OHBULAN! |
Luahan Hati Terhadap Deja Moss Berkenaan Isu Malukan Faradhiya & Norish Karman Posted: 09 Mar 2011 08:02 PM PST Kalau baca, ah macam budak-budak perangai kedua-dua selebriti ini. Semuanya gara-gara tak puas hati, segalanya hendak dilemparkan di atas pentas profesional. Yang Deja Moss ni pun satu hal, kalau dah tahu sengaja tak mahu berikan bunga kepada Norish Karman & Faradhiya, baik tak payah bagi terus. Ini macam buruk siku pula, kejap nak bagi, lepas tu ambil balik. Apa kes? Bukan sudah terang lagi bersuluh ke, motif awak (Deja Moss) memang jelas & telus sekali. Lepas tu, nak coverline kononnya tidak berniat nak malukan mereka berdua. Entah apa-apa. Lagipun, awak sudah tahu ada 12 pelakon teater, kenapa perlu nak beli 10 jambangan bunga? Fikir'lah beb, fikir sikit. Kami tak tahu menahu pula awak (Deja Moss) tak bertegur sapa dengan Faradhiya & Norish Karman sepanjang latihan teater Terima Kasih Cinta selama 3 bulan. Tak kan disebabkan tidak 'ngam', pentas profesional teater perlu menjadi mangsa? Sudahnya, satu Malaya tahu perangai awak yang tak profesional, kan dah malu? Kami bukan nak menyebelahi sesiapa. Tapi, setelah dengar isu ini sendiri daripada 'orang dalam' TKC, kami rasa terkilan. Sebuah garapan yang cantik & sepatutnya digunakan untuk menyampaikan mesej kasih sayang telah dicemar dengan cerita-cerita bodoh macam ini. Jangan anggap pembaca serta pengulas blog seperti kami ialah orang luar yang tak tahu apa-apa, kami ada otak. Kami sarankan kepada Deja Moss, kalau tak puas hati dengan Faradhiya, jumpa depan-depan terus. Apa ada hal kan? Terdengar juga cerita 'orang dalam' sudah meluat dengan awak. So, faham-faham sendiri je lah. Artikel ini ditulis sebagai respon terhadap artikel Mstar berjudul 'Tiada Niat Malukan Norish & Farahdhiya' – Deja Moss. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
(Gambar) Sazzy Falak & Kandungan Kembarnya Yang Makin Membesar. Posted: 09 Mar 2011 07:05 PM PST (Gambar) Sazzy Falak & Kandungan Kembarnya Yang Makin Membesar. Kredit: Twitter Sazzy Falak. Alahai, pelakon cantik genit ini makin bertambah serinya lagi-lagi setelah anak kembar yang dikandungnya makin membesar. Walaupun makin sarat, Sazzy Falak tetap aktif melakukan kerja-kerja sebagai seorang selebriti. Kalau tak silap kami, Sazzy sibuk dalam merangka perniagaan berasaskan bengkel-bengkel lakonan, pengacaraan kepada orang luar. Kegembiraan Sazzy turut dikongsi oleh Adidas yang menghadiahkan 2 pasang kasut saiz kanak-kanak untuk bayi kembar perempuan yang dijangka akan keluar sekitar bulan Mei nanti. Comel je untuk anak-anak kan? Dalam kesibukan Sazzy, kami harap dia tetap menjaga kesihatan. Jangan buat aktiviti yang lasak-lasak sangat ye, awak tu dah sarat. Doakan yang terbaik buat Sazzy! |
You are subscribed to email updates from OHBULAN! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |