Adsense

Ahad, 13 Mac 2011

borak kosong

borak kosong


Bekas paderi Katolik yang memeluk Islam

Posted: 13 Mar 2011 09:00 PM PDT

LONDON (voa-islam.com): Seorang paderi Katolik yang menjadi mualaf berbicara tentang alasannya untuk berganti kepercayaan.

Bekas paderi itu bernama Idris Tawfiq, seorang pembicara tamu di acara Pekan Islam di universiti Cambridge, acara ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan mengangkat toleransi.

Tawfiq mengatakan: "Ini bukan saya yang pergi untuk mencari Islam. Tapi Islam yang datang mencari saya."

"Saya menyukai kehidupan saya sebelumnya dan pekerjaan saya, tapi sekarang saya sudah menemukan kedamaian yang saya tidak pernah dapat sebelumnya."

Tawfiq menjelaskan bahawa dia membuat keputusan untuk meninggalkan dunia pendeta setelah menyedari betapa kesepiannya dia.

"Saya meninggalkan pekerjaan saya, tapi bukan agama Katolik," katanya.

Tawfiq mengatakan, dia tinggal di Inggris selama 40 tahun dan memiliki pandangan stereotip terhadap Muslim.

Tapi ketika bercuti di Mesir dia bertemu dan berteman dengan banyak orang Muslim, dan ia mengatakan bahwa ia mulai menyedari bahwa persepsinya tentang Islam selama ini adalah salah.

"Keyakinan Kristian saya perlahan-lahan mulai menjauh dan Islam menjadi lebih dan lebih penting."

"Saya meninggalkan kependetaan Katolik saya, tidak ada kekerasan dalam Islam, ini benar-benar sangat indah, sangat lembut dan manis," tambahnya.

Tawfiq  sekarang tinggal di Mesir, dan berspekulasi tentang masa depan negara ini setelah jatuhnya Hosni Mubarak, ia mengatakan: "Satu hal yang diajarkan oleh Islam, bahawa jangan pernah terkejut dengan apa yang ditawarkan oleh kehidupan."

"Siapa yang boleh membayangkan, tiga minggu lalu bahwa seorang yang telah memerintah negara selama 30 tahun kemudian tidak lagi berkuasa sekarang?" ia bertanya.

"Ini memberi saya harapan besar bahawa ketika kita berfikir kita tidak boleh melakukan segala sesuatu, oleh Allah kita akan dikurniakan sesuatu yang boleh kita lakukan," tutupnya.

[Pelik] Rebus terlur dengan guna air kencing budak sekolah

Posted: 13 Mar 2011 08:00 PM PDT

Pelik-pelik betul makanan dari China i
ni..
saya petik dari kosmo online



Biejing- Sebuah kedai di wilayah Zhejiang, timur China menjual telur yang direbus dengan air kencing budak sekolah dan ia merupakan resipi tradisonal berusia ribuan tahun, lapor sebuah akhbar semalam.

Chef stradisonal, Lu Ming berkata, dia mahu mempromosikan semula makanan tradisional itu sehingga ke peringkat antarabangsa.
"Air kencing tersebut dikumpul daripada pelajar sekolah lelaki yang berumur 10 tahun, mereka kencing di dalam sebuah tong dan kami mengambil air itu pada setiap hari.

"Telur-telur itu akan direbus dalam air kencing tersebut dengan kulitnya," katanya.

Menurutnya, telur tersebut berasa sedap dan berkhasiat untuk menyembuhkan demam selain meningkatkan konsentrasi serta menghilang rasa mengantuk. - Agensi

Kena lapah ular dalam Pertandingan Ratu Cantik Ular

Posted: 13 Mar 2011 07:00 PM PDT

Macam-macam hal untuk menunjukkan kelainan..
saya petik dari kosmo online


DALLAS, Amerika Syarikat (AS) - Pemenang Ratu Cantik Ular di Sweetwater, Texas perlu melapah ular spesies orok-orok selain diberikan tiara kemenangan, lapor sebuah akhbar semalam.

Pemenang ratu cantik itu, Laney Wallace yang memenangi gelaran tersebut pada minggu lalu hanya menggunakan parang untuk memutuskan kepala dan melapah kulit ular tersebut dengan menggunakan gunting.

"Saya terlalu teruja untuk memutuskan dan melapah kulit ular," katanya.

Daging ular itu digoreng untuk dijadikan makanan ringan, manakala kulit haiwan itu digunakan untuk membuat but dan dompet manakala racunnya pula untuk dibuat kajian.

Pemenang kedua pula diminta mencelup tangannya dengan darah ular tersebut dan membuat kesan tapak tangannya yang berdarah di dinding. - Agensi

Gadis terpedaya dengan ayat power datuk 63 tahun seorang penoreh getah

Posted: 13 Mar 2011 06:00 PM PDT

Berhati-hati jangan sampai tertipu dan terpedaya..
saya petik dari myMetro

KULIM: Menggunakan umpan tersalah mendail nombor telefon, seorang remaja perempuan berusia 18 tahun melalui detik mencemaskan apabila mendakwa dinikahkan dengan pemilik nombor telefon berkenaan dalam tempoh perkenalan hanya kira-kira lima bulan.

Lebih mengejutkan, 'suami' yang mendakwa lelaki kacak berusia 30 tahun dan bekerja sebagai pegawai bank itu seorang datuk berusia 63 tahun yang juga penoreh getah.

Bagaimanapun, remaja itu yang bekerja di sebuah pasar raya, dekat sini, 'bernasib baik' kerana ketika dinikahkan kononnya di sebuah pejabat agama di Thailand, dia dalam keadaan 'uzur' menyebabkan suaminya terpaksa menyimpan hajat menjamah tubuh gadis itu untuk sementara waktu.

Begitupun, selepas empat hari bernikah, remaja terbabit menyatakan hasrat berpisah dengan suaminya sebelum membuat laporan polis dan jabatan agama.

Ketika mendedahkan pengalamannya, remaja yang mahu dikenali sebagai Lis berkata, dia berkenalan dengan warga emas terbabit Oktober lalu apabila lelaki itu mendakwa tersilap mendial nombor telefonnya.

Bermula saat itu, katanya, lelaki terbabit kerap menghantar SMS serta berbual dengannya walaupun mereka tidak pernah berjumpa.

 Menurutnya, sejak berkenalan, lelaki itu kerap menambah nilai kredit telefon bimbitnya selain memasukkan wang ke akaun adiknya untuk kegunaan termasuk membeli-belah.

"Dia kerap tambah nilai telefon saya selain memasukkan wang ke dalam akaun adik untuk kegunaan saya dan memberitahu dia berusia 30-an, masih bujang dan bekerja sebagai pegawai bank.

 "Beberapa minggu lalu, kami membuat keputusan untuk berjumpa di stesen bas dekat sini. Sebaik saya tiba, lelaki itu bersama rakannya membawa saya ke Thailand untuk bernikah," katanya.


Lis berkata, selepas empat hari bernikah dia berasa tidak sedap hati sebelum meluahkan hasrat tidak puas hati terhadap perkahwinannya dan minta berpisah.


"Saya bingung bagaimana proses pernikahan itu berlaku dan kerana tidak puas hati saya membuat laporan di Balai Polis Kulim kerana rasa tertipu dan mungkin dipukau," katanya ketika ditemui di Balai Polis Kulim pada 7 Mac lalu.

Sementara itu, lelaki terbabit yang enggan dikenali berkata, dia tertarik dengan remaja itu yang pandai mengambil hati selain suka mendengar suaranya.

Menurutnya, sepanjang proses pernikahan dengan remaja itu, tidak berlaku sebarang paksaan, malah semua dokumen berkaitan ada dalam simpanannya.

"Saya menikahinya di Thailand dan memiliki semua dokumen yang diperlukan, malah ketika bernikah tidak berlaku sebarang paksaan. "Sejak menikahinya kami tidak pernah bersama kerana dia datang bulan," katanya.

Warga emas itu berkata, dia mempunyai anak berusia tujuh bulan hingga 30 tahun dan remaja itu isteri keduanya.

Menurutnya, dia sudah bernikah empat kali, tetapi tidak kekal lama dan bercerai.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Salleh, berkata pihaknya menyerahkan kepada Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK) untuk memastikan kesahihan status perkahwinan pasangan itu.

Sementara itu, jurucakap PADK berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut sebelum mengambil tindakan susulan.

[Gila]"Cip seks" ditanam di otak untuk merangsang nikmat seks

Posted: 13 Mar 2011 05:00 PM PDT

Para saintis sedang mengembangkan "cip seks" elektronik yang dapat ditanamkan ke otak untuk merangsang rasa nikmat.

Cip ini bekerja dengan mengirimkan kejutan-kejutan kecil dari elektrod yang tertanam di otak. Teknologi ini telah digunakan di Amerika Syarikat untuk mengubati penyakit Parkinson.


Tetapi dalam beberapa bulan terakhir ini para saintis telah memfokuskan pada daerah otak tepat di belakang mata yang dikenali sebagai korteks orbitofrontal – ini berkaitan dengan perasaan nikmat yang berasal daripada makan dan seks.

Sebuah penelitian kajian yang dilakukan oleh Morten Kringelbach, senior fellow di jabatan psikiatri Oxford University, menemukan korteks orbitofrontal boleh menjadi "sasaran stimulasi baru" untuk membantu orang yang menderita anhedonia, ketidakmampuan untuk mengalami kenikmatan dari kegiatan tersebut. Penemuannya dilaporkan dalam jurnal Nature Reviews Neuroscience.

Professor Neurosurgeri Tipu Aziz berkata, "Ada bukti bahawa cip ini akan bekerja. Beberapa tahun yang lalu, seorang saintis telah mengimplan alat tersebut ke dalam otak seorang wanita dengan ghairah seks yang rendah dan mengubahnya menjadi aktif secara seksual. Dia tidak suka dengan perubahan mendadak itu, sehingga kabel di kepalanya telah dibuang. "

Namun beliau menambah bahawa teknologi saat ini, yang memerlukan pembedahan untuk menyambung kabel dari perintis jantung ke otak, boleh menyebabkan perdarahan dan adalah "intrusif dan kasar".

Dia melanjutkan: "Ketika teknologi meningkat, kita boleh menggunakan otak melalui rangsangan di banyak daerah-daerah baru. Ini akan menjadi lebih halus, dengan lebih banyak kawalan ke atas kekuatan sehingga anda mungkin boleh menghidupkan dan mematikan cip bila diperlukan.

"Dalam masa 10 tahun, terapi yang sedia akan menjadi luar biasa – kita tidak tahu kemungkinannya walaupun setengah."

Mesin elektronik, bernama Orgasmatron, diambil dari filem Sleeper, Woody Allen tahun 1973 , sedang dikembangkan oleh seorang doktor Carolina Utara, yang memodifikasi Stimulator saraf tulang belakang untuk menghasilkan kenikmatan pada wanita.  ~~unikversiti

Datuk Selamat dari Tsunami Setelah 2 Hari Terapung

Posted: 13 Mar 2011 11:01 AM PDT

TOKYO - Ada saja keajaiban di sebalik bencana. Seperti yang dialami seorang warga Jepun yang disapu tsunami hingga 15 kilometer ke lautan. Namun, dia berhasil diselamatkan.

Pasukan Pertahanan Maritim Jepun menolong Hiromitsu Shinkawa, datuk berusia 60 tahun yang mengambang dengan berpegangan pada sepotong atap di perairan Prefektur Fukushima selama dua hari setelah tsunami.

lelaki itu berasal dari Minasoma. Dia tersapu gelombang tsunami ketika berada di rumahnya.

Dia dalam keadaan sedar dan keadaannya baik setelah diselamatkan. Penyelamat berlangsung pada pukul 12.40 waktu setempat. Dia kemudian dibawa ke hospitalmenggunakan helikopter.

"Saya berlari ketika tahu tsunami akan datang," tutur Shinkawa seperti dikutip AFP, Minggu (13/3/2011).

"Namun saya terbawa air ketika saya kembali ke rumah untuk mengambil sesuatu. Saya selamat keraa saya berpegangan pada atap rumah saya," cerita Shinkawa.

Pemerintah Jepun mengatakan,  1.000 orang tewas dalam bencana gempa dan tsunami. Sementara polis memperkirakan 215 ribu orang berada di penampungan darurat.

Bapa tujuh anak pakai kereta Mercedes walaupun menganggur

Posted: 13 Mar 2011 10:30 AM PDT

Seorang bapa kepada tujuh orang anak, Peter Davey enggan bekerja kerana dia menerima pendapatan lumayan menerusi hasil elaun sara hidup golongan penganggur kerajaan Britain.



Walaupun dia dan isterinya, Claire, 29 menganggur, elaun sara hidup lebih £42,000 (RM207,765) setahun yang diterima mereka mencukupi untuk keluarga itu tinggal di rumah berkembar dan memiliki sebuah kereta Mercedes Benz selain sebuah kenderaan pelbagai guna.

"Mengapakah saya perlu bekerja kerana jika saya bekerja, saya belum tentu memperoleh pendapatan sebanyak ini, lebih baik kami menganggur," kata Peter, 35.

Di rumah berkembar mereka di Isle of Anglesey itu, keluarga tersebut memiliki televisyen skrin rata besar, sebuah permainan video Wii, tiga permainan video Nintendo dan sebuah komputer di samping empat telefon bimbit.

Namun, dia dan isterinya yang kini mengandung anak kelapan, masih tidak berpuas hati dengan elaun kebajikan tersebut dan mahukan kerajaan menaikkannya ekoran kos sara hidup yang semakin meningkat.   ~~Agensi

Inilah Muslimah minta sokongan membuka Tudung di Facebook

Posted: 13 Mar 2011 09:30 AM PDT

Semra Çelebi kini tak lagi memakai tudung. Menurut pendapat gadis Turki ini, dirinya tidak perlu pakai tudung untuk jadi muslimah yang baik. Toh tidak mudah mengambil keputusan untuk menanggalkan tudung. Sebelum itu Çelebi membuat page Facebook khusus: I took off my Hijab. Ini ia lakukan setelah dia tinggal di Gert Wilders, Belanda, tepatnya di Amsterdam.



Tudung-tudungnya nya masih terletak rapi di almari di rumah orangtuanya. Semra Çelebi menyimpan dan tak merancang membuang tudung yang dulu dipakainya. Tudung adalah bahagian dari masa lalu, tapi bukan lagi identitinya sekarang. Sekarang Semra tinggal di Amsterdam. Dia menjadi orang biasa, anonim dan bebas.

Semra memakai tudung untuk pertama kalinya pada usia 10 tahun. Dia mengikuti contoh adiknya yang bersekolah di Sekolah Rendha Islam. Semra sendiri bersekolah di Sek Rendah Kristian di Barneveld, Belanda. Bagi ayahnya yang berasal dari keluarga Turki konservatif, tudung sangat penting. Awalnya, Semra harus membiasakan diri ketika baru memakai jilbab.

"Rasanya tidak nyaman, kerana saya tak tahu bagaimana teman-teman akan bereaksi. Saya ingat, teman-teman menarik saya masuk ke dalam kelas kerana saya tak berani menampakkan diri. Tapi saya diterima dengan baik. Kalau lelah bermain dan panas, saya buka saja tudungnya."

Lap dapur
Reaksi terhadap tudungya kadang negatif. Seseorang pernah mengelarnya 'lap dapur'. Salah satu momen menyakitkan terjadi ketika dia mencari pekerjaan di sebuah perusahaan mainan yang menolaknya kerana "tidak tega menyakiti pelanggan dengan mempekerjakan gadis bertudung."
Memakai tudung jadi punya makna khusus bagi Semra. Ia lebih melihatnya sebagai bahagian dari identiti agama. Tuhan tidak ingin perempuan berpakaian seksi. Dalam berbagai debat, dia membela pemakaian tudung dengan bersungguh-sungguh.

Namun kemudian datang titik balik. Setelah Semra kuliah hukum di UniversitI van Utrecht. Dan sempat tinggal di Sheffield, New York dan Brussels. Ketika meninggalkan Barneveld yang kecil dan penuh aturan, Semra mulai ragu. Setelah membaca berbagai buku, Semra memutuskan membuka tudungnya.

"Tudung tidak sesuai lagi dengan bagaimana saya ingin menjalankan agama. Bagi saya sekarang, tidak perlu pakai tudung untuk jadi muslimah yang baik. Saya perlu waktu enam bulan sebelum benar-benar melepas tudung. Sangat sulit. Tudng bukan hanya sekadar selembar kain. Ini sebahagian identiti saya pakai enam belas tahun. Saya juga takut dengan reaksi dari sekitar."

Sekarang, sudah tiga tahun dia melepas penggunaan syariat tudung Dan Semra harus kembali membela identitinya. Kali ini sebagai "muslimah" tanpatudung. Ayahnya tentu saja menentang keputusannya melepas tudung. Semra juga menerima reaksi negatif dari sekeliling. Namun dia tak goyah.  Semra membuat page Facebook untuk memberi sokongan  terhadap perempuan yang telah atau merancang untuk membuka tudung.

Bk -rosak perempuan ini

Percaya tak ini semua dibuat daripada kertas

Posted: 13 Mar 2011 08:00 AM PDT













dan inilah dia wanita yang membuat segala ini
Yumiko Matsui
born in osaka, Japan

EDUCATION
1998-1999
studied painting with master hajime yoshioka, osaka,japan

2006-
started making paper sculpture by myself

STREET EXHIBITION
august,2001
street exhibition with hideaki kawazoe in soho, ny

EXHIBITION
november,2008
"festival" yumeiro museum, osaka,japan

october,2000
"natural strip" apt gallery,tokyo, japan

GROUP EXHIBITIONS
july 2008 to august 2008
"paper city" mixed greens gallery, newyork,us

2003
art event"gallery show case" newyork,us

jun,2002
art event"tokyo mania2" club@333, london,uk

march,2002
art event"tokyo mania" include live painting with yuko asano. Club@333,london,uk

july,1999
"bitter fruits2" karokaro,osaka japan

december,1998
"kruk" osaka,japan

july,1998
"bitter fruits "karokaro" osaka,japan

PUBLICATIONS
may,2004
desigh post card in collaboration with loures lieli in brazil

TOILET ANTARA DUA DARJAT

Posted: 13 Mar 2011 07:00 AM PDT


Sampai macam ni sekali manusia membandingkan kedudukan

Kereta dibuat akuarium,yang pertama di dunia

Posted: 13 Mar 2011 06:00 AM PDT

Di Siam Ocean World di Siam Paragon pusat perbelanjaan di Bangkok, ada kereta yang luar biasa dan tidak dapat dipandu. Mengapa? Kerana kereta itu diisi sampai penuh dengan air! Kemudian diletakkan puluhan ikan yang membuat kereta ini seperti akuarium.





Gol yang paling kurang ajar di dunia

Posted: 13 Mar 2011 05:25 AM PDT


Betul-betul meyirap darah pasukan lawan.....

Tsunami: Berita Harian siar karikatur didakwa hina Jepun dan telah memohon maaf

Posted: 13 Mar 2011 04:34 AM PDT

Inilah karikatur yang didakwa menghina mangsa Tsunami di Jepun..
Berita Harian dianggap tidak sensitif dengan keperitan mangsa Tsunami dengan
menyiarkan karikatur ini....
berita karikatur ini telah masuk kelaman web CNN dengan tajuk Malaysian newspaper pokes fun at recent tsunami disasters

dan menurut Malaysia Insider,Berita Harian telah memohon maaf atas penyiaran karikatur ini..
saya petik berita dari The Malaysia Insider

KUALA LUMPUR, 13 Mac — Kumpulan Berita Harian memohon maaf ekoran tindakan menyiarkan karikatur mengisahkan kejadian tsunami dan gempa bumi di Jepun dalam edisi Berita Minggu hari ini, yang ramai menganggap ia tidak menghormati keperitan rakyat negara itu.

Dalam mesej yang disiarkan menerusi Facebook petang tadi, pengaragnya berkata: "Berita Harian memohon maaf dengan penyiaran karikatur mengenai kejadian tsunami dan gempa bumi di Jepun dalam akhbar Berita Minggu hari ini.

"Pihak kami tidak berniat langsung untuk mempersendakan bencana yang menimpa negara itu, sebaliknya amat bersimpati dan berkongsi kesedihan dengan rakyat Jepun."

Karikatur yang disiarkan di halaman 24 menunjukkan superhero Jepun "Ultraman" lari lintang-pukang bagi mengelak ditelan gelombang tsunami.

Jepun dilanda gempa bumi paling buruk dalam 140 tahun kelmarin dan disusuli tsunami.

Lebih 1,600 orang sudah disahkan mati dan 10,000 lagi dikhuatiri hilang.

Pengarang Kumpulan Berita Harian Datuk Mior Kamarul Shahid, yang mempunyai kolum peribadi di halaman yang sama, juga memohon maaf menerusi mesej akaun Twitternya sekitar 3 petang tadi.

Beliau antara lain berkata, "(saya) mengelak (hadir) satu lagi majlis kahwin, kena bergegas ke pejabat. Tak boleh telan nasilah. Kami buat satu kesilapan besar. Minta maaf kepada setiap orang."

Penerbitan karikatur yang dihasilkan oleh "Zoy" mendapat kritikan pelbagai pihak termasuk pemimpin-pemimpin politik Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat meminta akhbar itu memohon maaf.


Satu lagi mesejnya berbunyi "salam. Berita Harian sudah meminta maaf dan kesal. Mengaku terlepas pandang."

Pengarah Komunikasi PRK Nik Nazmi Nik Ahmad dalam mesej Twitternya minta mereka yang mengecam penyiaran karikatur itu supaya menandatangani petisyen protes terhadap akhbar tersebut.

Naib Presidennya Nurul Izzah Anwar pula berkata, "isu kartun Berita Minggu amat mendukacitakan, langsung tidak mewakili rakyat Malaysia yang bersama merasai keperitan yang dihadapi rakyat Jepun."

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin pula menulis "malang sekali kartun tsunami itu diterbit di bawah kolum Pengarang Kumpulan (Berita Harian) sendiri."

Pengarah filem seram yang tak tahan dengan jeritan

Posted: 13 Mar 2011 04:00 AM PDT

Kalau para peminat menonton filem-filem horor mengerikan arahan Quentin Tarantino, pasti sudah tak lagi asing dengan jeritan dan suara-suara menakutkan yang memekakkan telinga. Namun rupanya, Tarantino sendiri tak tahan dengan suara keras, walaupun suara itu datang dari seekor burung kakaktua.
Bahkan, kerana 'jeritan' burung ini, Quentin pun sampai menyaman tuan punya burung yang tak lain adalah tetangganya sendiri. Sang tetangganya itu pulak ialah seorang penulis naskah bernama Alan Ball, yang sudah menulis untuk TRUE BLOOD, SIX FEET UNDER, dan AMERICAN BEAUTY.
Saman  yang diajukan Quentin ini sepertinya cukup serius, kerana sekarang sudah berada di Pengadilan Tinggi Los Angeles untuk diproses. Dalam tuntutan ini, tersebut bahawa seekor burung eksotis milik Ball ini mengeluarkan 'jeritan memekakkan telinga' selama 7 sampai 8 jam sehari.
"Hampir setiap hari, Mr Tarantino dan semua yang berada di rumahnya terganggu dengan jeritan mirip suara yang mengerikan dari burung kakak tua ini, yang tidak hanya mengejutkan, tapi juga benar-benar mengganggu kemampuan Mr Tarantino bekerja sebagai seorang penulis di rumah. Intinya, burung ini mengganggu ketenangan dan kenyamanan rumahnya," bunyi tuntutan saman yang diajukan kemuka  pengadilan.

“Saya Gadis Mexico dan Saya Seorang Muslimah”

Posted: 13 Mar 2011 03:00 AM PDT


Tanggal 15 Disember 2008 menjadi hari yang bersejarah bagi Lucia, gadis Mexico yang lahir dan besar di Mexico City. Pada hari itu, Lucia membuat keputusan besar dalam hidupnya, dia mengucapkan dua kalimah syahadat dan menjadi seorang muslimah.

"Itu adalah hari pertama saya menerima Islam dalam hidup saya," kata Lucia.

Mexico adalah negara yang unik dibandingkan dengan negara-negara lainnya di Amerika Selatan. Negara ini merupakan perpaduan antara budaya pra-Hispanik, tradisi dan keyakinan dengan budaya dan agama orang-orang Sepanyol. Jumlah penduduk Mexico lebih dari 100 juta orang, tapi jumlah Muslim di negara ini relatif sedikit, hanya sekitar 3.000 orang. Katolik menjadi agama majorati di Mexico

"Meski orang-orang Mexico adalah orang-orang yang hangat, terbuka dan boleh menerima siapa saja, tapi kami agak sukar jika sudah membicarakan masalah agama," ujar Lucia.

Lucia mengungkapkan, dia pertama kali mengenal Islam melakui seorang sahabat karibnya ketika menjalani tahun-tahun pertama sebagai mahasiswi di sebuah universiti. Nama sahabatnya itu Navide, asal Afghanistan.

"Dia kata dia datang ke Mexico kerana tertarik dengan budaya kami dan bahasa Sepanyolnya yang 'seksi'. Ketika ia mulai membicarakan tentang Islam, saya harus mengakui, rasanya seperti jatuh cinta pada pandangan pertama. Saya kagum dengan kesederhanaan yang indah, yang diajarkan Islam …"

"Tidak seperti ajaran Katolik, Islam tidak mengajarkan dogma. Islam tidak memaksa orang masuk Islam, tapi Islam memberikan Anda dasar-dasar yang kuat untuk meyakini Islam. Islam tidak memberikan idea-idea yang kadang tanpa makna bagi manusia. Selain itu, Islam mengajarkan toleransi dan kasih sayang pada seluruh umat manusia, tanpa melihat latar belakang kaum, agama dan keyakinannya," tutur Lucia mengungkapkan kekagumannya pada Islam.

Meski demikian, ketika itu masih ada keraguan di dalam hatinya. Lucia pun mulai mencari tahu sendiri dengan membeli buku-buku tentang sejarah Islam, masyarakat Islam, ajaran dan prinsip-prinsip yang diajarkan Islam. Selain dari buku, Lucia juga cuba mengakses internet dan menemukan banyak informasi tentang Islam di dunia maya.

"Saya tidak tahu dari mana harus memulai. Navide menyarankan agar saya cuba bergaul dengan komunitas Muslim. Masalahnya, saya juga tidak tahu dimana bisa bertemu dengan komuniti Muslim di Mexico," Lucia mengungkapkan kesulitannya di awal ia ingin mengenal Islam lebih jauh.

Lucia akhirnya memilih jejaring sosial untuk melakukan kontak dengan komuniti Muslim. Cara ini, menurut Lucia, cukup menarik, tapi ia mengaku agak kecewa karena menemukan beberapa orang yang bersikap tidak ramah begitu tahu Lucia bukan seorang muslim.

Pengalaman itu tidak membuat Lucia mundur, dia terus mencari informasi dimana   boleh menemukan komuniti Muslim tempat dia boleh belajar banyak tentang Islam.

Akhirnya, Lucia menemukan seorang Muslim bernama Sajad yang kemudian menjadi sahabatnya. Dengan Sajad yang sekarang tinggal di England, dia boleh menghabiskan waktu berjam-jam membicarakan banyak hal, termasuk tentang Islam.

Dalam sebuah perbincangan, Sajad membuat Lucia menyedari bahawa hidup ini ibarat melihat refleksi diri kita dalam sebuah kolam. "Pertama, kita hanya melihat pantulan wajah kita, lalu kita menyedari bahwa banyak mahkluk yang ada hidup di dalam dan di luar kolam. Ada angin yang bertiup, ada matahari yang bersinar … Islam, buat saya seperti mendapatkan kesadaran itu," imbuh Lucia.

Semakin banyak membaca tentang Islam, Lucia makin menyukai ajaran Islam. "Saya juga seorang ilmuwan, dengan ilmu pengetahuan saya mendapat kesempatan untuk merenungkan makna kehidupan, dan bagaimana semua yang ada di bumi ini bekerja. Saya mendapat kesempatan untuk berkontemplasi, menganalisa dan bertanya pada diri sendiri tentang detil kehidupan sampai yang sekecil-kecilnya, banyak orang yang tidak menemukan jawabannya. Tapi begitu ada jawabannya, ribuan pertanyaan lain menyerbu," tutur Lucia.

Ia melihat perbezaan antara ajaran Katolik dan ajaran Islam. Di agama Katolik, segala sesuatunya terkesan dirahsiakan. Sedangkan Islam, agama ini mengajarkan manusia untuk mencari ilmu dan kebenaran. "Ajaran ini saya sebut, sangat cocok dengan gaya hidup kemusliman saya," tegas Lucia.

Hidayah itu Akhirnya Datang Juga

Ia mengakui pernah ragu apakah akan masuk Islam atau tidak, kerana khuatir akan pandangan orangtuanya dan orang-orang sekitar yang mengenalnya. Lucia masih belum yakin akan seperti apa reaksi mereka jika tahu dia menjadi seorang muslim.

"Harus saya akui, sulit bagi saya mengesampingkan semua kekhuatiran itu. Fikiran saya jadi kacau. Saya sedih dan bingung," ungkap Lucia.

Di tengah kegundahan dan kerisauan itu, Lucia menyedari bahawa manusia tidak pernah tahu apa yang akan terjadi besok. Manusia kadang memikirkan soal hari esok, padahal belum tentu hari esok itu datang untuknya. Lucia merasa ia harus mengubah hidupnya.

Setelah merenungkan semuanya, malam hari Lucia menghubungi Sajad dan mengatakan keinginannya untuk masuk Islam. Sajad juga yang membimbing Lucia mengucapkan syahadat keesokan harinya.

"Setelah itu, rasa takut dan khuatir dalam diri saya hilang. Dan saya akhirnya tahu bahawa rasa takut itu yang membuat saya ragu untuk meraih apa yang saya inginkan," ujarnya.

Seminggu kemudian, Lucia berusaha sendiri mencari masjid yang ada di Mexico City. Ia ingin mengucapkan syahadat secara rasmi. Keluarga Lucia terkejut mendengar apa yang ingin dilakukan puterinya, mereka memutuskan untuk tidak ikut Lucia ke masjid. Sebuah situasi yang sulit bagi Lucia kerana dituding telah menerima sesuatu yang bukan budaya orang Mexico.

Hari itu, 15 Januari 2008, Lucia berasa di sebuah apartemen kecil yang berfungsi sebagai masjid. Ia mengucapkan syahadat di sana dan diberi nama Islam, Noor Sabiya.

Setelah resmi menjadi seorang muslimah, Lucia belajar solat. Ia merasa kedamaian dalam hatinya setelah masuk Islam. Apalagi ia bertemu dengan teman baru. "Tapi yang paling penting buat saya, akhirnya saya menemukan tempat yang saya inginkan, tempat itu saya temukan dalam Islam," katanya

Kaya gila lantainya dibuat daripada wang

Posted: 13 Mar 2011 01:30 AM PST

Agaknya wangnya dah banyak sangat sampai tak tahu nak buat apa...
akhirnya wang itu dibuat lantai....




Di Jepun pelajar wajib pakai skrit pendek

Posted: 13 Mar 2011 12:45 AM PST

Jepun Negara matahari terbit yang terkenal sebagai macan asia, dan juga terkenal dengan seragam sekolah-nya yang unik.

Mungkin sudah ramai ayang tahu Negeri Sakura ini dikenal dengan para pelajar yang memakai skrit pendek di atas lutut .



Beza halnya dengan di negara lain pelajar yang memakai skrit pendek itu sebahagian besar melanggar peraturan , kalau di Jepun, memakai skirt pendek itu adalah sebuah peraturan dan skrit seorang pelajar itu harus 17-22 cm di atas lutut.


Dan juga ada yang menyebutkan di Jepun pelajar tak boleh pakai short dalaman, walaupun musim dingin sekalipun.

bk-macam tu sekali peraturannya..pening-pening

Trend gila di Jepun,ibu hamil ambil gambar dalam keadaan telanjang

Posted: 12 Mar 2011 11:00 PM PST

Entah apa yang terjadi pada dunia ini. Semakin tua usia dunia semakin aneh-aneh perangai penghuninya. Di Negara Jepun ketika ini sedang trend dengan ibu hamil yang pergi ke studio photo untuk diambil gambarnya dalam keadaan telanjang. Tapi bukan bererti mereka pergi ke tempat studio photo untuk pengambilan gambar porno, melainkan untuk mengabadikan momen disaat mereka masih mengandung bayi sebelum melahirkan.Trend ini sangat menjadi kegilaan di Jepun, para ibu muda khususnya wanita yang pertama kali mengandung ingin mengabadikan bagaimana bentuk tubuhnya ketika masa kehamilan.

Trend ini dimulai ketika penyanyi pop kenamaan Jepun "Hitomi" yang melancarkan album terbarunya dengan sampul dirinya hamil tanpa mengenakan pakaian. Gambar sampul album tersebut dipasang pada papan billboard yang terletak di lokasi ramai dengan pejalan kaki. Gambar album tersebut mampu menarik perhatian dan dalam satu minggu laku 10,000 keping album cdnya.

Kumiko Yoda, seorang ibu yang baru melahirkan anak pertamanya, mengakui bahawa dirinya juga melakukan pengambilan gambar telanjang. Ini semua ajakan kawannya yang juga pernah ibuat ganbar telanjang ini.

Dia pada mulanya ragu akan hal tersebut, tapi kerana dalam hatinya ingin mengabadikan momen tubuhnya ketika masih hamil, dia ikut serta untuk pemotretan.Pada mulanya dia hanya ingin di foto bahagian perutnya saja, tapi kerana diyakinkan oleh studio photo "Ixchel" dia pun menerima untuk di photo tanpa pakaian.

Ixchel adalah tempat studio photo terkenal di Tokyo yang melayani pemotretan ibu hamil. Natsuko Takada, pemilik Ixchel mengatakan bahawa dalam satu bulan dia  menerima 10 ibu hamil yang ingin di foto tanpa pakaian bahkan pernah sampai 70 ibu hamil. Bagi para ibu hamil yang ingin diabadikan fotonya, mereka harus mengeluarkan kos sebanyak 35,000 yen atau $368.2, untuk pemotretan yang dilakukan kurang daripada 2 jam.

sumber : http://ikikatta.blogspot.com

Inilah wanita Belanda memakai tudung yang memperkenalkan Islam ke Dunia

Posted: 12 Mar 2011 10:25 PM PST

Belanda mempunyai parti politik yang anti Islam tetapi ada seorang remaja di negara itu memakai bertudung mewakili negeri ini di forum muda PBB iaitu Elsa van de Loo .Dia akan berpidato di depan Majlis Umum PBB atas nama Belanda. Dia akan mendesak perhatian pemimpin dunia perlunya 'Air Sebagai Hak Asasi Setiap Individu.'


Penampilan Elsa langsung menarik perhatian kerana dia mengenakan tudung. Setelah 'mencari' selama lima tahun, akhirnya memeluk Islam, dua tahun lalu.

Mahasiswi Fakulti Hukum Universiti Amsterdam itu tidak kesulitan hidup sebagai muslimah di Belanda. Dia sama sekali tidak merasa perbezaan perlakuan dari sesama kaum muda.


"Dalam kehidupan bermasyarakat, di luar politik sebenarnya kaum muda sangat-sangat toleran. Bahkan terbuka dan mereka boleh menghormati pilihan individu," ungkap Elsa mengenai pengalamannya hidup di kota besar Haarlem dan kuliah di Amsterdam. "Mungkin tanggapannya akan sedikit berbeza kalau saya tinggal di pedesaan. Tapi pengalaman saja sejauh ini baik-baik saja."

Gadis 22 tahun itu merasa Belanda sebagai negeri Multi Culture, dihuni penduduk berbagai latar belakang budaya dan agama, sehingga memunculkan kaum muda yang sangat toleran terhadap kaum muslim.

Elsa mencontohkan kesuksesannya memenangkanpertandingan pemilihan wakil forum muda PBB. "Pertandingan itu ditentukan oleh perolehan suara. Dan saya mendapat sokongan paling banyak dari kaum muda Belanda. Padahal saya satu-satunya yang pakai tudung."

Gadis campuran Belanda-Republik Dominica itu menilai bahawa agama jangan sampai menjadi penghalang dalam memperjuangkan sebuah visi 'hak-hak asasi manusia.' "Mungkin tidak semua orang nyaman dengan penampilan saya, tapi saya mewakili semua kaum muda Belanda."

Air Hak Asasi
Ia menekankan pentingnya air. "Satu juta penduduk bumi tidak punya akses air bersih. Akibatnya banyak kematian bayi." Menurut Elsa, masalah air harus diperhatikan secara serius. Penggunaan air merupakan tanggungjawab semua orang, pemerintah dan juga PBB. "Kerana kalau tidak diurus dengan baik maka air menjadi sumber konflik."