan nyanyian. Saya lebih bersedia untuk watak pembantu kerana masa diperlukan tidak sebanyak untuk membawa watak utama," katanya.

Fathia diburu lelaki misteri

Posted: 16 May 2011 05:33 PM PDT


PERHATIAN semua, mengumumkan kemunculan Nur Fathia Abd Latiff sebagai penghias muka edisi wajah terbaru B*Pop hari ini. Awas juga buat semua pelakon wanita di luar sana kerana kehadiran dan pesona pelakon jelita berusia 24 tahun ini dianggap mampu memberi persaingan hebat.

Hadir dengan pakej yang dilihat sempurna, pelakon jelita ini diramal mampu menyerlah dan mencipta populariti besar dalam industri perfileman tidak lama lagi. Berikan sedikit masa lagi untuknya membuktikan bakat yang dimiliki itu mampu memberi impak tersendiri.

Mesra dengan nama komersial Nur Fathia, anak sulung daripada empat beradik ini mempunyai pesona tersendiri kerana gayanya yang manja, imej bentuk badannya yang erotik dan boleh mencairkan hati lelaki. Jadi tidak hairan, ada peminat misteri yang cuba menggoda dan menagih cintanya.

Populariti segera yang dikecapi memungkinkan dirinya terdedah dengan perhatian lelaki berpangkat VIP dan tidak kurang yang tidak dikenali. Hal ini diakui pelajar jurusan perundangan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu juga mula laris di pasaran khususnya untuk drama televisyen.

"Bayangkan saya pernah menerima jambangan bunga ros merah besar daripada peminat misteri yang menggelarkan dirinya sebagai Mr X dengan nota bertulis Hai Cik Peguam, Selamat Maju Jaya. Jambangan bunga itu dihantarnya di pejabat Dekan, Fakulti pengajian.

"Gara-gara bunga itu, saya mendapat panggilan daripada pejabat Dekan untuk menuntut jambangan bunga itu. Apa lagi, terus ia menjadi topik perbualan hangat di kelas. Malahan, hal itu turut diketahui beberapa orang pensyarah saya," katanya yang anggun dengan persalinan rona emas rekaan Albert King.

Tidak habis di situ, Nur Fathia yang kini sebaris dengan pelakon generasi baru antaranya seperti Kilafairy, Miera Liyana, Elfira Loy, Faralyna dan Neelofa turut beberapa kali 'diganggu' dengan kehadiran wakil daripada lelaki VIP yang mahu kenal lebih mesra dengannya di lokasi penggambaran.
"Taktik menggunakan pembantu peribadi atau wakil pekerja mereka sering digunakan sesetengah lelaki yang mahu merapati saya. Ada di antara mereka yang seperti kebiasaan meninggalkan kad nama dengan harapan saya akan menghubungi mereka.

"Saya yakin ini harga yang perlu dibayar apabila semakin dikenali ramai. Ada kalanya perasaan saya jadi bercampur baur seperti bersalah dan takut apabila ada yang cuba mendekati saya. Saya sebenarnya terbuka dalam soal berkawan tapi timbul juga apa motif sebenar mereka ini," katanya sambil ketawa manja kala mengimbas kembali cerita ini.

Sisi lain, si tinggi lampai ini juga bertuah kerana kelibatnya masih belum menjadi perhatian dek kontroversi mahupun gosip. Namun sedar sebagai anak seni, perihal itu pasti menjadi mainan dalam rentak kerjayanya. Oleh itu, Fathia akui sudah bersedia untuk melalui dan menepis setiap halangan dan dugaan mendatang.

"Saya menerjah persada seni ini pun atas tiket mencuba dan ia terjadi secara kebetulan. Dunia lakonan sejujurnya, saya lakukan sebagai kerja sampingan mengisi masa terluang apabila cuti semester pengajian. Jadi secara jelas, saya hanya mahu berlakon dan dapat juga mencari duit poket.

"Lalu, soal kontroversi atau apa saja yang sewaktu dengannya, tidak pernah langsung saya fikirkan. Ya... memang cakap senanglah sebab saya belum berdepan dengan perihal itu lagi. Malah, saya sendiri pun tidak dapat menduga apa yang bakal dilalui saya sepanjang tempoh berlakon ini," katanya sambil menegaskan dunia lakonan yang disertai bukan atas alasan untuk glamor.

Bagi gadis jelita dan tinggi lampai berasal dari Ayer Hitam, Pulau Pinang ini, dia masih menyifatkan dirinya sebagai orang biasa yang tiba-tiba diberi kesempatan di bawah kerdipan glamor dunia perfileman yang menjadi perhatian ramai. Pada masa sama, cita-citanya sejak kecil mahu bergelar peguam tetap mahu digapainya suatu hari nanti.

Dalam jangka masa dua tahun lagi, jika pengajiannya selesai, dirinya layak bergelar peguam, itu pun selepas berjaya mendapatkan Sijil Amalan Guaman (CLP).

"Dunia seni ini pun bukan selamanya akan berpihak kepada saya. Saya pun bukan sentiasa akan jadi pilihan penerbit dan pengarah. Lumrah seperti dunia yang berputar, pelakon pun akan berganti dengan pelapis baru. Jadi saya perlu serius memikirkan masa depan supaya lebih terjamin.

"Tapi bukan bererti saya menidakkan bahawa dunia seni ini tidak memberi jaminan. Cuma, saya sudah membulatkan pendirian untuk memilih dunia guaman untuk masa depan saya. Apabila saya mula mengamalkan bidang ini, itu bermaksud saya akan memperlahankan dunia lakonan apabila tiba masanya kelak," katanya.

Kuat cemburu

Selepas tamat peperiksaan, Nur Fathia mempunyai cuti empat bulan untuk dimanfaatkan dalam dunia lakonan. Malah saat dia berdepan dengan peperiksaan itu pun, berlambak tawaran berlakon filem dan TV yang bertandang. Tapi semuanya terpaksa dilepaskan dengan hati yang reda.

Sepanjang tempoh peperiksaan itu juga, dia sebenarnya sedang melunaskan penggambaran drama Hotel Hasanah bagi siaran TV AlHijrah digandingkan dengan Fizz Fairuz. Namun kerana sudah dipersetujui lebih awal, pihak produksi bersikap tolak ansur dan memahami komitmennya terhadap pelajaran.

Hotel Hasanah juga sekali lagi akan menyaksikan Nur Fathia mengenakan tudung demi tuntutan watak yang dipertanggungjawabkan. Sebelum ini menerusi drama Nur Kasih, Dea Sofea, Laila Asyikin dan Hani turut melihat dia tampil bertudung.

"Sepanjang dua tahun berlakon, hampir 90 peratus pembabitan saya dalam drama memerlukan saya bertudung. Sebelum berlakon pun, saya pernah tampil bertudung dalam iklan syampu Sunsilk. Saya tak kisah dengan tawaran sebegitu cuma bimbang juga timbul prejudis terhadap diri saya yang realitinya tidak bertudung.

"Barangkali kerana iklan itu juga drama pertama lakonan saya Nur Kasih yang diarahkan Kabir Bhatia juga menuntut saya bertudung. Saya menerima tawaran ini dengan hati terbuka. Sebagai orang Islam, saya juga perlu menjaga adab dan tingkah laku supaya tidak mengundang persepsi negatif," katanya yang sebelum drama Nur Kasih pernah diundang berlakon dalam telefilem Joe & Faridah lakonan Erra Fazira.

Diaju persoalan peribadi, Nur Fathia memberitahu dia tidak pernah mengehadkan dirinya dalam soal berkawan dan bercinta. Pada saat ini, dia yang bakal muncul dengan filem Al Hijab bergandingan dengan Pierre Andre yang juga pengarah, mengakui belum ada kekasih hati.

"Setakat berkawan itu adalah. Apa yang boleh saya katakan bakal kekasih hati saya nanti hanyalah orang biasa dan bukan di kalangan artis. Itu mungkin syarat untuk memiliki cinta saya. Saya ini jenis yang kuat cemburu. Jadi kalau kekasih saya di kalangan artis, ia memang sesuatu yang mustahil.

"Tak dapat saya bayangkan kekasih saya berlakon babak intim atau berpegangan tangan dengan pelakon wanita lain. Maka dengan itu, saya lebih selesa mempertimbangkan kekasih yang bukan artis. Hingga saat ini, saya masih tegar mempertahankan prinsip itu," katanya.

Profil
Nama sebenar: Nur Fathia Abd Latiff
Panggilan komersial: Nur Fathia
lahir: 1 September 1987
Umur: 24 Tahun
Asal: Ayer Hitam, Pulau Pinang
Keluarga: Anak sulung daripada empat beradik
Kerjaya: Pelakon, model dan pelajar
Cita-cita: Peguam/Seniwati yang dihormati
Drama: Joe & Faridah, Nur Kasih, Dunia Batinku, Di Bawah Ketiak Isteri, Bila Musang Berjanggut, Laila Asyikin, Hani, Mek Kelate, Hani
Filem: Al Hijab
Iklan: Sunsilk, Nespray, Brylcream, Hotlink, Perodua dan Panasonic

Maharaja Lawak: Jozan tak kisah tewas

Posted: 16 May 2011 05:32 PM PDT


Zizan, Johan hargai kritikan terhadap mereka gara-gara persembahan hambar

KRITIKAN pedas Mamat Khalid pada persaingan minggu pertama Maharaja Lawak menyedarkan duo pelawak, Jozan untuk tidak terus leka diulit populariti dan segera bangkit membuktikan undian besar yang diterima adalah wajar.

Jozan yang disertai Mohd Razizan Abd Razak (Zizan) dan Muhammad Yazid Lim (Johan) juga dikatakan memberikan lawak kitar semula, sekali gus mempamerkan sikap memandang ringan terhadap pertandingan itu.

Ia mengundang persepsi umum iaitu Jozan cuma menyandar kekuatan kepada populariti Zizan yang baru menjulang trofi Artis Komedi Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2010 untuk mendapat undian tinggi penonton namun mengabaikan kualiti persembahan.

Tidak melatah dengan kritikan diterima, Jozan sebaliknya berterima kasih kepada pengarah filem Hantu Kak Limah Balik Rumah itu kerana provokasinya itu membuka mata mereka.

Johan mengakui, mereka diburu rasa bersalah yang tinggi apabila gagal memberikan persembahan diharapkan penonton lantaran terikat dengan komitmen masing-masing.

"Kami terlalu sibuk dan cuma sempat bertemu beberapa jam sebelum siaran langsung. Apa yang terhasil pada malam itu dirangka dalam tempoh singkat, hanya beberapa jam sebelum program bermula. Namun, jangan menuding jari seolah-olah kami tidak serius kerana kebelakangan ini, kami sudah mula meluangkan masa untuk berbincang mengenai persembahan.

"Maharaja Lawak ialah sebuah pertandingan namun untuk perbelanjaan seharian, kami perlu keluar mencari rezeki. Siapa tidak mahu menang? Disebabkan itu kami semakin berusaha keras supaya tidak terus menjadi sasaran pengkritik," kata Johan.
Zizan menerima kritikan itu sebagai isyarat penting supaya tidak terlalu selesa kerana mereka bertahan dalam pertandingan itu atas kepercayaan peminat. Baginya, persaingan dalam Maharaja Lawak bukan hanya untuk menjuarai ganjaran lumayan yang disediakan sebaliknya perlu memberi kepuasan kepada penonton.

"Tekanan untuk kami memang berat. Pada permulaan kami sukar mencari semula rentak kerana ia membabitkan pertandingan, namun perlahan-lahan kami membina identiti lawak sendiri. Penonton sudah terbiasa dengan persembahan lawak Jozan, jadi bukan sesuatu yang mudah untuk kami keluar daripada kebiasaan itu.

"Untuk menyuntik perkara baru memerlukan sedikit masa tetapi Alhamdulillah, kami sudah mula memahami dinamik dan tempo untuk memberikan persembahan berkesan," kata Zizan.

Jozan juga melihat isu mereka yang mempunyai program sendiri di Astro bukan penentu untuk meraih kemenangan kerana pertandingan itu membabitkan bakat terbaik sepanjang lima musim Raja Lawak diadakan. Mereka melihat Maharaja Lawak sebagai sebuah pertandingan yang bersih dan bebas unsur pilih kasih, sebaliknya menuntut setiap peserta supaya tampil dengan persembahan membina.

"Kita tidak boleh ego, jadi jika ditakdirkan tewas sekali pun kami tidak kisah. Kami bertanding kerana menghargai usaha Astro yang membawakan Maharaja Lawak.

"Semua yang bertanding ialah senarai terbaik daripada lima musim Raja Lawak diadakan, justeru ia memberikan cabaran kerana setiap peserta mempunyai kelompok penggemar sendiri," jelas Johan sambil tidak menafikan pemilihan mereka oleh peminat selama empat musim menerajui carta Maharaja Lawak memberikan ruang bagi Jozan menilai serta mengimbas kekuatan setiap peserta lain.

Nafas baru lawak kitar semula

JOHAN berpandangan jika ketika mereka muncul dalam program Raja Lawak dulu, imej diri mereka adalah sebagai bakat baru dan peserta yang tidak dikenali ramai. Tetapi, kini selepas mereka meraih populariti dengan bermulanya nama Jozan, beliau melihat perkara itu pula dari sudut berbeza kerana menerusi Jozan sebelum ini mereka berdiri di pentas sebagai hos bersama, bukan peserta pertandingan.

"Kami mempunyai kelebihan untuk belajar lawak yang bagaimana dapat memberi kelebihan, malah kami kaji mengenai apa faktor membuatkan kami kecundang. Kami perlu mengelak daripada mengulangi kesilapan sama, malah memastikan persembahan lawak kami lancar. Perkara itu cukup membebankan kerana setiap baris perkataan dilontarkan harus memiliki kekuatan. Susunan persembahan itu penting untuk memastikan dinamik dan tempo persembahan dibuat tepat pada masanya," kata Johan.

Tidak menafikan mereka juga tidak dapat mengelak daripada mengitar semula idea yang pernah dipersembahkan, namun Jozan memastikan lawak itu diberi nafas baru.

Tambah Johan lagi, penyampaian memainkan peranan paling penting malah keberkesanan jenaka disampaikan itu membantu membezakan mereka dengan peserta lain.

"Paling membimbangkan jika persembahan dibuat tidak kelakar, itu memberikan kami tekanan," jelasnya.

Menyifatkan gandingan Jozan sebagai kolaborasi paling serasi, Zizan turut mengakui mereka berdua saling melengkapi untuk beraksi kemas di pentas. Zizan juga tidak menafikan masih ada sedikit perasaan kekok untuk beraksi tanpa Johan tetapi katanya, itu bukan bermakna dia terlalu bergantung kepada teman gandingannya itu.

"Mungkin ada mentafsir persembahan kami begitu tetapi kami cuba menampal kelemahan masing-masing untuk memperkemaskan kemunculan Jozan. Apa yang perlu diutamakan adalah keikhlasan. Jika niat bagus, Insya-Allah segala diusahakan akan memberikan hasil memuaskan," katanya.

Gadis Karak

Posted: 16 May 2011 05:32 PM PDT

Penangan Kila

KREDIBILITI lakonan mereka di layar perak menerusi filem Karak terbitan KRU Studios arahan Yusry Abdul Halim yang akan memasuki pawagam bermula 26 Mei ini bakal teruji. Namun pesona mereka sehingga kini sudah mampu membuatkan si pemuja terpana.

Dua bakat baru dalam lakonan, Kilafairy, 19, dan Shera Aiyob, 25, ternyata cukup bertuah. Nama mereka kini mula menjadi perhatian dan tarikan sejak berlakon dalam beberapa drama dan menjadi model sambilan.

Masih baru, kedua-dua bintang pertaruhan KRU ini boleh dianggap sebagai sandaran kepada heroin pelapis di negara kita. Kilafairy yang sebelum ini dipertikai mengenai bakatnya, tiba-tiba kini mula hangat menjadi sebutan apatah lagi kemunculannya sering dikaitkan dengan imej seksi dan memiliki bentuk tubuh menggiurkan. Dengan memiliki bibir seksi dan dikatakan iras Angelina Jolie, anak kesayangan penyanyi 1980-an, Rohana Jalil ini pantas mencipta populariti.

Jadi tidak hairan, sudah ada ramai pereka fesyen yang mahu melihat dirinya menyarung persalinan masing-masing. Salah seorangnya, Hatta Dolmat yang menaja persalinan fotografi kedua-dua pelakon itu kali ini. Dengan pengalaman memperaga yang dimiliki Kilafairy, dia cukup hebat di depan kamera.

Kilafairy mewakili gaya fierce dan edgy yang pernah dilaungkan supermodel terkemuka, Tyra Banks dalam program popularnya, America's Next Top Model. Shera Aiyob yang memiliki wajah manis tidak kurang hebatnya beraksi memberi gaya yang diingini B*POP untuk sesi fotografi ini.

Bagi Kilafairy yang mesra disapa Kila, dia masih boleh berdepan perhatian masyarakat yang mula diraihnya kebelakangan ini. Katanya, ia masih pada peringkat biasa dan tidak terlalu ekstrim hingga menyesakkan dirinya. Lagipun, Kila sudah terbiasa dengan situasi itu menerusi pengalaman yang dilalui ibunya.

"Saya mula menyanyi dulu pada usia lapan tahun. Setahun selepas itu, saya ada berjinak-jinak dalam dunia lakonan. Ada jugalah berlakon drama untuk program kanak-kanak di TV3 seperti Ikan Kekek dan Can Mali Can. Umur 15 tahun saya ada mencuba nasib dalam dunia peragaan.
"Saya pernah ikut mama membuat persembahan nyanyian. Tetapi selalunya persembahan tertutup dan saya lebih cenderung menyanyikan lagu berirama Hindustan. Sesekali itu, saya selit juga lagu berbahasa Melayu. Pada masa sama, saya juga perlu mengutamakan pelajaran," katanya yang kini menuntut di sebuah kolej di Ampang dalam bidang pemasaran dan pengurusan fesyen.

Bagi Kilafairy, sekalipun lambat dikenali, dia tidak menganggap itu sebagai satu kekesalan terbesar. Sebaliknya, usia 19 tahun dianggap sebagai masa terbaik untuk dirinya berkongsi bakat yang ada.

Selepas diberi peluang membintangi drama Hotel Mania yang pernah disiarkan di TV3, anak bongsu daripada tiga beradik itu mengikat kontrak selama setahun bersama KRU Studios. Selain berlakon, bakat nyanyiannya juga akan diketengahkan syarikat yang diterajui tiga beradik KRU itu.

"Saya mahu serius dalam bidang seni dan tidak mahu mempersiakan peluang yang sudah diberikan. Bagi saya berlakon itu dapat melegakan tekanan. Tak sangka daripada menemani Jaafar Onn ke set penggambaran drama Hotel Mania, saya disunting pengarahnya, Nizam Zakaria untuk berlakon sekali.

"Sekarang, saya dalam peringkat perbincangan pula untuk merakam lagu dengan Edry Abdul Halim. Semuanya bermula selepas saya dipanggil merakam kembali lagu Jangan Lafazkan untuk siri drama terbabit. Saya dipanggil ke pejabat KRU pada Jun tahun lalu," kata adik kepada Rosela dan Shakira itu.

Ditanya mengenai pengalaman berlakon filem seram Karak, Kila menjelaskan, dia memegang watak gadis bernama Ida. Selain Kila dan Shera, filem itu turut menampilkan juara Akademi Fantasia musim kelapan, Shahir.

"Karak ialah filem sulung lakonan saya. Sekalipun memenatkan, sejujurnya saya seronok berlakon dalam filem ini. Pernah penggambaran habis sampai jam 8 pagi, saya terpaksa bergegas untuk ke kelas jam 9.30 pagi. Pihak KRU Studios pun banyak bertanyakan saya mengenai jadual seni supaya tidak bercanggah dengan jadual pelajaran," katanya yang perlu menghadiri kuliah sebanyak tiga kali dalam seminggu.

Mengenai cinta, Kila mengakui belum pernah bercinta. Alasannya mungkin kelihatan 'propa' tetapi itulah yang diakuinya. Sebelum ini pun pernah bertebaran gosip mengaitkan dirinya dengan Yusry. Tapi jelasnya, hubungan mereka tidak lebih daripada sekadar hubungan profesionalisme antara pelakon dengan pengarah.

"Soal saya tidak bercinta tiada kaitan dengan halangan ibu bapa. Tapi saya mempunyai pendirian jika nak serius bercinta, biarlah saya betul-betul bersedia dan jumpa seseorang yang benar-benar mencintai saya. Tetapi selalunya, sepupu saya akan menyindir, macam mana nak jumpa yang betul-betul jika tidak bercinta," katanya.

Shera mahu kahwini Zahiril tahun ini

BAGI Shera Aiyob pula, hari ini (1 Mei) menjadi detik bersejarah buat dirinya apabila sah bergelar tunangan kepada Pelakon Lelaki Harapan Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-22, Zahiril Adzim, Mereka bertunang pada sebelah pagi di kediaman keluarga Shera di Ipoh, Perak.

Sebelum dikaitkan dengan Zahiril, pengacara Wanita Hari Ini TV3 ini pernah dikaitkan dengan pelakon Kamal Adli. Jelas, jodohnya masih kuat dengan lelaki yang bergelar anak seni sepertinya juga.

"Alhamdulillah, dalam penuh debaran, saya juga mengharapkan ikatan pertunangan ini akan diberkati dan direstui. Setakat ini, kami tidak menetapkan tempoh berapa lama untuk bertunang. Tetapi kalau boleh, kami mahu mempercepatkan benda yang baik. Insya-Allah, kalau ada rezeki, seperti diharapkan Zahiril, saya juga mahu berkahwin tahun ini. Harapnya, apa dirancang akan termaktub seperti diingini. Saya pun tidak sangka jodoh kuat dengan Zahiril yang sama aliran," kata graduan Institut Media Integratif Malaysia (MIIM).

Shera akui, dia sangat selesa bertemankan jejaka berkarakter itu. Awal tahun lalu, mereka juga berlakon dalam filem Sesuatu Yang Tertinggal. Mereka jadi lebih rapat sejak hujung tahun lalu, selain sudah lama mengenali keluarga masing-masing.

"Selepas berlakon filem Sesuatu Yang Tertinggal, kami selalu melepak dengan kawan-kawan yang lain. Dari situ kami jadi akrab. Walaupun Zahiril nampak mukanya macam ganas dan garang, tapi dia sebenarnya seorang yang berfikiran jauh. Kami satu pemikiran dan setiap pandangan boleh diterima akal.

"dia seorang yang sangat serius dalam kehidupan. Kami berkongsi banyak perkara. Paling penting, kami memang kaki makan. Kami suka makan sushi dan nasi ayam. Yang paling penting, saya selesa bersamanya. Dia juga bertanggungjawab, mengambil berat dan saya nampak kesungguhannya untuk memiliki saya," katanya yang terlebih dulu bekerja di sebuah syarikat korporat sebelum ditawarkan peluang bekerja bersama kru My TV3.

Dalam kerjaya, sejak 2009 hingga sekarang, Sheira masih kekal mengacarakan Wanita Hari Ini. Sebelum itu, dia menyertai uji bakat mencari kru belakang tabir My TV3 dan beberapa bulan kemudian dia diberi peluang mengacarakan kapsul My TV3.

"Sejak zaman Shera belajar lagi, tawaran berlakon itu datang. Tapi masa itu, Shera tak memandang serius kerana lebih mahu menumpukan cita-cita untuk bergelar pengacara. Pada masa sama, Shera berjinak-jinak dalam dunia peragaan. Dunia lakonan ini Shera lakukan atas dasar mencuba. Shera pun tak rasa ada bakat dalam lakonan. Jadi Shera terima tawaran berlakon filem Sesuatu Yang Tertinggal dan diikuti Karak. Sekarang, ada tawaran berlakon yang Shera terpaksa tolak disebabkan faktor masa.

"Penggambaran drama atau filem memakan masa panjang. Pengacaraan lebih menjadi keutamaan Shera. Tapi dengan usia Shera yang masih muda, Shera rasa tak salah mencuba pelbagai bidang lain. Ada peluang dan masa yang bersesuaian Shera nak berlakon lagi," kata pembawa watak utama filem Karak itu.

Dalam filem itu, Shera memegang watak Zura. Akuinya, watak itu terlalu berat buatnya, namun dia mencabar diri untuk menggapai peluang keemasan berlakon di bawah terbitan KRU Studios.

Karak mengisahkan persahabatan empat sekawan dan dia digandingkan dengan Shahir.

"Pada mulanya Shera ingatkan Shahir seorang yang pemalu. Timbul kebimbangan juga bagaimana nak mewujudkan keserasian kalau dia pemalu. Tapi bila melakukan latihan bersama, baru Shera tahu dia seorang yang kuat menyakat. Jadi secara langsung, jurang antara kami semakin rapat," katanya.

Natasha tidak serik berkahwin

Posted: 16 May 2011 05:30 PM PDT


IKATAN perkahwinan yang putus di tengah jalan pasti meninggalkan detik hitam yang gerun untuk diingati apatah lagi dikenang.

Pastinya peristiwa yang merobek jiwa itu menjadi satu igauan ngeri yang ingin dilenyapkan agar kesakitan akibat dirodok kalimah 'cerai' tidak akan terus membelenggu jiwa.

Sebagai seorang hamba dimuka bumi ini tiada apa yang boleh kita lakukan selain dari reda dan menerima ketentuan yang telah tertulis itu sebagai satu cabaran bagi mematangkan diri dalam meniti kehidupan yang penuh dengan pancaroba.

Bagi sesetengah orang penceraian yang berlaku pasti membuatkan diri berasa serik dan tawar hati untuk terus menyulam cinta sekaligus menempuh alam perkahwinan buat kali berikutnya.

Bertemu dengan aktres jelita tanah air, Natasha Liana Mohd. Redzuan Hudson atau mesra dengan nama Natasha Hudson menyangkal dakwaan berkenaan dan sedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri sekiranya bertemu dengan jodoh yang telah ditentukan.

Ujar teraju filem Cermin itu, tidak pernah sekali pun hati wanitanya menyatakan serik untuk berkahwin lagi biarpun dua mahligai yang pernah dibinanya sebelum ini runtuh dalam tempoh yang singkat.

"Tidak pernah sama sekali perkataan serik itu muncul dalam kamus hidup saya. Biarpun kesannya ada, apa yang penting adalah belajar dari kesilapan lalu.

"Kita hanya merancang dan selebihnya, Dia yang menentukan. Andai sampai jodoh saya, insya-Allah saya akan bergelar isteri lagi selepas ini," jelasnya ketika ditemui pada pelancaran drama Bait Cinta di Sri Pentas baru-baru ini.

Namun ibu kepada Nessa Helena itu mengakui dalam meniti kehidupannya kini, kerjaya membuatkannya lebih gembira selain kehadiran puteri tunggalnya yang akan menginjak usia tiga tahun pada 4 Jun ini.

Baginya, sebagai seorang ibu, keutamaannya kini lebih tertumpu kepada puteri tunggalnya itu biarpun sibuk dengan dunia seni.

"Kini saya senang dengan kerjaya, ia membuatkan saya rasa lebih gembira di samping kehadiran anak yang sentiasa menjadi peneman saya.

"Hari-hari saya kini banyak dihabiskan bersama keluarga terutama satu-satunya anak kesayangan saya ini," ujar aktres berusia 29 tahun itu disusuli dengan senyum yang terukir di bibir.

Diusik dengan gosip yang mengaitkan namanya dengan peserta Maharaja Lawak, Zizan, deraian tawa terus terkeluar dari bibir mulusnya.

Seakan dapat menghidu pertanyaan itu pasti menjadi agenda yang akan diutarakan pihak media, dengan tenang Natasha membalas, itu hanyalah usik manja yang dimulakan oleh sebuah stesen radio.

"Tiada apa yang istimewa antara saya dengan Zizan. Kehadiran saya pada rancangan realiti itu hanya sebagai penonton setelah dijemput oleh Astro sendiri.

"Mungkin ramai tidak mengetahui, Zizan dan saya berkongsi pengurus. Jadi, apabila pengurus menghubungi saya mengatakan Astro memempelawa saya untuk menonton program itu, rasanya tidak salah pelawaan itu dipenuhi.

"Lagi pun raja lawak merupakan salah satu rancangan kegemaran saya," jelasnya yang meminati kumpulan Jambu dalam program berkenaan.

Cari Teman Hidup

Berkisah pada rahsia hatinya, Nastasha mengakui tembok hatinya masih lagi belum berjaya diruntuhkan oleh mana-mana lelaki.

Jelasnya, buat masa ini, persoalan jodoh bukanlah agenda utama yang hendak difikirkan.

"Biarlah masa yang menentukan segalanya. Buat masa ini saya lebih fokus kepada anak dan kerjaya.

"Saya akui memang ada ramai kawan tetapi sekadar berkawan dan tiada yang lebih dari itu," ujar kakak kepada Tania Hudson.

Dikorek tentang ciri-ciri lelaki yang diidamkan, pantas Natasha menyatakan lelaki yang ingin bergelar suaminya mestilah mampu melindungi dirinya.

Selain itu lelaki berkenaan mestilah seorang yang boleh berdiri atas kaki sendiri dan menghormati kaum hawa sepertinya.

"Saya kalau boleh inginkan seorang lelaki yang mampu untuk menjaga dan melindungi saya, bertanggungjawab serta seorang yang kuat bekerja.

"Namun apa yang lebih penting adalah lelaki itu tahu bagaimana untuk menghormati wanita dan menyayangi ibunya kerana dari situlah kita dapat melihat sejauh mana seorang lelaki menghargai seorang wanita.

"Selain itu, lelaki itu mestilah seorang yang kelakar agar dia boleh menceriakan hari-hari saya dalam menjalani kehidupan bersamanya," ujarnya.

Tidak gentar adik berlakon

Natasha sedikit pun tidak rasa tercabar dengan kehadiran adiknya yang juga seorang pelakon.

Baginya, karakter mereka berdua jauh berbeza dan itu membuatkannya tidak merasa tercabar.

"Adik saya agak lembut dan saya lebih agresif serta matang. Jadi karakter kami sendiri telah membezakan antara kami berdua.

"Selain itu watak-watak yang diberikan juga jauh berbeza di mana adik saya lebih diberi watak yang ringan dan berkisah remaja sementara saya diberi watak yang agak berat," jelas pelakon filem Tipu Kanan Tipu Kiri itu.

Bagaimana pun, ujar Natasha, sebagai kakak, dia selalu menasihati adiknya dalam mengharungi dunia lakonan.

"Saya ada berikan panduan kepadanya selain petua dalam lakonan supaya dia boleh jadi pelakon yang hebat.

"Sebagai kakak sudah tentu saya mahukan yang terbaik untuknya," ujar pemegang watak Shahnaz dalam drama Bait Cinta yang bersiaran malam ini.

Hikayat Merong Mahawangsa dikritik

Posted: 16 May 2011 05:29 PM PDT


BIARPUN Hikayat Merong Mahawangsa (HMM) yang diangkat dari naskah sastera klasik mendapat sambutan menggalakkan daripada peminat filem Melayu tanah air namun di kalangan penggiat filem dan pencinta sastera pula, HMM mendapat maklum balas yang kurang menyenangkan.

Melalui forum anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) baru-baru ini, beberapa insan seni tersohor industri perfileman negara mengatakan rasa kurang senang di minda mereka sebaik sahaja menonton filem garapan Yusry Abdul Halim itu.

Bagi mereka, nilai budaya yang sepatutnya dijulang melalui filem berkenaan tidak kesampaian apabila filem berkenaan dikatakan tidak mencerminkan budaya alam Melayu.

Forum bertajuk Hikayat Merong Mahawangsa Daripada Sastera Klasik Kepada Filem itu turut dihujani persoalan, di manakah letaknya Melayu dalam filem tersebut?

Pengarah, Ahmad Ibrahim atau nama penanya Mat London, bangkit melontarkan pandangannya kepada tiga ahli panel.

Mereka terdiri daripada Pengkaji Sastera Klasik, Prof. Datuk Dr. Siti Hawa Salleh, Pensyarah Universiti Teknologi Mara, Dr. Mahadi J. Murat dan Timbalan Presiden Perbadanan Kemajuan Multimedia (MDeC), Kamil Ahmad Mohd. Othman.

Mat London secara khususnya menyatakan, sepanjang durasi filem HMM itu, dia tidak melihat di manakah letaknya unsur Melayu dalam filem tersebut.

"Mana Melayu dalam filem ini? Sudahlah pelakon utamanya bukan orang Melayu dan penggunaan bahasa Inggeris terus jauh membenamkan nilai dan budaya Melayu.

"Tiada apa yang digambarkan dalam filem itu menunjukkan budaya kita," kritik Mat London semasa mengemukakan pandangannya pada sesi soal jawab di forum berkenaan.

Kritikan pedas yang dilontarkan Mat London itu disokong seorang ahli panel forum itu, Siti Hawa Salleh.

Dia juga beranggapan, aktres yang mendokong watak Puteri China dalam filem berkenaan, kurang terserlah kecinaannya.

Sedangkan di Malaysia, kita juga punya aktres kaum Cina yang dirasakan mampu mendukung watak tersebut.

Selain itu, kajian teks klasik filem tersebut turut dipertikaikan kerana kupasan daripada kacamata mereka yang terlibat dalam forum itu jelas mengatakan bahawa unsur sejarah dalam HMM dilihat begitu longgar.

Walau bagaimanapun, Kamil Ahmad berpandangan, sekurang-kurangnya HMM menjadi pembuka jalan atau eye opener kepada penggiat seni yang lain dalam penggunaan teknik imej janaan komputer (CGI).

"HMM adalah pembuka ruang dalam memperkenalkan teknik CGI terhadap industri perfileman tanah air.

"Biarpun masih ada kelemahan dalam penggunaan teknik tersebut namun ia boleh ditambah baik.

"Mungkin selepas ini, akan ada produksi yang berminat untuk menerbitkan lebih banyak lagi filem-filem epik seperti kisah Tok Janggut, Hang Tuah atau pun Kota Melaka.

"Sudah tentu filem-filem berkenaan memerlukan teknik CGI terutamanya untuk mendapatkan set pengambaran yang sesuai," jelasnya yang memuji HMM.

Namun begitu, hujah yang disampaikan oleh Kamil Ahmad itu disangkal oleh pengarah filem Bukit Kepong, Tan Sri Jins Shamsudin yang merasakan kejayaan filem bukan bergantung kepada teknik CGI semata-mata.

"Bagi saya, teknik CGI akan membuatkan penonton kurang berkeyakinan dengan aksi yang ditunjukkan kerana sudah tentu ia bukan sesuatu kejadian sebenar.

"Contohnya, dalam Bukit Kepong, rumah pasung itu dibakar dengan betul dan saya lihat itu lebih baik daripada CGI," ujarnya berkongsi cerita.

Bagaimana pun, Jins menambah, dalam menjayakan sesebuah filem yang berkisah sejarah, kajian terperinci perlu dilakukan.

"Seperti mana Bukit Kepong, saya mengambil masa membuat kajian selama kira-kira dua tahun di England," ujar pelakon filem Panca Delima itu.

Tidak cukup dengan itu, para pelakon HMM juga turut terkena tempias kritikan petang itu.

Gagal menonjolkan karakter pada watak yang didukung adalah antara komen yang dilontarkan petang itu.

Bagi aktres terkenal tanah air, Sofea Jane, mutu lakonan yang ditonjolkan oleh pelakon HMM tidak setimpal dengan bajet filem berkenaan.

"Mengapa harus mengeluarkan bajet besar sekiranya pelakon gagal untuk memainkan karakter pada watak mereka.

"Saya bukan melihat dari perspektif seorang pelakon tetapi sebagai individu yang membayar untuk menonton. Watak Merong sendiri gagal memainkan karakternya," jelas pelakon filem Susuk itu.

Bagaimana pun, maklum balas berkenaan dengan segala pandangan dan kritikan yang dilontarkan dalam forum berkenaan tidak terjawab sepenuhnya memandangkan forum itu tidak menampilkan insan-insan yang berkenaan.

Pengarah filem berkenaan Yusry mahupun orang kuat dalam penerbitan HMM tidak dapat menghadiri forum berkenaan kerana dimaklumkan mempunyai urusan lain.

Pengabdian 40 tahun Sweet Charity

Posted: 16 May 2011 05:28 PM PDT


SELAMA 40 tahun mengukir nama di persada hiburan tanah air, akhirnya kumpulan legenda, Sweet Charity mengabdikan perjalanan seni mereka menerusi penerbitan sebuah buku, Sweet Charity 40 Tahun Bagaikan Bermimpi.

Bukan itu sahaja, buku bergambar yang mempunyai peranan dua dalam satu itu turut menyelitkan hadiah istimewa berupa cakera video digital (DVD) yang merakamkan detik penuh makna konsert 40 Tahun Bagaikan Bermimpi yang diadakan di Esplanade, Singapura tahun lalu.

Turut disertakan dalam buku edisi terhad itu ialah sekeping cakera padat (CD) yang mengandungi 17 lagu yang dirakamkan sepanjang konsert tersebut.

Selaku vokalis, Ramli Sarip memberitahu, buku itu adalah alibi kehadiran mereka sejak 40 tahun lalu dalam dunia hiburan tempatan dan mereka masih lagi relevan.

Ujarnya, sehingga kini, para peminat Sweet Charity tidak berhenti walau sedetik dalam memberikan sokongan ke atas penglibatan mereka dalam dunia seni.

"Sebenarnya, saya seperti bermimpi apabila Sweet Charity berjaya menerbitkan sebuah buku tentang perjalanan seni yang pernah ditempuhi. Hari ini, impian kami yang telah dicanangkan sejak sekian lama, menjadi realiti.

"Segala kisah di sebalik tabir Sweet Charity sebagai anak seni, dipaparkan untuk dikongsi bersama peminat dalam buku ini.

"Ia termasuklah foto-foto yang tidak pernah disiarkan di mana-mana medium sebelum ini," katanya pada majlis pelancaran buku tersebut di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Hadir sama, gitaris utama, Rosli Mohalim dan Pengurus A&R Warner Music Malaysia, Mokhtaza Ahmad.

Dalam pada itu, Ramli menambah, buku itu turut mendedahkan rahsia di sebalik kejayaan kumpulan itu untuk terus kukuh di hati peminat.

"Kalau ikutkan hati, ingin sahaja saya kongsi kesemua kenangan indah Sweet Charity dalam buku ini.

"Tetapi disebabkan terhad kepada 64 muka surat sahaja maka kami putuskan untuk letak lebih banyak gambar berbanding teks," katanya yang menjelaskan, buku itu diterbitkan dalam edisi terhad iaitu sebanyak 3,000 naskhah sahaja.

Buku Sweet Charity 40 Tahun Bagaikan Bermimpi terbitan Rasamusic Sdn. Bhd., edaran Warner Music Malaysia Sdn. Bhd., (Warner), dijual pada harga RM99.90 senaskhah.

Sementara itu, Sweet Charity akan muncul di Hard Rock Cafe pada 19 Jun ini, pukul 10.30 malam.

Sebulan kemudian, mereka akan bergabung dengan Blues Gang dan menggegarkan Stadium Merdeka menerusi Konsert 2 Raksasa, 9 Julai ini.

Mahu terus mencabar diri

Posted: 16 May 2011 05:28 PM PDT


BERILAH apa sahaja watak kepada pelakon kacak ini. Jarang sekali dia gagal melunaskan tanggungjawab yang diberikan kepadanya.

Lakonannya boleh membuatkan penonton dan peminat merasa benci dan dalam masa yang sama, sayang kepadanya.

Walaupun ada yang berfikiran skeptikal terhadap bakat yang dimiliki oleh Jehan Miskin, namun, bagi empunya diri, dia tidak ambil pusing dengan kata-kata orang.

"Saya tahu apa yang saya lakukan kerana saya sendiri tentukan kemahuan saya dalam bidang ini.

"Orang boleh bercakap apa sahaja tentang saya tetapi saya lebih selesa untuk bersikap positif dan memperbaiki diri untuk menjadi pelakon yang lebih baik," ungkap Jehan sewaktu dihubungi Hits, baru-baru ini.

Selama sedekad melayari lautan seni, matlamat Jehan hanyalah untuk memberikan yang terbaik dalam bidang seni yang amat dicintainya ini.

Jauh sekali hendak mengejar populariti, apa yang dimahukan oleh Jehan adalah untuk peminat mengiktiraf hasil kerjanya.

"Bagi saya kalau peminat suka dengan lakonan saya, ia adalah satu kejayaan untuk saya sekali gus membuktikan ia telah memberikan impak kepada mereka.

"Saya masih ingat lagi akan kata-kata seorang teman sewaktu saya mula-mula menceburi bidang seni. Katanya, hasil kerja adalah utama, kemudiann barulah wang dan populariti akan bergerak seiring.

"Itulah pegangan saya sehingga ke hari ini dan saya dapat melihat peminat telah dapat menerima kehadiran saya sebagai seorang aktor.

"Walaupun saya sedar populariti saya tidak sehebat pelakon lain, tetapi setidak-tidaknya saya konsisten di mana saya tidak berada di tangga teratas dan tidak juga di kedudukan tercorot.

"Alhamdulillah, saya bersyukur dan berpuas hati dengan apa yang saya miliki hari ini. Apa yang penting masyarakat nampak bakat saya lalu membuatkan saya lebih dikenali," kata Jehan yang dilahirkan dan dibesarkan di Gelugor, Pulau Pinang dalam nada yang penuh optimis.

Tidak pernah kesal dengan jalan yang dipilihnya ini, bagi Jehan, sepanjang 10 tahun menjadi aktor, dia telah diberikan peluang yang barangkali sukar dimiliki oleh pelakon seangkatannya.

Sebagai contoh, berpeluang membintangi bangsawan Tun Fatimah dan Naga Chini yang pernah dipentaskan di Istana Budaya beberapa tahun lalu antara pengalaman manis yang tidak akan dilupakan Jehan.

Aktor berusia 31 tahun yang pernah membintangi drama-drama popular seperti Manjalara, Frontpage, Mertua vs Menantu, dan Miftahul Jamilah ini juga mengakui dia kini menjadi semakin selektif dalam setiap tawaran yang diterimanya.

Seiring dengan usianya yang sudah mencecah awal 30, Jehan berkata, dia mahu melakonkan watak-watak yang lebih mencabar dan dapat memberikan kepuasan untuk dirinya sebagai seorang aktor.

Dalam hal ini, Jehan memberikan contoh filem Apokalips arahan Mamat Khalid yang disifatkannya sebagai sesuatu yang luar biasa.

"Membintangi filem Apokalips memberikan pengalaman dan kepuasan yang belum pernah saya rasai sebelum ini.

"Ia adalah sesuatu yang benar-benar mencabar kredibiliti saya sebagai pelakon dan saya amat berpuas hati dengan lakonan saya dalam filem itu," katanya yang pernah membintangi filem Qaisy & Laila, Gong dan Anak Halal ini penuh optimis.

Namun, dalam masa yang sama juga, dia tidak mahu melupakan peminatnya dan atas alasan itu, kadang-kala dia akan menerima tawaran berlakon demi memuaskan hati mereka.

Ujar Jehan atau nama sebenarnya, Mohd. Jehan Miskin ini, ada kala peminat mahu melihatnya membawakan watak-watak yang dapat menghiburkan mereka.

"Dalam mengejar kepuasan untuk diri sendiri, saya juga perlu memikirkan tentang apa yang peminat mahukan daripada saya.

"Walaupun ada ketikanya tawaran yang saya terima itu adalah klise dan pernah saya bawakan sebelum ini, tetapi, saya akan cuba pelbagaikan rentak lakonan saya agar ia kelihatan berbeza," jelas anak bongsu daripada tiga beradik ini panjang lebar.

Demi masa depan, Jehan telah menubuhkan syarikat produksinya sendiri iaitu Mastermind Group sejak tahun 2009.

Katanya, menduduki kerusi penerbit juga memberikan kepuasan yang berbeza kerana dia berpeluang mencipta watak dan menghasilkan drama dengan pendekatan yang berbeza.

Pernah menerbitkan drama Buta Warna yang menampilkan penyanyi rock unggul, Awie sebagai teraju utama dan ditayangkan di saluran Astro Prima tidak lama dulu, Jehan mahu terus mencari peluang melebarkan empayar seninya menerusi syarikatnya itu.

"Apabila menulis sinopsis untuk sesebuah drama, semangatnya begitu berbeza kerana ia memberikan inspirasi kepada saya untuk menghasilkan sesuatu yang menarik.

"Saya juga dapat mencipta watak untuk diri saya sendiri. Apabila sudah mencecah usia 30-an ini, cita rasa saya terhadap kerjaya sendiri sudah mula berubah dan tidak sama seperti mana ketika usia 20-an.

"Ini adalah evolusi hidup saya sebagai seorang anak seni dan saya terus mahukan yang terbaik buat diri saya," kata adik kepada bekas gimnas negara, Faiznur Miskin ini memberikan pendapatnya.

Menerusi syarikatnya itu juga, Jehan tidak hanya terikat kepada penerbitan drama sahaja. Sebaliknya, dia juga terlibat sebagai penganjur acara yang juga disifatkannya telah membuka lembaran baru dalam diari hidupnya.

Malah, Jehan kini melebarkan sayap seninya sebagai seorang pengacara untuk acara yang dianjurkan.

Kalau disingkap diari seni Jehan, bidang pengacaraan bukanlah sesuatu yang asing kerana dia pernah mengacarakan program realiti, So You Think You Can Dance yang pernah ditayangkan di 8TV tidak berapa lama dulu.

"Saya berasa puas apabila dapat mencabar diri sendiri dengan benda-benda baru. Sebagai contoh, saya bukan seorang penggemar bola sepak tetapi saya telah menjadi pengacara untuk sebuah acara secara langsung sempena perlawanan bola sepak antara Manchester United dan Arsenal di Pulau Pinang, baru-baru ini.

"Acara yang dihadiri lebih 1,000 orang peminat itu membuatkan saya benar-benar teruja kerana dapat bersama-sama dengan mereka.

"Secara tidak langsung, ia melonjakkan adrenalin saya untuk menjadikan saya lebih bersemangat sewaktu bekerja," cerita Jehan yang dilahirkan pada 4 Disember 1979 ini sambil ketawa kecil.

Kejutan buat Seniwati Sarimah

Posted: 16 May 2011 05:27 PM PDT


TANPA mengetahui agenda sebenar Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) Datuk Freddie Fernandez yang mengundangnya ke satu mesyuarat tergempar, Seniwati Datuk Sarimah Ahmad terus bersiap menunggu kenderaan yang akan menjemputnya seperti mana yang dijanjikan oleh Freddie.

Apabila kenderaan tersebut tiba, tanpa berlengah, seniwati kesayangan ramai ini terus menaikinya untuk menuju ke destinasi yang telah diberitahu oleh Freddi iaitu di Restoran Warisan yang terletak berhampiran Dataran Merdeka.

Setibanya di restoran itu, aktres filem Madu Tiga dan Ibu Mertuaku itu agak terkejut apabila melihat kelibat ahli keluarga termasuk anaknya, Yusarima Puteri Yusof.

Tambahan pula, apabila ketibaannya disambut penuh meriah oleh Freddie dan bekas Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) Datuk Mohammed Mohd. Daud serta beberapa rakan artis yang lain.

Barulah seniwati itu sedar, rupa-rupanya Freddie telah mempermainkannya. Mesyuarat tergempar yang dinyatakan Freddie itu sebenarnya adalah sambutan ulang tahun kelahirannya ke-69 yang jatuh pada tanggal 28 April lalu.

Kaki Jasmin Hamid Melecur

Posted: 16 May 2011 05:23 PM PDT


PETALING JAYA: Kaki kanan dan kiri pelakon Jasmin Hamid melecur teruk gara-gara terkena air panas ketika berada di set penggambaran drama Buaian Kasih di Kuang, Sungai Buloh, Sabtu lalu.

Menurut Jasmin, kedua-dua kakinya itu melecur di bahagian peha (kanan) dan betis (kiri) dimana kejadian tersebut berlaku ketika dia sedang duduk berehat di tepi meja yang mempunyai sebaldi air panas bersama beberapa pelakon lain.

"Sebenarnya kami memang duduk di situ untuk berehat dan makan. Tiba-tiba air panah tersebut diletakkan di atas meja yang berdekatan dengan kami.

"Sudahlah meja tak stabil, tiba-tiba tong air panas tersebut terjatuh lalu air panas terkena pada kami dan sayalah yang paling teruk sekali terkena.


Kesan lecuran di bahagian peha kaki kanan Jasmin.
Mujurlah budak kecil tiada ketika itu," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Isnin.

Tambah Jasmin, lecuran pada kedua-dua belah kakinya itu membuatkan dia terpaksa berulang alik ke klinik untuk membersihkan luka tersebut.

Malah katanya, dia turut mengalami kesukaran untuk tidur kerana rasa tidak selesa dan sakit pada paha dan betis yang melecur itu.

"Bayangkan, doktor terpaksa menyiat kulit di bahagian lecuran itu keran takut jika ia menggelembung.

"Saya percaya kerana lecuran ini juga, ia akan meninggalkan kesan parut. Itu pun saya tak tahu bila kaki saya boleh pulih sepenuhnya.


Kesan lecuran di bahagian betis kaki kiri Jasmin.
"Saya risau, kerana masalah ini, penggambaran yang melibatkan babak saya itu

tertangguh dan pada masa yang sama tawaran-tawaran lakonan lain juga akan terganggu," ujarnya.

Dalam pada itu, Jasmin agak kecewa dengan kejadian tersebut kerana menganggap pihak produksi tersebut iaitu Summit Treasure Production leka dengan tugasan serta keselamatan ketika di set penggambaran.

"Mereka sepatutnya perlu berhati-hati. Sepanjang 20 tahun saya bekerja sebagai pelakon, inilah kali pertama insiden seperti ini berlaku terhadap saya dan harap kejadian ini menjadi pengajaran buat mereka serta produksi-produksi di luar sana," tegasnya.

Bagaimanapun, jasmin belum memikirkan untuk melakukan sebarang tindakan terhadap produksi tersebut.

google: jasmin hamid, jasmin hamid facebook, jasmin hamid blog, jasmin hamid twitter, jasmin hamid 2011, jasmin hamid photo, jasmin hamid terkini terbaru, jasmin hamid melecur, jasmin hamid kena air panas, gambar jasmin hamid melecur cedera, jasmin hamid seksi, jasmin hamid hot, jasmin hamid bogel, buah dada jasmin hamid

Neelofa Takut Berlakon Filem Seram

Posted: 16 May 2011 05:20 PM PDT

PETALING JAYA: Pelakon Noor Neelofa Mohd Noor (Neelofa), 22, berasa berat hati dan ragu-ragu untuk menerima tawaran pengarah Kabir Bhatia untuk membintangi filem seram terbaru iaitu Azazil kerana mengakui dirinya seorang yang penakut.

Kata Neelofa, sejak kecil lagi dia memang tidak menonton filem seram kerana mudah teringatkan karakter dan rupa hantu dalam filem atau drama sedemikian.

"Bukan bermaksud untuk memilih atau mengada-ada tetapi terus-terang saya tidak boleh tengok filem atau drama seram.

"Sejak kecil lagi saya tidak suka menonton filem sebegitu sebab saya mudah teringatkan karakter tersebut.

"Kalau saya tidak menonton filem seram, bagaimana pula hendak menghayati watak dan cerita begitu?" katanya yang ditemui di Menara Star, baru-baru ini.

Tambah Neelofa, walaupun demikian, dia tidak keberatan untuk terlibat dalam filem atau drama komedi seram yang bersifat humor, santai dan melucukan.

"Lainlah kalau filem komedi seram seperti Hantu Kapcai yang saya terima daripada KRU Studios, di mana filem itu adalah filem hantu yang kelakar.

"Jadi, karakter hantu itu tidak menakutkan, lebih bersifat lucu," kata pengacara program KRU Paparazzi di saluran KRU TV ini.

Dalam pada itu, aktres muda yang didakwa menjadi punca keretakan hubungan aktres Maria Farida dan aktor Shahz Jaszle ini sedang sibuk di lokasi penggambaran drama bersiri arahan Erma Fatima iaitu Kitab Cinta.

Selain itu, Neelofa yang mula mencipta nama selepas membintangi filem Azura 2011 arahan Aziz M. Osman ini dijangka terlibat dalam sebuah lagi tawaran filem terbitan Skop Productions pada Julai depan.