Adsense

Ahad, 13 Mac 2011

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Shahz Jazle akui solo

Posted:

Shahz Jazle akui solo

Shahz Jazle akui solo



"SEBUTANNYA Shahz Jay-zel," tegasnya untuk mungkin kali terakhir tentang namanya yang ditulis sebagai 'Shahz Jaszle'.

"Jazle itu gabungan nama ayah, Jasmin dan ibu saya, Zaleha. Ia digunakan sebagai nama keluarga," sambung anak kelima daripada tujuh beradik ini.

Pelakon baru ini datang ke sesi fotografi Sensasi Bintang sambil tersenyum. Dia tahu bukan sekadar hal kerjayanya bakal disoal. Lebih kencang, pohon dirinya yang sedang menunjang naik digegarkan angin cinta.

Privasi

"Saya bukanlah individu yang suka menjaja cerita dan memberitahu khalayak tentang kehidupan peribadi saya," ayat tersirat itu sudah menjawab persoalan daripada mana kisah cinta Shahz ditebarkan.

"Saya sudah letih berdepan pelbagai tuduhan kononnya saya berperangai kebudak-budakan dan tidak matang. Saya orang yang penyabar tetapi sabar juga ada hadnya," ujar Shahz tenang.

Umum sudah mengetahui kisah cinta Shahz dengan aktres cantik, Maria Farida, 41. Sayangnya hubungan itu tidak berpanjangan. Ia terhenti sebelum mencapai usia setahun.

"Tempoh lapan bulan membuatkan saya kenal erti sabar. Dia (Maria) mungkin berasa tidak selamat bersama saya. Ya, ada rasa terkilan dengan tuduhan yang dilemparkan kepada saya.

"Tetapi inilah akhirnya. Cuma saya tertanya, bagaimana umum boleh tahu kisah perpisahan saya dengan Maria kalau bukan saya yang membuka mulut?" kias Shahz yang mengaku sudah putus hubungan dengan aktres cantik itu sebelum dia terbang ke Perancis untuk penggambaran filem Azura 2011, bulan lalu.

Tidak pernah berasa menyesal mencurahkan perasaan kepada individu yang lebih dewasa daripadanya, buat Shahz umur hanyalah nombor. Malah, takdir menemukan mereka apabila sama-sama berlakon dalam drama bersiri Asmara sebelum ini.

"Sayangnya, dia sudah tidak mahu terlibat dalam Asmara 2. Mungkin itu yang dinamakan profesional," jelasnya.

Shahz turut menafikan hubungan cintanya dengan aktres selain Maria termasuk dengan pemenang Dewi Remaja 2010, Neelofa.

"Jujurnya sewaktu pertama kali bertemu Maria, saya boleh katakan, dia diberi markah 'A'," katanya.

Tambahnya yang mengakui Maria adalah kekasih selebriti pertamanya: "Sekarang saya berstatus solo dan mahu menumpukan perhatian pada projek lakonan saya."

Dimanja

"Saya berbintang Leo. Leo ini orangnya manja. Garang. Tetapi Leo tidak boleh hidup tanpa pasangan. Dia perlukan teman.

"Saya akui kini saya berasa kesepian. Mungkin kerana sebelum ini saya sentiasa ditemani kekasih.

"Walaupun hanya sempat bertemu untuk makan malam, saya tetap ditemani. Itu dulu."

Kata Shahz, buat masa ini dia tidak berasa untuk berteman.

"Tidak terfikir untuk bertemu janji. Saya jenis orang yang susah untuk jatuh cinta pada teman-teman.

"Saya jenis yang akan jatuh cinta pandang pertama," gelaknya membuka rahsia di dada.

Apabila disuakan senario kisah cintanya akan menjadi bahan teropong khalayak selepas ini dan wanita yang didampinginya akan menjadi sensasi, Shahz ketawa.

"Saya sedar kelak orang akan lihat dengan siapa saya keluar.

"Tetapi apa yang boleh saya katakan, mereka boleh menghakiminya sendiri," tunduk Shahz yang tiba-tiba mengaku menyesal tidak mengikut nasihat keluarga yang meminta dia mengakhiri hubungannya bersama Maria sewaktu cintanya baru berputik dahulu.

"Saya tidak mahu hampakan keluarga terutama ayah. Mereka ingatkan saya, kalau mahu jadi pelakon, jadilah pelakon yang betul-betul berjaya. Perlu ada sasaran dalam karier.

"Untuk itu, saya sasarkan untuk menjadi seorang aktor dengan nama yang kuat dalam industri pada usia saya 30 tahun.

"Sebelum itu, pada usia 25 tahun saya mahu mencapai sasaran tertentu," usik pemuda berusia 23 tahun ini.

"Sasaran ada aset untuk diri sendiri seperti rumah dan kereta yang selesa, bukannya berkahwin," ketawanya yang menganggap hidup ini terlalu pendek untuk disia-siakan.

Asmara


TERDETIK rasa menyesal kerana tidak mengikut nasihat famili dalam hubungan cintanya, kini Shahz tidak mahu menghampakan mereka.


Selepas disebut-sebut namanya lantaran drama Asmara, kini nama Shahz bersinar menerusi drama Gemilang.

Ia satu pencapaian buat dirinya ketika namanya diselimuti kisah asmara sebenar.

"Saya bangga dapat bekerja dengan Khabir Bhatia. Lebih bangga lagi apabila orang ramai mula memanggil saya dengan nama Cikgu Syai, karakter saya dalam Gemilang," tuturnya yang gemarkan imej retro lakonannya dan sanggup berhabisan wang ringgit untuk imej itu.

"Saya suka apabila khalayak melihat saya dengan nama karakter.

"Itu sudah jadi tanda dagang," katanya yang terdahulu dipanggil Asmara lantaran kemunculan drama Asmara yang kini memasuki musim kedua di saluran TV3 pada setiap hari Selasa pukul 9 malam.

Gembira dengan sambutan di kaca televisyen, debaran dibawakan pula ke layar perak apabila kelak dia bakal muncul dalam filem Azura 2011 arahan Aziz M. Osman.

"Saya cuba bawa stail Korea dalam Azura 2011. Imej juga dititikberatkan dan saya akan memakai kot labuh stail sendiri," akuinya yang mahu menampilkan kelainan dan tidak mahu disamakan dengan pemegang watak terdahulu, Jamal Abdillah.

"Saya mahu menjadi aktor metod dan bukan aktor wang. Saya memilih skrip dahulu kemudian baru melihat bayarannya.

"Lakonan merupakan keghairahan saya kini. Ini bukti bahawa saya memang mahu menjadi aktor yang berjaya," ujar si pemuja Anthony Hopkins dan Johnny Depp ini.

Pemuda kelahiran Kuala Lumpur ini menutup cerita petang Sabtu lalu dengan berkongsi kegilaannya. Katanya, dia gemarkan fotografi kerana sukakan halusinasi.

Dia juga seakan-akan mahu menutup buku kisah cintanya yang tidak kesampaian.

Biarlah hiasan bambu disekelilingnya semasa sesi fotografi ini menyimpan kisah duka yang pernah hadir dalam dirinya. Dia kembali sendiri, itu realiti.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Bunga Deja berbisa!

Posted:

Bunga Deja berbisa!

Bunga Deja berbisa!


DEJA MOSS


BUNGA lambang kasih, simbol penyatuan rasa dan tanda penghargaan. Ia mampu membuatkan penerimanya tersenyum namun bunga juga ada duri dan racun berbisa. Sesuatu yang melucukan, apabila sejambak bunga boleh membenihkan curiga dan menyalakan api kesumat.

Itu yang terjadi apabila dua pelakon teater muzikal Terima Kasih Cinta (TKC), Norish Karman dan Farahdhiya yang tidak dihadiahkan jambangan bunga oleh salah seorang pelakon teater itu sendiri, Deja Moss yang dikatakan bersekutu dengan Safura Yaacob.

Deja juga teruk dikecam, kononnya sengaja berniat memalukan Farahdhiya dan Norish apabila hanya menyediakan 10 jambangan bunga walaupun ada 12 pelakon yang menjayakan TKC. Isu itu terjadi pada pementasan sehari sebelum TKC berakhir, Ahad lalu.

Mereka turut bertengkar secara sinis ketika ujian bunyi dilakukan keesokan harinya. Berlaku juga adegan sindir-menyindir antara Deja, Norish dan Farahdhiya.

Deja ada membuat penjelasan kepada sebuah portal hiburan di Internet namun kenyataannya diselar pula oleh Farahdhiya menerusi laman Twitter.

Dakwa mereka, Deja menipu serta menokok tambah cerita malah mereka-reka cerita meminta maaf. Ada yang menyifatkan isu itu timbul bukan kerana bunga, sebaliknya dasar profesional sebagai seorang pelakon.

SENSASI BINTANG: Bagaimana reaksi Deja apabila konflik semakin merebak?

DEJA MOSS: Saya hanya ketawa apabila ditanya soal remeh-temeh itu. Bagi saya pembaca atau peminat sekarang sudah bijak. Itu cakap budak-budak, biarlah. Saya yang sudah matang ini buat apa hendak buruk-burukkan orang begitu, banyak lagi benda yang harus saya fikirkan, saya ada suami, ada perniagaan dan ada undangan nyanyian yang harus saya penuhi. Saya tiada masalah, orang mengata saya, saya dapat pahala.

Farahdhiya seolah-olah mahu Deja membuat kenyataan maaf dan tidak bersetuju dengan kenyataan Deja sebelum ini.

Tak perlulah saya nak memohon maaf kepadanya, saya sudah membuat permohonan maaf secara terbuka selepas pementasan persembahan TKC baru-baru ini, saya minta maaf kepada semua pihak baik kepada pelakon mahupun krew, dia tak dengar ke? Saya cuma boleh berdoa agar hidupnya dirahmati.

Apa yang berlaku kepada Deja dan Norish seperti rentetan kepada masalah dalaman kalian berdua sejak lama dahulu.

Saya tak mahu ingat dan kenang semula. Tapi semasa ditawarkan watak dalam TKC, namanya tiada dalam senarai, tiba-tiba apabila tahu dia juga tersenarai dalam pementasan TKC, saya mahu tarik diri kerana lebih baik mengelak sebelum tercetus sebarang masalah. Atas dasar profesional saya gagah untuk TKC tetapi sepanjang proses latihan dan persembahan kami tidak pernah bercakap walaupun sepatah, tidak berkawan, makan dan lepak bersama. Jadi apa masalahnya bila saya tidak berhasrat memberikan mereka bunga.

Betullah kalian tidak 'sebulu'?

Memang tak berkawan. Nasi beriani dan kek lapis masakan saya yang dibawa ke tempat latihan pun tidak pernah mereka jamah, mungkin jika saya bagi bunga, entah-entah kena campak. Safura pula masak lauk kambing, pun mereka tak makan tapi semasa Maulidurasul baru-baru ini, saya menghadiah semua orang kecuali Norish senaskhah surah Yasin, semua okey tak keluar jadi isu pula.

Tony Yusoff dan Shajiry diminta mengambil semula jambangan bunga mereka yang telah diserahkan kepada Norish dan Farahdhiya, betul ke?

Tony dan Shajiry tergolong dalam senarai kawan saya tetapi kalau mereka tidak mahu menerima bunga itu di atas pentas, saya boleh hantar ke bilik, tak perlu nak beri kepada orang lain pula. Ketika Norish dan Farahdhiya dapat bunga, kami tak kata apa-apa, jadi bila saya beri bunga kenapa nak kecoh.

Kenapa boleh jadi kecoh?

Apa yang berlaku adalah masalah dalaman yang tidak sepatutnya dihebohkan. Kalau saya nak buka mulut, banyak lagi masalah lain yang wujud, kenapa apabila ada pelakon yang naik marah dan sindir penonton dari atas pentas ketika pementasan sedang berjalan tidak ditulis bahkan ada pelakon tambahan yang sindir penerbit dengan dialog yang tiada dalam skrip.

Menyesal beri bunga sebab orang tidak bercakap tentang impak TKC sebalik konfrontasi sesama-sendiri?

Tidak. Sebab saya tidak berniat untuk sakitkan hati sesiapa. Safura tahu niat saya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Epik Melayu wajah Inggeris

Posted:

Epik Melayu wajah Inggeris

Epik Melayu wajah Inggeris


MERONG MAHAWANGSA diangkat menjadi subjek malangnya disifatkan kurang jiwa oleh penonton.


EPIK Hikayat Merong Mahawangsa (HMM) terletak kepada mitos dan separuh sejarah. Ramai menanti-nantikan HMM untuk beraja di panggung-panggung berikutan cakap-cakap yang mendakwa ia epik blockbuster yang terhasil daripada kos jutaan ringgit. Filem itu mewah dengan CGI (imej janaan komputer) di bawah pimpinan Yusry KRU selaku pengarah.

Walaupun ia sebuah epik Melayu, HMM ialah sebuah filem Melayu yang bercita rasa tinggi. Ia mempertaruhkan Stephen Rahman Hudges sebagai Merong Mahawangsa. Hero kacukan Inggeris-Melayu itu mencipta nama sebagai Hang Tuah dalam pementesan teater Puteri Gunung The Ledang The Musical (PGLTM).

Kemudian muncul juga nama-nama seperti Gavin Stenhouse yang berasal dari Britain, Hendrik Norman (Sweden) dan Craig Fong.

Craig yang merupakan warga Australia pernah membintangi filem Spinning Gasing. Itu adalah tuntutan watak dan pilihan yang dibuat sangat munasabah.

Sifat mewah HMM berjaya menjadi faktor penarik, tambahan pula pelakon-pelakon hebat tanah air, Datin Paduka Umie Aida, Datuk Rahim Razali, Wan Hanafi Su, Jehan Miskin, Ummi Nazeera dan Khir Rahman mudah dijual sebagai pelakon berkarakter.

Ringkasnya penceritaan HMM mengambil watak Merong Mahawangsa sebagai pelayar tidak berumah tetapi mengaku berasal daripada keturunan Iskandar Zulkarnain.

Dia akhirnya dipilih sebagai pengiring Putera Marcus dari Rom untuk belayar ke satu pelabuhan tidak beraja untuk berkahwin dengan Puteri Maharaja China dari Dinasti Han.

Kepada pembaca hikayat, jangan cepat berharap untuk melihat kesaktian dalam HMM, kecuali keris Pak Kesum yang dikatakan mampu menikam tubuh Taji dan Kemawas yang tidak lut dek senjata. Tiada unsur sakti seperti burung Geruda atau Jentayu dalam filem ini, ia sebaliknya ditukar menjadi puak Geruda dan nama kapal milik Merong.

Barangkali HMM karya terbaik KRU Studios setakat ini dan filem ini wajar dibanggakan anak Melayu. Secara teknikalnya, warna, suasana purba beribu-ribu tahun lampau dan kostum yang digunakan, ia hampir-hampir tidak menunjukkan kecacatan. Di sebalik kemeriahan visual itu, HMM masih tidak boleh lari daripada kelemahan. Paling ketara, terjemahan emosi dan lenggok bahasa Melayu Merong (Stephen) adakalanya mengganggu fokus.

Nakalnya, Stephen layak secara fizikal tetapi gagal jiwa untuk menangkap emosi penonton sebagai pemerintah ulung. Dibandingkan dengan Khir Rahman sebagai Kamawas, Stephen tetap kalah. Ramai penonton pulang dengan dialog Kemawas berbanding dialog yang terletus oleh Merong selaku subjek cerita.

Bagaimanapun, Ummi Nazeera yang naif sebagai Embuk mencuri perhatian.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.