OHBULAN! |
Posted: 01 Mar 2011 02:53 PM PST Desas-desus semalam memang mengemparkan kami apabila kami terdengar cerita bahawa pelakon yang baru dilantik menjadi duta produk LUX ini masuk ke hospital semalam kerana terpecahkan sesuatu yang agak janggal kedengaran. Menurut gosip yang kami terima, Fazura telah dimasukkan ke Hospital Serdang kerana silikonnya pecah. Ha ha, memang janggal & sangat pelik. Tak sangka pula, disebalik kejayaan Fazura, ada juga manusia yang sanggup membuat cerita yang bukan-bukan mengenai pelakon utama filem Pisau Cukur ini. Tidak menunggu lama, hasil bantuan rakan kami yang memang rapat dengan Fazura, dia memaklumkan gosip ini kepada Fazura. Guess what? Fazura tergelak besar! Pada waktu & tarikh yang sama, Fazura berada di sekitar KLCC melepak bersama rakan-rakan artis seperti Umie Aida, Ziela & the gang. Malah, ketika kami layarkan gosip ini kepada rakan kami, dia turut dalam perjalanan untuk berjumpa dengan Fazura. Biasalah, kawan-kawan lama nak jumpa & borak. Dengkinya orang, anda sendiri sudah nampak. Sedangkan Fazura sedang lepak di KLCC, ada pula orang busy body sanggup sebarkan cerita yang dia 'pancit' di hospital. LOL! Fazura yang ditemui semalam cuma tergelak dengan gosip liar itu & bertanyakan apa tujuan orang untuk bercakap sebegitu. Untuk membuktikan bahawa gosip tersebut tidak benar, Fazura sudi berkongsi sekeping gambar eksklusif yang menampilkan wajah anggunnya bersama rakan artis yang disebut sebentar tadi. Aha, kami yakin kenyataan Fazura kali ini sudah mematahkan serangan orang-orang yang jeles dengan kejayaannya. Apa pun, kami nak pesan kepada 'orang itu', jangan buat cerita yang tak masuk akal. Takda life ke? Kualiti gambar sedikit terjejas sebab line Blackberry agak lembab. Blame the network! |
You are subscribed to email updates from OHBULAN! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |