Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater |
Gambar & Senarai Peserta Protege Mentor Musim 5 Posted: 01 Mar 2011 04:30 PM PST TEKA TEKI SIAPAKAH 6 PROTEGE TERPILIH SUDAH TERJAWAB HARI INI VIDEO: Persembahan Ratnah Protege Afdlin Shauki di Showcase Mentor Menerusi TV3, para penonton sudah menyaksikan 2 episod awal Mentor 5 mulai 13 Februari (Ahad) jam 9.00malam yang memaparkan pelbagai karenah dan aksi para peserta yang telah membanjiri perkarangan Sri Pentas untuk bergelar protege bagi Datuk Sharifah Aini, Afdlin Shauki, Noh (Hujan), Rahim Maarof, Edry Abd Halim dan Erra Fazira. Teka teki siapakah 6 protege yang terpilih untuk berentap dalam musim ke-5 bersama barisan Mentor masing-masing sudah terjawab di mini showcase Mentor 5 yang berlangsung di Pusat Membeli Belah 1 Utama (Sayap Baru) pada hari ini. Salma, Ayish, Ratnah, Shiha, Aiman dan Iqa 6 protege yang berjaya mengharungi sesi ujibakat yang disertai oleh ribuan orang. Salma (Erra Fazira), Ayish (Noh Hujan), Ratnah (Afdlin Shauki), Shiha (Datuk Sharifah Aini), Aiman (Rahim Maarof) dan Iqa (Edry Abd Halim) telah membuktikan kemampuan diri dan potensi untuk berentap di gelanggang Mentor 5 bersama sifu masing-masing. Gambar Peserta & Protege kepada Mentor musim 5 RATNAH, PROTEGE KEPADA AFDLIN SHAUKI IQA – PROTEGE EDRY ABDUL HALIM SHIHA, PROTEGE DATUK SHARIFAH AINI Kak Pah mahu melahirkan seorang penghibur yang bukan meniru mana-mana penyanyi. Kak Pah sangat cerewet dan ada sesuatu untuk membina bakat Shiha. Selama 2 bulan, Kak Pah tak menerima sebarang tawaran untuk persembahan pentas. Kak Pah tak ramai tenaga kerja dan mahu mencuba yang terbaik untuk kejayaan Shiha dalam Mentor. Kak Pah mengakui Shiha seorang budak yang baik, very sweet dan serius untuk berjaya. Menganggap Shiha sebagai anak, Kak Pah mahu berkorban untuk protegenya. Shiha bercita mahu menjadi penyanyi serba boleh. Satu peluang yang agak baik dan beliau pun membesar dengan lagu-lagu Kak Pah. Komitmen akan diberikan 120% untuk memperbaiki kesilapan Shiha. AYISH, PROTEGE KEPADA NOH HUJAN Bagi mereka yang bakal bergelar Juara Mentor 5 akan memenangi hadiah wang tunai RM100,000 dan sebuah kereta Chevrolet Cruze. Penerbit Eksekutif dan Pengarah Mentor musim ke-5, Muhamad Sufian Isa berkata, "Populariti program Mentor telah menyuntik semangat kepada kru produksi dalam pembikinan musim terbaru ini. Kali ini, kami menerima penyertaan hampir 3 ribu orang di 6 sesi uji bakat dan kiriman demo nyanyian. Barisan Mentor telah melakukan pemilihan dengan amat teliti sehingga Rahim Maarof telah mengadakan sesi uji bakat yang kedua bagi mendapat calon yang paling layak. Maklumlah, gandingan mentor dan protege perlu serasi dan memberikan komitmen penuh bagi menjayakan pertandingan yang berlangsung selama 3 bulan ini." "Selain itu, kami juga bersyukur apabila 'rating' atau kadar tontonan semasa episod pertama mencatatkan 2.7 juta penonton dan episod kedua mencecah 2.81juta penonton. Maka, ia juga memberi motivasi kepada kami untuk terus mempersembahkan kandungan program yang mantap dan berkualiti supaya tidak mengecewakan jutaan peminat Mentor yang tidak pernah jemu mengikuti perkembangan program ini." "Selain menjadi inspirasi kepada anak didik mereka, Mentor juga menggalas tanggungjawab dalam perancangan strategi untuk mengasah bakat protege supaya lengkap dengan ilmu nyanyian, persembahan dan kemahiran berkomunikasi. Yang penting, protege-protege mesti mempunyai daya tarikan atau pun aura sebagai seorang penghibur tatkala berada di pentas Mentor untuk bergelar Juara," tambah Sufian. Keenam-enam protege telah memulakan sesi latihan dan persiapan rapi bersama Mentor mereka bagi menjayakan konsert pengenalan yang akan bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam pada 6 Mac 2011 jam 9.00malam. Selepas itu, mereka akan dibahagikan kepada 2 kumpulan dan membuat persembahan sebanyak 4 kali di konsert mingguan yang diadakan secara berselang-seli antara Kumpulan A dan B bagi mengumpul markah. Protege yang mendapat markah terendah dari setiap kumpulan akan disingkirkan. 2 protege dari Kumpulan A dan B akan digabungkan di peringkat separuh akhir dan bertanding selama dua minggu sebelum menentukan siapakah finalis yang bakal berentap di peringkat akhir Mentor. Musim ke-5 mengekalkan format permarkahan kepada 3 bahagian iaitu 50% daripada juri profesional, 30% melalui undian SMS dan 20% daripada juri awam yang terdiri daripada pelajar-pelajar muzik, wartawan dan golongan semi-profesional dalam industri muzik. Juara Mentor musim ke-5 akan memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM100,000 masing-masing dan sebuah kereta Chevrolet Cruze tajaan Chevrolet untuk protege. Hadiah wang tunai bagi tempat kedua ialah RM 30,000 untuk mentor dan protege. Protege yang memenangi tempat kedua juga akan memenangi sebuah Vespa LX150 tajaan Naza World. Mentor 5 masih menampilkan Ally Iskandar Mohd Mardzi sebagai pengacara program, jurnal Mentor dan jurnal Protege. Selain itu, Nas Ahmad bertindak sebagai pengacara bersama sewaktu konsert mingguan untuk mendapatkan kisah-kisah yang berlaku di sebalik tabir dan di belakang pentas. Mentor 5 membariskan Ajai sebagai Penasihat Vokal, Adam sebagai Penasihat Persembahan, Faizal Uzir sebagai Pengarah Muzik serta memperkenalkan juri tetap buat pertama kalinya dalam penganjuran Mentor iaitu Ramli M.S. Ikuti konsert mingguan Mentor yang disiarkan secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam pada setiap hari Ahad jam 9.00malam hingga 10.30malam. Penonton juga boleh menyaksikan sorotan persediaan serta aktiviti protege bersama mentor melalui Jurnal Mentor, setiap hari Ahad jam 5.00petang hingga 5.30petang. Manakala Jurnal Protege akan memaparkan diari protege pada setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 6.58petang selama 2 minit. Maklumat terkini serta aktiviti protege boleh didapati melalui laman sesawang rasmi mentor www.tv3.com.my/mentor5 Mentor 5 ditaja bersama oleh MAHSA University College dan SG Men. Stesen radio popular HOT FM sebagai stesen radio rasmi manakala Chevrolet Cruze sebagai kereta rasmi dan Intekma Resort Shah Alam selaku penginapan rasmi protégé. Salma bersama mentornya Erra Fazira Era memilih 10 orang, dalam jumlah itu, Salma antara yang menyerlah. Semestinya, vokal dan juga pakej. Erra tertarik pada bakat terpendam Salma. Erra gembira kerana persembahan pertama Salma tidak menghampakan. Namun, Erra risau dengan expectation dan merasakan tanggungjawab agak berat. Jadi, Erra perlu bekerjasama dengan team work. Setiap minggu, Erra berjanji akan melakukan kelainan untuk protegenya.Erra perlu cungkilkan bakat dan mahu memberi warna kepada penampilan dan persembahan Salma. Edry KRU bersama protegenya, Iqa yang merupakan vokalis sebuah band pop, Water Cap. Juga boleh bermain bass. Afdlin Shauki bersama protegenya, Ratnah. Aiman, protege kepada Rahim Maarof Aiman dipercayai ada pakej dan lebih meninati pop rock dan R&B.Ajai juga bersetuju Aiman ada tone suara yang bagus. Rahim Maarof melalui proses yang paling lama untuk memilih protege. Akhirnya, beliau bertemu juga dengan Aiman pada hari yang terakhir. Tags: abd halim, Afdlin Shauki, aiman, datuk sharifah aini, edry, Erra Fazira, kak pah, kejayaan, luar biasa, mahu, masing, melahirkan, meniru, penyanyi, persembahan, Rahim Maarof, shiha, sri pentas, tenaga kerja, uji bakat Tags: TV3, Aiman, Ayish, Iqa mentor 5, Ratnah, Salma, senarai peserta mentor, ShihaClick on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
Drama Mahligai Itu Milikku Lakonan Norish Karman Posted: 01 Mar 2011 04:25 PM PST KEPAHITAN MADU DALAM DRAMA MAHLIGAI ITU MILIKKU Tidak terlintas di fikiran cinta akan diduakan dan janji manis hanyalah omong kosong semata atas kesetiaan si isteri. Kepercayaan yang diberikan sepenuh jiwa kepada seorang insan bernama suami kini tinggal debu sahaja apabila suami melafazkan hasrat untuk berkahwin lagi. Bagaikan hendak luruh hati apabila mengenangkan nasib diri dan keluarga pada masa akan datang. Adakah diri sendiri dapat berdepan dengan kenyataan bahawa diri akan dimadukan? Ikuti kisah penuh syahdu bertajuk Mahligai Itu Milikku yang akan bersiaran menerusi slot Skrin Di 9 pada 2 Mac ini (Rabu) jam 8.30 malam. Ketabahan dan kepahitan isteri bermadu digarab dalam sebuah telefilem yang berkisarkan kisah kehidupan Syura (Norish Karman) yang merupakan seorang isteri dan ibu yang cukup sempurna dan bertanggungjawab. Rumah tangganya bersama suami tercinta, Ramli (Arash Mohamad), sungguh bahagia bersama dua orang anak mereka, Aidil (Mohd Addy Ashraf) dan Aida (Nurul Elfira Loy). Selama menyelami alam perkahwinan, Ramli sentiasa meyakinkan Syura bahawa cintanya hanya untuk Syura dan kejujuran jelas terpancar dari raut wajah Ramli. Syura mempercayai suaminya seratus peratus dan yakin tiada apa yang dapat memisahkan mereka. Itulah kunci kebahagiaan Syura terhadap suaminya. Sungguh tidak disangka bahawa Ramli tergamak melukakan hatinya kerana Syura sememangnya seorang isteri yang solehah, cantik paras rupa, baik budi pekerti dan begitu teliti menjaga kehidupan harian Ramli. Di manakah silapnya Syura yang bertanggungjawab dan lengkap sifatnya sebagai seorang isteri diduakan semudah itu? Atau adakah kesetiaan Ramli tidak sekuat Syura menyebabkan hadirnya orang ketiga? Kepercayaan yang menggunung terhadap suaminya selama ini akhirnya hancur berkecai apabila munculnya Shima (Adrea Abdullah), setiausaha baru Ramli yang lebih muda dari Syura. Shima menyimpan perasaan terhadap bosnya itu dan mencuba sedaya-upaya untuk menggodanya namun Ramli tetap setia kepada Syura dan tidak pernah terfikir untuk menduakannya. Shima terasa begitu marah dan tercabar apabila Ramli tidak mengendahkan godaanya itu. Dari mula Shima bekerja, dia telah merancang pelbagai strategi untuk menjauhkan Ramli dari keluarganya supaya dia sendiri- dapat mendekati Ramli. Dengan bantuan rakan sekerja Ramli, Shima akhirnya berjaya menjerat Ramli dalam kancah maksiat dan keadaan itu telah memaksa Ramli untuk berkahwin dengan Shima bagi menjaga maruahnya. Walaupun berat hati seorang isteri untuk menerima hakikat, namun Syura akhirnya terpaksa akur dan memberi restu ke atas keputusan suaminya untuk mengahwini Shima. Sebagai seorang isteri, Syura wajib mentaati suaminya dalam hal kebaikan sekiranya tidak menyusahkan. Kesetiaan Syura terhadap suaminya tetap kuat dan masih berada di samping suami tercinta walaupun pahit yang terpaksa ditelan.. Syura tabah mengharungi hari-harinya dengan tangisan dan kesedihan yang menyelubungi dirinya. Namun, anak-anak pengikat kasih, penguat cinta dan sayang pada mahligai yang telah dibina bersama lelaki tercinta bertahun lamanya. Apakah takdir hidup mereka sekeluarga? Apakah pula kisah silam Shima yang telah menghantui dirinya hingga ke alam bahtera perkahwinan? Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Mahligai Itu Milikku pada 2 Mac ini jam 8.30 malam, hanya di TV9, saluran Di Hatiku. Telefilem ini diterajui oleh Heykal Hanifah sebagai pengarah, Julia Juhasu sebagi penerbit eksekutif serta Rosyam Nor dan Runika Mohd Yusof sebagai penerbit. Tags: Drama, Norish Karman, TV9Click on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |