Berita Harian: Hip |
Posted: 23 Mar 2011 05:01 PM PDT Hip KIRA-kira 10 hari lagi keputusan Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH2010) diumumkan di malam kemuncaknya nanti iaitu pada 13 April nanti di Arena of Stars Genting. Acara gemilang ini turut disiarkan secara langsung menerusi TV3 dan radio HotFM. Ini sedikit sebanyak memberikan debaran kepada kepada dua bakat muda yang nama mereka berada dalam senarai Top 5 ABPBH2010. Berada dalam senarai ini, membuktikan Diana Danielle dan Sharnaaz Ahmad adalah antara bintang popular dalam bidang masing-masing. Bagaimanapun, mereka percaya, peminat memilih nama mereka sehingga berada dalam Top 5 ABPBH2010 bukan bersandarkan pada rupa paras semata-mata, tetapi bakat serta semangat juang dalam dunia seni. Walaupun Diana, 20 lebih awal menakluk tumpuan sejak diperkenalkan ke layar perak pada 2002, aura si teruna yang belum sampai dua tahun bertatih dengan silih berganti drama lakonan di kaca TV turut membuktikan kemampuannya tidak boleh dipandang sebelah mata. Gadis ini menegaskan pendidikan menjadi teras yang tidak mungkin diketepikan biarpun bergelar pelakon. Selepas menamatkan matrikulasi dalam jurusan BioSains di cawangan Universiti Nottingham, di Semenyih, Selangor, kini dia menyambung pengajian peringkat lebih tinggi.Sudah berkira-kira universiti bersesuaian di ibu negara dan bakal mendaftar mengikuti jurusan psikologi Mei ini, pelakon filem BaraJiwa itu mengakui tidak ralat mengurangkan aktiviti lakonan demi memberi perhatian terhadap pengajiannya. "Ketika usia masih muda biarlah kita merebut peluang belajar. Otak tengah segar, tubuh pula masih cergas. Memang awal dulu terasa sayang terpaksa menolak tawaran yang berselisih dengan jadual pengajian, namun penerbit atau pengarah faham keutamaan saya. "Tidak bermakna saya enggan berlakon lagi. Cuma kalau masanya sesuai atau ketika cuti semester, saya masih boleh memenuhi tawaran. Cuma situasi berbeza dengan dulu kerana kredit pengajian ijazah lebih panjang berbanding matrikulasi," katanya penuh bermakna.
Apatah lagi digandingkan bersama jejaka tinggi lampai yang baru memahat nama di persada hiburan, Shaarnaz yang tidak kurang segak mengenakan sut rona senada daripada Lord Tailor. Bagai intan dengan permata apabila dua bintang muda yang turut disenaraikan dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2010 itu dipadankan. Bersama potongan klasik moden bertepatan tema ABPBH2010, mereka seakan-akan mahu mengimbau semula kegemilangan filem Casablanca sekali gus menyuntik inspirasi kepada rakan selebriti untuk menyemarakkan malam kemuncak anugerah ini dengan tampil bergaya hebat! Anggap Lisa calon pilihan Menurut Diana yang bakal muncul dalam filem Hanyut dan Dalam Botol, persaingan dalam ABPBH 2010 terutama kategori Pelakon Filem Wanita Popular cukup sengit apatah lagi sebaris dengan Lisa Surihani, Liyana Jasmay, Maya Karin serta Scha Alyahya "Lisa berpotensi besar membawa pulang trofi namun finalis lain juga ada peluang cerah. Tapi kalau sesiapa pun menjadi pilihan peminat, saya tetap gembira. Saya sendiri terharu apabila peminat diberi kuasa mengundi pilihan hati mereka," katanya. Selain lakonan, gadis itu juga cuba mengukuhkan namanya dalam bidany nyanyian dengan menghasilkan terus memacu kerjaya nyanyian dengan merakamkan lagu single pertama dengan berlandaskan genre rock balada akustik berjudul Tak Pernah Ada. Populariti amat penting Sharnaaz, 26 pula terharu dengan pilihan dan sokongan peminat sehingga namanya tersenarai dalam finalis atau Top 5 ABPBH2010. Anak jati Pulau Pinang berada dalam kategori Artis Baru Lelaki Popular mengakui terharu dengan sokongan ramai namun merasakan ramai lagi lebih berkelayakan berada di tempatnya. Turut dicalonkan dalam kategori ini ialah Daus, Maulana, Shahir dan Shahz Jaszle. Bukan tidak bersyukur, cuma melihat teman seperjuangan lain berusaha gigih untuk bertapak membuatkan aktor yang mula diperkenalkan menerusi drama bersiri Tari Tirana itu terasa terlalu kecil memandangkan anugerah berkenaan begitu besar maknanya kepada penggiat seni. "Populariti amat penting kerana dari situ penerbit, pengarah dan pengiklan mencari pelakon pilihan untuk diketengahkan. Kalau dulu saya hanya menjadi pemerhati, tidak sangka suatu hari nanti saya akan duduk di kerusi finalis. Ini satu penghormatan," akui pelakon yang bakal muncul dalam filem pertamanya berjudul Seru. Dedah anak bekas anggota kumpulan Orkes Teruna Ria, Bashir Ahmad itu, dunia hiburan tidak seindah diimpikan namun tidak pula seburuk disangka. Apabila menceburi lakonan, dengan status pelakon baru dan tawaran tidak menentu membuatkan kehidupan tidak serancak dulu tetapi hanya semangat membuatkan anak bongsu daripada empat bersaudara ini terus bertahan hingga kini. "Akhirnya saya menemui bidang yang saya suka. Di zaman sekolah, saya pernah jadi jaga tempat letak kereta. Selepas SPM, kerja di hotel. Boleh dikatakan banyak kerja sudah cuba termasuk pembantu peribadi dan perunding hartanah. "Cuma apabila memasuki bidang ini, saya yakin pilihan ini tidak sia-sia malah dulu ayah agak berat hati membenarkan saya berkecimpung sebagai anak seni," katanya lagi. Siapa sangka Shaarnaaz juga berbakat seperti ayahnya apabila berkebolehan bermain muzik seawal usia 16 tahun malah bersama tiga lagi teman sekolah mereka menubuhkan sebuah kumpulan yang diberi nama BAS atau "band after school". "Apabila berhijrah ke Kuala Lumpur, saya masih jamming dengan beberapa kawan. Semua ini sekadar memenuhi minat sejak zaman sekolah," katanya yang belum berhajat beralih ke arena muzik.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Posted: 23 Mar 2011 04:56 PM PDT Hip David Teo bersama pelakon Papa I Love You, Lisa Surihani, Mia Sara, Zalif Sidek dan pengarah, Hashim Rejab. FILEM Jangan Pandang Belakang Congkak, Adnan Sempit dan Ngangkung - semuanya mencatatkan kutipan kasar pada jumlah tinggi iaitu hampir atau mencecah lebih RM8 juta. Kutipan kasar bagi filem lain pula, kebanyakannya pada purata RM4 juta iaitu paras angka yang dianggap masih menguntungkan atau sekurang-kurangnya balik modal. Sasaran kutipan yang tinggi ini pastinya menggerunkan pengarah yang mahu berkarya di bawah syarikat MIG Production. Pastinya ia memberikan sedikit gangguan, memikirkan kemungkinan mereka tidak berpeluang berkarya lagi kalau kutipan filem tidak mencapai sasaran. Demikianlah tanggapan umum yang diberikan kepada syarikat penerbitan filem paling aktif ini.Bagaimanapun, ia harus dilihat secara positif. Sasaran kutipan kasar yang tinggi bukan untuk memberi tekanan kepada pengarah filem, sebaliknya sebagai dorongan dan perangsang kepada mereka untuk menghasilkan karya berkualiti serta bersaing secara sihat. Malah, jika kutipan sesebuah filem itu dicapai atau melebihi sasaran, maka semua pihak yang terbabit dalam pembikinan sesebuah filem itu diberikan imbuhan atau bonus daripada syarikat. Namun, yang jelas itu semua bukanlah polisi rasmi yang ditetapkan oleh MIG Production. Pemilik syarikat ini, David Teo menjelaskan tanpa memberi tekanan yang keterlaluan kepada setiap pengarah, syarikatnya berjaya menghasilkan lebih 10 filem.
"Kita bukan nak beri tekanan kepada pengarah tetapi sebagai galakkan untuk mereka bersaing dalam industri ini dan jika tidak mencapai sasaran tidak mengapa, janji mereka sudah berusaha. "Bagi saya, selagi mereka mahu bekerjasama dengan kita selagi itu kita akan membantu mereka tetapi bukan kita nak paksa mereka untuk capai sasaran, itu bergantung kepada penonton sendiri. Filem tempatan kini mula mendapat dan bukan mustahil untuk mencapai kutipan lebih RM5 juta," katanya. Walaupun untuk mencapai sasaran itu tidaklah sesukar dulu, namun David tidak menafikan masih ada pengarah yang berasa gentar dan gusar untuk mencapai sasaran mereka meskipun meletakkan barisan pelakon yang hebat. Katanya, memang diakui bukan saja barisan pelakon yang akan menaikkan kutipan sesebuah filem itu, tetapi karya yang dihasilkan perlulah berkesan dengan sentuhan terbaik supaya disukai penonton. Sandarkan harapan pada Lisa Surihani HASHIM Rejab yang mungkin dianggap nama baru dalam pengarahan filem apabila diberi kepercayaan mengarahkan filem Sekali Lagi, mengakui tekanan memang ada untuk mencapai sasaran kutipan box office. "Tak nafikan memang berasa tertekan sangat untuk capai sasaran box office tetapi kita jangan anggap itu sebagai bebanan sehingga hilang fokus untuk mengarah. Kita jadikan itu sebagai panduan dan semangat untuk kita hasil filem yang mendapat permintaan penonton. "David memang ada meletakkan sasaran pada filem arahan saya mahupun filem lain tetapi bagi saya itu cara terbaik untuk kita bersaing dengan pengarah lain dalam menambat hati penonton," katanya. Walaupun Sekali Lagi belum ditayangkan di pawagam, Hashim kini diberi kepercayaan mengarah filem keduanya Papa I Love You dan meletakkan sasaran agar kedua-dua filemnya itu mencapai kutipan box office. Mengenai Papa I Love You, Hashim tidak teragak-agak untuk mengakui filem ini memang menyandarkan harapan kepada dua bintang utamanya iaitu Lisa Surihani dan pelakon kanak-kanak yang semakin popular, Mia Sara Nasuha. Filem itu juga turut menampilkan bakat baru iaitu Zalif Sidek. "Hero dalam filem ini tidak perlu kacak atau tampan tetapi mempunyai bakat yang lain daripada lain dan ciri-ciri itu kita lihat ada pada Zalif. "Memang orang akan cakap ganding mereka (Zalif dan Lisa) tak sesuai tetapi ini bagi menimbulkan kelainan dalam filem terbabit dan watak Zalif sangat sesuai dengan dirinya manakala Lisa juga mempunyai watak yang sepadan dengannya," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Hip To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |