Kosmo Online - Hiburan |
Posted: Teruja dampingi Penelope Cruz"KALAU nak tahu, kali ini Jack Sparrow bertukar jantina," ujar Johnny Depp selamba dalam nada bergurau apabila ditebak tentang karakter lakonannya, Kapten Jack Sparrow yang kini muncul menerusi filem Pirates of the Caribbean: On Stranger Tides. Namun sepantas kilat, nada bicara Depp terus sahaja serius dan bicaranya lantas berbunyi: "Saya maksudkan secara jujurnya, semua ini tentang karakter dan bagaimana dia 'mencari dirinya'. "Saya rasa, Kapten Jack Sparrow sudah menemui siapakah dirinya sejak lama dahulu. Saya tidak fikir masih ada ruang buat dirinya untuk pergi lebih jauh." Daripada jawapan Depp itu seolah-olah mahu memberitahu bahawa karakter Jack Sparrow kali ini tidak banyak berubah sepertimana dalam trilogi Pirates of the Caribbean sebelum ini.
Namun, siri keempat filem Pirates of the Caribbean itu dijangka berbeza berbanding trilogi filem itu yang kesemuanya diarahkan Gore Verbinski. Ini kerana Rob Marshall pula diberi tanggungjawab sebagai pengarah siri terbaharu Pirates of the Caribbean. Filem terbitan Jerry Brukheimer yang mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula pada hari ini tersebut juga tidak lagi menampilkan dua karakter penting yang memberi impak kuat terhadap trilogi filem itu sebelum ini iaitu Will Turner (lakonan Orlando Bloom) dan Elizabeth Swann (Keira Knightley). Plot Pirates of the Caribbean: On Stranger Tides juga tidak terlalu kompleks dengan pelbagai karakter dan subplot seperti sebelum ini tetapi lebih memfokus terhadap pengembaraan Jack Sparrow untuk mencari telaga keabadian yang mampu memberikan hayat yang kekal abadi buat individu pertama yang berjaya meminum air dari telaga tersebut. Kedengarannya seperti suatu isyarat untuk sebuah lagi sekuel Pirates of the Caribbean. Namun selepas ketiadaan karakter Elizabeth Swann, adakah Jack Sparrow berseorangan kali ini? Jawapannya sudah tentu tidak kerana muncul karakter baharu yang lebih 'dekat' dengan dirinya. Memperkenalkan bekas kekasih Sparrow, Angelica yang direalisasikan di layar perak oleh bintang jelita, Penelope Cruz! Ditanya apakah perasaannya dapat bergandingan dengan Cruz, ujar Depp: "Dia merupakan suatu 'kuasa' yang serius. Kami pernah bergandingan dalam filem Blow pada tahun 2001 dan saya boleh kata kami pernah 'meniup' bersama dahulu (ketawa). "Pengalaman berlakon dalam Blow bersama Penelope sangat menyeronokkan. Maksud saya, dia seorang yang hebat dan boleh menyuntik apa sahaja ke dalam atmosfera lakonan. GEROMBOLAN duyung jelita Pirates of the Caribbean: On Stranger Tides, (dari kiri), Sanya Hughes, Brea Berrett, Gemma Ward, Jorgelina Airaldi, Antoinette Nikprelaj, Toni Busker dan Daphney Joy. "Dia merupakan seseorang yang saya sanjungi, salah seorang sahabat saya dan ya, saya rasa seronok dia menyertai saya pada kali ini." Menyentuh mengenai Rob Marshall pula, Depp menjelaskan: "Setiap pengarah mempunyai pendekatan yang berbeza antara satu sama lain. Tetapi bagi saya, Rob Marshall merupakan suatu hadiah sejati. "Maksud saya, dia seorang lelaki hebat, sangat budiman dan mudah untuk berkolaborasi dengannya, seorang lelaki yang sarat dengan idea-idea yang hebat. Dan dia seorang yang bijaksana dalam menangani babak dan cerita. Ya, dia seorang yang sangat istimewa." Satu lagi perbezaan menerusi karya kali ini ialah Depp banyak menyumbang kepada penulisan skripnya atau dalam kata lain dia kali ini turut menyuntik jiwanya bagi mencetus kelainan terhadap Pirates of the Caribbean: On Stranger Tides. "Ia seperti memasuki ke dalam jentera pemikiran," luah Depp. Tambahnya: "Ia lebih kepada melemparkan idea-idea. Jika ia menyinar, maka menyinarlah ia. Dan jika idea itu diterima (penonton), saya sangat bersyukur. "Apatah lagi karya kali ini merupakan sekuel ketiga Pirates of the Caribbean, jadi tanggapan penonton ialah, 'ahh...satu lagi filem sekuel', ia merupakan sesuatu yang sangat menentang terhadap apa yang perlu kami berusaha dan hasilkan untuk skripnya. "Namun, kami cuba untuk menghasilkan sesuatu yang segar dan berbeza kali ini." Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Posted: Penjara cinta Nora ElenaOleh MOHD. ALIF ABU BAKAR LAMBAKAN drama dan filem yang diangkat daripada naskhah novel kian bertali arus di kaca televisyen mahupun di layar perak. Kejayaan formula sedemikian menarik penonton telah membuka mata ramai penggiat drama dan filem bagi menghasilkan lebih banyak karya yang diolah daripada novel. Nora Elena, adaptasi sebuah novel berjudul Kasih Yang Suci hasil nukilan Meen Zulaikha mengisi slot Akasia di TV3 menggantikan drama Cinta Antara Kita. Mempertaruhkan genre cinta bagi menambat hati penonton setia slot tersebut, drama 24 episod itu membariskan bintang-bintang ternama seperti Aaron Aziz, Siti Saleha dan Wan Sharmila. Pendukung watak utama, Siti Saleha mengakui memainkan peranan sebagai Nora Elena bukan tugas mudah kerana jalan cerita drama itu menuntutnya bermain dengan pelbagai emosi. "Nora Elena satu karakter penuh kejujuran dan kelembutan, hatinya juga rapuh kerana sejarah silam yang dialami. "Saya teruja melakonkan watak tersebut memandangkan ini pertama kali saya terlibat dengan drama yang diterjemahkan daripada novel," jelas aktres yang semakin meningkat naik itu. Berbeza pula dengan Aaron Aziz yang tidak mengalami masalah melakonkan watak Seth Tan dalam drama bersiri terbitan Asian Media Content (AMC) itu. "Watak Seth Tan tidak sukar untuk dimainkan namun masih ada sedikit kesulitan bagi menunjukkan keberkesanan watak tersebut. "Saya mengalami sedikit kesukaran bagi menunjukkan emosi sebagai seorang lelaki yang dianggap sebagai perampas walaupun pada hakikat dia bukan seorang perampas," kata Aaron. Drama arahan Jet Li itu berkisar tentang kehidupan seorang perempuan bernama Nora Elena (Siti Saleha) yang sentiasa dibayangi detik hitam dia dinodai seorang lelaki yang bernafsukan binatang. Selepas 10 tahun berlalu, Nora akhirnya berjaya menyingkirkan memori pahit itu setelah bertemu cinta hatinya, Idham (Zul Ariffin). Rancangan membina rumah tangga bersama Idham dilanda badai apabila Nora mula rapat dengan majikan Idham, Seth Tan (Aaron Aziz). Cemburu mula menguasai Idham lantaran salah faham yang timbul dan sekali gus membuat keputusan membatalkan perkahwinannya bersama Nora. Tindakan drastik Idham membuatkan Nora benar-benar terpukul dengan keadaan yang dialami dan secara tidak langsung mengundang kembali kisah silam yang telah lama dibuang jauh. Dugaan demi dugaan menimpa Nora serta pelbagai cemuhan terpaksa ditelan walaupun cintanya terhadap Idham sememangnya tulus dan ikhlas. Di kala itu, Seth menghulurkan tangan dan menawarkan diri sebagai pengganti Idham dalam hidup Nora. Seth bersedia menghilangkan penderitaan Nora dengan mengahwini Nora. Sejauh mana kejujuran Seth dan terleraikah persoalan siapakah yang menodai Nora satu ketika dulu? Semuanya bakal terjawab dalam drama meruntun jiwa yang turut dibintangi Erry Putra dan Puteri Fateen itu. Jangan lupa menyaksikan drama Nora Elena yang kini setiap hari Isnin hingga Jumaat pada pukul 7 malam. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Pelakon Tyickoouns dirahsiakan Posted: Pelakon Tyickoouns dirahsiakanNOOR ISMAHANUM (dua dari kanan) dan Izan (tengah) pada sidang akhbar filem Tyickoouns baru-baru ini. MENGETEPIKAN risiko pesaing dan penerimaan penonton filem tempatan, buat pertama kalinya syarikat multinasional, Worldwide Far East Berhad (WFEB) menghasilkan filem sulungnya berjudul Tyickoouns. Bakal memulakan penggambarannya pada Jun nanti, Tyickoouns yang merupakan filem pertama arahan pengarah dokumentari dan filem iklan bebas, Izan Hailmey Mokhtar mempertaruhkan konsep filem drama paparan kehidupan dan aksi. Menurut Izan, filem yang akan menjalani penggambaran di Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Endau Rompin itu bakal memaparkan latar sebuah perkampungan desa dan pekan yang tidak wujud iaitu bukan di Malaysia bagi mengelakkan kontroversi kerana memaparkan adegan negatif. "Bagi mengelakkan disamakan dengan suasana negara ini, saya memaparkan sebuah kawasan khayalan yang tidak terdapat di dunia ini melalui prop dan busana yang berbeza. "Contohnya, saya menggunakan kenderaan bukan keluaran tempatan dan plat kenderaan yang tidak wujud di dunia bagi menggambarkan suasana latar yang lain," katanya ketika ditemui selepas sidang akhbarnya baru-baru ini. Menariknya filem itu bakal dihasilkan menggunakan kaedah konvensional secara keseluruhan tanpa menggunakan apa-apa teknik janaan komputer. Izham yang buat julung-julung kalinya menghasilkan sebuah filem tersebut percaya bahawa kaedah itu lebih realistik untuk memaparkan kehidupan masyarakat. "Saya akan menggunakan seratus peratus kaedah penghasilan filem seperti biasa. Tiada suntikan imej janaan komputer (CGI), mahupun apa-apa kaedah lain tetapi cara biasa yang digunakan seperti 10 hingga 15 tahun dahulu. "Saya lebih selesa menggunakan kaedah biasa seperti susunan sudut pencahayaan dan rakaman kamera yang tersusun bagi menghasilkan sebuah filem yang baik," kata Izham. Bagaimanapun, filem yang diterbitkan oleh Datuk Noor Ismahanum Mohd. Ismail itu masih dirahsiakan barisan pelakon yang terdiri daripada pelakon popular dan muka-muka baharu. - SYALMIZI HAMID Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |