Adsense

Khamis, 10 Mac 2011

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Obsesi remaja masa kini

Posted:

Obsesi remaja masa kini

Obsesi remaja masa kini



FENOMENA Justin Bieber berlaku bagaikan sekelip mata. Nama remaja berusia 16 tahun ini pantas meledak bagaikan kilat yang bergerak pantas tersebar seantero dunia.

Bakat pemilik nama sebenar Justin Drew Bieber, anak kelahiran Ontario, Kanada ini telah dikenal pasti di laman web YouTube yang mana ketika itu video-video nyanyiannya yang dimuat naik di dalam laman tersebut.

Bieber memulakan langkah sebagai penyanyi semasa berusia 12 tahun dengan menyertai pelbagai pertandingan nyanyian. Benar kata pepatah, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.

Pada tahun 2008, bakat Justin dikenal pasti oleh Scooter Braun yang secara kebetulan menonton video nyanyiannya menerusi laman YouTube tersebut. Tanpa berlengah, Scooter kemudian menjadi pengurus Bieber dan mengatur pertemuan eksklusif dengan penyanyi R&B terkenal, Usher di Atlanta, Georgia, Amerika Syarikat.

Sejak detik itu, Usher secara automatik bertindaj sebagai mentor Bieber. Karier profesional Justin bermula dengan dirinya menandatangani kontrak rakaman bersama Island Records pada Oktober 2008 dan muncul dengan single pertama One Time pada tahun 2009.

Sejak dilancarkan, single One Time, One Less Lonely Girl, Love Me dan Favourite Girl telah mengungguli senarai lagu 15 teratas carta Canadian Hot 100 dan lagu 40 teratas carta Billboard Hot 100.

Pencapaian tersebut menjadikan Bieber sebagai satu-satunya artis di dalam sejarah Billboard yang punyai empat single dari album sulung yang tersenarai dalam carta tersebut sebelum mengeluarkan album penuh.


PERJALANAN masa depan karier Justin Bieber merupakan sesuatu yang agak menarik untuk diikuti memandangkan dia sudah mencecah kemuncak popularti pada usia 16 tahun.


Album studio penuh pertama Justin yang berjudul My World 2.0 dilancarkan di pasaran pada Mac 2010 yang turut menguasai carta single dan album paling laris dengan jualan yang mencecah tahap platinum di Amerika Syarikat dalam tempoh tidak sampai dua bulan di pasaran.

Kejayaan dalam kariernya terus melonjak naik apabila dia juga telah melakar sejarah sebagai artis pertama yang memuatkan tujuh buah lagu dari album pertama yang terus mengungguli carta Billboard Hot 100.

Justin juga melakar sejarah sebagai artis pertama yang memiliki tujuh lagu daripada album sulung berada dalam carta Billboard Hot 100.

Nama bintang sensasi remaja ini terus melonjak apabila banyak gelaran yang dicapai seperti menerusi laman web YouTube sebagai Top Ten YouTube Superstars abad ini serta tidak ketinggalan laman sosial Twitter miliknya yang juga punya 11,000 peminat setiap hari.

Artis kelas A

Jika dihitung, pengalaman perjalanan karier Bieber belum mencecah lima tahun, akan tetapi melihat kepada pencapaian yang dikecapi, ia setanding dengan artis kelas A sedia ada.

Pada 21 November 2010 pada acara American Music Awards ke-38 yang telah berlangsung di Nokia Theatre, Los Angeles, Justin meraih pengiktirafan sebagai Artis Tahun Ini mengetepikan nama terkenal seperti Eminem, Lady Gaga, Katy Perry, Kei$ha. dan mentornya sendiri, Usher.

Selain itu, Justin juga mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi pemenang anugerah terbanyak anugerah tersebut iaitu sebanyak tiga anugerah untuk kategori Artis Cemerlang, Artis Pop/Rock Lelaki Pilihan dan Album Pop/Rock Pilihan menerusi album, My World 2.0.


PROTEGE dan mentor. Justin membuat persembahan debat bersama Usher pada Grammy Awards 2011 baru-baru ini.


Kejayaannya itu mencatat rekod penyanyi paling muda menggondol anugerah tersebut sejak American Music Awards dianjurkan bermula pada tahun 1973.

Bieber juga turut meraih dua pencalonan untuk anugerah muzik paling berprestij iaitu Grammy menerusi kategori Artis Baru Terbaik dan Album Pop Vokal Terbaik menerusi album My World 2.0.

Mengakui dirinya membesar dengan penuh kekurangan, Bieber bijak mengatur perjalanan kariernya sehingga berjaya ke tahap seperti yang dikecapi kini.

Konsert pertama dii Malaysia

Menyaksikan fenomena yang sentiasa dicetus oleh bintang remaja antarabangsa ini, Tune Talk Mobile Prepaid membuat keputusan pantas untuk menaja konsert sulung Justin Bieber My World Tour ke Malaysia kelak.

"Apabila kami mendengar perkara tersebut, kami sememangnya bergerak pantas untuk mendapatkan Justin ke Malaysia bagi mengadakan konsert kerana sememangnya juga Justin adalah suatu fenomena moden yang kini berlaku di seluruh dunia," ujar Ketua Pegawai Operasi Tune Talk, Jason Lo.

Konsert sulung Justin akan berlangsung di Stadium Merdeka pada 21 April 2011 dan berbeza dengan konsert yang telah dijalankan di Malaysia sebelumnya, Tune Talk mengambil pendekatan berbeza pada konsert yang dianjurkan kali ini.

"Pastinya pada setiap konsert-konsert besar pasti terdapat tempat duduk VVIP yang kebiasaannya diberikan percuma. Jadi, apa salahnya jika tiket tersebut dibayar dengan harga RM1000 untuk diberi sumbangan kepada yang kurang bernasib baik.


PEMINAT fanatik Justin di Malaysia berpeluang menyaksikan konsertnya ketika namanya kini sedang gah.


"Sasaran kutipan sebanyak RM100,000 hingga RM200,000 tersebut akan didermakan kepada rumah kebajikan Nur Salam. Jadi, siapa akan katakan tidak kepada perkara mulia sebegitu," tambah Jason.

Justin dijangka menghiburkan peminat selama lebih kurang dua jam yang mana dia akan menyampaikan lagu-lagunya dari album My World 2.0.

Penangan populariti Justin terbukti apabila tiket berharga RM498 telah habis dijual pada hari pertama kaunter penjualan tiket dibuka pada pukul 10 pagi iaitu pada hari sidang akhbar dijalankan.

"Pada hari pertama penjualan tiket, hanya untuk pelanggan Tune Talk. Paling mengejutkan, ada remaja yang membeli sehingga 10 tiket sekali gus dan sanggup beratur dari pukul 4 pagi semata-semata untuk membeli tiket bagi menyaksikan penyanyi kegemaran mereka itu," kata Jason yang mendedahkan Tune Talk akan membawa lebih ramai selebriti bertaraf antarabangsa untuk disajikan kepada peminat tempatan.

Tiket Justin Bieber My World Tour in Malaysia dijual pada harga RM498, RM358, RM288, RM188 dan RM98 dan juga boleh didapati menerusi www.airasiaredtix.com dan www.ticketpro.com serta di kaunter jualan AirAsiaRedTix dan TicketPro seluruh negara.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Hara penyeri Waktu Rehat

Posted:

Hara penyeri Waktu Rehat

Hara penyeri Waktu Rehat


LEBIH hebat, lebih ceria. Inilah barisan pelakon Waktu Rehat musim baru.


SELEPAS mendapat sambutan yang menggalakkan untuk musim pertama, siri televisyen tempatan pertama dalam bahasa Malaysia produksi Disney (Saluran Astro 615), Waktu Rehat kembali lagi dengan lebih aksi yang melucukan dan menampilkan beberapa watak baru untuk musim kedua.

Mencipta sejarah tersendiri, Waktu Rehat adalah siri televisyen tempatan pertama Disney dalam bahasa Malaysia dan barisan pelakonnya juga merupakan artis cilik tempatan.

Sitkom bersiri itu yang merupakan sebuah drama sekolah mengenai sekumpulan pelajar sekolah menengah rendah Malaysia yang berkongsi pengalaman hidup sambil berlepak di koridor sekolah semasa waktu rehat itu penampilan ikatan persahabatan 10 orang pelajar Sekolah Menengah Jalan Mas.

Merujuk kepada sambutan baik yang telah diperoleh program ini, saluran Disney akan meneruskan program ini dengan paparan musim kedua pada bulan Mac ini.

"Saya akui kanak-kanak Malaysia memang menggemari siri ini kerana sehingga kini rancangan ini telah pun mencapai jumlah penonton seramai 2.08 juta sejak pelancaran musim pertamanya pada 31 Ogos tahun lalu.

"Justeru itu, untuk musim kedua ini, akan menampilkan 21 episod berbanding 16 episod pada musim lalu," ujar Pengarah Pemasaran dan Kreatif, Disney Channels Southest Asia, Jennifer Ng ketika ditemui selepas pelancaran Waktu Rehat musim kedua di Lex, Empire Shopping Gallery, Subang baru-baru ini.

Sehubungan dengan itu juga, untuk menambah keseronokan penonton cilik yang meminati program ini, pihak saluran Disney telah mengadakan satu pertandingan yang dinamakan Waktu Rehat...Aksi! baru-baru ini.

Ia merupakan pertandingan yang mana pelajar yang berusia antara 7 hingga 15 tahun layak menyertainya dengan menghantar video diri mereka sendiri sebagai salah seorang pelakon Waktu Rehat.

Sebanyak 600 penyertaan yang diterima dan 15 finalis telah disenarai pendek yang mana 15 orang tersebut akan menerima kunjungan istimewa pihak saluran Disney dan pelakon Waktu Rehat ke sekolah masing-masing bagi menjalankan uji bakat kedua serta memenangi konsol permainan Playstation (PSP) setiap seorang.

Antara 15 kanak-kanak yang bertuah itu, seorang yang berbakat dan sesuai telah dipilih iaitu seorang pelajar tahun enam di Sekolah Kebangsaan St Mary, Siti Hara Rashid.

Menyingkap semula cerita gadis sunti yang sememangnya pernah aktif dalam bidang teater semasa di sekolah, selain teruja, Siti Hara atau lebih mesra dipanggil Hara, mengatakan dia sedikit gementar kerana ini merupakan kali pertamanya persembahkan bakat lakonan bersama produksi televisyen.

"Selain teruja, ada juga perasaan gementar di dalam diri saya kerana pertama kali tampil di hadapan kamera.

"Namun, saya perlu hadapi perasaan tersebut dan buktikan bahawa saya juga boleh lakukannya seperti orang lain," kata gadis ini bijak menyusun kata walaupun masih muda.

Menerusi Waktu Rehat, Hara akan tampil sebagai dirinya sendiri dalam episod pertama musim kedua yang berjudul Regimen Kesihatan Kieran yang mana penonton dapat meyaksikan Hara terlibat dalam dua babak episod itu.

Menurut Jennifer Ng, Hara dipilih menjadi pemenang kerana semasa proses uji bakat, lakonannya bersahaja dan kelihatan semula jadi.

"Hara telah terpilih kerana dia sangat semula jadi semasa proses uji bakat berlangsung dan kami fikir dia punyai bakat untuk tampil di hadapan skrin.

"Hara juga mempunyai perwatakan yang sebegitu menyenangkan yang mana kami fikir penampilan Hara di dalam program ini boleh dihubungkaitkan dengan penonton kanak-kanak yang menonton program ini," ujar Jennifer mengenai pemilihan peserta yang berdasarkan tiga kriteria utama iaitu gaya persembahan, prestasi dan potensi bakat yang ditonjolkan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Petiga taruhan terbaru Farid Kamil

Posted:

Petiga taruhan terbaru Farid Kamil

Petiga taruhan terbaru Farid Kamil

Oleh HARYATI KARIM


DAVID TEO (tiga dari kanan) bersama Farid Kamil (tiga dari kiri) bergambar dengan pelakon-pelakon filem Petiga.


GENRE aksi cukup dekat dengan hati pengarah muda Farid Kamil. Selepas berjaya membuktikan kemampuannya dalam filem aksi V3: Samseng Jalanan dan Kongsi yang akan menemui penonton pada Mei depan, terbaru Farid bakal muncul dengan filem baru berjudul Petiga.

Pengarah berusia 29 tahun itu yang ditemui pada majlis pelancaran filem Petiga di pejabat MIG Productions di Petaling Jaya baru-baru ini menjelaskan, filem ke-53 terbitan MIG itu sedikit berbeza daripada filem pertamanya kerana disuntik elemen komedi sama seperti filem Kongsi.

Menyentuh tentang judul yang agak unik, kata Farid, judul itu dipilih kerana ia menggambarkan keseluruhan filem yang mengisahkan sebuah rompakan.

"Judulnya memang agak pelik tetapi bertepatan dengan cerita yang ingin disampaikan kepada penonton. Saya yakin filem ini akan menarik penonton kerana ia sebuah filem aksi komedi," ujarnya,

Tambahnya lagi, filem Petiga mendapat inspirasi daripada kisah benar mengenai rompakan cip mikro dan peralatan komputer yang bernilai hampir RM50 juta yang berlaku pada 20 November 2006 di Pulau Pinang.

Disebabkan itu, lokasi penggambaran selama 30 hari dilakukan di Monkey Island dan sekitar Pulau Pinang, yang mana kebanyakannya adalah lokasi sebenar rompakan tersebut.

"Idea ini timbul sejak kes rompakan cip mikro itu kerana ia antara kes rompakan terbesar di Malaysia. Saya bertuah kerana kebanyakan lokasi penggambaran merupakan lokasi sebenar perjalanan rompakan tersebut," ujarnya yang mula menjalani penggambaran pada 19 Januari lalu.

Dekat dengan realiti

Bagi memantapkan lagi filem aksinya itu, Farid juga telah meminta pendapat pihak polis sebaik sahaja skrip filem Petiga siap ditulis supaya filemnya itu lebih dekat dengan realiti dan tidak melanggar sebarang undang-undang.

Sebagai seorang pengarah, Farid memilih pelakon dan penyanyi terkenal, Awie untuk memegang watak utama sebagai Megat.

Bagaimanapun, disebabkan Awie terikat dengan projek lain, selepas berbincang pihak produksi telah memilih Farid sendiri untuk memegang watak tersebut. Ini kali kedua, Farid berlakon sambil mengarah, kali pertama di dalam filem V3: Samseng Jalanan.

Tegas Farid, dia bukannya gila kuasa untuk melakukan dua kerja serentak tetapi kesukaran mendapatkan pelakon yang benar-benar sesuai untuk watak Megat menyebabkan tanggungjawab Farid bertambah bukan sahaja sebagai pengarah tetapi juga pelakon.

"Saya memang terfikir untuk cari pengganti pada mulanya tetapi bila berbincang dengan penerbit David Teo, akhirnya watak Megat ini dirasakan sesuai untuk saya.

"Memang sukar untuk lakukan dua kerja serentak, tetapi saya sudah mempunyai pengalaman di dalam filem V3: Samseng Jalanan dan dibantu oleh tenaga produksi yang berpengalaman, saya yakin saya boleh lakukan yang terbaik," balasnya.

Tutur Farid, semua tenaga kerja untuk filem Petiga merupakan warga tempatan termasuk pengarah dan pelakon lagak ngeri.

"Biasanya kalau pengarah Malaysia buat filem aksi, mereka akan dapatkan khidmat pelakon atau pengarah lagak ngeri dari luar negara sedangkan dalam negara kita sendiri ramai tenaga kerja berpengalaman. Cuma mereka tidak diberi peluang sahaja.

"Dalam filem Petiga, ada babak letupan dan jika dibenarkan saya akan letupkan sebuah rumah banglo di Monkey Island," ujarnya tentang filem yang menelan kos sebanyak RM1.7 juta itu lagi.

Farid yang diletakkan dalam Skim Pengarah Muda MIG masih mempunyai tujuh buah filem lagi bersama MIG. Mengakui genre aksi cukup dekat dengan jiwanya, Farid juga ingin cuba mengarah filem romantik komedi selepas ini.

"Dalam skim pengarah muda, kami diberi pengkhususan genre, seperti saya diletakkan dalam genre aksi, sesuai dengan minat. Tetapi ini tidak bermakna saya tidak mahu buat filem genre lain.

"Sebenarnya saya ingin sangat mengarah sebuah filem romantik komedi tetapi buat masa ini masih belum berpeluang," katanya.

Filem Petiga yang mengisahkan sebuah rompakan berprofil tinggi itu turut dibintangi Kamal Adli sebagai Fumi, Diana Amir (Lina), Along Eyzendi (Siva) dan Taiyuddin Bakar (Chat).

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.