Adsense

Khamis, 24 Mac 2011

OHBULAN!

OHBULAN!


(Video) Drew Beaumier, Kostum Transformer Di Audition American Idol 2011

Posted: 24 Mar 2011 09:48 PM PDT

Even though it's a 'no', personally we think this is the coolest audition ever! Bayangkan, anda hadir ke ujibakat Akademi Fantasia dengan mengenakan kostum Transformer, it's like a children's dream come true!

Drew Beaumier, sangat mengilai siri animasi Transformer semenjak kecil, terutamanya Optimus Prime telah mencipta sebuah kostum yang boleh berfungsi di atas jalan raya, siap ada sound effect lagi. Proses pembikinan kostum ini hanya memakan masa 8 minggu dengan menggunakan bahan kitar semula serta gam yang dibeli daripada Walmart. Dikatakan kos pembikinan kostum ini hanya sekitar Usd300, dan sudah balik modal.

Dia berkata, "Semuanya bermula apabila ada pelancong yang sanggup membayar wang untuk bergambar dengan kostum tersebut. Sejak itu, saya sentiasa menghiburkan pelancong, malah sentiasa memenangi pertandingan kostum di malam Halloween."

Setakat ini, Drew Beaumier berjaya mencipta kostum robot Ford Mustang, Red Harley Davidson, Police Motorbike, Yellow Volkswagen Beetle & Iron Man. Dia juga bercadang untuk menjual kostum robot tersebut kerana banyak menerima permintaan daripada pengumpul di Facebook. Bukan itu sahaja, dia juga berkata bahawa sudah ramai gadis yang menghubunginya untuk berkenalan.

Yeah, kini anda juga boleh memiliki sebuah bumblebee, dan berdiri sama hebat dengan Jejai. Ha ha.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Lady Gaga Kritik Radio Malaysia Kerana Ubah Lirik Berunsur Gay!

Posted: 24 Mar 2011 08:13 PM PDT

Sebagai selebriti bertaraf dunia, Lady Gaga nampaknya tidak memahami tahap sensitiviti rakyat Malaysia berkenaan isu lirik yang provokatif, sensitif. Yang menjadi isu, kandungan lagu Born This Way mengandungi lirik berunsurkan provokatif  & sensitif terhadap pendengar Malaysia. Pendek kata, lagu tersebut mengalakkan fenomena "Saya gay, saya okay" yang pernah menjadi isu panas negara sekitar Januari lalu.

Lirik tersebut telah disunting oleh radio-radio tempatan atas alasan ia melanggar peraturan kerajaan, "good taste or decency or are offensive to public feeling". Disebabkan itu, Lady Gaga telah mengkritik radio-radio Malaysia secara terbuka dalam temubualnya bersama Google baru-baru ini.

Satu soalan ditanyakan kepada Lady Gaga oleh jurucakap Google, "How do you feel that Malaysia radio station editing out No matter gay, straight or bi, lesbian, transgendered life, I'm on the right track, baby?"

"Well obviously I disagree with it, otherwise I wouldn't have specifically put those words in the song." Dia kemudiannya mengalakkan peminat-peminat di Malaysia supaya membantah penyuntingan lirik tersebut.

"All the young people in Malaysia that want those words to be played on the radio, it is your job and it is your duty as young people to have your voices heard," sambung Lady Gaga lagi.

Lady Gaga kemudiannya menambah, "You must do everything that you can if you want to be liberated by your society."

Pendapat kami, nak kata dia bersalah 100% pun tidak, sebab dia memang tak tahu apa-apa! Lady Gaga tak pernah datang ke Malaysia, dia tidak akan memahami budaya rakyat Malaysia yang memang sensitif & taboo terhadap isu gay.

Jadi semuanya terserah kepada pendengar Malaysia. Kami rasa, when there's no demand, there's no supply. Apa pendapat anda pula? Tonton minit ke 37:00 untuk mendengar respon Lady Gaga berkenaan isu ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.