Berita Harian: Hip |
Posted: 13 Mar 2011 03:55 PM PDT Hip ANDAI diwujudkan anugerah untuk peminat paling 'sporting' dan 'happening', pastinya gelaran itu menjadi milik pengunjung Village Mall, Sungai Petani, Kedah. Alasannya mudah saja. Sambutan hebat yang diberikan kepada finalis Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABPBH 2010) yang berkunjung ke pusat beli-belah itu Sabtu lalu cukup membuktikan mereka memang layak dianugerahkan gelaran berkenaan. Gelak ketawa, gurau-senda mewarnai acara yang dikendalikan Along Raja Lawak dan penyampai Hot FM, Kieran. Ada saja bahan jenaka mereka tampilkan di atas pentas menyebabkan hampir 5,000 peminat yang membanjiri kawasan ruang legar pusat beli-belah itu tidak kering gusi. Meskipun sudah tiga tahun lokasi itu digunakan sebagai tempat mempromosikan acara ini di Zon Utara, namun kesetiaan peminat menanti kehadiran artis kesayangan mereka tidak pernah pudar. Bahkan ada di antara artis yang hadir pernah mengunjungi lokasi itu untuk acara serupa tahun lalu.Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Sungai Petani yang memenatkan itu bagaikan tidak terasa sebaik saja melihat wajah ceria yang seakan tidak sabar untuk bertemu artis pujaan mereka. Tiada perasaan jemu, tetapi apa yang wujud ialah rasa teruja kerana artis kesayangan yang selama ini hanya mampu dilihat di majalah, akhbar dan kaca televisyen, kini berada di depan mata. Tepukan gemuruh dan sorakan kedengaran sebaik saja barisan finalis seperti Aizat, Faizal Tahir, Zizan Raja Lawak, Alyah, Black, Shahir, Meet Uncle Hussain, Mirwana, Sharnaaz Ahmad, Didie Alias, Kenchana Dewi, Fizz Fairuz dan Elfira Loy melangkah masuk menuju ke bilik menunggu. Begitulah hebatnya sambutan diberikan, lengkap dengan layanan kelas pertama oleh kakitangan pihak pengurusan pusat beli-belah terbabit. Keselesaan finalis serta warga kerja Berita Harian diutamakan dan mereka juga turut dijamu hidangan menyelerakan sewaktu berada di ruang menanti yang disediakan. Berbalik kepada acara yang diatur, penganjur bukan saja menyajikan persembahan nyanyian oleh finalis, tetapi turut memberi ruang kepada pengunjung bermesra dengan mereka. Caranya mudah saja, iaitu menyediakan permainan untuk dimainkan di atas pentas bersama peminat bertuah. "Kami dikehendaki mencari pasangan dan meletakkan belon di dada masing-masing sambil berebut kerusi. Memang lucu apabila ada pasangan sampai jatuh tergolek-golek di atas pentas semata-mata mahu merebut kerusi," cerita Elfira sambil tertawa. Kata pelakon remaja itu lagi, dia seronok melihat sambutan yang diberikan kerana ini kali pertama dia bertemu peminatnya di luar Kuala Lumpur. Lebih melucukan tatkala Black, Zizan dan Along, serta pengacara Didie dan Kieran, didera peminat apabila wajah mereka diconteng berwarna-warni. Meskipun kotor, namun demi peminat, mereka cukup sporting dan tak kisah diperlakukan sedemikian rupa. Tabik spring buat finalis ini. "Mereka memang sporting, saya suka mereka," ringkas komen yang diberikan Zizan. Biarpun cuba dihalang pengawal keselamatan bertugas, namun dek minat yang mendalam, tindakan itu bukanlah halangan buat mereka. Bagaimanapun, penantian mereka itu memang berbaloi kerana artis yang dinanti sudi juga untuk bertemu dan merakamkan foto bersama mereka. Selain menjadi medan menemukan artis dan peminat, sesi jelajah promosi ABPBH 2010 ini juga menjadi wadah untuk finalis bertanya khabar dan beramah mesra sesama mereka. Maklum sajalah, di KL, masing-masing sibuk dengan aktiviti tersendiri. Jadi sesekali berpeluang 'bercuti' seperti ini, kesempatan digunakan sebaiknya untuk mengeratkan tali silaturahim. Sambil menanti giliran untuk mengadakan persembahan, ada yang bersembang kosong dan tak kurang juga berlatih sebelum naik ke pentas. Malah ada yang sempat jamming untuk mengelakkan kebosanan. Pendek kata ada saja aktiviti dilakukan finalis. Selain persembahan artis, turut diselit ialah sesi soal jawab mengenai Berita Harian dan ABPBH kepada pengunjung bertuah. Bagi mereka yang berminat mendapatkan cenderahati eksklusif keluaran Berita Harian, gerai menjual barangan terbabit turut disediakan. Selesai majlis, rombongan artis dan media menaiki bas menghala ke Restoran D'Jetty 8 Beradik, Sungai Merbok, yang sudi menaja makan malam. Terima kasih daun keladi kepada semua yang terbabit. Siri jelajah ABPBH 2010 akan meneruskan perjalanan mereka ke Pasir Gudang hujung minggu ini. Corat-Coret Lagi gambar-gambar menarik yang mewarnai finalis Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 di Village Mall, Sungai Petani, Kedah terdapat dalam akhbar Berita Harian hari ini. |
Hasil filem ikut selera penonton Posted: 13 Mar 2011 03:27 PM PDT Hip SABREE (berdiri, dua dari kanan) dan Marina (berdiri, tengah) bersama barisan pelakon Tokak. MAR Energetic Industries Sdn Bhd (MEISB) dilihat mengambil langkah cukup berani apabila memutuskan untuk menghasilkan filem pertama berjudul Tokak dengan menampilkan pelakon kurang dikenali. Malah, mereka juga turut mengambil pengarah yang belum teruji kemampuannya di layar lebar, Sabree Fadzil. Biarpun menyedari risiko yang ditanggungnya bukan kecil, namun penerbitnya yang juga Pengarah Urusan MEISB, Datuk Marina Mahammad tetap bersemangat untuk meneruskan projek itu, sebagaimana dapat disaksikan pada majlis prapelancaran filem berkenaan di Hulu Klang, baru-baru ini.Filem bergenre seram komedi dengan kos penerbitan lebih RM2 juta itu menjalani penggambaran pertengahan Mac ini. Walaupun sambutan hangat diberikan penonton kepada filem dalam kategori itu sejak akhir-akhir ini, namun MIESB tidak ghairah dengan keadaan itu, sebaliknya mereka lebih suka mengambil pendekatan menyajikan filem yang mengikut kehendak penonton. Menurut Marina juga, pelakon dan pengarah dianggap suatu yang subjektif untuk diperkatakan, namun apa yang ingin disajikan ialah produk yang mengikut kehendak penonton masa kini.
"Jadi saya berasakan, peranan saya adalah untuk mengangkat pelakon yang kurang diberi pendedahan, untuk menjadi antara pelakon utama dalam filem ini, seterusnya bakal menjadi hero dan heroin baru tanah air. "Mereka bukan saja terikat dengan projek filem ini, malah sebahagian daripada pelakon terbabit juga sudah bersetuju untuk bernaung di bawal label Mar Energetic, sebagai artis saya untuk projek akan datang," katanya. Diminta pandangannya berhubung senario kegagalan syarikat baru untuk bertahan selepas menerbitkan hanya sebuah judul, Marina berkata, nasib tidak menyebelahi syarikat terbabit kerana kekurangan mereka dari segi pengurusan. "Kebiasaannya, syarikat yang bersemangat membuat filem tetapi akhirnya jatuh mungkin disebabkan mereka gagal menguruskan kewangan dengan baik. Lagi satu, mungkin mereka menganggap membuat filem ini seperti makan kacang saja. Bagi saya pula, bukan senang untuk kita menghasilkan filem sekiranya tanpa persediaan mental dan fizikal. "Saya memberi jaminan segala hal berkaitan kewangan, kebajikan pelakon dan pengarah akan saya selaraskan sendiri. Saya mempunyai tenaga pakar dalam soal kewangan. Saya juga berani untuk mengambil pinjaman Dana Industri Kreatif bernilai RM1.5 juta kerana saya yakin sekiranya disokong promosi yang cukup, industri perfileman boleh menjadi bentuk perniagaan utama hari ini," katanya. Mengenai pemilihan Sabree sebagai pengarah, Marina melahirkan keyakinannya pelakon itu mampu melaksanakan tugas diberikan dengan baik. Katanya, Sabree berjaya mempersembahkan idea menarik sejak awal pertemuan mereka lagi. Bahkan lelaki itu juga mampu membuka mindanya untuk menceburkan diri dalam bidang penerbitan filem. "Saya juga sudah melihat filem arahannya, Datin Ghairah, yang dihasilkan dengan cukup baik," katanya. Antara pelakon yang bakal membintangi filem ini ialah Abon, Joey Daud, Faiz (Raja Lawak 4), Airis Yasmin, Kazar, Keena (Mentor 3), Lana Nordin, Diana Johor dan penampilan khas Julia Ziegler serta Latif Borgiba. 'Bukan filem syok sendiri' SEMENTARA itu, Sabree yang berpengalaman luas dalam lakonan mengaku peka dengan segala kehendak penonton, justeru dia berani mempertaruhkan genre seram komedi sebagai buah tangan pertama menerusi MEISB. "Saya sedar dengan kehendak penonton. Mereka bukannya mahukan filem yang berat dan harus memerah otak untuk berfikir. Saya buat filem bukan untuk saya atau untuk syok sendiri, tetapi mengikut kehendak penonton masa kini. Bagi saya, filem seram yang memaparkan hantu kini sudah menjadi satu hiburan keluarga," katanya. Sabree turut mendedahkan, Tokak dipilih daripada bahasa pasar masyarakat di Kedah, yang bermaksud gigit. "Saya berharap filem yang sesuai untuk tontonan seisi keluarga ini akan menjadi satu lagi fenomena baru dalam industri, dengan mempertaruhkan pelakon tidak dikenali namun memberi hiburan yang sepenuhnya," katanya yang akan melakukan penggambaran di sekitar Kemensah, Hulu Klang dan Port Dickson, Negeri Sembilan. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Hip To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |