Harian Metro: Rap |
Raja gagap, angsa hitam cemerlang! Posted: 28 Feb 2011 08:07 AM PST MEMENUHI jangkaan, lakonan cemerlang aktres handalan, Natalie Portman dalam menjiwai watak penari balet psiko, Nina Sayers, akhirnya membawa beliau ke pentas Oscar bagi menjulang trofi Aktres Terbaik pada Academy Awards ke-83 di Kodak Theatre, Hollywood pagi semalam (waktu Malaysia). Kemenangan Natalie itu adalah kejayaan susulan selepas menang gelaran yang sama pada BAFTA Awards dan Golden Globe Awards, baru-baru ini. Tiga kejayaan sama pada tahun ini sudah tentu memberi makna besar pada pencapaiannya sebagai pelakon apatah lagi mengubat kekecewaan ketika tercalon kategori Aktres Pembantu Terbaik menerusi Closer pada 2005. Natalie, 29, menewaskan empat calon lain, Nicole Kidman membintangi The Rabbit Hole, Annette Bening (The Kids Are All Right), Jennifer Lawrance (Winter's Bone) dan Michelle Williams (Blue Valentine).
Apa yang sensasi, filem ini turut memaparkan babak lesbian membabitkan dua pelakon itu. Graduan Ijazah Sarjana Muda Psikologi dari Universiti Harvard ini mengakui adegan itu antara tarikan penonton untuk ke pawagam. Mengulas kemenangan itu Natalie yang kelihatan sarat mengandung anak pertama bersama tunangnya, Benjamin Millepied, berkata kejayaan manis itu adalah pengiktirafan terhadap lakonannya yang sangat mencabar. "Lakonan kali ini membuatkan saya lebih memahami bagaimana watak itu boleh membuatkan lakonan itu dikritik. Saya masih teringat, bagaimana cabaran mahu membawakan satu kisah penari balet ke layar perak dan menjadikannya sebuah 'thriller'. "Bagi saya babak lesbian membuatkan ramai yang mahu menyaksikannya. Terima kasih berbanyak kepada semua. "Kejayaan memang 'gila' dan sejujurnya saya berharap anugerah ini menjadi milik calon lain dalam kategori ini. Saya kagum dengan mereka," katanya. Bintang filem sekuel Star Wars ini mula terbabit membintangi filem pada usia 11 tahun menerusi The Professional. Dalam temu bual sebelum ini, Natalie pernah menyatakan dia lebih menghargai kisah peribadi diberi tumpuan berbanding menayang bentuk badan di majalah atau menjadi simbol seks dalam filem. Secara peribadi, kejayaan Black Swan bukan hanya pada lakonan malah filem itu memberi makna pada kisah cintanya terhadap Millepied yang bertindak sebagai koreografer. Sejurus kemenangan Natalie diumumkan, turut menepati jangkaan ramai apabila Anugerah ini menjadi pencapaian terbaiknya selepas menerima banyak pujian sebelum ini menerusi lakonan berkesan membawakan watak Raja George VI yang mengalami sindrom gagap. Kehebatan Firth kali ini sekali gus mengetepikan empat calon lain, James Franco (127 Hours), Javier Bardem (Biutiful), Jeff Bridges (True Grit) dan Jesse Eisenberg (The Social Network). Filem arahan Tom Hooper ini yang mengungguli 12 pencalonan turut berkongsi kegembiraan menerusi anugerah Pengarah Terbaik dan Lakon Layar Asal Terbaik. Natalie berbangga kejayaan Aktres Terbaik buat kali ketiga, Firth juga cemerlang buat kali kedua untuk anugerah yang sama ketika Golden Globe Awards, 16 Januari lalu. Firth, 50, pula berkata, dia berhasrat berkongsi kemenangan ini bersama produser dan pelakon lain yang banyak memberi sokongan padanya. "Saya berasakan pencapaian karier seni sendiri baru saja sampai di puncak," katanya. Di sebalik kemenangan Natalie dan Firth yang dijangka ramai, keputusan kemenangan Christian Bale untuk Aktor Pembantu Terbaik manakala Aktres Pembantu Terbaik diberikan pada Melissa Leo mencipta kejutan. Keduanya adalah bersandar filem yang sama, The Fighter arahan David O Russell. Pencapaian Bale kali ini suatu yang cukup bermakna pada karier seninya yang bermula sejak dua dekad. Aktor berusia 37 tahun yang popular menerusi watak superhero, Batman dalam sekuel, Batman Begins (2005) berbangga kejayaan sama berulang selepas menang pada majlis Golden Globe Awards lalu. Dalam filem biografi ini, Bale menyerlah menerusi watak Dicky Eklund, seorang peninju yang dibelenggu masalah jenayah dan dadah. "Pengalaman melakonkan watak ini bukan suatu yang mudah. Penonton mungkin tidak faham bagaimana kesakitan yang dialami sepanjang menjalani penggambaran filem ini," katanya. Seperti Bale, Melissa turut mencipta pencapaian peribadi selepas berkongsi kemenangan pada Golden Globe lalu. Kejayaannya kali ini menewaskan pelakon Helena Bonham Carter, Amy Adams, Jacki Weaver dan bintang remaja, Hailee Steinfeld. Pelakon berusia 50 tahun ini mencatat pencapaian yang tidak disangka selepas pernah popular menerusi drama TV, Homicide: Life On The Street. Dalam filem ini, Melissa membawa watak Alice Ward yang juga ibu pada adik beradik, Dicky dan Micky (lakonan Mark Wahlberg). "Saya seolah-olah tidak dapat berkata-kata untuk kemenangan bermakna ini. Realitinya saya tidak seperti watak Alice dalam filem ini yang begitu mendesak, bersemangat dan menjaga anaknya. "Lakonan ini suatu bermakna kepada saya. Saya fikir, keyakinan berlakon filem ini hadir atas kepercayaan pengarah," katanya. Keputusan Pemenang: 1. Filem Terbaik - The King's Speech |
‘Cukuplah setakat ini’ Posted: 28 Feb 2011 08:03 AM PST SELALUNYA apabila ada peserta program realiti diumumkan tersingkir, reaksi pertama ialah menangis atau sedih kerana terpaksa mengucap selamat tinggal kepada rakan lain yang meneruskan perjuangan untuk bergelar juara. Tetapi berbeza dengan peserta Raja Lawak musim kelima, apabila Leman atau Sulaiman Ibrahim, 29, menghayun lengan menyatakan 'yes' sewaktu namanya diumumkan terkeluar pada minggu kelapan program realiti itu. Leman juga tersenyum lebar meninggalkan Gelanggang Raja Lawak (RL5) di Studio Finas, Hulu Klang, Jumaat lalu.
Reaksinya jauh berbeza dengan dua peserta lain, Man dan Epy yang hanya tersenyum hambar menunggu keputusan juri. Leman mendapat undian terendah kerana tidak menghabiskan segmen lawak tiga minit diperuntukkan bagi setiap peserta. Berdasarkan undian khidmat pesanan ringkas (SMS) penonton, Leman mendapat 9% manakala peserta lain, Kumpulan Balas diwakili Fandi Muhammad/Mohammad Shukri Mohammed Sahar (24.1%), Mohd Nazmi Mohd Isa (19.8%), Kumpulan R2 iaitu Rahim Mat Ali/Ridhzuan Mat Ali (18.3%), Abdul Rahman Kassim (16.8%) dan Muhammad Hanafi Rusmadi (12%).
"Terus terang, saya menyertai Raja Lawak kerana mahu jadi terkenal dan saya rasa sudah cukuplah setakat ini. "Paling seronok? Dapat kembali dapat berbakti menolong ibu mengendalikan kebun getah dan menjaga lembu di kampung. Pada masa sama, saya mahu menguruskan semula kedai 'bundle' di Pulau Pinang kini dikendalikan sementara oleh seorang kawan. "Kehadiran dalam Raja Lawak bukan niat untuk menang. Dapat sejauh ini pun cukup baik. Sebelum saingan bermula, saya menghantar SMS dan berpesan dalam Facebook (Fb) dengan meminta rakan-rakan dan peminat tidak mengundi Leman di minggu kelapan. "Apapun, kenangan bersama rakan-rakan Musim ke-5 tetap diingati. Kami makan, tinggal, berlatih dengan mendapat layanan seperti VIP dan solat berjemaah bersama. Paling tidak dapat dilupakan adalah bergurau dan usik-mengusik sesama sendiri hingga pecah perut. "Perancangan sekarang, kembali ke kampung dan Insya Allah, jika ada rezeki, saya mahu menjadi masuk arena politik dan menjadi wakil rakyat di tempat kelahiran di Kuala Nerang, Kedah," katanya. Ditanya mengapa kelihatan tertekan dan resah ketika di pentas, Leman berkata:"Pentas Raja Lawak pentas puaka. Slot persembahan tiga minit
Tema minggu kelapan bertajuk Kalau Aku Kaya menyaksikan Kumpulan Balas mempamer kelancaran mengenengahkan lawak mengenai angan-angan seorang peragut dan peminta sedekah. Nazmi membawa cerita menjalani pembedahan plastik untuk mencantikkan wajah membuat isterinya kagum. Gandingan adik-beradik Kumpulan R2, tampil dengan imej selaku buruh kontrak tidak perlu ke sekolah dan tidak perlu membuat karangan tajuk Kalau Aku Kaya jika disuruh guru. Ketawa paling besar penonton studio hadir menerusi aksi Man menampilkan imej Yang Berhormat. Pidatonya mengenai penyediaan tempat berlumba mat rempit serta iklan jualan kain kafan dan tanah perkuburan di lebuh raya berkenaan. Epy, 18, membawakan cerita mengenai tindakan menukar nama seperti nama jutawan dan menjadi orang kaya paling pemurah. Pengurus Saluran Astro Prima, Nizam Sani berpuashati dengan persembahan setiap peserta menjelang dua minggu lagi ke final. "Persembahan minggu ini paling baik, paling kelakar dan paling konsisten. Peruntukkan tiga minit kepada peserta solo atau berkumpulan dimanfaat sepenuhnya. "Mungkin ada sikit kekurangan tetapi minggu kesembilan pasti lebih sengit dengan tahap keyakinan peserta semakin meningkat. Saya gembira kerana elemen lucah 'double-meaning' sudah berkurangan dan mereka mula menghasilkan idea spontan semula jadi," katanya. Afdlin yang kelihatan agak serius minggu ini, menyatakan lawak selaku pemanjat pokok petai dibawakan Leman tidak cukup baik. "Ayam belum berkokok, Leman sudah berhenti. Apapun, itu pilihannya. Program masih tetap diteruskan," katanya. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Rap To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |