Kosmo Online - Hiburan |
Posted: Tak cari gaduhDUA kali dinobatkan sebagai Aktres Terbaik pada Festival Filem Malaysia dan Anugerah Skrin, kehebatan Erra Fazira dalam dunia lakonan sememangnya tidak boleh dipertikaikan. Lihat sahaja setiap filem lakonannya yang tidak pernah mengecewakan dan kerap meraih kutipan melebihi RM1 juta. Disebabkan itu tidak keterlaluan sekiranya ada yang mengangkatnya sebagai primadona masa kini. Meskipun tidak menolak apabila mendapat gelaran sedemikian, namun bagi Erra buat masa ini dia masih belum layak lagi untuk berdiri sebaris dengan primadona Melayu terkenal seperti Allahyarham Datin Saadiah, Normadiah ataupun Datuk Sarimah. "Dengan gelaran primadona bermakna ia satu tanggungjawab besar yang harus dipikul oleh seseorang artis itu. Bukan hanya lakonan yang diminati, tetapi untuk bergelar primadona seseorang itu disukai oleh ramai orang. "Bagi saya juga individu yang layak untuk mendapat gelaran tersebut adalah artis yang sehingga ke akhir hayatnya terus berada dalam persada hiburan. Sedangkan saya pula baru sahaja 17 tahun bergelar sebagai seorang artis," jelasnya. Menurut pelakon kelahiran Rawang, Selangor itu lagi, selepas 10 tahun berlakon, barulah dia merasa puas apabila lakonannya mula diterima ramai dan mendapat maklum balas yang baik daripada peminat. Ujarnya, untuk meyakinkan peminat bahawa dia benar-benar boleh berlakon adalah satu cabaran yang cukup besar buat dirinya. Disebabkan itu dia terpaksa mengambil masa yang lama agar bakatnya diberi perhatian.
"Sebelum ini ramai yang anggap saya hanya menggunakan kecantikan untuk bergelar sebagai pelakon. Namun hanya selepas 10 tahun, baru orang melihat bakat yang ada pada diri dan barulah saya berasa puas," ujarnya. Sementara itu, ketika ditanya apakah aktiviti seni terbarunya ketika ini, Erra menjelaskan selain terbabit dengan program Mentor, dia juga turut berlakon dalam beberapa telemovie. Beritahu Erra, buat masa ini antara telemovie terbaru lakonannya berjudul Sanggul Beracun di samping beberapa pelakon seperti Namron dan diarahkan oleh Sabri Yunus. "Tentang tawaran berlakon filem pula, baru-baru ini saya ada mendapat tawaran daripada Edry, tetapi ia terpaksa ditolak memandangkan jadual saya yang agak sibuk," ujarnya yang turut terkenal dengan watak Nurul Ain menerusi drama bersiri popular Mertua vs Menantu. Manakala mengenai dunia nyanyian pula, dia menjelaskan masih lagi berminat untuk menyanyi dan mungkin akan menghasilkan album sendiri apabila kontraknya dengan SRC Records tamat nanti. Tak saman Pastinya ramai yang sudah mengetahui mengenai kontroversi artis popular yang telah meninggalkan sesi fotografi dengan sebuah majalah popular tempatan. Biarpun nama Ziana Zain yang hangat diperkatakan dalam kontroversi tersebut, namun sebenarnya Erra Fazira dan Ning Baizura turut terbabit dalam sesi fotografi berkenaan. Lebih menarik, baru-baru ini ketiga-tiga artis tersebut telah mengadakan satu perjumpaan dan dikatakan mahu berbincang untuk mengambil tindakan terhadap majalah berkenaan. Mengulas mengenai cerita tersebut, Erra akui dia memang ada membuat pertemuan dengan Ziana dan Ning, tetapi mereka berbincang tentang banyak topik semasa pertemuan itu. "Memang banyak topik yang kami bualkan, namun saya tidak nafikan juga kontroversi berkenaan adalah salah satu perkara yang menjadi topik perbincangan kami. "Bagaimanapun, dalam perbincangan itu tidaklah sampai kami mahu ambil keputusan untuk menyaman majalah tersebut. Sebaliknya kami cuma memberi pandangan masing-masing tentang masalah berkenaan," jelas Erra.
Tambah Erra, dia sendiri tidak mahu memanjangkan lagi isu tersebut, namun tetap berasa sedikit terguris dan simpati terhadap kontroversi yang menimpa rakan baiknya itu. Ujarnya, kontroversi yang berlaku itu memang tidak menggembirakan dirinya, malah dia menganggap cerita yang disebarkan itu dilihat seperti berat sebelah. "Siapa yang pernah bekerjasama dengan saya, Ziana ataupun Ning tentunya tahu dengan cara kerja kami. Takkanlah kami hendak menabur pasir dalam periuk nasi sendiri," ujarnya. Sekiranya dipanggil untuk menjalani sesi fotografi dari majalah yang sama pada masa akan datang, Erra menjelaskan dia tidak ada masalah untuk menerimanya dan akan bersikap profesional. "Saya harap kalau ada mana-mana pihak yang mahu membuat sesi fotografi selepas ini, mereka haruslah tahu garis panduan seseorang artis itu terlebih dahulu dan tidak boleh ambil mudah," ujarnya. Bersikap terbuka Selain kisah berkenaan, turut hangat diperkatakan adalah mengenai perasaan kurang senang Edry Abdul Halim terhadap protege Erra iaitu Salma dalam rancangan Mentor musim ke-5. Pada konsert yang berlangsung pada Ahad lalu, Edry mengkritik persembahan Salma yang sarat dengan elemen drama bertujuan untuk menarik perhatian orang ramai sehingga mendapat undi terbanyak. Menurut Erra, dia pada mulanya agak terkejut juga dengan kritikan yang telah dilemparkan itu, tetapi menafikan dia dan Edry mempunyai sebarang masalah. "Setiap orang bebas untuk memberi apa sahaja komen dan saya bersama protege lebih bersikap terbuka. Mungkin masa itu dia memang ada rasa tidak puas hati dalam sesetengah perkara yang lain. "Malah, pada malam itu saya lebih banyak berdiam diri dan menghormati setiap komen yang diberikan. Cuma saya banyak memberi kata-kata perangsang kepada Salma supaya dia dapat lakukan yang terbaik," ujarnya. Menurut Erra lagi, biarpun Salma mendapat undian tertinggi dengan mengatasi Iqa dan Aiman, tetapi dia sering mengingatkan protegenya itu supaya tidak berasa terlalu selesa. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||||
Posted: Yahya Sulong belum dilupakanOleh NOOR ASHREEN ISMAIL PRIHATIN. Antara rakan-rakan artis yang sudi melawat Pak Yahya dikediamannya. DULU kita pernah disajikan dengan keletah pelawak dan pelakon veteran, Datuk Yahya Sulong yang membuatkan seisi keluarga bergelak ketawa apabila menontonnya di kaca televisyen mahupun layar perak. Namun, kini setelah usia semakin meningkat, kesihatannya juga terjejas menyebabkan Yahya atau lebih mesra dipanggil Pak Yahya, 84, tidak dapat lagi menyumbang tenaga kepada industri seni yang pernah menjadi sumber rezekinya suatu ketika dahulu. Aktor veteran yang sedang uzur ini sedang menderita penyakit seperti asma, sakit jantung dan sukar bernafas yang membuatkan dia terpaksa berulang-alik ke hospital. "Sudah tiga kali Pak Yahya dimasukkan ke hospital dan ini pun dia baru keluar. Kesihatannya semakin terjejas. Kadangkala Pak Yahya menjadi pelupa dan berperangai seperti kanak-kanak semula," jelas isterinya, Datin Alisah Ali, 64, yang setia bersengkang mata demi menjaga suami tersayang. Jika sebelum ini Pak Yahya menerima rawatan di Hospital Ampang Puteri, namun disebabkan berhadapan dengan masalah kewangan, Pak Yahya terpaksa dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana berdekatan dengan rumahnya. Bagi meringankan beban kewangan yang dialami Pak Yahya, Biro Pemuzik Profesional, Persatuan Karyawan Malaysia yang dikelola oleh Aznan Alias telah bertandang ke rumahnya di Pangsapuri Seri Perak, Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur baru-baru ini untuk menyampaikan sumbangan. Karyawan telah menyampaikan sumbangan berupa cek yang bernilai RM2,000 bagi menampung sebahagian perbelanjaan harian dan kos perubatan hasil daripada kutipan tabung Music Aid yang telah ditubuhkan setahun lalu. "Kami memilih Pak Yahya sebagai penerima sumbangan ini kerana beliau juga dahulu merupakan seorang pemain drum yang disegani dan berbakat di sekitar tahun 70-an. "Pak Yahya ialah penerima kesembilan yang mendapat sumbangan yang bertujuan untuk membantu pemuzik yang sedang dalam kesusahan dan tidak dapat membuat persembahan lagi," jelas Aznan lagi. Turut hadir ialah Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez serta beberapa rakan artis yang termasuk Ayati Tasrip dan Ibnor Riza. Pak Yahya yang terharu dengan sumbangan meluahkan: "Saya ucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat di dalam sumbangan ini. Apabila sembuh kelak, insya-Allah saya mahu kembali menyumbang bakat kepada industri seni." Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||||
Posted: Eva tidak terdesak
NAMPAKNYA aktres Eva Longoria langsung tidak terkesan dengan perceraian yang menimpanya dan bekas suaminya, Tony Parker selepas berkahwin selama tiga tahun. "Semua perkara dalam kehidupan saya amat sempurna," katanya kepada majalah People menjelang hari ulang tahunnya yang ke-36 baru-baru ini. Turut bersama-samanya meraikan sambutan tersebut di Eve Nightclub ialah buah hati barunya, Eduardo Cruz dan beberapa teman rapatnya seperti Mario Lopez dan David Spade. Sepanjang majlis berlangsung, bintang Desperate Housewives dilihat sangat romantik di ruang orang kenamaan bersama Cruz. "Saya menghargai semua yang telah berlaku dan jadikan ia sebagai pengalaman dalam kehidupan. Saya tidak pernah menyesal. Jadi anda tahu saya tidak bersedih dan akan meneruskan kehidupan seperti biasa," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |