Adsense

Isnin, 14 Mac 2011

OHBULAN!

OHBULAN!


Bekas Isteri Canang Pelakon Lelaki Kena STD Di Facebook

Posted: 13 Mar 2011 09:56 PM PDT

Agak memalukan juga kalau kisah dalam kain dicanangkan kepada orang luar. Bukan apa, mana nak letak air muka pelakon lelaki itu apabila bekas isteri dengan selambanya melayangkan status bahawa bekas suaminya telah dijangkiti penyakit STD (wiki STD) di Facebook. Sexual Transmitted Disease, merupakan satu kelas penyakit kelamin akibat perlakuan aktiviti-aktiviti seks rambang.

Bekas isteri, dikatakan melepaskan geram di Facebook sebagai membalas perlakuan bekas suaminya yang pernah mempunyai hubungan skandal bersama seorang kenalan wanita di internet. Status Facebook yang berbunyi, "Such a dirty creature… yuckss… fark STD!! stay away from me…." tidak mengandungi apa-apa nama, namun setelah diselidik oleh kenalan-kenalan bekas isteri tersebut, ianya memang ditujukan kepada aktor lelaki berkenaan.

Kalau dulu, memang ramai yang bersimpati dengan bekas isteri ini kerana dianiaya oleh pelakon lelaki ini. Namun, ada kenalan yang berpendapat bahawa status-status bekas isteri ini sering berunsurkan kemarahan, jadi mereka mula rasa meluat terhadapnya. Bak kata orang, please move on.

Namun, ada cerita lain pula. Beberapa hari yang lepas, bekas isteri ini memaklumkan melalui Twitter bahawa dia telah diserang oleh bekas suami di rumah. Satu laporan polis telah dibuat terhadap bekas suami atas tindakan tersebut.

Kami rasa, kalau macam ini punya perangai, sampai akhir zaman pun kedua-dua pihak tetap bergaduh. Satu pihak suka canang kisah dalam kain, lagi satu pihak suka ambil tindakan membabi buta. Memang 'sesuai' sangat!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Peminat Shahir Ditolak & Dipukul?

Posted: 13 Mar 2011 09:29 PM PDT

Simply a hearsay, don't take it seriously.

Seorang forumer Cari berkongsi kisah mengenai kejadian buruk yang berlaku Village Mall, Sungai Petani sempena siri jelajah Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABPBH 2010), Sabtu lepas. Ramai juga artis yang hadir memeriahkan acara promosi ABPBH 2010 seperti black, Along Raja Lawak, Zizan Raja Lawak, Didie Elias, Elfira Loy, Faizal Tahir, Kenchana Dei & Shahir.

Semalam semasa sesi bergambar bersama Shahir, berlakunya sebuah insiden yang menguris & mengundang kemarahan peminat-peminat Shahir. Beberapa orang peminat telah ditolak malah ada yang dipukul oleh pengurus Shahir. Tidak dipastikan tahap keseriusan insiden tersebut, tetapi kami dapat tahu peristiwa semalam sedikit sebanyak akan menganggu undian Shahir untuk merebut trofi Artis Baru Lelaki Popular.

Nak salahkan pengurus Shahir 100% pun tidak patut, mungkin ketika itu keadaan terlampau sesak dengan dikerumuni ramai orang, sudah tentu isu keselamatan menjadi keutamaan. Lagi-lagi nak melayan peminat yang fanatik, memang boleh hilang sabar jawabnya.

Mungkin, peminat kena faham, pengurus Shahir ini hanya menjalankan tugas. Rasanya, kalau anda betul-betul peminat Shahir, setakat ditolak atau dipukul, apa ada hal kan? Janji, anda dapat bertemu dengan artis kegemaran. So, everybody please chill out and have fun!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.