Adsense

Isnin, 14 Mac 2011

Zon Artis

Zon Artis


Kakak Dato’ Siti Nurhaliza, Saida Nekad Mahu Bercerai

Posted: 14 Mar 2011 07:38 PM PDT

Buat yang masih tak tahu, sebelum ini Saida pernah menfailkan cerai terhadap suaminya, Mohd Ghazali Yahya Zikri (details). Namun begitu, Saida menarik balik tuntutan cerai yang dibuatnya itu dan memaklumkan yang hubungan dia dan suami sudah kembali baik (details).

Walau bagaimanapun, semalam mStar Online melaporkan yang Saida nekad untuk bercerai dengan alasan rumahtangganya sudah tidak dapat diselamatkan lagi. Baca petikan berita mStar online kat bawah ni.

SAIDA BERCERAI

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Saida nekad untuk bercerai meskipun suaminya, Mohd Ghazali Yahya Zikri tidak bersetuju dengan permohonan untuk berpisah secara baik yang difailkannya selepas 15 tahun hidup bersama.

Peguam syarie Ahmad Nazib Johari yang mewakili Saida memberitahu, pihaknya memohon untuk meminda permohonan asal mereka kepada bercerai secara fasakh, jika Mohd Ghazali enggan memberi kata putus dalam perkara tersebut.

Saida atau nama sebenarnya Siti Nursaida Tarudin, 35, yang juga kakak kepada penyannyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza pula memberitahu, dia telah cuba untuk berbincang dengan Mohd Ghazali, 40, bagi mencari jalan penyelesaian.

"Kami masih tinggal serumah. Saya ada cuba berbincang, tetapi suami tidak setuju. Saya mohon untuk bercerai kerana kami sudah tiada persefahaman dan perbalahan kami tidak boleh dipulihkan," katanya.

Bagaimanapun, Hakim Syarie Mohd Suhaily Rosdi enggan membenarkan permohonan tersebut kerana beranggapan Mohd Ghazali seharusnya diberikan peluang untuk hadir di mahkamah dan menyelesaikan kes tersebut.

"Mahkamah sentiasa mempunyai budi bicara. Saya mahu lihat kehadiran defendan (Mohd Ghazali). Jika mahu bercerai, mahkamah boleh teruskan. Jika tidak, mahkamah mahu mendengar alasannya," tambahnya.

Justeru itu, Mohd Suhaily menetapkan kes itu disebut semula pada Jumaat ini untuk kehadiran pihak-pihak.

Beliau juga menasihatkan supaya Saida dan Mohd Ghazali memanfaatkan masa yang ada dengan mencari penyelesaian kepada masalah rumah tangga mereka.

"Bincang sebagai seorang yang dewasa, sebagai ibu bapa. Ingat perceraian yang berlaku akan memberi kesan kepada anak.

"Saya bercakap bukan hanya untuk masa sekarang, tetapi untuk 10 tahun akan datang," katanya.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai pendirian Mohd Ghazali dalam permohonan itu, peguam syarie Amli Embong memberitahu, ahli perniagaan itu tidak mahu menceraikan Saida.

"Mohd Ghazali mahu mempertahankan rumah tangganya," kata Amli mewakili Mohd Ghazali yang tidak menghadiri prosiding mahkamah tersebut.

Persoalan mengenai ketidakhadiran Mohd Ghazali juga timbul apabila Amli dan Saida memberikan alasan yang berbeza mengenainya.

Menurut Amli, beliau menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada Mohd Ghazali pada pukul 9 pagi Isnin, memaklumkan bahawa beliau tidak sihat dan mempunyai sijil cuti sakit.

Bagaimanapun, Saida memberitahu suaminya kini berada di kampung halaman, iaitu di Teluk Intan, Perak.

Sehubungan itu, Mohd Suhaily memberi peringatan keras bahawa beliau akan mengeluarkan waran tangkap sekiranya Mohd Ghazali tidak menghadiri prosiding Jumaat.

Secara keseluruhan, Mohd Ghazali telah gagal untuk menghadiri tiga prosiding mahkamah.

Saida hadir di mahkamah dengan berpakaian serba hitam dan ditemani oleh kakak iparnya, Rozie Abd Razak.

Dia yang pernah mencuba nasib dalam rancangan realiti, Akademi Fantasia musim ke-enam memfailkan permohonan untuk bercerai pada 6 Oktober 2010 mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam, Wilayah-Wilayah Persekutuan 1984.

Saida dan Mohd Ghazali berkahwin pada 14 Disember 1996 di kampung halaman penyanyi tersebut, Kuala Lipis, Pahang dengan berwalikan bapa kandung.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Siti Nurunnyssa, 14, Anas, 12, Khalid, 8, dan Siti Nurul Mashitah, 5 tahun.

Mereka yang menetap di Alam Damai, Cheras, di sini tidak pernah bercerai sebelum ini.

+ mStar Online

Related Posts with Thumbnails Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Dengar ERA fm Boleh Menang Wang Tunai & Hadiah Lumayan?

Posted: 14 Mar 2011 09:21 AM PDT

Ya, betul. Dengan mendengar ERA fm, anda berpeluang memenangi wang tunai sekurang-kurangnya RM105 setiap jam dalam kempen Aznil vs Muzik yang sedang berlangsung di stesen radio yang hanya memainkan muzik hit tanpa henti itu.

GAMBAR AZNIL VS MUZIK

Macam mana nak menang? Itu mudah sahaja. Anda hanya perlu dengar ERA fm sepanjang masa dan bila isyarat memanggil diutarakan oleh penyampai bertugas ketika itu, cepat-cepat ambil telefon dan hubungi studio di talian 0395433355.

Jika anda adalah pemanggil bertuah (maklumlah, yang call tu bukan anda seorang je), anda perlu memilih samada nak jawab soalan mengenai Aznil ataupun Muzik. Kalau anda pakar mengenai Aznil, anda pilihlah Aznil dan begitulah sebaliknya.

Kalau anda berjaya menjawab dengan betul, RM105 menjadi milik anda. Mungkin juga RM210 atau RM315 atau RM420 disebabkan soalan sebelum itu gagal dijawab oleh pemanggil bertuah. Kiranya rezeki anda lah tu menang berganda-ganda.

Jangan tak tahu, selain RM105 yang ditawarkan setiap jam itu, anda juga berpeluang untuk memenangi hadiah lumayan berupa TV LCD 32″ atau Set Teater Rumah SINGER yang bernilai lebih dari RM2000 di dalam slot bonus. Best kan?

GAMBAR AZNIL VS MUZIK

Jadi, dengarkan ERA fm sepanjang masa untuk peluang memenangi wang tunai dan juga hadiah lumayan daripada SINGER itu. Untuk lebih lanjut, anda pergi ke website ERA fm. Oh ya, kempen Aznil vs Muzik ni tamat pada 25 Mac 2011.

IKLAN YANG CAMBEST:

Siapa lagi nak iPhone 4 ni?

Reload DiGi prepaid dan terima pelbagai ganjaran menarik

Adakah anda orang yang mereka ni cari?

Related Posts with Thumbnails Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.