Adsense

Isnin, 14 Mac 2011

Sensasi

Sensasi


Video Miming ala-ala Cikgu Shida yang sangat Famous di Youtube

Posted: 13 Mar 2011 09:53 PM PDT

Kalau kat Malaysia ,Cikgu Shida terkenal dengan Video miming yang kelakar.
Kat luar negara pun ada jugak,,Ada yang suka ada yang benci..

Tapi Video2 miming dia mencecah hits juta-juta.

Muka dia comel la jugak..hehe,sensasi tak tau la dia nie masih kanak-kanak ke atau dia nie org kerdil???
layan..



Mulut Lisa Surihani bau petai berlakon adegan ranjang dengan Aaron Aziz

Posted: 13 Mar 2011 09:27 PM PDT



Lisa berlakon disamping Aaron Aziz dalam Filem adaptasi dari Novel terkenal iaitu Ombak Rindu...Omaigod..i like this novel sooo much.

Lisa memegang watak Mila iaitu tunang kepada Hariz (Aaron Aziz),manakala watak utama iaitu Izzah dipegang oleh Maya Karin.

Dalam Filem nie ada satu babak Ranjang diantara Lisa dan Aaron menyebabkan Lisa menggigil satu badan semasa ingin melakonkan adegan tersebut.

Tapi dalam menggigil Lisa,ada jugak kenangan lucu yang berlaku masa tue.Kes makan Petai.Rupanya Lisa sangat suka makan petai sampaikan boleh makan petai mentah begitu sahaja.

Kata Lisa:
"Lucunya, babak intim itu turut diwarnai insiden lucu yang dikenang Lisa sampai sekarang. Semua gara-gara petai. Kami jalani penggambaran filem ini di Langkawi tahun lalu. Bayangkan Lisa memang kuat makan petai mentah dan pokok petai pula ditanam berdekatan set penggambaran dijalankan.

"Lisa boleh selamba makan 10 biji petai seperti mengunyah makanan. Tahu sajalah penangan bau petai. Lisa pula ada babak bersama Aaron. Nak jadikan cerita Aaron pula memang tak suka dan benci bau petai. Untuk mengurangkan bau itu, Lisa mengamalkan petua meminum susu segar.

"Tapi dengan kuantiti biji petai yang Lisa makan, ia tidak mampu diatasi. Akhirnya, babak intim itu hampir rosak akibat bau ini. Nak tak nak kami kena bertahan. Aaron pun sempat berseloroh, meminta gula-gula getah untuk diberikan kepada saya bagi menyegarkan kembali bau mulut," kata duta Garnier dan Lipice ini sambil tertawa mengenangkan memori kisah petai itu.

Kata Lisa, perasaan gementar yang dirasainya terhadap lelaki kelahiran Singapura itu semuanya bertimbal balik kepada rasa hormatnya terhadap aktor senior itu. Begitu juga dengan heroin filem ini yang dilakonkan Maya Karin.

"Isteri Aaron (Diyana Halik) sendiri berkata kepada Lisa jangan ada perasaan takut-takut dengan Aaron. Lisa pun tidak boleh terlalu kuat berperasaan begitu kerana ia sebenarnya akan memberi kesan kepada perjalanan penggambaran filem ini, Aaron dan pelakon lain.

"Siapa yang mampu menidakkan, dia memang seorang lelaki dan bapa yang sangat tampan. Paling penting dengan status dipegangnya kini, dia sangat mementingkan aspek kebersihan dan penjagaan diri,"
Sensasi mula-mula baca Novel Ombak Rindu nie melalui majalah Remaja..masa tue setiap keluaran Majalah Remaja ada satu ruangan Novel,dimana Novel Ombak Rindu dipaparkan dan bersambung-sambung...masa tue sensasi tak tahu Ombak Rindu punye Novel nie ada jual..So memang tak missed beli majalah Remaja.

Lepas tue bila dah dpt tahu novel nie ada dijual barulah Sensasi beli.Memang best jalan ceritanya.

memula alkisahnya Izzah nie anak yatim piatu,di bela oleh bapak saudaranya yang memang teruk,pastu Izzah dijual kepada bapak ayam.Izzah masa tue merupakan pelajar cemerlang ,baik,suci murni gitu.

Lepas tue Izzah tak rela dijadikan pelacur,tp bapak ayam bagi Izzah makan pill tidur kot,tak silap sensasi.

Izzah tertidur dan ditiduri oleh Hariz,kiranya si Hariz nie melanggan pelacur lah yang masih dara,,lepas izzah tersedar dia merayu2 mintak Hariz tlg lepaskan dia dan kahwini dia sebab dia dah tak suci lagi kan..ermm.sensasi tak berapa ingat plak jalan ceritanya..Hariz pun membeli Izzah dari Tauke dengan harga yang tinggi.

Then Hariz nie pulak memang pandang hina habis lah ngan Izzah,garang dan suka marahkan Izzah,dia anggap Izzah mcm perempuan simpanan je,Izzah pulak tak kisah apa pun anggapan hariz padanya asalkan hububgan itu halal.dan Perkahwinan Izzah dengan hariz dirahsiakan.Sebab hariz dah ada tunang ,namanya Mila .Hariz nie anak org kaya ,ibunya Datuk Sufiah.

Disebaabkan sikap Izzah yang mulia,suci murni baik,penyabar,hariz yang garang mcm singa lama kelamaan hatinya makin lembut.Dia mula timbul perasaan rindu pada Izzah tapi tak tahu adakah itu cinta?

Lepas tue barulah mula kisah percintaan antara Hariz dan Izzah yang penuh liku.Sensasi harap Filem nie taklah mengecewaakan mcm filem Lagenda Budak Setan yang difilemkan.

Memang bagi org yg tak baca Novel rasa filem tue mcm okey je,tp bg pembaca novel mmg out lah..tak sebebst Novel.



Irma Hasmie kini bertudung selepas pulang menegerjakan Umrah

Posted: 13 Mar 2011 08:32 PM PDT



Nampaknya ada seorang lagi Artis wanita kita yang berhijrah dengan bertudung.
Irma Hasmie yang pulang mengerjakan Umrah kini dah bertudung. Alhamdulillah.

Sweet sangat Irma betudung. Menggigit jari lah Nabil dah tak bersama Irma lagi.
Semoga Irma akan lebih tenang dan gembira lepas nie.






Tsunami Jepun yang Dasyat dan lawak Tsunami oleh Fizz Fairuz dan Berita Harian

Posted: 13 Mar 2011 12:54 PM PDT

Jepun memang lah terkenal dengan superhero seperti Ultramen,gaban,Doraemon,Dragon Ball(my fav) ,dan mcm2 lagi lah..

Namun semua tue memang kita tahu hanyalah sebuah karakter hiburan sahaja.Fizz Fairuz pula cuba bergurau dan berjenaka dengan mengaitkan superhero jepun dengan Bencana Tsunami yang melanda Jepun.Memang tak sesuai kerana situasi yang melanda Jepun kini mengorbankan banyak nyawa..mereka hilang harta benda, dan org tersayang.Sensasi tak dpt bayangkan bagaimana keadaan mangsa Tsunami Jepun..tengok Video pun dah cukup dasyat amat.


bukan Fizz Fairuz ja buat lawak camni,terbaru Berita harian juga memohon maaf kerana tidak peka dan menyiarkan karikatur Tsunami dan Ultraman.


Sebelum nie dunia dikejutkan dengan Tsunami yang amat Dasyat ,dimana Malaysia pun kena Tsunami.Kali nie die Jepun sebuah negara berteknologi tinggi.

Jelas kuasa manusia daan teknologi tak mampu melawan "mother nature" iaitu kuasa tuhan.

Setakat nie dah 10,000 nyawa terkorban dan 400,000 cedera.
Kalau tengok Lapangan terbang pun dah hancus..mcm mana nak lari dari Jepun mcm nie?kene tunggu helicopter datang menyelamatkan keadaan

.Rakyat Malaysia di Filipina dah mula dipanggil balik kerana kemungkinan lepas nie Philiphine pulak dilanda Tsunami..

Semua dilarang ke pantai buat masa sekarang nie...adui sensasi rasa ngeri la pulak..
Sensasi ada kat Penang nie,esok nak gi area Bayan Lepas Industrial yang sememangnya tepi laut jer...dilemma nyer...

Rasa mcm kenot go jer...






Gambar-gambar semasa Malam Gala Filem Hikayat Merong Mahawangsa

Posted: 13 Mar 2011 12:01 PM PDT



Lisa Surihani turut hadir memberi sokongan.

Anuar Zain selaku penyanyi lagu runut filem ini
berjudul "Sedetik Lebih" turut hadir.
Norman Abdul Halim selaku penerbit filem.


Pengacara TV, Shera Ayoub akan muncul dengan
filem terbitan KRU, "Karak" tidak lama lagi.

Nell Ng memegang watak sebagai Ying Ying

Pelakon Sharifah Amani dan juga teman wanita kepada
Gavin Stenhouse baru sahaja pulang dari Shen Zhen, China
untuk sidang media filem terbarunya turut datang memberi sokongan.

Pengarah filem, Yusry Abdul Halim.
Edry Abdul Halim selaku penerbit dan
komposer kepada lagu runut filem
.
Craig Fong yang sebelum ini terkenal dengan filem "Spinning Gasing".
Craig memegang watak sebagai Admiral Liu Yun.

Pengacara "Diva@1" dan DJ radio Muzik FM.

Ummi Nazeera kelihatan anggun dengan dress birunya itu.
Stephen Rahman Hughes memegang watak sebagai
Merong Mahawangsa.

Khir Rahman sebagai Kamawas bakal muncul dengan filem arahan
beliau, "... Dalam Botol" di pawagam 24 Mac akan datang.

Pasangan "Hikayat Merong Mahawangsa"
sama cantik, sama padan.

Ini dia wajah-wajah mereka yang terlibat dengan filem "Hikayat Merong Mahawangsa".

Poster Karakter Filem Hikayat Merong Mahawangsa

Posted: 13 Mar 2011 11:26 AM PDT

Menurut KRU Studios melalui laman sosial Facebook mereka, "Hikayat Merong Mahawangsa" telah berjaya mencatat kutipan setengah juta ringgit pada hari tayangan pertama filem ini di Malaysia dan Brunei

"Hikayat Merong Mahawangsa" dibarisi Stephen Rahman-Hughes, Ummi Nazeera, Gavin Stenhouse, Khir Rahman, Craig Fong, Jing Lusi, Nell Ng, Dato' Rahim Razali, Deborah Henry, Umie Aida, Jehan Miskin dan ramai lagi