Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater |
Sekitar Final SURIASHOWDOWN! Band Kampus Terbaik 2011 Posted: 24 Mar 2011 09:39 PM PDT One 'E' and 'A' menempa gelaran juara di SURIASHOWDOWN! Band Kampus Terbaik 2011! Acara kemuncak kepada apa sahaja pertandingan. Setiap permulaan pasti ada pengakhirannya. Begitu juga dengan pertandingan SURIASHOWDOWN! Band Kampus Terbaik 2011! anjuran Suria FM ini. Pencarian bakat baru melalui saluran profesional di kalangan kumpulan band pelajar di institusi pengajian awam dan swasta ini sudah sampai ke akhirnya. Siri ujibakat bagi pertandingan ini telah bermula dari bahagian utara tanah air iaitu di Penang Megamall pada 29 Januari 2011, keesokan harinya pula pada 30 Januari 2011 di East Cost Mall, Kuantan kemudian diteruskan di bahagian selatan tanahair iaitu di The Zon, Johor Bahru pada 5 Febuari 2011. Siri ujibakat peringkat saingan dan separuh akhir ini berakhir di lembah kelang iaitu di Plaza Metro Kajang, pada 6 Febuari 2011 yang lalu. Muzik yang di bawakan terbuka kepada semua genre. Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta namun pertandingan ini bukan pertandingan band antara atau mewakili kampus sebaliknya hanya memerlukan penyertaan pelajar/penuntut kampus sahaja. Cara untuk menyertainya sangat mudah iaitu mereka yang berminat perlu datang ke tempat-tempat ujibakat yang telah disenaraikan, kemudian daftarkan band berserta kad pelajar sebagai bukti peserta tersebut benar-benar merupakan pelajar dan tunggu sehingga giliran untuk sesi saringan pertama. Kemudian 10 band yang mempunyai markah tertinggi akan masuk ke peringkat saringan kedua pada hari yang sama di waktu petangnya. Dari sejumlah band yang memasuki saringan kedua ini di setiap lokasi, hanya 12 band sahaja yang akan dipilih untuk masuk ke peringkat akhir. Sabtu lalu, terukir satu lagi detik bersejarah buat Suria FM. Suriashowdown! Band Kampus Terbaik 2011! merupakan pertandingan realiti pertama anjuran sepenuhnya Suria FM. Sebanyak 12 band yang terbaik dipilih bagi peringkat akhir dan band yang bernama One 'E' and 'A' telah berjaya menyandang gelaran juara sekaligus membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak RM10,000 ringgit. Satu jumlah yang bernilai kerana penyertaan adalah percuma. Selain menyandang gelaran juara, band One 'E' and 'A' juga telah terpilih sebagai persembahan terbaik dan memenangi trofi bagi gelaran tersebut. Keputusan ini bukanlah mudah untuk dibuat kerana setiap peserta akhir ini mempunyai kelebihan tersendiri selain persembahan mantap yang ditunjukkan. Oleh itu, sebanyak 3 juri professional dibawakan khas untuk membuat keputusan getir ini. Jurinya ialah Suby, Sham Kamikaze & Nurul Wahab. Selain dari juri professional, keputusan ini juga banyak dibantu oleh undian SMS yang telah dibuka selama 2 minggu sebelum pertandingan akhir tersebut berlangsung. Band One E and A adalah merupakan band yang kesemua ahlinya merupakan pelajar dari UiTM Shah Alam. Ahli kumpulannya terdiri daripada Fify Emielia Shazlin B Ahmad Murshaidi ( Vokalis ), Muhammad Shahwalnaz Hussain ( Keyboardist), Mohammad Syahnaaz B Shuib ( Drummer ), Muhammad Helmi B Shahuddin ( Guitaris ) dan Mohd Firdaus Bin Abdul Wahab (Basis ). Bagi persembahan akhir ini band One E and A membawakan dua buah lagu iaitu satu lagu yang dipopularkan oleh Datuk Siti Nurhaliza yang bertajuk 'Bisikan Asmara' dan satu lagi lagu yang bertajuk ' Bukan Milikmu Lagi ' nyanyian Agnes Monica. Band kedua pula diungguli oleh band 'Nastia' dengan membawa pulang wang tunai sebanyak RM5,000 ringgit. Band ini merupakan pelajar-pelajar dari Aswara manakala tempat ketiga adalah dari UiTM Shah Alam juga iaitu Band 'Kekabu' dan membawa pulang wang tunai sebanyak RM3,000 ringgit.
Sekarang ini, masih lagu berlangsung peraduan 'Lagu Berduit' di Suria FM. Peraduan ini bermula dari 28 Febuari 2011 selama 5 minggu sehingga 1 April 2011. Menangi sebahagian daripada RM70 ribu untuk ' Lagu Berduit Suria FM'. Dengarkan Breakfast@Suria untuk mengetahui lagunya. Apabila lagunya berkumandang di radio dalam apa sahaja segmen di Suria FM, hantarkan jawapan menerusi SMS dengan menaip LB dan hantarkan ke 33988. SMS yang terpilih akan dihubungi dan setiap jawapan yang betul akan berjaya memenangi wang tunai dari sebahagian RM70,000 tersebut. Menangi lebih wang tunai di pusingan bonus jika mendengar Lagu Berduit dalam versi 'LIVE'. Tags: acara, akan, antara, bakat, Bernama, datang ke, detik, hanya, johor bahru, kelang, lalu, megamall, muzik, penang, plaza metro kajang, pula, realiti, sangat, siri, suria fm Tags: Events, Suria FMClick on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
Mubarak Majid Zarynn Min Drama Cinta Seorang Isteri Posted: 24 Mar 2011 09:52 AM PDT KISAH PERGOLAKAN CINTA SEORANG ISTERI MENGISI SLOT CITRA DI TV2 Memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri bukanlah semudah yang disangka. Apatahlagi jika tidak bersedia sepenuhnya untuk berumahtangga. Namun bila serunya telah tiba, tiada seorang pun yang dapat mengelakkannya daripada terjadi. Ibarat kata jodoh, ajal dan maut di tangan tuhan. Begitu pun hubungan antara dua hati yang telah sekian lama terbina hakikatnya tidak menjaminkan kebahagiaan berkekalan sekiranya rumahtangga itu tidak dibajai dengan kesediaan kedua pihak memikul tanggungjawab besar hidup bersama. Apatahlagi sekiranya suami gagal memainkan peranan sebagai nakhoda kapal dalam melayari pelayaran hidup berumahtangga. Zarynn Min pegang watak Amy Begitu kisah yang melatari drama menarik sarat dengan pengajaran berguna bertajuk Cinta Seorang Isteri disiarkan pada 25 Mac 2011 (Jumaat), jam 10.00 malam mengisi slot Citra di TV2. Ceritanya mengangkat kisah penderitaan seorang isteri bernama Amy lakonan hebat pelakon Zarynn Min. Amy mencintai Johari yang dibawakan wataknya oleh Ijoi Azhari dimana sedari usianya remaja sampai ke satu ketika apabila Amy mendapati Johari bukan lelaki yang disangkanya idaman hati. Namun kerana ibubapanya, Amy berubah fikiran untuk sanggup meneruskan perancangan yang sudah diaturkan sedari awal untuk berkahwin dengan Johari. Dia hanya mampu berserah kepada takdir mengharapkan supaya kesediaannya menerima Johari sebagai suami bakal memberikan kehidupan yang lebih sempurna. Apatahlagi dia sudah berjanji kepada keluarganya untuk menjadi isteri yang solehah setelah berkahwin. Begitu pun setelah menjalani kehidupan sebagai suami isteri, Amy begitu kecewa. Dia mendapati Johari tidak pernah mengambil tahu akan keadaan isterinya. Semua tanggungjawabnya diabaikan tanpa rasa bersalah. Hinggakan sampai satu ketika Johari tenggelam dalam kesombongannya. Ketika itu dia mula tergerak hati untuk mencari erti kehidupan dan sedar apa itu perkahwinan sekaligus mahu mengenali apa itu sebenarnya yang dimaksudkan dengan isteri. Pada situasi sama yang tergambar di fikirannya hanya mahu kembali semula kepada isteri, Amy. Namun masihkah ada ruang di hati Amy untuk menerima kembali kehadiran suaminya itu? Atau sebaliknya Amy sudah nekad mahu kembali hidup sendiri setelah sedar dirinya diperlakukan tidak sepatutnya oleh suami. Turut terlibat menjayakan drama menarik ini termasuklah Mubarak Majid, Rashidah Jaafar dan Kazaruddin Saisi. Tags: ajal, Bernama, dua hati, hebat, jika tidak, jodoh, johari, kapal, kebahagiaan, mahu, pelayaran, Perkahwinan, remaja, rumahtangga, satu ketika, sedar, sekaligus, solehah, suami isteri, tiba Tags: DramaClick on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |