macam macam hiburan terkini |
- Hati Marsha sudah dimiliki
- Alif kaku, Intan kelu terserempak hantu
- Danny sahut cabaran
- Pak Ya kecewa
- Mentor panas di belakang pentas
- Bukan Erra Minta Digelar Primadona
- 'Rezeki Tak Putus Selepas Kahwin' - Lan The Typewriter
- Ahmad Idham Berhati-Hati Bikin 'Senjakala'
- Majlis Kesyukuran Kejayaan Deejay Lin
Posted: 24 Mar 2011 08:54 PM PDT MARSHA Londoh merupakan bintang Akademi Fantasia 3 (AF3) yang paling popular selepas juara program realiti televisyen (TV) musim itu, Mawi mencetuskan fenomena lapan tahun lalu. Biarpun populariti Mawi dikatakan semakin merudum, tetapi ia sebaliknya buat Marsha yang kini semakin laris dengan tawaran berlakon drama, telemovie mahupun filem. Pelakon dan penyanyi yang dilahirkan di Berrien Springs, Michigan, Amerika Syarikat pada 6 November 1985 itu bukan setakat menjadi sebutan para peminat kerana bakat seninya. Malah, Marsha yang dibesarkan di Tamparuli, Sabah ini juga sering mencetuskan banyak gosip panas yang mengaitkannya dengan ramai artis mahupun selebriti terkenal tanah air. Dalam pada sibuk menafikan semua gosip itu termasuklah pernah dikaitkan bercinta dengan Yusry KRU, Hans Isaac dan Ramli MS, tetapi baru-baru ini dia mengakui hatinya sudah dimiliki. Menurut penyanyi lagu Untuk Terakhir Kali ini, dia kini sedang menjalani perhubungan intim bersama seorang jejaka Melayu yang dikenali sebagai Z sejak mereka berkenalan setahun lalu. "Teman lelaki saya itu bukannya artis tetapi dia orang biasa dan bekerja di pejabat sahaja. Adalah EPF (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) untuk bekalan semasa hari tuanya nanti. "Dia tidak mahu dikenali ramai. Cukuplah saya katakan namanya bermula daripada huruf Z," katanya selepas sidang akhbar drama Kum Kum The Series lakonannya baru-baru. Pada majlis yang diadakan di Mutiara Damansara, Selangor itu pihak Astro Ria memperkenalkan para pelakon drama 13 episod itu termasuklah Marsha yang melakonkan watak Mawar. Kata Marsha, dia sengaja memilih pasangannya bukan dari kalangan artis kerana takut dengan perceraian yang banyak berlaku sejak akhir-akhir ini. "Saya dapati perkahwinan sesama pasangan artis ramai yang tidak kekal lama. Itu tidak bermakna saya menolak jodoh kalau ditakdirkan pasangan saya juga adalah golongan artis. "Kalau boleh saya mahu elakkan perkara itu. Saya kenal Z secara kebetulan setahun lalu sewaktu majlis pelancaran restoran Kopitiam milik komposer Ajai di Kuala Lumpur. "Sewaktu mula berkenalan, saya tidak tahu latarbelakang Z. Tidak kiralah sama ada dia orang kaya atau miskin. Kebetulan saya pula memang banyak bergaul dengan orang Melayu," ujarnya. Marsha yang akan muncul dengan album sulung berjudul Yang Pertama tidak lama lagi menambah, dia sudahpun memperkenalkan Z dengan keluarganya pada 6 Disember tahun lalu. Disenangi Pada majlis hari lahirnya yang ke-25 itu, Z telah bertemu dengan ibu bapa penyanyi berketurunan Kadazan Dusun di mana kehadiran jejaka itu turut disenangi sanak keluarganya yang lain. "Sebelum itu, pada Hari Raya Aidilfitri tahun lalu, saya juga telah pergi beraya di rumah keluarga Z di Klang, Selangor. Sekarang ini, keluarga dua belah pihak tahu hubungan kami," jelasnya. Sewaktu ditanya perancangan terdekatnya bersama Z, Marsha menjelaskan, dia belum menetapkan tarikh tertentu untuk menamatkan zaman gadisnya dalam waktu terdekat ini. Sebaliknya, pemilik nama penuh Marsha Milan Londoh ini menyerahkan kepada jodoh di mana pada masa sama dia akan menjaga hubungannya dengan Z sebaik mungkin. Gosip yang sering melanda Marsha turut mendapat perhatian teman lelakinya yang sering bertanya kebenaran di sebalik sesuatu gosip itu. "Biasanya kalau ada keluar gosip saya dengan artis-artis lain, Z akan bertanya kepada saya, sama ada betul atau tidak. Bagaimanapun, dia bukan seorang yang kaki cemburu. "Dia seorang yang amat mengambil berat tentang perkembangan diri saya. Saya pun tidak pasti sama ada hubungan saya dengan Z akan ke jenjang pelamin ataupun tidak. "Pada masa sama, setiap kali ke majlis perkahwinan kawan-kawan sama sekolah, hati ini tiba-tiba hendak kahwin," kata Marsha tanpa berselindung. Kum Kum The Series akan bersiaran setiap hari Selasa mulai 12 April ini pukul 9.30 malam di Astro Ria (saluran 104, Astro). Selain Marsha, turut membintangi drama arahan Michael Ang itu ialah Didie Alias yang melakonkan watak Mak Hitam, Elfira Loy (Shikin), Sharnaaz Ahmad (Yusof) dan Saiful Nizan (Ramli). Bercerita tentang pengalamannya berlakon Kum Kum The Series, kata penyanyi di bawah naungan syarikat rakaman Alibi Music ini, dia berasa puas dengan watak Mawar yang dilakonkannya itu. "Selain drama, saya juga ada menerima tawaran berlakon beberapa filem tetapi saya tolak kerana wataknya kurang sesuai dengan saya. Saya asyik diberikan watak gadis yang mengada-ngada. "Selalunya saya menolak sesuatu tawaran berlakon filem kerana masa yang kurang sesuai," tutur gadis manis tinggi lampai ini lagi. Sejak 2005, Marsha telah melakonkan lebih 10 telemovie antaranya berjudul Rumah Terbuka AF3, Gitu-Gitu Raya, Besan vs Madu, 5 Saat, Beautiful Maria dan Cinta Meriam Buluh serta drama rantaian Hotel Mania, K.I.T.A., Dottie dan Awan Dania 3. google: teman lelaki marsha londoh, boyfriend marsha londoh, marsha londoh dah berpunya, gambar teman lelaki marsha londoh, marsha londoh 2011, marsha londoh terkini terbaru marsha londoh, gambar boyfriend marsha londoh, foto marsha londoh |
Alif kaku, Intan kelu terserempak hantu Posted: 24 Mar 2011 08:53 PM PDT INSIDEN terserempak dengan hantu merupakan pengalaman yang paling menakutkan bagi mereka yang pernah mengalaminya. Apatah lagi, terbayangkan makhluk alam mistik bermata merah dengan wajah hodoh, bukan sahaja sudah mampu meremangkan bulu roma tetapi juga boleh membuatkan degupan jantung terhenti seketika. Berada dalam situasi begitu pasti membuatkan badan menjadi seram sejuk, tekak menjadi kering dan mulut terkunci rapi tanpa mampu berkata-kata. Hendak berganjak seinci pun tidak terdaya kerana seluruh tubuh terasa begitu kaku dan diselubungi rasa takut yang amat sangat. Begitulah perasaan yang dialami oleh dua penyanyi, Alif Satar, 21, dan Intan Liyana, 25, ketika menjadi perantara program terbitan Utusan Studios, Mastika Mencari Logika (MML). MML merupakan sebuah program berbentuk majalah, diterbitkan sebanyak 13 episod dan akan disiarkan di Astro Prima (saluran 105, Astro) mulai 8 April ini pukul 9 malam. Dalam rancangan selama 30 minit itu, watak wartawan dan jurufoto majalah Mastika, terbitan anak syarikat Kumpulan Utusan, Utusan Karya Sdn. Bhd., (UKSB) dilakonkan semula oleh Intan dan Alif. google: intan liyana, intan liyana facebook, intan liyana blog, intan liyana myspace, intan liyana seksi, intan liyana hot, intan liyana bogel, buah dada intan liyana, intan liyana terkini terbaru, intan liyana 2011, gambar terbaru terkini intan liyana, intan liyana dan teman lelaki |
Posted: 24 Mar 2011 08:51 PM PDT KALI pertama bertemu sekitar setahun yang lalu, pasangan ini tidak pernah menyangka perkenalan melalui kenalan itu akan membawa mereka ke satu perhubungan yang lebih serius. Namun, suratan menentukan bahawa kedua-duanya sebenarnya mempunyai misi yang sama iaitu mencari pasangan serasi bagi menempuh alam baru. Tidak mahu berputih mata melihat si bunga dipetik kumbang lain, sang jejaka mula mengambil langkah berani dengan mendekati dan melamar si gadis. Walaupun lamaran itu diterima, namun keraguan masih bersarang di minda si gadis sehingga membuatnya mencabar sang jejaka supaya melamarnya sendiri di hadapan ibu bapanya. Tidak gentar dengan cabaran itu, sang jejaka mula mengatur langkah menyahut cabaran tersebut dan ia membuahkan hasil sebaik si gadis menyatakan kesediaan untuk menerimanya dengan seadanya. Begitulah antara rentetan percintaan yang dilalui oleh pengacara dan pelakon, Khardanie Anwa, 31, atau lebih dikenali dengan nama pentas Danny X-Factor bersama pilihan hatinya, Zaidatul Norfazlin Zakaria (Lin), 25. Diikat dengan tali pertunangan dalam satu majlis yang berlangsung di Tronoh Mines, Kampar, 20 Mac lalu, pasangan sama cantik sama padan ini mengakui mereka masih belajar mencintai antara satu sama lain. "Saya rasa macam tidak percaya sudah menjadi tunangan Lin. Rasa seperti saya sedang berada di set penggambaran dan melakonkan babak pertunangan. Rasa macam mimpi. "Namun saya bersyukur kerana ini memang hari yang saya nantikan. Lin wanita untuk saya dan saya gembira kerana hubungan kami berjaya sampai ke tahap ini," kata Danny saat ditemui selepas berlangsungnya majlis pertunangannya dengan Lin. Pada majlis serba ringkas itu, Lin yang anggun mengenakan busana berwarna perak menerima sebentuk cincin pertunangan yang disarungkan ibu Danny, Shamsiah Shiraku. Danny yang kini merupakan pengacara program dokumentari Agro-Xplorasi bersama Annahita Bakavoli dan Nazrudin Rahman (Naz) turut menerima sebentuk cincin yang disarungkan ibu Lin, Siti Zabedah Samaon. Pada majlis pertunangan itu, pihak lelaki menyerahkan lima dulang hantaran dan dibalas dengan tujuh dulang daripada pihak perempuan. Kedua-dua pihak juga bersetuju mengikat tali pertunangan dalam tempoh enam bulan manakala wang hantaran dirahsiakan. Menyambung bicara, Danny yang bakal memegang watak Ahmad Albob dalam drama bersiri Ahmad Albob Yang Punya menerusi slot Lagenda tidak lama lagi berkata, kematangan dan keperibadian pramugari syarikat penerbangan AirAsia itu merupakan perencah utama yang mengikat hatinya terhadap wanita itu. "Kami berkenalan tidak lama hanya sekitar setahun lalu namun mula rapat tanggal 1.11.11 dan saya yang memulakannya dulu dengan meminta nombor telefon Lin untuk dihubungi. "Saya masih ingat lokasi dating kami yang pertama adalah di restoran mamak di Sri Petaling. Saya hubungi Lin untuk berjumpa dan rupa-rupanya dia juga menantikan panggilan saya. "Walaupun dia baru balik bertugas dari penerbangan ke London, kami tetap berjumpa pada malam itu dan disitulah berputiknya percintaan kami," katanya sambil tersenyum memandang Lin yang setia menemani usai majlis itu. |
Posted: 24 Mar 2011 08:50 PM PDT PADA Ogos tahun lalu, menerusi syarikat produksi Tasminaq I-Tech Sdn. Bhd. (TQIT), artis veteran, Datuk Yahya Sulong pernah memberitahu bahawa sebuah filem epik mengisahkan kehidupannya sebagai anggota polis hutan sekitar tahun 1948 - 1957 akan diterbitkan. Namun, setelah lebih tujuh bulan berlalu, artis komedi yang juga dikenali sebagai Pak Ya meluahkan rasa kecewanya terhadap produksi tersebut kerana tidak terdapat sebarang perkembangan dalam menghasilkan filem yang diberi judul Ambush - Hidup Dan Mati itu. Tambah menyedihkan lagi, dakwa Pak Ya, dia tidak menerima sebarang bayaran seperti mana yang telah dijanjikan oleh TQIT. "Ketika saya mula-mula bersetuju untuk bekerjasama dengan produksi tersebut, mereka berjanji akan memberi bayaran sebanyak RM5,000 atas bantuan yang saya berikan untuk menghasilkan skrip filem berkenaan. "Namun sehingga kini, saya belum menerima apa-apa bayaran dan individu yang bertanggungjawab mengambil sikap berdiam diri. "Apabila dihubungi, jawapan yang diberi mengatakan produksi tersebut ketiadaan dana untuk meneruskan penerbitan filem tersebut. "Jadi, disebabkan tidak mahu meminta-minta, saya akur dengan takdir yang ditentukan ini," ceritanya yang sedih apabila projek pembikinan filem berkisar tentang pasukan polis hutan yang dinamakan sebagai Jungle Squad itu ditangguhkan. Disebabkan itu, Pak Ya berharap agar ada pihak lain tampil sebagai penaja atau pun mengambil alih untuk meneruskan pembikinan filem Ambush - Hidup Dan Mati. "Ia adalah detik-detik sejarah bagaimana pasukan polis hutan cuba menangkis serangan komunis daripada terus menjajah penduduk tempatan. "Cukup menarik untuk difilemkan dan dipaparkan buat tatapan generasi muda bagi tujuan pendidikan," tambah pelawak yang kini berusia 84 tahun itu pada satu majlis penyerahan sumbangan bernilai RM2,000 oleh Biro Pemuzik Profesional (BPP) Karyawan di rumahnya di Flat Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur baru-baru ini. Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez dan wakil BPP, Aznan Alias. Pak Ya kini semakin uzur kerana penyakit asma dan masalah jantung. |
Mentor panas di belakang pentas Posted: 24 Mar 2011 08:50 PM PDT PANAS! panas! panas!... Mentor tidak puas hati kerana penerbit menyiarkan segmen protege menangis untuk meraih simpati penonton. Segmen air mata itu memaparkan Erra Fazira sebagai mentor sedang memujuk protegenya, Salma atau Salmah A.Asis, 21, yang merasakan dirinya tidak cantik berbanding peserta lain. Kata Erra, cantik adalah subjektif dan setiap orang mempunyai kecantikan tersendiri dan Salma tidak perlu risau kerana program itu memberi penekanan kepada vokal. Apa pun Salma yang berasal dari Tawau, Sabah itu beruntung kerana mendapat mentor yang menitik beratkan soal imej, maka tampillah gadis itu ala Cinderella untuk persembahan pertama. Walaupun Erra dan Salma tidak terfikir menggunakan segmen itu sebagai drama raih simpati, namun pada pandangan orang lain ia menjurus ke arah tersebut. Kebetulan pula, Salma yang mendendangkan lagu Yang Terindah Hanya Sementara dan duet dengan Erra menerusi lagu Pertemuan, Cemburu dan Jendela Hati mendapat markah paling tinggi (80 peratus) berbanding Iqa (55 peratus) dan Aiman (48 peratus). Salma layak mendapat keputusan itu bukan kerana drama air mata tapi kerana vokalnya memang bagus berbanding dua rakan lain. Malah juri tetap, Datuk Ramli MS serta juri jemputan, Zainal Abidin turut memuji peningkatan vokal Salma. "Celine Dion pun tidak cantik. Siapa kata orang tidak cantik tidak boleh menyanyi. Saya tidak ada masalah dengan vokal Salma. Kalau ikutkan, protege kumpulan B ini lebih bersedia dan bagus daripada kumpulan A," kata Ramli jujur. Sementara itu Edry Abdul Halim yang merupakan mentor kepada Iqa atau Nursyafiqah Nasratullah Mohd. Nor, 25, dari Ampang, Selangor mahu isu drama dan air mata dihentikan. Katanya, adalah tidak adil kepada protege lain yang tidak mempunyai kisah sedih untuk dikongsi bersama orang ramai. "Saya sangat kecewa kerana drama sebabak yang ditonjolkan secara tidak langsung ia akan memberi kesan kepada penonton. "Ini kerana 30 peratus daripada pemarkahan ditentukan menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) daripada penonton, selain 50 peratus daripada juri profesional dan 20 peratus juri awam," katanya. Bagaimanapun Edry tidak menuding jari kepada Salma kerana apa yang dipapar ditentukan oleh pihak penerbitan termasuk giliran mengadakan persembahan. Katanya, kenapa tidak diadakan cabutan untuk menentukan siapa yang menyanyi dulu dan terakhir kerana aturan itu juga turut mempengaruhi undian atas faktor kasihan. Pandangan Edry itu disokong oleh Rahim Maarof yang merupakan mentor kepada Aiman Hakin Ridza Abdoh, 23, dari Shah Alam, Selangor. Tidak ada pilih kasih Pengarah dan penerbit eksekutif Mentor musim kelima, Muhamad Sufian Isa berkata, apa yang dipaparkan adalah babak yang terbaik. "Seperti wartawan, kami pun akan memilih sudut terbaik untuk disiarkan. Tidak ada maksud apa-apa. Ini adalah rancangan realiti, apa yang dipaparkan adalah luahan hati protege kepada mentor. "Setiap mentor ada strategi kerana itu semua sebahagian daripada corak persembahan program. Apa pun program ini mengutamakan vokal, tidak ada faktor raih simpati," jelasnya. Sufian turut menepis cadangan agar diadakan cabutan untuk menentukan giliran persembahan di kalangan protege. Katanya, mereka mempunyai cara tersendiri untuk menentukan siapa yang dahulu dan kemudian tanpa ada isu pilih kasih. "Minggu ini Iqa dulu, minggu depan mungkin dia jadi protege terakhir menyanyi. Kami sudah ada aturan dan kalau dibuat cabutan, macam mana kalau asyik orang yang sama jadi peserta pertama buat persembahan. "Lagipun ini bukan kali pertama Mentor ke udara, sudah masuk musim ke lima. Pasti semua orang sudah maklum format yang kami ketengahkan," katanya terus terang. |
Bukan Erra Minta Digelar Primadona Posted: 24 Mar 2011 08:48 PM PDT KUALA LUMPUR: Pelakon Erra Fazira yang sering digelar primadona filem Melayu tidak mengambil berat tentang gelaran tersebut kerana bukan dia yang mahu dipanggil seperti itu. Dia yang tidak pasti dari mana datangnya gelaran primadona tersebut menganggap perkara itu sebagai sesuatu di angin lalu sahaja. "Saya hanya melakukan kerja saya dan tidak tahu siapa yang memberikan gelaran itu kepada saya. "Walaupun gelaran itu diberikan, saya menganggap ia sebagai perkara penting. "Pada saya, primadona merupakan suatu nama yang sudah lama berada dalam persada seni lakonan dan banyak melakar kejayaan. "Seseorang itu bukan sahaja telah mengharumkan nama sendiri, malah turut membantu kemajuan persada seni," katanya ketika sidang media memperagakan set mutiara tajaan Rafflesia berjumlah RM180,000 di Pusat Mutiara Rafflesia, di sini, Rabu. Set mutiara yang diberi nama 'primadona klasik' itu bakal dihadiahkan kepada pemenang Artis Paling Popular pada malam Anugerah Bintang Popular (ABP) 2010 di Arena of Stars, Genting Highlands pada 3 April ini. Tambah pelakon filem Kuliah Cinta dan Cinta Kolestrol ini: "Saya tidak merasakan diri saya sudah lama berlakon kerana gelaran primadona layak untuk seseorang pelakon yang sangat lama bertahan seperti Seniwati Saadiah dan Sarimah. "Saya melihat kepada sumbangan lakonan mereka sehingga ke akhir hayat. Namun semuanya berbalik kepada rezeki. Jika saya mampu berlakon sampai bila-bila, jadi kenapa tidak." Setelah lama tidak muncul dalam filem, Erra masih aktif berlakon drama dan telefilem. "Saya masih terikat dengan kontrak Astro Megadrama. Minggu depan, saya akan berlakon telefilem Sanggul Beracun untuk Astro Citra. "Telefilem itu menyentuh tentang kisah benar seorang wanita dari Johor. Ia diarahkan oleh Sabri Yunus dan dilakonkan oleh para pelakon teater seperti Nam Ron," ujar Erra yang turut sibuk dengan program Mentor musim kelima di TV3. Jelas Erra lagi, selepas 10 tahun dalam industri hiburan, baru dia merasakan dirinya di terima kerana bakat dan bukan bersandarkan kepada rupa cantik semata-mata. |
'Rezeki Tak Putus Selepas Kahwin' - Lan The Typewriter Posted: 24 Mar 2011 08:48 PM PDT KUALA LUMPUR: Penyanyi Azlan & The Typewriter atau lebih dikenali dengan panggilan Lan akui rezekinya dalam bidang muzik tidak pernah putus sejak mendirikan rumah tangga pada Januari lalu. Sejak berkahwin dengan Normala Hassan, 28, pemilik nama sebenar Norazlan Rosle, 28, ini sering diundang menjayakan persembahan di ibu negara. Malah pada 28 April hingga 1 Mei depan Lan bakal membuat persembahan dalam Konsert Wings Opera Hidup dan Superfriends. Menjadi satu-satunya penyanyi termuda di kalangan ikon rock tersohor negara seperti Man Kidal, Kid Search, Yazit Search, Rosli Mohalim, Hillary, Yan, Edrie Hashim, Ujang, Nash, Hattan, Ramli Sarip, Mus May, Yantzen, Lola dan M. Nasir, Lan menganggap penyertaannya sebagai suatu tuah. "Saya rasa seperti mimpi dalam mimpi apabila diajak membuat persembahan dalam Konsert Wings Opera Hidup dan Superfriends ini. Lan sewaktu membuat persembahan semasa majlis sidang media Konsert Wings Opera Hidup dan Superfriends. "Saya sudah biasa membesar dengan muzik-muzik evergreen seperti lagu Intanku Kesepian nyanyian Wings dan tiada masalah untuk menyanyikan lagu-lagu mereka. "Saya akan mendendangkan dua buah lagu dari Wings dan sebuah lagu evergreen lain," kata Lan dalam satu sidang media di Istana Budaya, di sini, Isnin. Selepas konsert tersebut, penyanyi lagu Gerak Hati ini akan terbabit dengan Joe Wings, Ujang Exist, Hillary Search dan Kelly dalam satu projek band bernama Prima Domestik. Mereka bakal muncul dengan single Sedingin Pluto. "Pemilihan saya dalam konsert ini juga sedikit sebanyak kerana pergaulan kami. Walaupun saya muda daripada mereka, tidak menjadi halangan untuk kami bersatu dalam memperjuangkan muzik rock kerana kami tidak mengamalkan kronisme," ujarnya. Memandangkan jadual kerjanya agak padat, Lan terpaksa menyelesaikan segala perancangan yang ada dalam fikirannya satu per satu. Dek kerana sibuk dengan kerja, Lan terpaksa melupakan hasratnya dengan isteri untuk berbulan madu. Namun Lan bersyukur kerana mujurlah isterinya merupakan seorang yang memahami. |
Ahmad Idham Berhati-Hati Bikin 'Senjakala' Posted: 24 Mar 2011 08:47 PM PDT PETALING JAYA: Industri perfileman yang melahirkan banyak karya seram membuatkan pengarah filem Ahmad Idham lebih berhati-hati dalam merealisasikan karyanya menerusi Filem Senjakala. Filem yang akan ditayangkan pada 14 April ini mengangkat persoalan di antara cinta dua insan dan makhluk ghaib belaan mereka. Kata Idham, adegan seram yang cukup menakutkan sudah menjadi satu penanda aras dalam karya seram pada hari ini. "Tapi sebenarnya, plot dan penceritaan masih menjadi inti pati sebuah cerita seram yang bagus. "Senjakala memberi kepuasan kedua-duanya iaitu unsur seram dan jalan cerita yang boleh dihayati oleh penonton," katanya. Filem ini menjalani penggambaran sekitar Bukit Cahaya Seri Alam, Shah Alam selama 20 hari dengan membariskan pelakon-pelakon hebat iaitu Zahiril Adzim dan Liyana Jasmay serta dibantu oleh Kamal Adli dan Faezah Elai. Ia diterbitkan di bawah syarikat produksi Idham iaitu Excellent Pictures. Dengan kos mencecah RM1.7 juta keseluruhannya, Senjakala diinspirasikan oleh Idham dengan mengangkat dua watak utama iaitu Arman (Zahiril) dan Karlisa (Liyana). Senjakala menceritakan bagaimana Karlisa yang kematian tunangannya dalam kemalangan jalan raya telah pulang ke Kampung Senja Lama iaitu tempat dia membesar bersama-sama teman rapatnya, Isabella. Salah satu aksi yang dilakonkan oleh Zahiril Adzim. Di kampung tersebut, Karlisa telah tinggal dengan Opah Maimon selain sering bertemu dengan Arman, seorang jejaka kampung yang hidup terasing dari orang lain. Perkenalan itu menyingkap satu rahsia di mana kedua-duanya mempunyai saka peninggalan orang tua mereka. "Cerita ini menjelaskan bagaimana keadaan mereka yang 'membela' sesuatu. Selain itu, ia turut merujuk kepada kelakuan, percakapan, pergaulan dan apa yang berkaitan dengan orang seperti ini," kata Idham. Kala ditanya apa bezanya Senjakala dengan karya-karyanya terdahulu seperti Jangan Pandang Belakang, Congkak dan Niyang Rapik, pengarah ini memberitahu, filem ini dihasilkan dengan elemen terbaik yang ada dalam filem-filem tersebut. "Kombinasi yang terbaik dalam Senjakala adalah dua pelakon utamanya, Zahiril Adzim dan Liyana Jasmay yang pernah dicalonkan untuk Shout! Awards 2009, bagi kategori 'Best On Screen Chemistry'. Kemesraan ini dapat dilihat melalui Senjakala," jelas Idham menceritakan mengenai pemilihan dua pelakon utama filem ini. Bagi pemenang Anugerah Sinematografi Terbaik di Festival Filem Malaysia ke 23, melalui filem Niyang Rapik, jurukamera Raja Mukhriz menganggap Senjakala memberi satu peluang lebih besar dalam menjana kreativitinya melalui teknik kamera yang menjadi sebahagian dari elemen penceritaan. "Jika dilihat pergerakan kamera yang lebih seperti terapung juga boleh diistilahkan sebagai 'unstability of movement,' (pergerakan yang tidak stabil) adalah satu kaedah untuk membawa penonton sebagai pihak ketiga dalam Senja kala. Ia merujuk kepada saka untuk setiap watak," jelas Raja Mukhriz lagi. Secara normal, sesebuah karya seram, boleh dipertingkatkan lagi nilai dan aspek ketakutan itu melalui sentuhan kesan khas, terutamanya makhluk ghaib atau hantu di dalam sesebuah filem. Sementara itu, Mohd Khalil Md Yusuf atau lebih dikenali sebagai Amy Chantik, diberi peluang buat pertama kalinya bekerja di bawah Ahmad Idham untuk menzahirkan kesan khas seram. Bagi Amy sendiri, melakukan kesan khas dalam Senjakala merupakan satu tugas yang berlainan dari apa yang telah dilakukan sebelumnya. "Saya perlu membuat kajian yang lebih menyeluruh melalui penyelidikan dan pemerhatian terutamanya kepada mereka yang pernah terlibat dalam amalan saka selain rujukan di Internet mahupun buku-buku. "Saya cukup teruja dan berterima kasih, sekali memberikan sepenuh komitmen dalam memenuhi hasrat pengarah," kata Amy. Excellent Pictures telah menerbitkan filem-filem lain antaranya Tipah Tertipu, Impak Maksima dan Niyang Rapik. Selain itu dua buah filem iaitu Hantu Bonceng telah selesai proses pasca produksi dan menanti tarikh tayangan manakala filem Jangan Pandang Pandang baru sahaja selesai menjalani proses penggambaran. |
Majlis Kesyukuran Kejayaan Deejay Lin Posted: 24 Mar 2011 08:45 PM PDT KUALA LUMPUR: Majlis kesyukuran sempena kemenangan penyampai SuriaFM, Deejay Lin pada Anugerah Seri Angkasa 2010 bagi kategori Penyampai Radio Wanita Terbaik dan Rancangan Radio Interaktif Terbaik diadakan di restoran Carlos Heaven Food, Kenanga International, di sini, Khamis. Majlis yang diberi nama Apresiasi Suria Cinta itu turut mengadakan penyampaian hadiah Lagu Berduit Suria FM yang dianjurkan oleh stesen radio itu sejak 28 Februari lalu. Selain penghargaan kepada Deejay Lin dan penyampaian hadiah, majlis tersebut bertujuan meraikan pendengar setia Suria FM terutama sekali buat mereka yangmenyokong kejayaan Lin. Segmen 'Suria Cinta- Inspirasi Cinta Anda' yang dikendalikan oleh Lin merupakan salah satu segmen di Suria FM yang mempunyai hit dan rating tinggi bagi jumlah pendengar dan mendapat sambutan orang ramai. Segmen tersebut banyak mengetengahkan isu cinta selain memutarkan lagu-lagu yang menghiburkan pendengarnya. Suria FM kini semakin giat menjalankan pelbagai aktiviti 'on-ground'dan juga 'on-air'. Suria FM baru selesai menganjurkan Suriashowdown!Band Kampus Terbaik 2011 pada Sabtu lalu. Sekarang ini, masih lagi berlangsung peraduan Lagu Berduit Suria FMsehingga 1 April depan yang menawarkan pendengar wang tunai RM70,000. Pendengar hanya perlu mendengar rancangan Breakfast@Suria untuk mengetahuilagunya. Apabila lagunya berkumandang di radio dalam apa sahaja segmendi Suria FM, hantarkan jawapan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS)dengan menaip LB dan hantar ke 33988. SMS yang terpilih akan dihubungi oleh deejay bertugas dan setiap jawapan yang betul akan melayakkan pendengar memenangi sebahagian wang tunai RM70,000. Pendengar bertuah juga bakal memenangi lebih wang tunai di pusingan bonus jika mendengar Lagu Berduit dalam versi 'LIVE'. |
You are subscribed to email updates from macam macam hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |