Utusan Online - Hiburan |
Anita Sarawak amal laser scrub Posted: Anita Sarawak amal laser scrubOleh HASNURUL MOHAMED
SETIAP kali menatap wajah superstar Anita Sarawak, pasti ramai wanita berasa cemburu kerana dalam usianya cecah 60 tahun, dia mempunyai seraut wajah cantik dan kelihatan muda. Kecantikan yang dimiliki oleh Anita menimbulkan cakap-cakap nakal kononnya penyanyi kesayangan ramai ini menyuntik botox untuk sentiasa kelihatan muda dan cantik memandangkan kecantikan adalah aset utama bagi seorang artis. Cakap-cakap itu semakin tidak enak didengar apatah sejak akhir-akhir ini penampilan Anita dikatakan memang amat jauh berbeza dengan kulit yang halus mulus, tegang tanpa kedutan! Anita yang lebih mesra dengan panggilan Kak Nita, ketawa kecil dan menafikan menggunakan botox sebaliknya mengakui, menggunakan kaedah laser scrub untuk rawatan kulit muka. "Kak Nita tidak perlukan botox untuk nampak muda tapi Kak Nita menggunakan laser scrub untuk membuang semua sel-sel mati yang terdapat di kulit. "Laser scrub ini macam pasir dan Kak Nita akan melakukan ini sebulan sekali. Kosnya pula sekitar ratusan ringgit," katanya. Menurut Kak Nita, selepas melakukan laser scrub, ia tidak menegangkan kulit mukanya tetapi sekadar membuang semua sel kulit yang mati. "Untuk menegangkan kulit muka Kak Nita menggunakan pelembap tetapi jangan guna sembarangan pelembap. "Sebabnya, pelembap yang digunakan itu akan meresap masuk ke dalam kulit," jelasnya. Kak Nita memberitahu, laser scrub yang dilakukannya itu boleh dibuat di mana-mana spa, tidak semestinya di luar negara. "Mana-mana spa pun boleh. Kak Nita tak ada satu spa yang khusus. "Tapi mestilah profesional dan rujuk kepada konsultan," tegas Kak Nita. Ketika ditebak dengan soalan apakah hanya dengan menggunakan pelembab mampu menegangkan kulit dan bukan botox seperti artis lain, tanpa ragu-ragu Kak Nita berkata: "Itulah amalan Kak Nita. Kak Nita tidak mahu menyentuh peribadi orang lain kerana setiap orang mempunyai pandangan sendiri. "Soal penggunaan botox ini, tepuk dada, tanya selera tapi memang Kak Nita tak guna botox. "Cuba tengok muka Kak Nita ini. Bukannya tidak ada kedut. Ini, di atas dahi ini, ada kedut," ujar Kak Nita. Selain menjaga kecantikan kulit dengan kaedah laser scrub, Kak Nita juga tidak suka melakukan aktiviti luar yang akan menyebabkan kulit kering kerana terlalu terdedah kepada cahaya matahari yang boleh menyebabkan kulit berkedut. "Di samping itu pastikan air dalam badan mencukupi kerana jika tidak cukup air juga akan menyebabkan cepat tua," katanya. Tambahnya, untuk menjaga kecantikan, perlu rajin menggunakan pencuci muka dan pelembap muka serta krim mata sebelum masuk tidur. "Tak payah beli krim yang mahal-mahal sebab Kak Nita gunakan Cream of Olay sahaja," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Posted: Ulam santapan wajib MayaOleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
Bukan hanya solekan pada wajah mahupun pakaian yang membaluti tubuh, tetapi masyarakat juga mempunyai sifat ingin tahu apakah rejim serta rutin yang diamalkan oleh artis kesayangan mereka. Salah seorang yang selalu menjadi perhatian ramai ialah aktres dan penyanyi jelita, Maya Karin yang memiliki kecantikan dan tidak terlepas menjadi mangsa cemburu kaum sejenisnya. Sebagai seorang artis popular yang perlu kelihatan menawan di mata masyarakat, Maya cukup mengutamakan diet serta amalan pemakanan yang sihat. Kerana itu, Maya yang berdarah kacukan Jerman-Melayu ini mengamalkan ulam-ulaman serta sayuran organik yang merupakan santapan wajibnya. "Bagai tidak lengkap juadah harian saya terutama di waktu tengah hari seandainya tidak ada ulam dan sayur-sayuran. "Begitu juga dengan amaun makanan yang cukup saya makan. Saya akan memastikan sukatan itu tidak melebihi daripada apa yang sepatutnya dan saya juga elakkan makanan bergoreng. "Sekali-sekali, saya akan menikmati makanan segera mahupun manisan sekadar untuk menghilangkan rasa keinginan itu," kata pemilik nama penuh Maya Karin Roelcke yang berusia 30 tahun ini lagi. Bagi memastikan tahap kesihatannya sentiasa berada dalam keadaan terbaik, Maya mengakui dia banyak menghabiskan masa di gimnasium sekurang-kurangnya dua kali seminggu selama satu setengah jam. Menyertai gimnasium kata Maya, banyak memberi kelebihan untuknya menyertai pelbagai aktiviti dan kelas senaman yang dianjurkan. "Saya juga ada menyertai kelas yoga dan berbasikal tetapi jika masa mengizinkan. Paling tidak pun, setengah jam dan dalam tempoh itu, saya akan melakukannya dengan bersungguh-sungguh," ujar Maya yang mula dikenali menerusi filem Seri Dewi Malam pada tahun 2001 ini lagi. Untuk rutin kecantikan wajah pula, Maya menjelaskan sesibuk mana pun dirinya, dia akan memastikan wajahnya dibersihkan dua kali sehari iaitu pagi dan malam. Sebagai duta L'Oreal, adalah menjadi keutamaan Maya untuk menggunakan produk kecantikan itu yang merangkumi pencuci, penyegar (toner) dan pelembap (moisturizer). Wanita kelahiran Beyruth, Jerman ini juga memberitahu dia memang begitu selektif dalam memilih produk kecantikan memandangkan kulit wajahnya yang begitu sensitif. "Selain itu, sebulan sekali saya akan menjalani rawatan muka selain mengamalkan pemakaian masker sekurang-kurangnya dua kali seminggu untuk mendapatkan kulit yang segar," kata Maya yang juga mengamalkan makanan tambahan, InnerShine Prune Plus. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |