Adsense

Isnin, 14 Mac 2011

Sensasi

Sensasi


Johnny Depp mengaku membesar sebagai seorang yang pelik ,gambar-gambarr Johnny Depp semasa muda

Posted: 14 Mar 2011 10:34 PM PDT

Siapa yang tak minat dengan Johnny Depp?
Johnny Depp nie memang hensem dan mempunyai aura seksi sejak muda,,Apa yang menambahkan lagi kehenseman Johnny Depp? Sebab walaupun dia mempunyai pakej lengkap,handsome,cute,kaya,kelakar,tp dia seorang yang merendah diri,tak playboy..Dia sangat setia pada Vanessa dan sentiasa menjaga hati Vanessa.


Sekarang nie Johnny Depp bahagia dengan kekasihnya Vanessa Paradis yang juga ibu kepada dua org anak perempuan J.Depp.

Filem terbaru Johnny Depp,menggunakan suaranya dalam animasi Rango,kini berada dalam carta teratas di US Box Office.

Johnny Depp menyifatkan bahawa dia adalah seorang yang sangat berbeza dan kanak-kanak pelik semasa dia membesar dahulu.

Menurut J.Depp dia sering kelihatan bersendirian.

"When I was growing up I felt a complete freak. Very strange,"katanya

"I felt weird at five. At the age of 12, it was me against the world. I remember locking myself in the bedroom and playing my guitar. It seemed like I was in there for two or three years."


Johnny Depp kini kelihatan lebih bahagia dan gembira,dan memberitahu bahawa perubahan hidupnya menjadi positif semua kerana Vanessa Paradis yang juga merupakan pasangan sejatinya.

"The most important thing is that Vanessa has made me not have to pretend anymore about who I am," Johnny added. "I feel comfortable with myself."



Anak anak perempuan Johnny Depp




Gambar Vanessa Paradis..



Dalam sensasi tengah surfing pasal Johnny Depp dan pasanganny,terjumpa gambar nie...baru nampak bibir Johnny Depp bila dipakai lipstick mcm kat bwh nie mcm bibir Vanessa kan..hehe

Kisah Benar:Remaja 18 tahun nikah di Thailand dengan Datuk 63 tahun ,ditipu ketika bercinta dalam telefon

Posted: 14 Mar 2011 09:18 PM PDT





Menggunakan umpan tersalah mendail nombor telefon, seorang remaja perempuan berusia 18 tahun melalui detik mencemaskan apabila mendakwa dinikahkan dengan pemilik nombor telefon berkenaan dalam tempoh perkenalan hanya kira-kira lima bulan.

Lebih mengejutkan, 'suami' yang mendakwa lelaki kacak berusia 30 tahun dan bekerja sebagai pegawai bank itu seorang datuk berusia 63 tahun yang juga penoreh getah.


Bagaimanapun, remaja itu yang bekerja di sebuah pasar raya, dekat sini, 'bernasib baik' kerana ketika dinikahkan kononnya di sebuah pejabat agama di Thailand, dia dalam keadaan 'uzur' menyebabkan suaminya terpaksa menyimpan hajat menjamah tubuh gadis itu untuk sementara waktu.

Begitupun, selepas empat hari bernikah, remaja terbabit menyatakan hasrat berpisah dengan suaminya sebelum membuat laporan polis dan jabatan agama.


Ketika mendedahkan pengalamannya, remaja yang mahu dikenali sebagai Lis berkata, dia berkenalan dengan warga emas terbabit Oktober lalu apabila lelaki itu mendakwa tersilap mendial nombor telefonnya.


Bermula saat itu, katanya, lelaki terbabit kerap menghantar SMS serta berbual dengannya walaupun mereka tidak pernah berjumpa.Menurutnya, sejak berkenalan, lelaki itu kerap menambah nilai kredit telefon bimbitnya selain memasukkan wang ke akaun adiknya untuk kegunaan termasuk membeli-belah.


"Dia kerap tambah nilai telefon saya selain memasukkan wang ke dalam akaun adik untuk kegunaan saya dan memberitahu dia berusia 30-an, masih bujang dan bekerja sebagai pegawai bank."Beberapa minggu lalu, kami membuat keputusan untuk berjumpa di stesen bas dekat sini. Sebaik saya tiba, lelaki itu bersama rakannya membawa saya ke Thailand untuk bernikah," katanya.


Lis berkata, selepas empat hari bernikah dia berasa tidak sedap hati sebelum meluahkan hasrat tidak puas hati terhadap perkahwinannya dan minta berpisah.


"Saya bingung bagaimana proses pernikahan itu berlaku dan kerana tidak puas hati saya membuat laporan di Balai Polis Kulim kerana rasa tertipu dan mungkin dipukau," katanya ketika ditemui di Balai Polis Kulim pada 7 Mac lalu.


Sementara itu, lelaki terbabit yang enggan dikenali berkata, dia tertarik dengan remaja itu yang pandai mengambil hati selain suka mendengar suaranya.


Menurutnya, sepanjang proses pernikahan dengan remaja itu, tidak berlaku sebarang paksaan, malah semua dokumen berkaitan ada dalam simpanannya.


"Saya menikahinya di Thailand dan memiliki semua dokumen yang diperlukan, malah ketika bernikah tidak berlaku sebarang paksaan. "Sejak menikahinya kami tidak pernah bersama kerana dia datang bulan," katanya.


Warga emas itu berkata, dia mempunyai anak berusia tujuh bulan hingga 30 tahun dan remaja itu isteri keduanya.


Menurutnya, dia sudah bernikah empat kali, tetapi tidak kekal lama dan bercerai.


Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Salleh, berkata pihaknya menyerahkan kepada Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK) untuk memastikan kesahihan status perkahwinan pasangan itu.


Sementara itu, jurucakap PADK berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut sebelum mengambil tindakan susulan.