Kosmo Online - Hiburan |
Posted: Saya bukan gay! - Arja LeeTIDAK dinafikan bahawa sejak dari awal proses pembikinan filem ... Dalam Botol terbitan JAS Sdn. Bhd. pelbagai halangan yang terpaksa dilalui oleh penerbitnya iaitu Raja Azmi Raja Sulaiman. Bermula dengan tajuk asalnya yang terpaksa diubah atas arahan Lembaga Penapisan Filem (LPF) beberapa babak yang dikatakan boleh mencetuskan kontroversi sehingga masalah kewangan yang dihadapi. Malah, di sebalik pelbagai kisah kontroversi yang melanda, Raja Azmi turut mengambil risiko dengan memperkenalkan dua orang pendatang baru iaitu Arja Lee dan Wan Raja untuk memegang watak utama. Namun begitu, Raja Azmi kini boleh menarik nafas lega kerana akhirnya filem yang diarahkan oleh Khir Rahman itu akan menemui penonton di seluruh negara pada 24 Mac ini. Menurut Azharudin Ramli yang juga dikenali sebagai Arja Lee, dia mengakui menerima tawaran untuk memegang watak Ruby kerana sangat tertarik dengan jalan ceritanya yang diangkat daripada sebuah kisah benar. "Saya akui memang agak sukar dan mencabar untuk membawakan watak sebagai Ruby dalam filem ini. Bayangkan ketika itu saya merupakan seorang pelakon baru yang langsung tidak mempunyai asas dalam bidang lakonan. "Namun saya menganggap itu semua adalah sebagai satu cabaran dalam hidup saya semata-mata menggapai impian untuk bergelar seorang pelakon suatu hari nanti," ujarnya. Tambah Arja, selain membuat kajian dengan membaca tentang lelaki bersifat homoseksual untuk mendalami watak Ruby, dia juga turut bergaul dengan golongan lelaki gay. "Sebenarnya dengan cara sebegitu juga banyak membantu saya untuk menghayati watak berkenaan. Malah, dengan kerjaya sebagai penari sebelum ini, ada di kalangan rakan lelaki saya yang terdiri daripada golongan tersebut," jelasnya. Sementara itu, Arja menjelaskan bahawa dia tidak kisah sekiranya dilemparkan tuduhan oleh segelintir pihak yang mengatakan dirinya seorang lelaki gay kesan daripada filem tersebut. "Ramai yang bertanya sama ada saya ini gay atau tidak. Jawapannya, saya adalah lelaki normal. Ruby hanyalah sekadar watak yang diberikan dan ia langsung tidak mempengaruhi kehidupan saya di luar," katanya yang mempersetankan tanggapan liar khalayak asal kerluarga tahu orentasi dirinya sebenar. Sebagai pelakon baru, Arja turut mengharapkan sokongan daripada peminat dan menjelaskan dia sudah bersedia untuk menerima sebarang komen dan kritikan daripada penonton menerusi filem sulungnya itu. Sementara, bagi Saiful Redzuan Abu Bakar atau lebih dikenali dengan panggilan Wan Raja, dia sendiri sememangnya tidak pernah menyangka untuk terpilih memegang salah satu watak utama iaitu sebagai Ghaus. Menurut pelakon kelahiran Pulau Pinang itu, asalnya dia sekadar menemani salah seorang rakan yang menghadiri sesi uji bakat untuk mencari watak utama filem itu yang diadakan di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas). "Pada masa itu memang tiada niat langsung untuk terbabit dalam sesi uji bakat itu. Sebaliknya, saya hanya melihat kehadiran ramai pelakon yang mahu mencuba nasib. ADAKAH mesej di sebalik cinta sejenis yang cuba dipaparkan dalam ... Dalam Botol akan difahami oleh khalayak kelak. "Kemudian apabila Raja Azmi lalu di hadapan saya, terus dia bertanya sama ada saya berminat untuk turut serta. Tanpa berfikir panjang, saya terus bersetuju dan akhirnya berjaya pada sesi uji bakat tersebut," jelasnya. Bagaimanapun, tidak bermakna dia terus berjaya memegang watak berkenaan. Sebaliknya dia terpaksa bersaing dengan dua orang lagi aktor popular iaitu Norman Hakim dan Fauzi Nawawi di peringkat akhir. "Bayangkan pada masa itu saya terpaksa bersaing dengan dua orang lagi pelakon yang sangat popular. "Boleh dikatakan saya tidak terlalu meletakkan harapan yang terlalu tinggi untuk menjadi pilihan ramai. Namun mungkin sudah menjadi rezeki saya, akhirnya saya berjaya memegang watak tersebut," ceritanya. Ujarnya lagi, biarpun perasaan seronoknya ketika itu sukar untuk digambarkan, tetapi luahnya dia merasa agak tertekan kerana menyedari tanggungjawab yang begitu besar untuk membalas kepercayaan yang diberikan oleh peminat serta penerbit yang telah memilihnya. Berhenti kerja Biarpun namanya hanya mula dikenali selepas membintangi filem ... Dalam Botol, tetapi Wan Raja sebenarnya sudah mula bergiat aktif dalam bidang seni sejak dia menuntut di universiti lagi. Mengambil jurusan Sarjana Muda Seni Reka Fesyen di Universiti Teknologi Mara (UiTM), tetapi Wan menjelaskan bahawa semasa di universiti dia sering terbabit dengan persembahan teater. "Selepas tamat belajar, saya pulang semula ke Pulau Pinang dan bertugas sebagai seorang pensyarah di sebuah kolej swasta. Namun pada masa yang sama saya masih lagi meneruskan aktiviti teater," katanya yang pernah mewakili Pulau Pinang ketika festival teater kebangsaan. Malah kecintaannya terhadap bidang lakonan telah membuka pintu buat dia berlakon sehingga mengambil keputusan nekad untuk meletakkan jawatan sebagai pensyarah pada penghujung tahun 2008. Arja dan Wan Raja menjadi pasangan kekasih dalam ... Dalam Botol. "Saya jenis yang sukar untuk buat pelbagai pekerjaan dalam satu masa. Ketika menjadi pensyarah, saya juga terpaksa berulang-alik ke Kuala Lumpur hingga mengabaikan para pelajar saya. Akhirnya saya ambil keputusan berhenti mengajar untuk memberi sepenuh tumpuan dalam bidang lakonan," katanya yang juga berkebolehan menulis skrip. Masih menuntut Berbanding Wan Raja yang kini aktif dunia lakonan, Arja Lee pula terpaksa menolak tawaran berlakon yang diterima memandangkan kini dia masih lagi menuntut di Universiti Sains Malaysia (USM) dalam jurusan Lakonan dan Pengarahan. Ujarnya yang kini berada di tahun dua pengajian, buat masa ini dia mahu memberi tumpuan sepenuhnya dalam pelajaran terlebih dahulu sebelum kembali berlakon. "Walaupun telah ditawarkan berlakon banyak kali, namun keputusan saya tetap sama iaitu mahu memberi fokus terhadap pelajaran. Pada saya, pelajaran sangat penting untuk masa hadapan," ujar pelakon berusia 28 tahun itu lagi. Bagaimanapun, sebelum terbabit dalam filem ... Dalam Botol, Arja sebenarnya pernah terbabit dalam pementasan teater seperti Puteri Gunung Ledang The Musical 1 dan 2 serta Mahsuri dan Kaki Blue. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Posted: MML tak cari hantuOleh SAHLIZAH MOHAMED BARISAN individu yang terlibat dalam Mastika Mencari Logika. SELAMA lebih 65 tahun diterbitkan, majalah Mastika yang selama ini memaparkan kisah benar mengenai pengalaman sebenar serta kisah daripada khazanah cerita rakyat tempatan akan diterbitkan dalam bentuk program televisyen. Berjudul Mastika Mencari Logika (MML), ia akan mendedahkan sebuah kembara realiti pengalaman menarik dan mendebarkan dalam pencarian logika di sebalik pelbagai fenomena paranormal dan kepercayaan mistik di luar jangkauan minda yang berlaku di serata tanah air. Selain berinspirasikan Mastika, MML turut diilhamkan daripada penceritaan sebuah lagi majalah terbitan Utusan Karya Sendirian Berhad (UKSB) iaitu Infiniti. MML bukan hanya akan merangsang perhatian, malah turut mempertimbangkan rasional penonton secara kritis agar bebas daripada penjara tahyul dan khurafat menerusi perspektif para intelek Sains Islam pelbagai bidang khususnya dari Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia. Bertongkatkan dua hos yang memegang peranan sebagai wartawan iaitu Intan Liyana Yusof Izzudin dan Alif Satar, MML akan menyingkap rahsia alam mistik menerusi pengalaman secara langsung oleh kedua-dua hos yang berdepan dengan pelbagai suasana menyeramkan serta mencabar kekuatan mental dan fizikal untuk menonjolkan paparan yang lebih menarik dan realistik. Bercerita lanjut tentang MML, pengarahnya, Hanif Hassan berkata, dia pada mulanya tidak pernah terfikir akan dipanggil untuk mengarah program sedemikian. "Pada mulanya, saya berat untuk terima tawaran itu kerana saya tidak pernah melakukannya sebelum ini dan subjek fokusnya juga amat berbeza. "Jalan penceritaannya juga lain kerana subjek itu perlu dicari," terangnya ketika ditemui selepas majlis pelancaran MML di Hulu Langat, baru-baru ini. Menurut Hanif, setiap episod akan memaparkan kisah yang berlainan dalam pelbagai bentuk sama ada menerusi bunyi, bau atau secara melihat. Katanya lagi, MML bukan berkonsepkan program yang mencari dan memburu mistik, tetapi lebih kepada memaparkan apa yang dapat dirakamkan tanpa menggunakan kesan khas. "Kami tidak mencari 'benda' itu atau mengundang mereka supaya hadir, kami hanya memaparkan apa yang dirakamkan termasuk sedikit elemen lakonan semula melalui penceritaan individu yang kami temui. "Terdapat juga demonstrasi daripada individu-individu yang kami temui untuk melihat cara mereka mengamalkan perubatan tradisional masing-masing," jelasnya lagi. Antara episod menarik yang boleh ditonton dalam MML ialah ilmu besi yang dimiliki oleh seorang warga emas yang boleh menundukkan serta mengawal besi dan senjata lama menerusi berdamping dengan penjaga-penjaganya, kehebatan seorang bomoh hujan yang mengawal cuaca dan memindahkan hujan dan paparan sebuah kampung yang didakwa keras kerana dipenuhi jelmaan saka, penunggu dan sihir. Sementara itu, Intan Liyana ketika ditemui mengakui dia menimba pengalaman yang berbeza selama terlibat dalam bidang pengacaraan sejak dua tahun lalu. "Bagi saya, MML bukan sebuah program yang sengaja mahu mencari hantu, tetapi ia lebih kepada untuk merungkai kisah misteri dan harta pusaka yang jarang ditemui. "Sepanjang penggambaran, saya sukar untuk melihat 'benda-benda' tersebut, tetapi rasa itu ada sehinggalah malam terakhir penggambaran yang diadakan di Sungai Pajam, Nilai, Negeri Sembilan. "Mungkin sudah malam terakhir, 'dia' tunjukkan dirinya kepada saya," kata pengacara berusia 25 tahun itu. Menurut Intan Liyana lagi, sebaik ditawarkan, dia sudah menetapkan dalam diri dengan memasang niat untuk bekerja dan mencari rezeki selain menjaga pertuturan dan tingkah laku. Bagi Alif pula, dia mengakui dirinya tidak begitu berani, tetapi tawaran yang hadir tidak disia-siakan dengan tujuan untuk mencari pengalaman. "Saya akui saya memang seorang yang penakut. Tetapi saya terima tawaran tersebut kerana sifat ingin mencuba dan menimba pengalaman. "Sebelum terima, saya sebenarnya fikir banyak kali sama ada mahu terima atau tidak. Akhirnya saya putuskan untuk terima dan mencuba sejauh mana mampu saya lakukan. "Saya cuba tetapkan dan kawal minda saya serta elakkan memikirkan perkara yang bukan-bukan," luahnya yang akan membaca ayat-ayat suci al-Quran setiap kali sebelum memulakan penggambaran. MML terbitan Utusan Studios menyaksikan Azlan Naim Abdullah sebagai penerbit dan dijangka akan menemui penonton pada 8 April ini (Jumaat) selama 30 minit di saluran Astro Prima sebanyak 13 episod. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Charlie Sheen tuntut RM320 juta Posted: Charlie Sheen tuntut RM320 juta
SETELAH dipecat daripada membintangi drama bersiri popular, Two And A Half Man, pelakon utamanya Charlie Sheen telah menuntut sebanyak RM320 juta daripada Warner Bros dan penerbit Chuck Lorre. Seperti yang dipetik daripada laman web TMZ, pelakon berkenaan bertindak berbuat demikian kerana berasakan pemecatannya itu tidak adil serta menuduh Chuck dengki terhadap dirinya. "Saya percaya dia telah membuat keputusan untuk memecat saya kerana egonya sendiri dan mempunyai kepentingan peribadi. Malah, saya dijadikan sebagai kambing hitam semata-mata untuk memuaskan kehendaknya," tegas pelakon berkenaan. Sebelum ini, dia mengakui bahawa Chuck sememangnya begitu membenci dirinya dan sempat menggelar penerbit berkenaan sebagai seorang badut dan lelaki bodoh. Tegas pelakon itu lagi, keputusan yang dibuat untuk memecatnya itu dilihat tidak adil kerana dia sedang sakit dan kontraknya hanya tamat pada Mei 2012 akan datang. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |