Sensasi |
Posted: 24 Mar 2011 12:06 AM PDT Selamat berhibur semua...terlebih dulu biar hamba perkenalkan diri hamba ni...hamba ni merupakan seorang yg berasal dari kuantan,mahasiswa 1st sem kat U ni...believe it or not hamba ni berbangsa cina,dan hamba bertutur dlm BM bersama ibu hamba... ok ni merupakan citer2 hantu BENAR dari kuantan yg pernah dialami oleh sahabat handai hamba ni sendiri...terpulang la pada kalian nak percaya ke tidak... Telok Chempedak (TC) - Pada bulan mac yg lepas,kawan2 hamba baru sahaja selesai mendapat keputusan stpm... dipendekan cerita kawan2 hamba ni pun berbincang di mana tempat yg boleh mereka raikan pada malam itu, Akhirnya TC menjadi pilihan mereka... Selesai sahaja meraikan kejayaan mereka dalam STPM di TC pada malam tersebut, mereka berlima (kelima-lima nya perempuan pula tu) pun memulakan perjalanan balik dari TC menuju ke Air Putih. Mereka memandu kereta Kelisa dan memecut laju menerusi jalan Bkt. Pelindung, Pada masa tersebut mereka berborak dengan gembira sekali (maklumlah baru lepas berseronok di TC)dan tanpa disedari tiba2 hari pun hujan. Kawan hamba(si driver) pun menumpukan sepenuh perhatiannya di jalan disebabkan penglihatan pada malam itu kurang jelas. Waktu itu dashboard sudah menunjukan pukul 2am. Penumpang2 di belakang kereta pula ada yg dah tertidur sebab letih sangat dengan aktiviti pada hari itu. Tiba2 salah sorang penumpang di belakang kereta, CY terlihat sesuatu kelibat samar2 di tepi jalan itu. Pada mulanya CY buat tak tahu sahaja disebabkan dia fikir itu mungkin hanya imaginasi dia. Lagipun manusia berakal mana yg sanggup berdiri dlm hujan, pukul 2am pula tu... tetapi semasa jarak kereta semakin dekat dengan jelmaan tersebut CY mula naik takut sebab bayangan tu jelas kelihatan menyerupai tubuh seorang wanita. CY dgn cemasnya pun menggerakan kawan di sebelahnya yg dah hampir tetidur,lalu bertanya kpd kawannya bahawa adakah dia juga terlihat jelmaan di depan jalan itu? Kawannya pun membuka mata besar2 dan ternyata bahawa bukan CY seorang sahaja yg terlihat "benda" itu. Mereka yg sudahpun badan bermandikan peluh sejuk berhasrat untuk mendiamkan diri dan tidak memberitahu si driver apa2 pun, takut2 nanti terjadi kemalangan pula... tetapi yg peliknya si driver memandu kereta dengan bersahaja seperti tiada apa2 pun di depan jalan tersebut...Akhirnya jelmaan perempuan berbaju putih di dlm gelap tadi hilang terus dari pandangan mereka... Sesampainya sahaja di kaw. perumahan, CY pun bertanya kepada si driver bahawa adakah dia terlihat "benda" di depan tadi... si driver dgn pantas nya pun menjawab yg dia tidak ternampak apa2 pun... Apakah kelibat sebenar makluk yg mereka lihat tadi? Hamba pun tidak dapat menjawab persoalan ini... Banglo Usang di depan Taman Seri Mahkota, dekat sini - Kepada kawan2 sekalian yg selalu menaiki bas UMP pergi ke Kuantan pada hujung minggu, pertengahan jalan dari Gambang ke Kuantan (highway), sila pandang ke sebelah kanan kalian betul2. Kepada kalian yg bermata tajam kalian akan sedar berdekatan dgn ladang kelapa sawit (lebih kurang berhadapan dgn Taman Seri Mahkota) tersergam sebuah banglo dua tingkat beratap biru, yg dimana tingkapnya sudah pun disimenkan utk tujuan tertentu. Rumah tersebut cukup senang dikenalpasti kerana ia merupakan satu-satunya rumah yg berada di tapak berkenaan. Tiada lagi rumah lain di sekeliling rumah tersebut. Mesti kalian terfikir2 manusia mana yg akan tinggal di banglo tersebut? apa yg hamba boleh katakan disini ialah rumah tersebut telah ditinggalkan lama oleh insan2 yg telah mendiami nya. Ini adalah ekoran daripada gangguan demi gangguan yg timbul semasa si pemilik rumah mendiami rumah tersebut. Pemilik rumah tersebut silih berganti tangan namun tiada seorang pun yg sanggup menetap panjang di rumah tersebut. Jika hamba tidak silap rumah tersebut telah pun dijadikan sebagai sarang penternakan burung layang2 dan sebab itulah tingkap rumah tersebut disimen dari luar. Jalan Beserah (Kuantan) (Hamba mendapat kisah ini daripada cikgu yg pernah mengajar hamba semasa hamba berada di tingkatan 5. Raut wajah cikgu hamba jelas menunjukan yg beliau ketakutan sms menceritakan cerita ini kpd hamba dan juga rakan2 hamba yg lain.Cerita ini bukanlah REKAAN) - Cik Nora(bukan nama sebenar) semakin gelisah. Jam tangannya telah pun menunjukan tepat pada pukul 1030pm namun beliau masih lagi berada di dalam pejabat ekoran tugasannya yg perlu diselesaikan pada hari tersebut juga. Semasa Cik Nora sedang meneliti fail2 tugasannya tiba2 beliau tersedar bahawa terdapat kekurangan pada fail2 tersebut. Lalu barulah beliau sedar bahawa beliau tertinggal salah satu daripada fail tersebut di rumahnya. Maka tanpa berlengah lagi Cik Nora pun memecut laju ke rumah kediamannya. Selesai sahaja mendapatkan kembali fail yg tertinggal di rumah beliau Cik Nora memecut kembali ke pejabatnya. Hujan turun lebat pada malam itu. Sesampai nya kenderaan Cik Nora di sebuah selekoh berdekatan dengan jalan Beserah Cik Nora tiba-tiba tergamam setelah melihat satu kelibat yg menggoyangkan tangannya dgn laju sekali seolah-olah mahu menumpang kenderaan yg dibawa oleh Cik Nora. Pada mulanya Cik Nora bersimpati kepada "insan" tersebut kerana terpaksa bermandikan hujan dingin dalam kegelapan malam itu. Tetapi setelah melihat gerak-geri "insan" tersebut kaku seperti robot dan juga pakaiannya yg serba putih Cik Nora menjadi takut. Hayunan tangan "insan" tersebut laju sekali dan hanya tangannya sahaja yg bergerak dan badannya seperti kaku di tanah memperlihatkan seolah-olah "insan" tersebut tidak terusik akan kesejukan malam dan hujan dingin yg membasahi tubuhnya. Tambahan pula tiada kenderaan di sekitar jalan itu pada waktu tersebut. Lalu Cik Nora pun memecut laju meninggalkan "insan" tersebut di tengah2 kegelapan itu... Pada keesokan paginya barulah Cik Nora dapat melihat sendiri bahawa tempat "insan" itu berdiri pd malam tersebut sebenarnya merupakan satu lurah yg dalam... SMKAP (Kuantan) (Ini merupakan sekolah hamba dahulu.Sudah banyak pelajar dan guru yg terlihat kelibat seorang pelajar perempuan cina yg seringkali muncul dgn berpakaian seragam lama yg dikatakan pernah membunuh diri di tandas tingkat 3 di sekolah ini) Kes1 - Puan Ina(bukan nama sebenar) baru sahaja memulakan tugasan paginya sebagai seorang "cleaner" di sekolah tersebut. Waktu masih lagi awal pagi dan hari tersebut bukan merupakan hari persekolahan. Lalu Puan Ina memikul segala alatan cucian ke pejabat pengetua yg terletak berhampiran dgn tempat parkir kereta. Puan Ina mengelap pintu cermin bilik pejabat pengetua tanpa menduga akan apa yg akan berlaku seterusnya. Sedang Puan Ina khusyuk mengelap pintu cermin tersebut tiba2 seorang pelajar mendekati Puan Ina. Puan Ina berpaling ke arah pelajar tersebut. Rupa2nya pelajar tersebut merupakan seorang pelajar perempuan yg berbangsa cina. Raut wajah pelajar tersebut begitu berseri sekali. Tetapi apa yg pelik tentang pelajar tersebut ialah pakaian sukannya yg menyerupai pakaian ala 80s'. Pelajar tersebut dgn penuh sopannya meminta utk lalu dari Puan Ina. Seingat Puan Ina sepanjangan kerjayanya di sekolah tersebut tidak pernah pula dia terlihat pelajar perempuan tersebut. Lalu dgn penuh tanda tanya Puan Ina berpaling semula ke arah pelajar tadi tapi apa yg dilihatnya adalah ruang legar yg kosong. Adalah amat mustahil utk seseorang hilang sekelip mata di ruang yg sebegitu luas sekali. Puan Ina tercari2 akan kelibat perempuan tadi namun tiada apa yg dapat dilihatnya. (utk pengetahuan kalian mak cik cleaner dlm cerita ini telah pun meninggal dunia atas penyakit kanser yg dihidapinya beberapa tahun yg lepas) Kes2 - Ah Meng(bukan nama sebenar) sedang mengikuti sesi pembelajaran dalam kelas bersama-sama rakan2nya. Sedang cikgunya sedang mengajar di hadapan kelas, Ah Meng tiba2 terlihat kelibat seorang pelajar perempuan cina yg berjalan menyusuri koridor di luar kelasnya. Ah Meng yg sedang leka mendengar kata2 cikgu2nya tiba2 terganggu akan pandangan pelajar perempuan tersebut. Mana tidaknya pelajar perempuan tersebut kelihatan begitu cantik sekali, belum pernah lagi Ah Meng terserempak dgn pelajar perempuan itu sebelumnya. Tetapi ada sesuatu yg amat pelik mengenai perempuan tersebut. Baju uniform sekolah yg dipakainya seperti uniform sekolah dulu kala. Jarak pelajar perempuan tersebut dgn Ah Meng adalah begitu dekat sekali dan pelajar tersebut seolah2 tidak mengendahkan akan Ah Meng yg khusyuk melihatnya dari tadi. Ah Meng berasa amat pelik kerana pelajar perempuan tersebut terus berjalan ke arah hujung koridor di luar kelasnya yg merupakan tembok batu konkrit. Tiada sebarang pintu atau jalan pun di situ. Mata Ah Meng terus sahaja tertumpu ke arah pelajar perempuan tersebut dan tanpa dijangka-jangka...pelajar itu berjalan menerusi dinding tersebut. Ah Meng menjadi hilang akal tiba2. Dia tidak percaya akan apa yg dilihatnya. Lalu dengan segera Ah Meng melaporkan akan apa yg dilihatnya kpd cikgunya. Apa yg hamba tahu selepas itu terdapat ura2 yg mengatakan pengetua sekolah tersebut cuba merahsiakan perkara itu drpd pengetahuan org ramai namun akhirnya rahsia tersebut pecah juga. Kes3 (Cerita ini merupakan cerita yg paling hangat di sekolah tersebut kerana melibatkan ramai pelajar dan guru) - Ah Mei dan Ah Chu(bukan nama sebenar) merupakan adik-beradik kembar seiras. Mereka merupakan pengawas di sekolah ini dan mempunyai sifat serta karakteristik yg seakan-akan sama. Pada suatu hari (petang) ketika Ah Mei sedang berjalan di koridor tingkat 3, tiba2 dia terdengar akan bunyi titisan air dari tandas yg terletak di hujung koridor tingkat tersebut (mahulah diberitahu disini bahawa tandas tersebut pernah terjadinya kes bunuh diri oleh seorang pelajar perempuan,sejak terjadinya kejadian tersebut tandas itu telah dikunci oleh pihak pentadbiran sekolah dan tidak digunakan sehingga ke hari ini). Dengan penuh rasa curiga Ah Mei pun mendekati tandas tersebut. Perasaan ingin tahu yg membuak-buak dlm hati Ah Mei menyebabkannya memanjat dinding tandas tersebut utk melihat dari arah manakah datangnya bunyi air dari dalam tandas tersebut. Ah Chu yg sedang belajar di dalam kelas berdekatan dgn tandas tersebut tiba2 berasa tidak sedap hati.Namun dia sendiri tidak tahu akan apa yg tidak kena. Tiba2 kedengaran bunyi seseorang menjerit dari arah tandas tersebut. Jeritan yg kuat itu didengari hingga ke berapa kelas berdekatan. Cikgu serta pelajar tergamam setelah terdengar bunyi jeritan itu. Lalu Ah Chu segera keluar dari kelas dan berlari ke arah tandas itu dan mendapati adiknya Ah Mei telah pun jatuh pengsan di koridor tandas tersebut. Pelajar diikuti guru bergegas munyusuri koridor tersebut dan mereka kemudiannya mendapati bahawa kedua-dua adik-beradik kembar tersebut telah pun jatuh pengsan. Guru dgn segera memimpin Ah Mei dan Ah Chu dan meletakan mereka di kaw yg lapang. Ah Chu dan Ah Mei akhirnya sedar beberapa minit kemudian. Kemudiannya apabila ditanya kpd rakan hamba, yg juga merupakan teman rapat kpd adik beradik kembar tersebut tentang apa yg telah berlaku, rakan hamba memberitahu hamba bahawa sedang Ah Mei menjenguk ke dlm tandas tersebut dari luar,apa yg telah dilihatnya adalah sesuatu yg amat menakutkan. Digambarkan bahawa makhluk yg dilihatnya di dalam tandas tersebut berupa perempuan yg bermuka amat hodoh, lidahnya terjelir keluar serta matanya berwarna merah saga. -itu sahajalah kisah2 yg dapat hamba ceritakan. Hamba terlebih dahulu memohon maaf jika cerita hamba ini telah melukakan hati & menyebabkan ketidak-puasan kpd sesetengah pihak. sekian. |
You are subscribed to email updates from Sensasi To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |