Nuffnang

OHBULAN!

sumber :-

OHBULAN!


Khairul Fahmi & Elia Kini Sudah Bertunang, Tahniah!

Posted: 18 May 2011 07:57 PM PDT

Khairul Fahmi, pemain bola pasukan Malaysia yang mengharumkan nama negara ketika Piala AFF Suzuki dikatakan telah mengikat tali pertunangannya bersama pasangan hati, Elia.

Kami terbaca persiapan majlis pertunangan di blog Elia, JejariRuncing. Walaupun tidak dinyatakan dengan jelas, namun satu Malaysia sudah tahu siapakah gerangan lelaki tersebut. Aha, kami yakin peminat Khairul Fahmi yang berjantina wanita gigit jari.

Mereka sepatutnya mengikat tali pertunangan lebih awal, namun atas sebab-sebab peribadi, ditangguhkan terlebih dahulu. Secara diam-diam, rupanya Khairul Fahmi sudah pun menghantar rombongan meminang untuk menyunting Elia, si kekasih hati.

OHBULAN! mengucapkan tahniah buat Khairul Fahmi & Elia, harap dapat langsungkan perkahwinan secepat mungkin. Bukan apa, ramai sangat yang minat Khairul Fahmi ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Peserta Rancangan Realiti Bela Saka?

Posted: 18 May 2011 07:34 PM PDT

Nak percaya atau tidak, itu terpulang. OHBULAN! tak sangka ada yang sanggup menggunakan khidmat pembantu halus ini untuk menempah nama di atas pentas rancangan realiti. Malah, peserta yang lain turut terkena tempiasnya. Ada yang muntah darah keluar rambut, sakit secara drastik & nyanyi sumbang.

Kisah mandrem ini bukanlah perkara yang pelik, namun ia jarang diperkatakan. Apa yang kami dengar, peserta ini mendapat 'hadiah' istimewa daripada ahli keluarganya. Kononnya, saka ini akan menjaga dirinya selain boleh mensabotaj mana-mana orang yang dilihat berupaya mencabar tuannya.

Terkini, pihak produksi sudah dapat membau niat peserta rancangan realiti ini dan mereka sedang mencari jalan penyelesaian terbaik. Bukan apa, risau juga kalau diapa-apakan, mereka turut terkena tempiasnya.

Tak sangka, peserta ini belum menjadi artis lagi, namun sudah pandai menunjukkan belangnya. Mungkin, peserta ini kurang didikan agama, atau terlampau taksub nak jadi popular.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan