Adsense

Jumaat, 25 Mac 2011

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Tunggu saja 3 April

Posted: 24 Mar 2011 04:25 PM PDT

Hip

pix_gal0
Lisa Surihani mula merasai bahang ABPBH 2010, tidak mahu letak harapan tinggi

TIDAK lama lagi acara kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2010 berlangsung. Sama ada peminat, malahan sebilangan artis sendiri terutama yang nama mereka berada dalam senarai Top 5 ABPBH 2010, sudah mula mencongak siapakah yang menang dalam kategori dipertandingkan.

Memang semua nama ada peluang untuk menang. Faizal Tahir, Black, Aizat, Lisa Surihani, Anuar Zain, Shaheizy Sam, Adira, Stacy, Liyana Jasmay, Zizan, Shahir, Aaron Aziz, Linda Onn, Nabil, Fara Fauzana, Raja Azura, Fasha Sandha dan Scha Alyahya adalah antara nama yang sering jadi pilihan peminat sebagai pemenang.

Daripada deretan itu, Lisa Surihani Mohamed dianggap sebagai calon favourite bukan sahaja untuk memenangi kategori yang mencalonkan namanya. Ini kerana populariti pelakon wanita popular berusia 25 tahun ini yang semakin menyerlah sejak membintangi beberapa drama bersiri dan filem. Jika mahu dibandingkan dengan pelakon wanita lain, Lisa memang di antara pelakon yang mempunyai ramai peminat berdasarkan sikapnya yang lemah lembut, peramah dan berbudi bahasa, tidak kira bersama peminat mahupun rakan-rakan.
Malahan setiap kali berjumpa, Lisa tidak pernah lokek dengan senyuman, dan sememangnya dia akan menunjukkan rasa hormat serta pandai mengambil hati.

Lihat saja jumlah pengikutnya di laman web sosial Facebook dan Twitter, sudah hampir mencecah angka juta serta apabila muncul saja Lisa pada siri jelajah promosi ABPBH 2010 yang disertainya, diadakan di sekitar tanah air baru-baru ini, ternyata ramai peminat bersorak riang memanggil namanya. Melihat kepada faktor itulah, tidak kira di kalangan rakan artis mahupun pembaca setia, Lisa menjadi pilihan.

Bagaimanapun, pelakon ini yang dihubungi Hip bagi mengulas mengenai ramalan tersebut, sedikit pun tidak menunjukkan perasaan bangga, malahan tidak juga mahu meletakkan harapan terlalu tinggi.
Malah, gadis ini dengan sikap penuh rendah diri hanya berserah kepada takdir dan ketentuan Tuhan selain menegaskan jangan sesekali menafikan peluang dan populariti semua artis yang tersenarai dalam Top 5 ABPBH2010.

"Kita tidak akan tahu keputusannya sampailah malam kemuncak 3 April nanti. Namun, saya hargai tekaan awal ini yang mengatakan nama saya antara calon pilihan sebagai Bintang Paling Popular tapi saya serahkan segala-galanya kepada Tuhan dan ini bergantung kepada rezeki.

"Sejujur kata, saya tidak mengharapkan kemenangan dan soal menang atau tidak, biarlah saya ketepikan terlebih dahulu. Cukup sekadar nama saya dicalonkan, saya sudah merasai amat terharu kerana kerja serta bakat saya dihargai orang ramai.

"Kemenangan bagi anugerah Bintang Paling Popular adalah sesuatu yang agak besar, justeru saya tidak terlalu memikirkan mengenai anugerah ini. Saya hanya lebih kepada bersyukur kerana mendapat sokongan yang tanpa henti dari peminat.

Begitu juga dengan kesudian peminat menyokong hasil kerja saya adalah satu anugerah buat saya. Saya menghargai sokongan ini," ujar Lisa yang cukup popular menerusi drama bersiri Adamaya.

ABPBH peluang perbaiki diri

Selain itu, Lisa juga sudah banyak membintangi drama dan filem, antaranya ialah Good Bye Boys, I'm Not Single, Jangan Pandang Belakang Congkak, V3: Samseng Jalanan, Semerah Cinta Stiletto, Zoo, Lagenda Budak Setan, dan Jangan Pandang Belakang Congkak 2.

Turut dicalonkan di dalam kategori Pelakon TV Wanita Popular dan Pelakon Filem Wanita Popular, Lisa cukup berterima kasih kepada peminatnya yang tanpa henti menyokongnya sehingga dia berjaya sampai ke tahap ini.

"ABPBH adalah anugerah berdasarkan pemilihan dan undian daripada peminat. Ini menjadi landasan untuk peminat menyuarakan pendapat terhadap artis kegemaran mereka. Tidak dinafikan, anugerah ini juga menolong Lisa untuk memperbaiki diri Lisa lagi dari semasa ke semasa. Diharapkan dengan sokongan positif dari semua pihak, Lisa akan terus berada di dalam persada seni tanah air," katanya.

Sarat dengan hiburan, populariti dan kerdipan nama bintang yang terus menyinari persada hiburan, anugerah ini adalah landasan kepada peminat menyatakan penghargaan kepada insan seni yang berjasa menerusi undian dalam 17 kategori yang disediakan.

Malam Ahad itu nanti, bakal melakar satu lagi sejarah dalam industri hiburan tanah air dan segala debaran bakal terungkai.

Siapakah di antara finalis ABPBH 2010 bakal mengungguli anugerah utama iaitu, Bintang Paling Popular. Siapakah di antara artis popular yang akan membawa pulang hadiah utama, sebuah kereta Nissan Teana. Semua persoalan dan tanda tanya akan terjawab dalam beberapa hari lagi.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kata Hati, Bebas pertaruhan Mila

Posted: 24 Mar 2011 04:22 PM PDT

Hip

Bangkit dengan album terkini lima lagu ciptaan terbaru

MILA atau nama Nursharmila Jirin, juara Akademi Fantasia (AF) musim kelima ini mahu bangkit dengan album keduanya selepas hampir empat tahun tidak menghasilkan sebarang produk.

Gadis genit ini tampil dengan album baru yang diberi judul menggunakan Mila Jirin, memuatkan lagu karya terbaru dan beberapa lagu yang diambil daripada album pertamanya.

Lima lagu baru menjadi pertaruhan manakala tiga lagi lagu selingan, iaitu lagu yang pernah dimuatkan dalam album pertamanya, Aku Lebih Tahu versi remix, Siapa Tak Perlu Cinta dan La Ober La La La yang diberi nafas baru. Manakala lagu barunya berjudul Bebas, Malu-Malu, Luahan Hati, Kata Hati dan Kasih Yang Terdampar. Album terbitan MJ Panacea Records yang berkonsepkan 'pop moderate' ini turut menggunakan khidmat tiga orang penerbit terkenal seperti Aidit Alfian, Ajai dan Amir. Namun, konsep album ini tidak banyak kurangnya dari hasilnya yang pertama, di mana motif cinta dan kebebasan banyak diterapkan di dalam bait-bait liriknya.

Ditanya mengenai lagu kegemarannya yang menjadi taruhan buat album keduanya ini, Mila memilih lagu Malu-Malu kerana ia agak berbeza dengan lagunya sebelum ini dan lagu Kasih Yang Terdampar, sebuah lagu rentah balada yang menyelitkan konsep 'slow rock' di akhir lagu.

Lebih menarik lagi, album ini adalah produksi Mila sendiri, setelah hampir tujuh bulan mengusahakan atas inisiatif dirinya sendiri, serta turut mempamerkan bakatnya dalam penulisan lirik di mana dia menghasilkan lirik untuk lagu Bebas.

"Pada mulanya saya hanya mencuba menulis, tapi dengan bantuan Sheikh Qalam, saya dapat menyiapkan lirik lagu itu dalam masa dua hingga ke tiga hari. Saya akui masih baru dalam penulisan dan lirik yang dihasilkan bukanlah antara yang terbaik.
"Ini kali pertama saya menulis lirik kepada lagu saya sendiri, banyak lagi yang saya perlu perbaiki. Oleh itu, saya harap pendengar mahupun peminat boleh menerima karya saya ini," kata Mila.

Anak kelahiran Pulau Pinang ini turut menyatakan dia akan turun padang dengan mengadakan jelajah di seluruh tanah air bagi mempromosikan lagunya dan menyemarakkan penjualan album Mila Jirin.

Sehingga kini, Mila berpuas hati dengan penjualan hasil albumnya itu, di mana ia mendapat sambutan yang agak baik dan dua lagunya iaitu Kata Hati dan Bebas sudah disiarkan di beberapa stesen radio.

Oleh itu, sesiapa yang berminat dengan album Mila Jirin ini boleh mendapatkannya di kedai muzik di sekitar tanah air dan juga boleh melayari laman web www.erama.tv/milajirin dan www.facebook.com/milajirin untuk makluman lebih lanjut.

Selain cakera padat (CD), peminat boleh mendapatkan album ini dalam bentuk kad digital. Kad digital tersebut bukan saja lebih murah berbanding CD, malah peminat boleh menggunakan untuk memuat turun barisan lagu baru Mila terus ke komputer.

"Di Amerika Syarikat dan Eropah sudah lama menggunakan kad digital ini. Kaedah ini sesuatu yang baru tetapi ia memudahkan golongan remaja untuk mendapatkan album baru saya, serta harganya berpatutan dengan golongan ini," kata Mila.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.