Adsense

Rabu, 18 Mei 2011

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Enggan nama jadi buruk

Posted:

Enggan nama jadi buruk

Enggan nama jadi buruk


SEMAKIN anggun dan jelita pada usia 43 tahun, nama Ziana Zain masih relevan di persada seni tanah air.


SELAMA 20 tahun menceburi bidang seni, jarang sekali nama Ziana Zain dicalit dengan kontroversi. Namun, sehebat mana dirinya cuba menepis kontroversi dia akhirnya tewas.

Pemilik sebenar nama Siti Roziana Zain ini tiba-tiba sahaja dilabel sebagai tidak profesional dan berlagak diva.

Semuanya gara-gara pelantun lagu Puncak Kasih itu enggan mengayakan baju 'bareback' rekaan Christian Dior yang mendedahkan sebahagian besar bahagian belakang badannya untuk muka depan sebuah majalah fesyen terkenal.

Ziana juga dikatakan nekad meninggalkan sesi fotografi yang menggandingkan dirinya bersama Erra Fazira, Ning Baizura dan Fauziah Latiff itu kerana terlalu marah.

Akibatnya, sesi fotografi untuk muka depan majalah itu terpaksa diteruskan hanya dengan Fauziah Latiff yang kemudian disertai oleh Dayang Nurfaezah, Misha Omar dan Mizz Nina yang menggantikan Ziana, Erra dan Ning.

Malah, impak daripada tindakan Ziana itu, majalah tersebut telah menyiarkan artikel susulan tentang kakak kepada penyanyi Anuar Zain itu.

Berikut antara sedutan daripada artikel dalam majalah tersebut yang tertulis: 'Apabila kita terlalu emosional kita akan hilang pertimbangan dan bertindak di luar priofesionalisme. Masih banyak cara untuk mengatasinya. Soalnya, Ziana tidak memberi ruang untuk warga kerja kami berbuat demikian.

'Ada yang bertanya antara keempat-empat diva ini siapa yang paling 'kertu' (tua), tetapi kami tidak menganggap diri Ziana yang sudah berumur 43 tahun itu 'kertu' (kecuali dia anggap dirinya kertu). Justeru, kita lihat majalah tidak pernah menuakan Ziana (kecuali Ziana sendiri)'.

Kosmo! berpeluang mendapatkan jawapan Ziana berhubung perkara tersebut pada pertemuan sempena sambutan hari lahirnya yang dilangsungkan di Hotel Vistana, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Mengenakan persalinan ungu rekaan pereka terkenal Rizman Ruzaini, Ziana yang masih anggun dan jelita pada usia 43 tahun itu melahirkan rasa sedih dan menganggap perkara tersebut merupakan pengalaman pahit dalam hidupnya.

"Selama 20 tahun berada dalam industri hiburan, saya tidak pernah dilanda kontroversi seperti ini. Saya tidak mahu nama saya buruk disebabkan mengenakan pakaian sedemikian.

"Saya kena pakai pakaian mengikut usia saya. Saya kena tahu jaga hati peminat saya. Bagaimanapun, perkara seperti itu terjadi juga sehinggakan ada segelintir pihak mengatakan saya berlagak diva.

"Namun begitu, ramai peminat masih pertahankan diri saya" kata Ziana yang masih tidak dapat melupakan indiden yang berlaku pada bulan Mac tahun ini tersebut.

Insiden memalukan itu turut mendapat reaksi daripada ayah Ziana, Zain Abdullah.

"Dia tidak tahu ke yang dia kutuk itu anak siapa? Orang ini betul-betul kurang ajar," kata Ziana mengulas mengenai apa yang dikatakan oleh ayahnya.

Pak Zain turut menasihatkan anak sulung daripada lima beradik itu agar tidak terlalu tunduk kepada orang. Ada masanya dia perlu bertindak.

Ditebak sama ada dia mahu menyaman majalah tersebut, kata Ziana, dia tidak sampai ke tahap untuk menyaman majalah tersebut.

Impikan konsert hebat

Terlalu lama Ziana Zain tidak mengadakan konsert. Kali terakhir, ibu kepada empat orang cahaya mata ini mengadakan konsert pada tahun 1996.

Konsert yang diberi nama Ziana Zain's Unplugged Consert yang berlangsung di Life Centre, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur itu telah dihadiri ribuan peminat Ziana.

Ziana dalam pada itu mengakui sememangnya dia mengimpikan sebuah konsert yang eksklusif.

Namun begitu, impiannya itu tidak tercapai disebabkan tidak mendapat tawaran yang bersesuaian.

"Ziana mengimpikan sebuah konsert yang hebat dan eksklusif, jadi Ziana kena fikir bayaran untuk pemuzik dan prop yang hebat. Belum termasuk bayaran untuk penari-penari, kostum dan sebagainya.

"Bukan bermaksud Ziana demand tetapi bayaran yang diminta adalah bersesuaian dengan peruntukan yang perlu saya salurkan," katanya yang baru sahaja tampil dengan single terbaharunya yang berjudul Pawana.

Selepas 20 tahun menjadi selebriti, Ziana telah dilantik sebagai jurucakap pelbagai produk antaranya Avon, NutriBeauty, Omega , Head & Shoulders, B&H, L'Oréal, Vono dan Brilliant Rose.

Malah, pada tahun lepas dia telah diterbangkan khas ke Australia untuk menjalani sesi fotografi dengan produk jenama Louis Vuitton.

Masih jelita dan memiliki bentuk tubuh yang menawan, Ziana bertuah kerana kontrak bersama Slim World masih disambung.

Bukan itu sahaja, Ziana juga kini merupakan duta produk Dutch Lady dan Antabax.

"Berat badan saya sekarang 51 kilogram. Umur dah masuk 40-an memang kena jaga berat badan.

"Tidak boleh terlalu kurus dan nampak cengkung dan tidak boleh terlalu gemuk," kata mentor kepada protege Mohd. Izwan Mohd. Nor atau Mohd. ini.

Menyentuh mengenai perjalanan karier Mohd. pula, Ziana menegaskan Mohd. bukan lagi di bawah tanggungjawabnya.

"Mohd. kini bernaung di bawah syarikat rakaman Monkey Bone. Saya cuma menjaga Mohd. semasa dalam program Mentor sahaja. Buat masa ini, saya sekadar memberi nasihat kepadanya," ungkap Ziana.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Ziana sebak dirai peminat

Posted:

Ziana sebak dirai peminat

Ziana sebak dirai peminat


TUMPUAN. Ziana bergambar kenangan bersama ahli kelab peminatnya, Zianafolks.


ZIANA tidak dapat menahan air mata yang mengalir di pipinya saat dia diraikan oleh kelab peminatnya Zianafolks di Hotel Vistana, Kuala Lumpur, sempena kelahirannya yang ke-43 tahun.

Malah, Ziana mengaku peminat merupakan nadi untuk dirinya terus bertahan dalam bidang seni sejak 20 tahun lalu.

"Saya tidak sangka peminat masih setia menyokong saya sehingga ke hari ini.

"Alhamdulillah, kerana Tuhan masih memanjangkan usia saya sehingga kini," katanya sambil menyapu air mata yang mengalir di pipi.

Ziana juga tidak dapat menahan sebak ketika dia dihadiahkan dengan sebuah lukisan keluarga daripada peminat-peminatnya.

Menurutnya, industri hiburan kini sudah terlalu ramai dengan artis. Ziana tidak tahu sampai bila dia masih bertahan dan berapa tahun lagi dia akan berada di bidang seni.

"Saya serahkan segala-galanya kepada Allah. Mungkin inilah perjalanan hidup dan rezeki yang telah ditentukan oleh Tuhan untuk saya," luahnya mengenai pembabitan dalam dunia seni yang kini sudah menginjak usia 20 tahun.

Peminat-peminat yang hadir pada sambutan hari jadinya terdiri daripada peminat-peminat setianya dan juga peminat-peminat dari Singapura dan Brunei.

Mengenakan tema ungu sempena sambutan hari jadinya kali ini, Ziana diraikan dengan pelbagai persembahan daripada peminat dan media.

Selama ini dirinya menghiburkan peminat. Sempena sambutan hari jadinya yang ke-43 tahun, kelab peminatnya Zianafolks menganjurkan persembahan buat Ziana Zain.

Setiap meja perlu membuat membuat persembahan lagu-lagu Ziana Zain yang terpilih dan media turut tidak terkecuali.

Ziana memberitahu, bukan senang untuk dirinya membina karier seni dari mula sehingga kini. Katanya, dia ada tanggungjawab terhadap diri dan masyarakat.

Disebabkan itu, dia sentiasa memastikan dirinya untuk tampilkan benda-benda positif.

"Saya mahu tinggalkan industri ini dengan buku yang bersih dan kenangan-kenangan yang indah.

"Kalau ikutkan anak sudah empat saya nak settle down daripada bidang seni. Tetapi, saya tidak mahu hampakan peminat yang masih setia mencari khabar baru tentang diri saya. Saya masih ingin berada dalam bidang seni," ujarnya yang sememangnya masih relevan dalam industri hiburan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Gaji Seacrest RM171 juta

Posted:

Gaji Seacrest RM171 juta

Gaji Seacrest RM171 juta

DALAM dua tahun kebelakangan ini, kerjaya hos American Idol, Ryan Seacrest memang cukup 'panas'. Seiring dengan kepanasan itu, Seacrest dilaporkan telah menerima kenaikan gaji sebanyak tiga kali ganda daripada penerbit program realiti TV itu, Fox Television.

Jika dihitung, gaji hos yang cukup berkaliber mengendali program tersebut sejak musim pertama hingga sepuluh sekarang ini dikatakan mencecah AS$55 juta setahun (RM171 juta)!

Menurut Splash News, pada tahun 2009, hos tersebut menerima gaji kira-kira RM15 juta sahaja setahun. Namun selepas namanya semakin berpengaruh, ia dinaikkan mencecah RM47 juta setahun dan terkini, dalam tempoh dua tahun sahaja, Seacest memperoleh gaji sebanyak RM171 juta setahun!.

Pendapatan Seacrest itu sebenarnya turut disumbangkan daripada kerjayanya sebagai deejay radio KISS-FM dan penerbit program realiti TV, Keep Up With The Kardashians, selain memperoleh gaji sebagai penerbit eksekutif program masakan yang dihoskan oleh Jamie Oliver, Food Revotion.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.