borak kosong |
- Lelaki mengaku nabi tuhan tak suka manusia
- Hebat...remaja 17 tahun cipta motosikal ala transformer
- Kesian..bayi hanya hidup 14 hari kerana tersedak susu
- Pelik..kucing bermata satu,tak ada hidung dan lidah sentiasa keluar
- Sakit Aneh, Wanita Ini Nekad Gugurkan Anak 3 Kali
- Audi A7 Paper Car
- Topi Puteri Beatrice Termahal di Dunia
- Inilah Hotel Untuk Orang Yang Suka Bogel Yang Pertama di Britain
- Ritual Voodoo, Ibu Sanggup Bakar Anaknya
- Wow...ATM (Automated Teller Machines) dilengkapi video conference
- Inilah Persahabatan Seekor Kucing dan Burung Hantu Sungguh Menakjubkan
- Kepala mirip ikan pari,ekor mirip ikan yu
- Penangkapan "GENG" Secara Besar-besaran Di China
- Mengapa Madonna Tergila-Gila Air Kelapa?
- Inilah Orang Pertama Dunia Sembuh dari AIDS
- Nama baru Yamaha jika jadi dibeli penguasaha Arab
- Wanita ditahan kerana bercakap di telefon selama 16 jam dengan suara yang kuat di keretapi
- Fotografer dan 25 orang model bogelnya ditahan
- Di Arizona, Orang Gemuk Didenda 50 Dolar Jika Tidak Berdiet
Lelaki mengaku nabi tuhan tak suka manusia Posted: 19 May 2011 09:25 PM PDT TENERIFE: Lelaki yang dituduh memenggal seorang wanita Britain di pulau percutian Tenerife, Jumaat lalu, suka menonton filem sains fiksyen Predator khususnya aksi pertumpahan darah. Deyan Deyanov, 28, gemar melihat makhluk asing dalam filem itu memburu dan mencantas mangsanya. Deyanov memancung Jennifer Mills-Westley, 60, di sebuah pasar raya selepas pihak berkuasa perundangan Sepanyol membebaskannya daripada unit psikiatrik. Dia sebelum itu dibenarkan ikat jamin, meskipun polis memberi amaran dia masih mengancam keselamatan awam. Selepas menyerang pengawal keselamatan, waran tangkap dikeluarkan ke atasnya tetapi Deyanov sempat membunuh lagi sebelum ditahan. Lelaki dari Bulgaria itu yang tidak berumah dan suka menghisap kanabis selain menyimpan video aksi ganas dalam telefon yang dirakam empat tahun lalu dan berkata: "Saya tidak suka manusia." Selepas memotong kepala mangsa, Deyanov dilaporkan membawa dan menunjukkannya di khalayak ramai. Pada 10 Mei lalu, hakim Nelson Diaz Frias mengeluarkan waran tangkap terhadap Deyanov kerana gagal memenuhi syarat ikat jamin selepas menyerang dan mematahkan gigi depan mangsanya menggunakan batu. Serangan terhadap pengawal keselamatan berlaku di pantai pusat peranginan Los Cristianos, 4 Januari lalu. Apabila Deyanov ditahan, dia mendabik dada dan memberitahu polis dia 'nabi tuhan di Bumi' dan merancang 'sesuatu yang besar.' Warga Bulgaria itu sepatutnya melaporkan diri kepada mahkamah setiap dua minggu menyebabkan hakim mengeluarkan waran tangkap pada 10 Mei lalu. Mayat Mills-Westley dijangka dihantar ke Britain minggu ini. Beliau mempunyai dua anak perempuan dan lima cucu. – Agensi saya petik dari Berita Harian |
Hebat...remaja 17 tahun cipta motosikal ala transformer Posted: 19 May 2011 08:46 PM PDT Harap ada remaja kita mencipta sesuatu ... saya petik dari kosmo MASSACHUSETTS, Amerika Syarikat - Seorang pencipta muda Amerika Syarikat (AS) berusia 17 tahun, Benjamin Gulak melakar sejarah tersendiri apabila mencipta motosikal berkuasa elektrik ala robot dalam filem Transformers bagi mengatasi masalah kesesakan jalan raya, lapor sebuah akhbar kelmarin. Motosikal luar biasa itu dihasilkan oleh syarikatnya, BPG Motors dan diberi nama Uno III Streetbike atau U3. Menurut Gulak, 20, cetusan idea untuk mencipta jentera itu berlaku semasa dia mengikuti bapanya ke Asia atas urusan perniagaan dan mendapati bandar raya Shanghai, Beijing dan Hong Kong mengalami kesesakan jalan raya yang teruk. Justeru, dia mencipta motosikal yang boleh berubah bentuk dengan bergerak tanpa roda depan yang disimpan di celah dua roda belakang dengan hanya menekan butang. Motosikal itu sesuai disimpan di dalam bilik dan dibawa masuk ke dalam lif. - Agensi |
Kesian..bayi hanya hidup 14 hari kerana tersedak susu Posted: 19 May 2011 07:30 PM PDT Bila ajal dah sampai.. saya petik dari myMetro TUMPAT: "Kami panik apabila melihat keadaannya (bayi) lembik dan tidak bermaya, selain air putih dilihat keluar pada bahagian mulut dan hidungnya," kata Wan Mariah Wan Abdullah, 39, ibu kepada seorang bayi lelaki berusia dua minggu yang maut apabila tersedak susu dalam kejadian di Kampung Kutan Hulu, Wakaf Bharu, di sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, kegembiraan pasangan suami isteri yang baru mendapat cahaya mata lelaki diberi nama Nasrul Nizam Mazalan hanya bertahan selama 14 hari kerana terpaksa menerima hakikat anak ketiga daripada tiga beradik itu meninggal dunia dalam kejadian berkenaan. Malah, impian untuk melakukan majlis cukur jambul di rumah ayahnya di Kampung Jintan, Chekok, Pasir Mas, minggu depan terpaksa dibatalkan ekoran kejadian berkenaan. Menceritakan kejadian itu, Wan Mariah berkata, kira-kira jam 11 malam kelmarin, dia bangun untuk membuat susu botol bagi anaknya itu sebelum kedua-duanya tidur di bilik berasingan daripada suaminya, Mazalan Mansur, 38, serta dua anaknya yang lain. "Ketika itu, saya lihat susu yang diminum sebanyak dua auns tidak habis. Anak saya kemudian tertidur sebelum tersedar menyebabkan saya mengesat susu yang mengalir di mulut dan selepas didodoi, anak saya tidur lena. "Bagaimanapun, kira-kira jam 1 pagi, anak saya bangun semula dengan tangisan yang agak kuat. Hampir tiga jam dia terlena sebelum sekali lagi bangun kira-kira jam 4 pagi," katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam. Menurut Wan Mariah, ketika bangun untuk kali kedua, dia memberikan susu kepada anaknya itu kerana bimbang dahaga, namun anaknya enggan meminumnya sebelum diberikan air putih dan tertidur. Katanya, dia tergamam apabila melihat keadaan anaknya tidak bermaya dan lembik selepas bangun dari tidur kira-kira jam 6 pagi. "Saya sempat memanggil suami dan kami begitu panik dengan keadaan itu. Ketika itu, suami berusaha menyedut air di mulut anak kami menggunakan mulutnya, tetapi tidak menampakkan sebarang kesan. "Tanpa berlengah, kami segera membawanya ke Klinik Kesihatan Wakaf Bharu pada pagi tadi (semalam), sebelum doktor yang membuat pemeriksaan mengesahkan anak kami meninggal dunia akibat tersedak susu," katanya. Wan Mariah berkata, bayinya itu dilahirkan secara normal dengan berat badan 2.3 kilogram, dua minggu lalu. Pasangan itu yang bernikah pada 2006 dikurniakan dua anak lain iaitu Nor Ayuni Natasya, 5, dan Nor Asmaniza, 2. "Memang sudah lama kami mengidam mendapat bayi lelaki sebelum saya disahkan mendapatnya tahun ini, namun terpaksa melepaskannya dengan berat hati selepas dia meninggal dunia akibat kejadian menimpanya pagi tadi. "Semua ini takdir Tuhan dan kami harus terima dengan reda," katanya. Jenazah Nasrul Nizam disemadikan di Tanah Perkuburan di Kampung Kutan Hulu, Wakaf Bharu, kira-kira jam 4 petang semalam. Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Tumpat, Deputi Superintendan Shariffudin Yusof, ketika dihubungi mengesahkan kejadian menimpa bayi terbabit. |
Pelik..kucing bermata satu,tak ada hidung dan lidah sentiasa keluar Posted: 19 May 2011 06:50 PM PDT Lagi kejadian aneh.... saya petik dari myMetro TAWAU: Pelik tapi benar. Itulah yang berlaku ke atas seorang penduduk di Kampung Batu 4, Jalan Apas, di sini, apabila ibu kucing miliknya melahirkan anak kucing bermata satu, kelmarin. Apa yang lebih menghairankan, kucing berkenaan tidak mempunyai hidung selain lidahnya sentiasa terkeluar. Pemilik kucing terbabit mahu dikenali Jamal, 30, mengakui keganjilan anak kucing itu disedari sebaik dimaklumkan anaknya yang melihat ibu kucing itu melahirkan anaknya. "Kucing berkenaan yang baru saja dilahirkan kira-kira jam 10 pagi di rumah dan menyangka anak saya bergurau apabila menyatakan anak kucing yang baru dilahirkan itu mempunyai mata satu. "Sebaik diberitahu, saya terus melihat anak kucing itu dan terkejut apabila mendapati memang anak kucing itu pelik kerana mempunyai satu mat saja," katanya ketika Harian Metro, semalam. Buat masa ini, katanya, rumahnya sentiasa tidak lekang pengunjung yang mahu melihat anak kucing ganjil itu. |
Sakit Aneh, Wanita Ini Nekad Gugurkan Anak 3 Kali Posted: 19 May 2011 05:00 PM PDT VIVAnews - Selama bertahun-tahun, Suzanne Henke mendamba seorang anak dari pernikahannya. Namun, sebuah kelainan yang menyerang rahim ketika hamil membuatnya nekad menggugurkan janinnya tiga kali. Tanpa sepengetahuan sang suami, Suzanne selalu berfantasi kehilangan bayi akibat keguguran . Wanita 29 tahun ini menderita kelainan Hyperemesis gravidarum, atau dikenal dengan HG. Gangguan kehamilan parah ini hanya diderita satu wanita dari 100 kehamilan. Pakar medik pun belum mengetahui pasti penyebabnya. Keadaan itu membuat kehamilannya seperti neraka. Tak seperti wanita yang tengah hamil muda dengan mual dan muntah. Morning sickness yang dialami Suzanne derita sangat ekstrim, bahkan melumpuhkan tubuhnya. Ia bercerita bagaimana kehamilan pertamanya seperti penderitaan tak berhujung. Morning sickness parah di bulan awal kehamilannya membuat dia tak mampu berfikir secara normal. Suzanne, yang kala itu berumur 22, mengetahui menderita HG setelah kehamilan pertamanya berumur 18 minggu. Enam minggu pertamanya dilalui dengan gelombang rasa sakit. Selama kehamilan, Suzanne sangat sulit untul makan, bahkan air. Dalam sehari, ia dapat muntah hingga 40 kali. Tak hairan ia mengalami dehidrasi parah. Selama dirawat di hospital, keadaan tak berubah. Bahkan perawatan doktor dan tambahan cairan tak membuat keadaannya membaik. "Kerana sangat sakit, saya terjatuh dari katil ke lantai dan meringkuk seperti bola. Kepala serasa dipukul-pukul, tenggorokan saya penuh asam lambung dan saya terus muntah hingga tubuh saya basah," ia bercerita. Suzanne pun menganggap keadaan itu membahayakan jiwanya,ketimbang janin di kandungannya. Ia lantas menggugurkan bayinya di usia 11 minggu. Dia sembuh tapi dengan rasa bersalah. "Tiba-tiba saya boleh berfikir dan sangat menyesali pilihan saya. Saya cuba hamil lagi dengan harapan kehamilan kedua akan berbeza atau setidaknya tidak terlalu parah," ujarnya. Enam minggu pertama pada kehamilan kedua ternyata sama menyiksa. Penderitaan membuatnya memilih menggugurkan kembali janinnya. Suzanne bersumpah tidak akan cuba hamil lagi. Namun, dua tahun berselang, dia kembali hamil. "Rasa sakit mulai sangat menyiksa di minggu kelima. Kali ini jauh lebih buruk dari sebelumnya. Saya muntah hingga 50 kali sehari yang membuatmu frustasi." Pada usia kehamilan tujuh minggu, iagugurkan lagi bayinya yang ketiga kali. Hubungannya dengan suaminya pun semakin sulit dan bercerai. Di tengah kehancuran dan hidup dengan anti depresan, Suzanne kembali menemukan kekasih, Dion Henke, 37, di dunia maya pada 2005. September 2006, pasangan ini menikah. Meski tak mahu, dia mengiyakan keinginan sang suami yang sangat menginginkan buah hati. Tiga minggu setelah hamil, Suzanne menyesali keputusannya. April 2007, ia kembali menginap di hospital dan harus ditahan. Kerana tak tahan, ia meminta agar mahu menggugurkan janin. Suaminya yang juga doktor menolak keinginannya . "Aku mengatakan padanya menbenci dia dan bayi kami. Namun Dion mengatakan aku akan menyesal seumur hidup jika menggugurkannya." Suzanne pun menjalani kehamilan sulitnya dengan lebih banyak dirawat di hospital. Seringkali, ia membayangkan mengalami keguguran. "Rasa sakit yang saya alami sangat parah. Sampai-sampai saat melihat bayi saya untuk pertama kali lewat pindai USG, saya berfikir agar dia mati saja." Minggu demi minggu kehamilan ia habiskan di tempat tidur hospital. Merasa tak kuasa menahan rasa sakit, Suzanne nekad. Pada minggu ke-34, meminum sebotol minyak jarak dengan harapan dapat membebaskannya dari rasa sakit. Sembunyi-sembunyi, ia mencampur minyak jarak dengan minuman ringan. Tindakan ini ia ambil agar sang bayi lahir enam minggu sebelum lahir normal. Enam jam kemudian Suzanne kesakitan dan dibawa ke hospital di dekat rumahnya di Sutton Coldfield. Buah hatinya, yang namai Stephen lahir dengan berat 1,8 kilogram. "Setelah lahir, saya melihatnya begitu kecil dan tak berdaya. Saya berkata pada diri saya, yang saya lakukan boleh membunuh Stephen. Saya merasa jahat." Stephen, kini berusia tiga tahun, tumbuh sihat dan bahagia. "Saya katakan pada Stephen berulang betapa saya mencintainya. Saya tidak percaya saya pernah tak menginginkannya. Dia adalah anak yang sangat tampan. Dan, kami bertiga sangat bahagia sekarang." Pasangan ini cuba untuk memiliki anak lain, namun Suzanne mengalami keguguran saat kehamilannya berusia empat bulan. "Mungkin itu cara tubuh saya untuk melindungi saya dari kehamilan yang lain." Sang suami, Dion menyatakan dukungannya pada sang istri. "Saya sangat mencintai isteri saya. Dan saya bangga padanya melihat keadaannya melalui kehamilannya yang terakhir." Menurutnya, kehamilan akan membuat sang istri merasakan kesakitan parah. "Kehamilan membuatnya trauma dan sakit hati membawa. Saya tidak ingin cuba mendapatkan anak lain lagi." Sementara Suzanne masih merasa bersalah atas tindakannya di masa lalu. "Saya sangat malu dengan tindakan saya dahulu. Saya selalu memikirkan ketiga bayi yang saya gugurkan. Saya membayangkan memeluk mereka," katanya seperti dikutip dariPeople. |
Posted: 19 May 2011 11:01 AM PDT |
Topi Puteri Beatrice Termahal di Dunia Posted: 19 May 2011 10:01 AM PDT Liputan6.com, London: Topi Beatrice Elizabeth Mary yang ia kenakanketika pernikahan Putera William dan Kate Middleton tak luput dari kacamata fashion. Topi berbentuk pita dengan rekaan liukan di kiri kanannya sempat menuai kritik lantaran terlihat seperti ubur-ubur tak diundang dalam The Royal Wedding. Pemilik tahkta Her Royal Highness (HRH) dalam Kerajaan Inggris ini, melelong topinya dalam jejaring eBay. Dan hingga berita ini ditulis, Khamis (19/5), harganya sudah mencapai 20.200 poundsterling. Topi ini sekaligus menjadi topi termahal di dunia. Bukan tanpa alasan Beatrice melelong topinya. "Dia menaruh topinya di dalam pelelongan di eBay untuk disumbangkan ke Badan PBB untuk Urusan Anak (UNICEF)," ujar sang bunda, Sarah Ferguson dalam acara Oprah Winfrey . Topi Putri Beatrice sempat menjadi perbincangan hangat di facebook dan twitter dengan judul "Topi Buruk Puteri Beatrice dalam The royal Wedding" beberapa jam setelah The Royal Wedding dilangsungkan. Ketika itu, halaman tersebut mendapat kunjungan dari 135 ribu pengguna facebook. |
Inilah Hotel Untuk Orang Yang Suka Bogel Yang Pertama di Britain Posted: 19 May 2011 09:30 AM PDT TEMPO Interaktif, Birmingham - Sejak Januari lalu, Britain memiliki hotel pertama buat kaum yang suak telanjang. Tempatnya di Erdington, pinggiran Kota Birmingham. Fasiliti di hotel dengan tujuh bilik ini mewah dan lengkap. Ada spa, kolam air panas, ruang sauna dan kafe. Bahkan, bangunan yang awalnya rumah tinggal buatan 1920-an itu layak di tabik. Biliknya bertarif 120-150 pound sterling. Meski terhitung baru, pemilik hotel, Tim Higgs, mengaku hotelnya selalu penuh. Bahkan, ia mengatakan ada tamu yang sudah beberap kali menginap. "Tamu yang datang memberi kami penilaian mengagumkan," kata lelaki 55 tahun ini seraya menambahkan perlu waktu satu-dua tahun untuk menilai apakah bisnisnya boleh berkembang atau tidak. Namanya juga hotel buat kaum yang suka berbogel maka mereka harus bertelanjang setelah masuk ke bilik hingga pulang. Di sini, minuman beralkohol dilarang. Namun, tamu boleh membawa sendiri. Aturan lainnya, tidak boleh merokok, diharamkan berpakaian renang, dan tidak boleh membawa kamera. Hotel ini terbuka buat tamu mana saja, orang yang baru pertama berbogel atau kaum tekstil–sebutan bagi orang berpakaian. Kalau masih merasa malu selama di hotel mereka boleh mengenakan tuala atau jubah mandi. Meski mendukung, isteri Higgs dan keempat anak mereka yang berusia berusia 15-30 tahun tidak mahu menjadi kaum bogel. "Mereka benci melihat foto-foto telanjang saya di media," kata Higgs. |
Ritual Voodoo, Ibu Sanggup Bakar Anaknya Posted: 19 May 2011 08:00 AM PDT NEW YORK - Seorang ibu mengaku bersalah atas tuduhan penyerangan terhadap anak perempuannya yang berusia enam tahun, ibu tersebut dengan sanggup membakar anaknya hidup-hidup demi upacara ritual voodoo. Marie Lauradin (31), kini dijatuhi hukuman 17 tahun penjara kerana pembakaran terhadap anaknya, Frantzcia Saintil. Kini anaknya itu memiliki bekas luka bakar permanen. "Meskipun anaknya meraung meminta pertolongan dan luka bakarnya yang cukup parah, dia tidak segera mencari bantuan medik," ujar Jaksa Penuntut Richard Brown, seperti dilansir Reuters, Khamis (19/5/2011). "Ini merupakan kes tragis, di mana seorang anak seharusnya merasakan aman, tapi ini malah ibunya yang menyebabkan penderitaannya," lanjutnya. Lauradin sebelumnya berdalih di hadapan polis bahawa luka bakar yang dialami anaknya pada bahagian wajah dan tangan diakibatkan kecelakaan di dapur. Ibu tersebut berkata sebuah periuk berisi nasi yang tengah mendidih mengenainya. Namun ketika berada di hospital, Frantzcia mengatakan kepada jururawat mengenai ritual yang dijalankan oleh sang ibu. Lauradin membuat lingkaran api dan menempatkan anaknya tersebut di tengah lingkaran, pada ketika tubuhnya terbakar sang nenek dan seorang teman keluarga melihatnya terbakar. Sang nenek, Sylvenie Thessier (72), juga dihukum selama tiga tahun penjara, kerana tindakan cerobohnya yang membahayakan jiwa.(rhs) |
Wow...ATM (Automated Teller Machines) dilengkapi video conference Posted: 19 May 2011 07:05 AM PDT Perkembangan fungsi mesin ATM (Automated Teller Machines) semakin canggih. Kini, mesin ATM terbaru yang dilengkapi teknologi video conference memungkinkan penggunanya boleh berbicara dengan teller bank dari jarak jauh. Ya, terkadang kita ingin menanyakan beberapa hal berkaitan dengan layanan bank yang bersangkutan. Nah, mesin ATM ini cuba memenuhi keperluan tersebut, membuat ATM nampak 'hidup' dengan kehadiran teller bank. SelfServ ATM, demikian mesin yang diproduksi perusahaan asal Amerika Syarikat, NCR ini, memungkinkan institusi perbankan secara terpusat menempatkan teller di lokasi dari jarak jauh untuk menyediakan akses layanan ke teller selama 24 jam. Dikutip detikINET dari Gizmag, Khamis (18/5/2011), mesin ini juga disebutkan juru bicara NCR, memungkinkan institusi perbankan seperti membangun cawang pejabat baru dan membuat layanan teller tersedia di wilayah yang sebelumnya tidak terjangkau. "Pelanggan tidak selalu bolehmengikuti jam operasional bank. Mereka menginginkan layanan setiap masa di manapun yang nyaman bagi mereka," kata Michael O'Laughlin, Senior Vice President NCR Financial Services. SelfServ ATM menggunakan teknologi yang dikembangkan uGenius Technology, sebuah perusahaan teknologi yang berpusat di Utah. Untuk saat ini, SelfServ ATM masih dalam tahap uji cuba di beberapa lokasi di AS. sumber: Vivaforum |
Inilah Persahabatan Seekor Kucing dan Burung Hantu Sungguh Menakjubkan Posted: 19 May 2011 06:00 AM PDT SEBUAH klip video dari Youtube, ramai menjadi perhatian publik. Klip itu menggambarkan sebuah persahabatan dari seekor kucing bernama Fum dan seekor burung hantu bernama Gebra. Seperti sebuh judul lagu yang dibawakan oleh seorang penyanyi Edward Lear yang berjudul "The Owl and the Pussycat", Gebra dan Fum tampak begitu akrab bermain bersama. Di dalam video tersebut, Fum tampak senang menyambut kedatangan sahabatnya Gebra. Fum memberikan raungannya ketika menyambut sahabatnya yang hendak mendarat. Gebra pun mendapatkan sambutan hangat lainnya dari Fum. Fum menggosokan kepalanya ke badan Gebra ketika burung hantu itu mendarat. Masyarakat menduga persahabatan dua hewan tersebut terjalin sejak kedua haiwan itu masih kecil. Demikian seperti dikutip dari Dailymail, Khamis (19/5/2011). Persahabatan di antara keduanya juga kemungkinan kerana persamaan insting berburu tikus. Tidak jelas darimana video ini berasal, namun pemandangan sekitar menggambarkan lokasi tersebut berada di Sepanyol. Yang jelas, Gebra dan Fum terlihat sangat akrab. Gebra seakan menenangkan Fum yang terlihat sangat gembira menyambut kedatangannya dengan mematuk Fum. Bahkan di video tersebut mereka bermain bersama dan saling mencium di masing-masing pipi. Sumber :http://www.okezone.com/ |
Kepala mirip ikan pari,ekor mirip ikan yu Posted: 19 May 2011 05:00 AM PDT SINJAI- Warga di Pulau Leang-Leang Kabupaten Sinjai, Sulawesi Selatan dikejutkan dengan penemuan sebuah ikan aneh dan unik. Ikan sepanjang 2 meter lebih itu memiliki kepala mirip ikan pari, sementara bahagian ekornya mirip ikan yu. Warga berkumpul di darmaga Pantai Leang-Leang, Kecamatan Pulau Sembilan, hanya untuk menyaksikan bentuk ikan unik yang terdampar pada Selasa, 17 Mei kelmarin. Panjangnya berkisar 2 meter. Bahagian kepala menyerupai ikan pari sementara sirip dan ekornya sangat mirip ikan yu. Menurut warga Pulau Leang-Leang, ikan jenis ini sangat langka bahkan ikan yang diberi nama lontar ini hanya boleh didapat sekali dalam setahun. Ikan lontar sebenarnya jenis ikan yang hidupnya di laut dalam, mungkin keraa terbawa arus laut sehingga terdampar di pantai. Anwar, warga Pulau Leang-Leang, mengaku ikan ini sangat sulit ditemukan di perairan Sinjai, kerana itu harganya sangat mahal. "Satu sirip saja harganya Rp3 juta-an bila dijual dalam keadaan kering," terang Anwar. Keraa ditemukan dalam keadaan sudah mati, warga menjual ikan tersebut di ibu kota Sinjai. Sumber :http://www.okezone.com/ |
Penangkapan "GENG" Secara Besar-besaran Di China Posted: 19 May 2011 04:00 AM PDT |
Mengapa Madonna Tergila-Gila Air Kelapa? Posted: 19 May 2011 03:00 AM PDT Populariti air kelapa membuat Madonna melabur US$1,5 juta untuk sebuah perusahaan yang memproduksi air kelapa muda. Sang penyanyi sangat tergila-gila dengan air kelapa hijau demi kesihatan hingga rela mengeluarkan wang yang banyak. Benarkah semua kataterhadap khasiat air kelapa muda seperti menurunkan kolesterol, meningkatkan metabolisme, dan mencegah diabetes? Benarkah air kelapa muda dapat menggantikan cairan tubuh yang hilang? Ahli diet dan juru bicara untuk Asosiasi Diet Amerika Andrea Giancoli, menyebutkan, air kelapa memang memiliki beberapa khasiat dan kandungan vitamin. Namun tak semua kata yang beredar benar. Air kelapa terutama kelapa hijau memiliki kandungan kalium tinggi. "Kebanyakan orang tidak mendapatkan cukup kalium karena tidak memakan buah dan sayuran yang cukup. Air kelapa memiliki kandungan kalium lebih tinggi daripada pisang," ujarnya. Pisang berukuran sedang memiliki 451 miligram kalium. Sementara satu ons air kelapa memiliki kalium 660 miligram. Selain itu, air kelapa hijau mampu menggantikan cairan tubuh akibat dehidrasi setelah olahraga. Giancoli menyebut, paling baik bila air kelapa diperoleh langsung dari buah segar. Namun, bila membeli produk ini, ia memeringatkan agar memperhatikan label pada bungkusan minuman air kelapa sebelum membeli. Beberapa produk air kelapa telah ditambahkan gula dan kalori. Sumber : http://takunik.blogspot.com/ |
Inilah Orang Pertama Dunia Sembuh dari AIDS Posted: 19 May 2011 02:20 AM PDT INILAH.COM, San Fransisco – Doktor mengatakan, lelaki 45 tahun di California ini mungkin menjadi orang pertama yang sembuh dari AIDS. Ini diketahui dari gen kebal HIV miliknya. Seperti apa? Timothy Ray Brown diketahui positif HIV (human immunodeficiency virus) pada 1995. Kini, ia masuk jurnal ilmiah sebagai orang pertama yang berhasil 'menghapus' virus HIV dari tubuhnya secara sepenuhnya. Doktor menyebut keadaan ini 'penyembuhan fungsional'. Pada 2008, Brown tinggal di Berlin dan mengidap HIV dan leukemia. Di sana, ilmuwan melakukan pembedahan tulang sumsum untuk mengubati leukemianya. Ilmuwan mengatakan, Brown mendapat sumsum dari penderma yang termasuk dalam 1% Caucasia kebal HIV. "Saya berhenti berubat HIV di hari saya mendapat transplan itu," kata lelaki yang dijgelar'Pesakit Berlin' itu. Peneliti AIDS Dr Jay Levy dari University of California, San Fransisco (UCSF) mengatakan, kes Brown membuka pintu 'cara penyembuhan'. Namun, doktor menekankan, prosedur radikal Brown mungkin tak sesuai dengan penderita HIV lain kerana sulitnya pembedahan sumsum dan menemukan penderma yang sesuai. "Tentunya Anda tak mahu melakukan pembedahan sumsum ini kerana risiko kematiannya," ungkap Paul Volberding dari UCSF. Banyak pertanyaan mengenai pengubatan Brown tak terjawab, lanjutnya. "Satu elemen pengubatannya nampaknya memungkinkan virus keluar dari tubuhnya," lanjutnya lagi.Hal ini akan menjadi satu kajian yang menarik,katanya |
Nama baru Yamaha jika jadi dibeli penguasaha Arab Posted: 19 May 2011 01:35 AM PDT |
Wanita ditahan kerana bercakap di telefon selama 16 jam dengan suara yang kuat di keretapi Posted: 19 May 2011 12:00 AM PDT Oregon - Jika anda sedang menerima telefon sebaiknya berbicaralah dengan etika yang benar. Seorang wanita di Amerika Syarikat ditahan pihak polis setelah bercakap dengan suara yang kuat selama 16 jam. Seperti dilansir Dailymail, kejadian ini terjadi dalam perjalanan sebuah keretapi yang meluncur di Oregon, AS. Lakeysha Beard melakukan hal tersebut ketika dirinya t menerima telefon. Penumpang kereta lain yang kesal dengan tingkah laku Beard yang menyebalkan akhirnya menelefon polis setempat. Beard berasal dari Tigard, Oregon, akhirnya ditahan oleh polis dan didakwa melakukan kekacauan. Polisi mengatakan, wanita 39 tahun ini menjadi agresif dan terlibat dalam sebuah perkelahian ketika dia diminta untuk diam oleh penumpang lain selama perjalanan dari Oakland, California ke Salem, Oregon. Seorang pelancong, Fellow mengatakan, Beard menolak untuk menutup telefonnya ketika diberi peringatan, bahkan setelah staf kereta membuat pengumuman berulang kali bagi para penumpang untuk tidak menggunakan telefon di dalam keretapi. Kesal dengan penahanan dirinya, Beard mengatakan dirinya tidak dihargai dengan perlakuan yang ditujukan kepadanya. Keretapi tersebut melakukan perjalanan dari stesen di Oakland pada pukul 10 Sabtu malam dan berhenti di sebuah persimpangan sekitar dua kilometer dari stesen Salem pada pukul dua pada hari Minggu. Akibat kejadian tersebut, kereta dihentikan selama sekitar 20 minit sebelum melanjutkan perjalanan ke Portland. |
Fotografer dan 25 orang model bogelnya ditahan Posted: 18 May 2011 11:30 PM PDT Pihak Polis South Carolina menahan seorang fotografer dan 25 model yang berpose bogel di bawah pohon di taman awam. Polis menahan mereka selama dua jam tanpa denda. Fotografer Jack Gescheidt mengatakan, ia dan kru dokumenterinya sedang mengambil gambar sekelompok orang bogel di bawah pohon Angel Oak yang dikhabarkan telah berusia 1.400 tahun di Johns Island Park. Ia mengaku, tindakannya dilakukan guna meningkatkan kesedaran bahawa rencana pembangunan di lingkungan itu boleh mengancam pohon yang ada. Pihak polis telah di hubungi oleh pihak taman. Fotografer dan modelnya ditahan selama dua jam. Namun kemudian mereka dibebaskan tanpa denda. Leftenan Chip Searson mengatakan, ia menyarankan agar kumpulan itu tak melakukan hal serupa di kemudian hari. Gescheidt mengatakan, pengambilan foto itu merupakan sebahagian projek TeenSpirit yang melibatkan berfoto bogel di bawah pohon-pohon penting di beberapa negara. "Saya menangis saat melihat pohon itu. Menakjubkan sekali. Menjaga pohon itu sangat penting," ungkap fotografer itu. __________________ |
Di Arizona, Orang Gemuk Didenda 50 Dolar Jika Tidak Berdiet Posted: 18 May 2011 10:00 PM PDT Arizona, AS-Pemerintahan di Arizona AS punya satu undang-undang terhadap orang gemuk yang malas berdiet. Orang gemuk yang punya masalah kesihatan wajib diet kalau tidak akan dikenakan denda 50 dolar AS. Pemerintah Arizona punya alasan kenapa orang gemuk yang malas diet akan dikenakan denda. Hal ini kerana ukuran lingkar pinggang semakin berkembang yang tentu saja akan berpengaruh terhadap peningkatan kos anggaran yang terkait dengan masalah tersebut. Peraturan ini diungkapkan oleh para pejabat dari Medicaid Arizona, iaitu suatu program yang menyediakan layanan kesihatan bagi masyarakat miskin di Amerika Syarikat. Pemerintah memaksakan denda tahunan sebesar 50 dolar AS bagi masyarakat yang menerima Medicaid tapi kelebihan berat badan dan tidak mahu mengikuti anjuran doktor untuk melakukan diet. Selain itu perokok dan penderita diabetes yang mengabaikan nasihat medik dari dokter juga harus membayar denda tersebut. Tapi anak-anak dan orang yang kelebihan berat badan akibat keadaan medik tertentu akan dibebaskan dari denda ini. Minoca Coury selaku assistant direktor program Medicaid Arizona mengungkapkan tujuan dari denda ini adalah untuk mengubah perilaku dengan menggunakan pendekatan. Cara ini juga diharapkan boleh mengurangi jumlah rokok yang dihisap. "Tidak dapat disangkal bahawa ada hubungan antara obesiti dan meningkatnya biaya kesihatan di Amerika. Kami terus mengeluh tentang meningkatnya biaya perawatan yang tidak terkendali," ujar Coury, seperti dikutip dari BBCNews, Rabu (18/5/2011). Coury mengatakan bagi masyarakat dengan kelebihan berat badan yang telah berhasil memenuhi target untuk menurunkan berat badannya akan dibuatkan video atau diberikan jenis insentif lainnya. Pemberlakuan sistem denda ini kerana Arizona memiliki proporsi tertinggi kedua dalam hal penerima Medicaid di AS dan suku daripada penghuninya diklasifikasikan sebagai obesiti. Salah satu masyarakat yang melakukan diet ketat ini adalah Kevin Woodman, sebelumnya ia memiliki berat badan 120 kg, tapi setelah melakukan diet ketat serta mengurangi karbohidrat selama 9 bulan kini berat badannya menjadi 73 kg. Ahli kesihatan Lisa Johnson mengungkapkan bahwa denda 50 dolar AS saja mungkin tidak cukup untuk mengubah perilaku, tapi boleh membantu mendorong para doktor untuk membicarakan masalah berat badan dengan pesakitnya. "Sebuah kajian di Harvard baru-baru ini mengungkapkan bahwa 61 peratus doktor tidak memiliki waktu untuk berbicara dengan pesakitnya mengenai berat badan, jadi denda ini mungkin boleh memiliki kesan yang lebih dramatis," ungkap Johnson. Meski begitu tidak semua orang menyetujui gagasan ini. Senator Kyrsten Sinema berfikir bahawa hal ini tidak adil, misalnya pada nenek yang terkena diabetes dan dikenakan denda. "Jika ingin menjimatkan perbelanjaan negara maka Medicaid harus diberlakukan untuk siapa saja, tapi tidak memilih orang dengan kelebihan berat badan dan perokok saja," ujar Wes Benedict dari Partai Liberal. Sumber :http://www.detik.com/ |
You are subscribed to email updates from borak kosong To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |