Adsense

Khamis, 19 Mei 2011

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Beautee Perkenal Sabun Pencerah & Sabun Jerawat

Posted: 19 May 2011 05:49 PM PDT

Pelancaran produk baru. Beautee Perkenal Sabun Pencerah & Sabun Jerawat.

Setelah 5 tahun Beautee mengeluarkan produk kosmetik yang menarik dan berkualiti tinggi, kali ini Beautee memperkenalkan dua jenis sabun yang pasti memikat hati anda. Sabun pencerah (lightening soap) mampu mencerahkan wajah anda, manakala Sabun Jerawat membantu anda menghilangkan jerawat dan membunuh bakteria punca jerawat (acne soap).

maLightening Soap

Sabun ini mengeluarkan kotoran, kulit mati dan sisa make-up, ia mengandungan gliserin yang membantu melembutkan tekstur kulit. Selepas penggunaan masa panjang, kulit akan kelihatan lebih cerah dan halus.Sabun ini adalah 100% berasal dari minyak sawit tulin, tidak mengandungi pengawet, kandungan haiwan, alkohol dan minyak mineral. Sabun ini sangat berkesan untuk bintik-bintik hitam penuaan dan pembaharuan sel kulit secara keseluruhan.

Sabun pencerah lebih fokus dalam mencerahkan kulit wajah manakala sabun jerawat menjurus kepada menghilangkan jerawat agar kulit lebih halus dan licin.

maAcne Soap

Perbezaan sabun Beautee dengan sabun yang lain adalah anda akan terasa lebih lembab dan halus berbanding sabun jenama lain yang membuat kulit anda lebih kering.

Cara mengunakannya mudah cuma gosok sabun dengan sedikit dan cuci wajah anda sehingga bersih. Sabun ini dijual dengan harga RM 30/70gram sahaja. Dapatkan sekarang.

Hubungi Mas 016-6224506
Layari blog: masbeautee.blogspot.com
Layari Fanpage Kami: Fanpage Beautee

www.reamas.com
Beauty & Health store.
13 Ground Floor ,pandan kapital,pandan indah
55100 Cheras Kuala Lumpur.
Siti Masturah Rodzman 016-6224506.

Kami merupakan pengedar bagi produk pelangsingan SIY (slim it yourself) dan produk kecantikan jenama Beautee dan Ceutical. Sila berkunjung ke website kami.
Terima kasih.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Dapatkan Sabun Mandian Mangezkin PERCUMA
  • Gambar Amy Mastura di Majlis Penutup Malaysia Jom Lebih Sihat
  • Tips & Trick Cara Mengunakan Facial Scrub
  • Serikan Wajah dengan Beautee Face Ampoule Series
  • Amy Mastura Berkempen Roadshow Lifebuoy & Giant
  • Tips & Trick Cara Paling Berkesan Menggunakan Pelembab
  • Guna Ampoule dan 24k Gold Serum Masa Photo Shoot
  • ADV: Facial Mask BEAUTEE Lebih Berkesan
  • Amy Mastura Dilantik Menjadi Duta Kempen Malaysia, Jom Lebih Sihat
  • Tips & Trick Memilih Vitamin C Paling Berkesan
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Teater Bangsawan Mestika Bumi

    Posted: 18 May 2011 11:38 PM PDT

    TEATER BANGSAWAN MESTIKA BUMI akan dipersembahkan pada 20, 21 dan 22 Mei 2011

    Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) mengumumkan "Teater Bangsawan Mestika Bumi" akan dipentaskan di Panggung Bandaraya, Kuala Lumpur jam 8.30 malam pada 20, 21 dan 22 Mei 2011 (Jumaat, Sabtu dan Ahad).

    Teater Bangsawan ini akan dipentaskan oleh Kumpulan Seri Bangsawan Universiti Sains Malaysia dengan penampilan istimewa Prof. Madya A. Rahman Mohamed, YBhg. Dato' Professor Emeritus Mohamed Ghouse Nusuruddin dan menampilkan penyanyi jemputan seperti Azmeer dan Arja Lee.

    Diarahkan oleh Abdul Samat Salleh, antara pelakon yang menjayakan pementasan ini ialah Nurhelmi Othman, Andy Siti Nurhidayah Rahim dan Ali Abd Rahman.

    Poster Bangsawan Mestika Bumi

    Sinopsis BANGSAWAN MESTIKA BUMI
    Cerita ini diambil berdasarkan cerita bangsawan Jula –Juli Bintang 3. Setelah Maharaja Darsa Alam ditabalkan menjadi Raja Kerajaan Zamin Tauran, baginda telah mengadakan lawatan ke wilayah-wilayah pemerintahannya.

    Bagi mendampingi hamba rakyat baginda sanggup bermain bersama-sama permainan yang dikenali sebagai Yapolo. Sedang asyik bermain tiba-tiba baginda tertanduk bola hingga jatuh ke dalam tasik.

    Baginda sendiri pergi mengambil bola, malangnya cincin Mestika Bumi lambang kekuasaan Kerajaan Zamin Tauran terjatuh ke dalam tasik. Segala hamba rakyat dikerahkan untuk menyelam dan mencari tetapi tidak berjumpa. Baginda tidak mahu pulang ke Istana sekiranya cincin tidak ditemui.

    Baginda ditemani Khadam Lapok dan Kering bersama-sama menunggu di tepi tasik. Tiba-tiba muncul seorang wanita yang cantik jelita keluar dari tasik dan memakai cincin Mestika Bumi. Baginda amat tertarik dan jatuh cinta dengan wanita itu, cincin diserahkan kembali kepada Maharaja Darsa Alam dan berjanji akan mengambil wanita itu sebagai Permaisuri. Wanita jelita memberikan syarat supaya dipatuhi bagi memenuhi permintaan Maharaja, iaitu tidak bertanya siapa namanya, nama bapanya serta dari mana ia datang. Akhirnya mereka berkahwin dan hidup di dalam rukun damai.

    Sewaktu acara menabalkan Putera Mahkota baginda berdua, dua orang kampong telah mengadap Maharaja Darsa Alam. Mereka menceritakan telah bergaduh dengan orang luar yang berlagak pahlawan sewaktu berniaga di pasar.

    Pergaduhan berpunca apabila orang yang berlagak pahlawan itu bertanyakan tentang nama permaisuri Zamin Tauran. Malang sekali kedua orang kampung itu tidak mengetahui dan berlakulah pergaduhan kerana orang yang bertanya itu mengatakan Maharaja Darsa Alam berkahwin dengan orang yang tidak di ketahui asal usulnya dan berkemungkinan permaisuri itu berketurunan hantu.

    Hal ini menjadikan maharaja murka dan sanggup melanggar sumpah kerana mendesak Permaisuri memberi tahu nama yang sebenar dan berasal dari mana. Permaisuri menyempurnakan permintaan Maharaja dan kemudian kembali semula ke kayangan.

    Maharaja Darsa Alam merasa bersalah dan cuba menuruti Permaisuri yang bernama Mestika Bumi tetapi gagal. Diakhirnya baginda terserempak dengan seekor gergasi di dalam hutan dan telah disumpah menjadi seekor gergasi.

    Setelah berbagai dugaan ditempuhi, genap dua puluh tahun mereka kembali bertemu semula.

    Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

    Tags: , , , , , ,

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Pengarah Artistik BADRUL ZAMAN ABDUL JALIL
  • Isu Penganiayaan Penganjur Teater Bangsawan Siti Zulaikha
  • Biodata, Profile & Gambar Serina Redzuawan
  • Deejay Radio Ditangkap Hisap di Pesta Ganja?
  • Profile Rosminah Mohd. Tahir Pengarah Teater Nyonya
  • Penganjur Teater Siti Zulaikha Tubuh Kumpulan Baru
  • ABDUL MUTALIF ABU BAKAR KAREOGRAFER
  • Teater Muzikal Patung Kertas Musim Kedua Lakonan Jalaluddin Hassan
  • Teater Bangsawan Siti Zubaidah Di Panggung Bandaraya
  • Bengkel Usahawan Seni, Puteri Maharani, Kuliah Budaya
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.