Adsense

Khamis, 24 Mac 2011

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Tradisional bertukar pop

Posted:

Tradisional bertukar pop

Tradisional bertukar pop



IBARAT lumrah sang suria yang terbit dan terbenam saban hari, penyanyi tinggi lampai pemilik nama Syazliana Abdul Karim pernah memeriahkan persada hiburan tempatan sebelum terus lenyap buat seketika ekoran tuntutan peribadi.

Bagaimanapun, kemunculan bintang baru dan kehilangan artis lama sudah pun menjadi asam garam di dunia glamor ini. Bintang baru yang lahir dengan gemerlapan kadangkala gagal mengekalkan sinaran itu selama-lamanya.

Ironinya, mentor-mentor dunia hiburan lama yang bersara seketika pula masih merindui aura glamor dan dipengaruhi dengan kuasa bakat tulen tersendiri, ada yang kembali semula untuk mencuba nasib dengan transformasi yang lebih hebat.

Boleh dikatakan artis kelahiran Selangor ini juga nampaknya gagal melarikan diri daripada fenomena yang menimpa mentor-mentor lain.

Namun, dia yang lebih mesra dengan sapaan Syaz, menampilkan kembali kredibilitinya dengan alasan tersendiri berbunyi logistik dan realistik.

Stigma penyanyi tradisional atau etnik sudah sebati buat Syaz dalam sanubari peminatnya. Dia tidak menyesal sebaliknya berbangga tetapi masih mahu menampilkan kelainan dengan mempertaruhkan personaliti yang lebih versatil.

Mampukah Syaz menguasai platform dunia hiburan yang begitu sesak dengan bakat-bakat baru yang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan? Berpegang kepada takrif versatil ataupun serba boleh, Syaz yang lebih dikenali sebagai penyanyi kini ingin bertukar angin menjadi pelakon dan duta produk kecantikan.

Cinta pertama

Artis berusia 24 tahun itu yang ditemui baru-baru ini membuktikan konsep versatil itu dalam penampilan terbarunya dengan menggabungkan kostum moden chic dan dandanan rambut ala kerinting. Ia sesungguhnya menjadi pelengkap kepada transformasi sulung dirinya dalam kembali aktif sebagai artis.

Sepanjang tempoh sesi fotografi bersama Kosmo! itu juga jelas dilihat Syaz begitu arif memperaga penampilan dan personaliti dirinya di hadapan lensa kamera dengan berani dan penuh berkeyakinan dalam usaha mendukung tanggungjawab sebagai penyanyi, pelakon dan duta produk.

Usai sesi fotografi itu, Syaz yang tampil elegan lantas melontarkan alasan-alasan tersendiri dalam menampilkan versatil dirinya kepada dunia hiburan masa kini.

"Syaz, sebenarnya amat merindui dunia hiburan ini. Terutamanya bidang nyanyian yang sentiasa merupakan 'cinta' pertama Syaz.

"Sesiapapun sukar melupakan cinta pertama masing-masing. Sebab itu, saya kembali dengan membawa kelainan untuk menguasai apa yang hilang sejak tiga tahun yang lalu," tuturnya dengan nada selembut sutera.

Bagi peminatnya yang sudah biasa dengan Syaz yang klasik, kemungkinan besar teruja dengan imej kontemporarinya itu dan dia juga pasti umum akan menerima transformasi dirinya itu dengan hati yang lebih terbuka serta menyokong sepenuhnya.


DALAM usia yang masih muda, Syazliana kini bergelar Pengarah Urusan kepada dua buah syarikat miliknya sendiri.


Pelakon Bollywood

Penyanyi yang mula berjinak dengan karier nyanyian pada usia yang terlalu muda memberitahu dia ingin memberi peluang kepada audiens tempatan untuk melihatnya daripada sudut yang berbeza.

Sehubungan itu, dia mengambil langkah agak mencabar dengan mencuba lagu-lagu genre pop.

Realitinya, Syaz sememangnya gemar kepada lagu dan alunan muzik berunsur pop tetapi rezekinya sebelum ini pula lebih terbuka dengan yang tradisional seperti lagu Gurindam Sang Puteri.

Ujarnya, dia kini berhasrat untuk mempromosikan sebuah single baru berjudul Kau Indah yang dihasilkan dengan gandingan suara bersama Azan Ruffedge.

Single rentak reggae itu difahamkan sebagai satu percubaan berani dirinya untuk menuju ke arah bergelar artis pop.

"Konsep yang disampaikan oleh lagu ini bersifat unik dan membawa ketenangan jiwa. Malah, lirik dalam Kau Indah lebih dekat dengan umum melalui penceritannya. Sesuatu yang berlaku seharian dalam kehidupan umum," katanya lagi.

Syaz yang memagang jawatan sebagai Pengarah Urusan kedua-dua syarikat miliknya iaitu Seinna Entertainment Sdn. Bhd. dan Seinna Studio Sdn. Bhd. itu, turut meletakkan hasrat yang tinggi untuk menerokai dunia lakonan yang mungkin memberi imej baru buat dirinya.

Anak ketiga daripada lima beradik itu, begitu tertarik dan terpengaruh dengan lakonan artis-artis Bollywood terutama Kareena Kapoor ingin mengikut jejak langkah mereka untuk mencuba mencanai bakatnya dalam dunia lakonan.

"Memang Syaz tiada pengalaman dalam bidang lakonan. Sebelum ini pernah juga banyak kali menerima tawaran lakonan untuk produksi tempatan.

"Justeru terlalu sibuk dengan pelbagai urusan lain, saya terpaksa menolak tawaran-tawaran yang diterima itu. Tetapi kini saya lebih bersikap matang dan terbuka, maka yakin dapat memberi lakonan yang terbaik," jelasnya.


KENANGAN indah Syazliana ketika bertanding dalam final Anugerah Juara Lagu ke-17.


Tambah Syaz, kalau ada rezeki dia juga menanti tawaran daripada pengarah-pengarah filem dari Bollywood.

Matang

Konsep versatil yang dibawakan Syaz bukan sahaja menemui titik noktah di situ sahaja, namun penyanyi berzodiak Leo itu juga mempunyai keinginan untuk menjadi duta produk kecantikan. Tambahnya, dua tahun lepas, dia pernah menerima tawaran untuk menjadi duta produk kecantikan tempatan.

Malangnya, disebabkan jadual kerja yang terlalu padat, Syaz tidak mampu memikul tanggungjawab berkenaan kerana memerlukan motivasi diri dan keyakinan optimum.

"Usia yang semakin bertambah ini telahpun menggandakan kematangan saya. Maka, kini saya mengimpikan tawaran duta produk kecantikan.

"Sebagai seorang yang sentiasa berfikiran positif, berani dan bereksperimen dengan benda-benda baru, saya pasti mampu menjadi contoh duta yang disegani ramai," ujar Syaz yang melihat peluang menjadi duta kecantikan sebagai batu loncatan yang mampu menggerakkan dirinya untuk mencapai kejayaan yang lebih besar.

Penyanyi yang amat menyanjung tinggi akan ketokohan mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad itu memberitahu: "Awal tahun 2011 ini, saya akan lebih fokus kepada segala perancangan dan perjalanan karier hiburan sahaja."

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Super Junior tetap memukau

Posted:

Super Junior tetap memukau

Super Junior tetap memukau

Oleh HARYATI KARIM
haryati.karim@kosmo.com.my


SEPULUH jejaka Super Junior ini berjaya menguasai pentas dengan aura penampilan dan persembahan hebat mereka.


MESKIPUN hujan renyai-renyai pada petang Sabtu lalu, ia tidak menghalang kesabaran peminat kumpulan terkenal Korea Selatan, Super Junior untuk berbaris panjang di luar Stadium Putra Bukit Jalil, lokasi berlangsungnya konsert Super Show 3.

Mungkin dek pengalaman menyaksikan konsert Super Junior tahun lalu, peminat Super Junior kali ini telah bersiap sedia dengan pelbagai aksesori seperti lampu, belon, topi, baju, rambut palsu, semuanya berwarna biru yang mana warna itu merupakan warna rasmi untuk peminat Super Junior.

Malah, mereka juga tidak lokek untuk berhabis wang membawa pelbagai hadiah dan kain rentang tertera kata-kata sayang mereka kepada kumpulan tersebut.

Peminat Super Junior yang berjumlah 9,000 itu rata-ratanya terdiri daripada remaja perempuan dan kegilaan mereka terhadap 10 jejaka tampan iaitu Leeteuk, Kyuhyun, Yesung, Sungmin, Heechul, Ryeowook, Siwon, Eunhyuk, Donghae dan Shindong sememangnya kelihatan menerusi sokongan tidak berbelah bahagi mereka kepada Super Junior.

Selain 10 anggota asal Super Junior, Super Show 3 kali ini turut mengundang dua ahli Super Junior-M yang berasal dari China iaitu, Henry dan Zhoumi.

Kira-kira pukul 6 petang, peminat menjerit kegirangan saat semua lampu stadium ditutup dan mata semua tertumpu di atas pentas.

Di tengah pentas tiba-tiba muncul Donghae yang tergantung di awangan dan ahli-ahli Super Junior yang lain dari bawah pentas dan terus sahaja menyanyikan lagu hits mereka Sorry Sorry.


GIMIK daripada Sungmin (kiri) dan Leeteuk.


Hiburan diteruskan selama tiga jam dengan 33 lagu lain seperti Super Girl, Don't Don, No Other, Good Person, Rokukeo, Shake It Up, Twins, True Heart, Bonamana, A Man In Love, U, Dancing Out,Way For Love dan Wonder Boys.

Menariknya pada konsert kali ini, peminat dihidangkan lebih banyak persembahan solo daripada setiap ahli Super Junior serta menonjolkan kebolehan bermain alat muzik masing-masing dengan lagu bergenre balada.

Selain daripada Super Junior dan Super Junior M, peminat juga dihiburkan oleh pecahan sub unit kumpulan Super Junior yang lain iaitu Super Junior-T, Super Junior-KRY dan Super Junior-Happy.

Hati peminat tersentuh dengan persembahan tribute buat salah seorang anggota Super Junior, Kangin, yang kini sedang menjalani latihan ketenteraan di negaranya.

Super Junior juga bijak menggunakan ketampanan dan kecomelan mereka, jika tahun lalu mereka tampil seperti wanita serta menggunakan kostum haiwan, kali ini menerusi lagu Cooking? Cooking! mereka tampil dengan kostum sayur-sayuran seperti tomato, tauge dan sawi.

Sesekali mereka akan berbicara bersama peminat dan menyatakan sayang mereka kepada peminat seperti: " I love you dan thank you."

Malah, ketua kumpulan itu Leeteuk juga tidak pernah lekang di bibirnya dengan perkataan apa khabar dari awal sehingga akhir persembahan.

Siwon yang boleh bertutur dalam bahasa Inggeris juga tidak ketinggalan meminta peminatnya supaya berdoa dengan memberi pertolongan kepada mangsa gempa bumi dan tsunami di Jepun.


(DARI kiri), Donghae, Shindong, Eunhyuk dan Khuhyun menarik fokus penonton dengan gelagat lucu mereka.


"Walaupun kita berhibur, apa kata dalam masa yang sama kita semua berdoa kebaikan untuk mangsa tsunami di Jepun. Saya tahu, rakyat Malaysia memang pemurah dengan doa dan pertolongan. Sebab itulah juga, saya paling sayang peminat saya di Malaysia.

"Kami juga kini sedang dalam proses pembikinan album baru, saya berharap agar peminat terus menyokong dan menantikan album baru kami," katanya sambil disambut dengan jeritan peminat.

Memang jelas, keluasan pentas yang meliputi seluruh stadium, kecanggihan pentas serta visual menarik yang ditonjolkan di skrip besar sememangnya memberi kepuasan tidak terhingga kepada peminat.

Selepas konsert berakhir, peminat Super Junior masih berada di sekitar stadium sambil meneliti foto-foto yang diambil, ada juga yang menjerit kesukaan tanda mereka puas dapat menatap wajah penyanyi pujaan mereka secara langsung.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Norman, Memey enggan tertekan

Posted:

Norman, Memey enggan tertekan

Norman, Memey enggan tertekan

Oleh SAHLIZAH MOHAMED
sahlizah.mohamed@komso.com.my


SELEPAS dilanda ribut kontroversi dalam kehidupan mereka sebelum ini, pasangan Norman dan Memey kini lebih berhati-hati.


TIDAK mahu lagi menoleh ke belakang mengenangkan ribut kontroversi yang pernah menggoncang kehidupan mereka, pasangan ini sebaliknya mengakui sedang bahagia dalam meniti episod cinta dengan tenang.

Selepas menamatkan spekulasi dengan mengikat tali pertunangan pada September tahun lalu, Norman Hakim, 34, dan Suhaiza Suhaimi, 22 atau Memey sudah pasti sedang giat merancang untuk hari bahagia mereka berdua.

"Persediaan betul-betul belum lagi, tetapi (sedang) menuju ke arah itu adalah sikit-sikit. Buat masa ini, kami masih belum tetapkan masa dan tarikh yang sesuai untuk melangsungkan perkahwinan.

"Bila sudah betul-betul bersedia dan semua persiapan sudah lengkap, kami akan beritahu tarikh tersebut," ujarnya sambil melemparkan senyuman.

Meneruskan bicara, Memey meluahkan ada sebab kenapa dia dan Norman enggan meletakkan sebarang tarikh atau tempoh masa untuk melangsungkan perkahwinan mereka.

"Bila sudah letak tarikh atau tempoh masa untuk ke arah itu (berkahwin) dan akhirnya ia tidak berlaku, orang pasti akan bertanya. Jadi, lebih baik kami tidak berbuat demikian.

"Saya tidak mahu nanti ia akan jadi isu dan buah mulut orang. Kami akan memberi pengesahan tarikh selepas semuanya sudah betul-betul pasti," ujar pelakon kelahiran Johor itu.

Bukan tidak mahu hari bahagia itu menjelma dengan kadar segera, tetapi Memey mahu membuat persiapan yang kemas dan rapi untuk dirinya sendiri sebelum bergelar isteri.

Tambahnya, dia perlu mempersiapkan diri 100 peratus sebelum bergelar raja sehari.

"Banyak persediaan yang perlu dilakukan. Bukan hanya luaran, tetapi dalaman diri saya untuk bergelar isteri juga perlu diambil kira. Selepas semuanya okey, barulah akan ke tahap itu (berkahwin).

"Secara jujurnya, saya juga belum lagi memikirkan konsep serta tema perkahwinan secara terperinci. Saya tidak mengharapkan perkahwinan kami akan menjadi Wedding of the Year.

"Biarlah ia meriah dan sederhana kerana apa yang paling penting ialah ikatan yang sah itu sendiri," katanya yang mengenakan busana rekaan Hazwani Osman pada malam gala Rafflesia dan Mandalay di Hotel Le Meridien, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Apabila diajukan soalan mengenai kontroversi lampau, Memey yang pada mulanya hanya tersenyum dan diam seketika ibarat sedang mengumpul semangat untuk memulakan bicara.

"Buat masa ini alhamdulilah. Semua berjalan dengan baik. Saya tidak mahu lagi memandang ke belakang. Saya juga akui karier saya bertambah baik.

"Perjalanan hidup semakin tenang dan apabila sudah termeterai ikatan, saya harap semuanya akan bertambah baik dan sempurna," luahnya yang akan meletakkan karier di tangga kedua kerana mahu fokus kepada keluarga.

Selepas agak lama berdiam diri dan hanya tersenyum mendengar bicara si jantung hatinya itu, Norman akhirnya bersuara menjelaskan situasi tentang isu persandingan mereka.

"Sebelum-sebelum ini menjelang pertemuan dengan media, daripada 10 soalan, satu soalan akan menjurus kepada benda yang sama (berkahwin) terutama selepas kami telah selamat bertunang.

"Kami pun faham dan reda, malah sudah tetapkan minda kami bahawa soalan sedemikian akan kerap ditanya. Kami tidak mahu terlalu tertekan dengan sentimen bila akan berkahwin.

"Jujurnya kami seperti orang lain juga mahukan privasi, tetapi pada masa yang sama, saya tahu ia sudah menjadi rencah artis. Perkara sudah termaktub dan bila sampai jodoh, kahwinlah kami," jelasnya tanpa berselindung.

Mengenai karier Memey selepas bergelar isteri, Norman mengakui dia seorang yang fleksibel dan tidak akan menyekat kehendak bakal isterinya itu.

"Dia sudah besar panjang. Semuanya bergantung kepada kesesuaian dan keserasian. Bila sampai masa nanti, dia sendiri boleh fikir dan perkara itu akan lahir secara sendiri," luahnya yang kelihatan segak mengenakan persalinan rekaan butik terkenal, Lord's Tailor.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.