Adsense

Jumaat, 25 Mac 2011

Celebrity News

Celebrity News


Program Mentor Penuh Dengan Drama - Edry

Posted: 25 Mar 2011 09:59 AM PDT

Dah terang bersuluh pula inilah pepatah yang boleh ZoOm katakan mengenai progam mentor yiang sedang berjalan, dan mungkin selama ini kebanyakan program hiburan lain turut menggunakan format dan cara yang sama untuk menarik perhatian penonton diluar sana.

Namun bukan semua orang mudah diperbodohkan, biarlah mereka disebalik tabir yang mengetahui kisah yang berlaku. Tetapi dengan adanya komen Edry KRU menguatkan lagi spekulasi yang selama ini terjadi.

Ikuti "Statement" yang sempat ZoOm copy dan berkongsi dengan anda di ZoOmartis & Facebook.


Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ (zeera@thestar.com.my)

Edry Abdul Halim (kiri) dan protegenya Ika dalam program Mentor 5

CYBERJAYA: Komposer Edry Abdul Halim tetap bertegas dengan pendiriannya untuk menolak elemen drama dalam program Mentor musim kelima di TV3.



Katanya, selepas berbincang dengan penerbit Mentor, Muhamad Sufian Isa, Edry nekad enggan mengikut skrip 'drama' yang disediakan bagi mengelak dirinya diperbodohkan.

"Saya hanya akan melakukan perkara yang saya mahu demi mencapai misi saya untuk mengajar ilmu muzik kepada protege.

"Saya tidak membidas mana-mana mentor atau protege sebaliknya kepada program tersebut dengan menegur penerbit agar mengurangkan elemen berlakon.

"Saya tidak selesa apabila disuruh mengikut skrip drama yang diberikan kerana rasa seperti diperbodohkan," ujarnya di sini, Jumaat.

Tambahnya: "Saya menyertai program ini kerana hendak mengajar seorang protege untuk bergelar penyanyi dan bukannya untuk berlakon.

"Jadi, setelah saya meluahkan perkara ini kepada pihak penerbit, mereka bersikap terbuka dan bersetuju agar saya tidak berlakon."

Jelasnya, dia tidak bersetuju apabila mentor perlu berlakon memarahi protege yang dirasakan seperti marah tidak bertempat dan visual seperti aksi melaga-lagakan antara satu sama lain.

"Saya tidak akan terlibat dalam rakaman visual yang mengikut skrip mereka sebaliknya akan lebih memberikan tumpuan kepada protege saya.

"Jangan terlebih sensasi kerana kami semua mempunyai reputasi tersendiri. Saya tidak mahu menang kerana simpati," katanya.

Menyentuh tentang protegenya, Edry berkata masih awal untuk mengukur kebolehan Ika kerana rancangan itu baru memasuki minggu kedua.

Selain bergelar mentor kepada Ika, pengarah filem Magika ini sedang sibuk menyiapkan skrip filem terbarunya berjudul 29 Februari.

Suka Gossip Ini ClickLah Like !!

Contoh Surat Cuti 2011

Posted: 25 Mar 2011 09:45 AM PDT

Kalau nak tahu ini adalah salah satu surat cuti yang lain daripada yang lain, mungkin kerana tak ada idea kot. Nak tahu lebih lanjut baca je la karangan insan yang pandai dan luar biasa ini.

Suka Gossip Ini ClickLah Like !!