macam macam hiburan terkini |
- Benarkah Shaheizy Sam Mahu Keluar MIG Gara-Gara Bonus?
- Minggu Setiausaha Anuar Zain Di Melaka 9 April
- 'Kemboja Putih' Drama Hantu Inspirasi Filem 'Nang Nak'
- 'Tiada Niat Malukan Norish & Farahdhiya' - Deja Moss
- RM70 Ribu Menanti Pemenang "Lagu Berduit Suria FM"
Benarkah Shaheizy Sam Mahu Keluar MIG Gara-Gara Bonus? Posted: 09 Mar 2011 06:02 PM PST Sam yang dihubungi bagi menjelaskan perkara tersebut bagaimanapun terkejut dengan dakwaan tersebut sebaliknya berkata, dia tidak pernah mempunyai apa-apa masalah dengan syarikat produksi berkenaan. "Saya juga terkejut apabila terbaca gosip mengatakan saya terkilan dan kecil hati dengan pihak MIG sehingga ingin keluar daripada syarikat produksi tersebut. Dakwaan itu tidak benar sama sekali. "Tentang bonus sebuah rumah yang dikatakan itu, tiada apa-apa perkara lain yang disembunyikan. Memang saya mendapat bonus seperti mana yang diumumkan pada malam penghargaan MIG tempoh hari," katanya ketika dihubungi mStar Online. Tambah Sam, dia tidak pernah mempunyai sebarang masalah sejak menandatangani kontrak pada November lalu dengan MIG. Malah dia juga selesa berada di bawah syarikat produksi yang turut bertindak sebagai pengurusan artis. "Saya tidak pernah terfikir untuk keluar dari MIG. Selama tiga bulan di bawah pengurusan ini, perjalanan kerjaya saya lebih teratur. "Mungkin ada orang yang tidak berpuas hati dengan saya atau dengan MIG tetapi menjadikan saya sebagai bahan subjeknya," katanya yang menganggap penyebar fitnah itu ada agenda tersendiri. Dalam pada itu, mengulas tentang perjalanan kerjayanya, Sam yang baru sahaja selesai penggambaran filem Bini-Biniku Gengster mengakui belum bersedia untuk terjun ke pentas teater. Katanya, dia belum mempunyai keyakinan diri untuk berlakon teater biarpun sudah mempunyai pengalaman luas dalam bidang lakon layar. "Bukan senang untuk berlakon teater, pada saya orang yang benar-benar layak dan berkeyakinan sahaja mampu untuk berlakon di pentas teater. "Saya masih lagi menimba pengalaman dalam bidang lakonan televisyen dan filem. Tapi apabila saya yakin dan bersedia barulah saya menerima untuk sahut cabaran itu," katanya yang menolak beberapa tawaran berlakon teater. |
Minggu Setiausaha Anuar Zain Di Melaka 9 April Posted: 09 Mar 2011 06:01 PM PST PETALING JAYA: Penyanyi Anuar Zain akan mengadakan persembahan sempena Minggu Setiausaha pada 9 April depan di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka. Pengurus Besar Kumpulan Permaisuri Hotel & Resorts, Aswandy Hassan berkata, persembahan yang diberi nama An Evening With Anuar Zain itu bertujuan untuk mengajak peminat penyanyi tersebut menyaksikan panorama indah di negeri berkenaan. Katanya, selama ini penganjuran Minggu Setiausaha banyak tertumpu di ibu negara tetapi pada kali ini pihaknya bekerjasama dengan Tourism Melaka yang turut bersetuju menyediakan pengangkutan bagi membawa individu yang membeli tiket berkenaan dari Kuala Lumpur. Anuar Zain "Tujuan kami selain untuk satu acara hiburan, penganjuran acara ini juga dapat membuka ruang kepada orang ramai menikmati keindahan indah negeri Melaka sebagai sebuah bandar bersejarah yang wajar dilawati," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, Rabu. Selain Anuar, persembahan Minggu Setiausaha itu akan turut dihiburkan dengan pelawak terkenal yang akan bertindak sebagai pengacara iaitu Nabil (Raja Lawak) dan Sharifah Shahira. Selain acara hiburan, penonton bertuah juga bakal mendapat hadiah cabutan bertuah sementara sebahagian daripada keuntungan jualan tiket akan disalurkan kepada rumah-rumah kebajikan terpilih. Syarikat korporat dan individu yang berminat untuk menyaksikan persembahan hebat Minggu Setiausaha di luar Kuala Lumpur ini bolehlah menghubungi Pengurus Acara, Permaisuri Hotel & Resort iaitu Desmond Wong di talian 017-3137115 atau e-mel: desmond@permaisuri.com.my Tiket-tiket dijual dengan harga RM188, RM288 dan RM388 bagi setiap seorang. google: anuar zain, anuar zain minggu setiausaha, tiket anuar zain minggu setiausaha, harga anuar zain minggu setiausaha, lokasi anuar zain minggu setiausaha, maklumat anuar zain minggu setiausaha, hotel anuar zain minggu setiausaha, lagu lagu anuar zain minggu setiausaha, foto anuar zain minggu setiausaha, video anuar zain minggu setiausaha |
'Kemboja Putih' Drama Hantu Inspirasi Filem 'Nang Nak' Posted: 09 Mar 2011 06:00 PM PST Menurut pengarahnya, Haris Fadzillah, Kemboja Putih merupakan sebuah drama seram yang unik kerana ia tidak membabitkan kewujudan hantu. "Drama ini merupakan sumber inspirasi daripada filem Thailand, Nang Nak dan kisahnya sedikit sebanyak menyerupai filem tersebut di mana ia mengisahkan tentang seorang suami, Amar (Fauzi Nawawi), yang telah membunuh isterinya, Kemboja (Eira Syazira) gara-gara salah faham mengenai anak yang dikandungkan Kemboja. "Disebabkan Amar berasa serba salah, dia menganggap isterinya masih lagi wujud. Kemboja pula muncul dalam bayangan Amar kerana ingin membalas dendam terhadap orang yang telah menjatuhkan maruahnya. "Bagi saya, Kemboja Putih mempunyai pengolahan skrip yang bagus dan saya percaya, penonton pasti akan menyukainya," katanya pada sidang akhbar drama tersebut di Sri Pentas TV3, Rabu. Di bawah terbitan Grand Brilliance Sdn Bhd, skrip Kemboja Putih dihasilkan oleh Rozie Rashid. Ia turut juga dibintangi Ezany Nizariff. Dalam pada itu, Fauzi yang sebelum ini sering membawakan watak-watak antagonis gembira kerana dapat melakonkan watak baik. "Wataknya menarik, tetapi saya perlu bermain emosi yang lebih apabila perlu bercakap sendirian. "Alhamdulillah, saya diberikan gandingan pelakon-pelakon yang cukup mantap bagi menjayakan drama ini. |
'Tiada Niat Malukan Norish & Farahdhiya' - Deja Moss Posted: 09 Mar 2011 05:59 PM PST PETALING JAYA: Pelakon Deja Moss menjelaskan dia tidak memberikan bunga kepada Norish Karman dan Farahdhiya pada pementasan Terima Kasih Cinta (TKC) yang dibintangi mereka pada 6 Mac lalu kerana kedua pelakon itu tidak pernah menegurnya sebelum ini. Menurut Deja, dia memang sengaja tidak mahu memberikan bunga tersebut kepada Norish dan Farahdhiya tetapi tiada niat langsung mahu memalukan mereka di hadapan penonton. "Ini sebenarnya hal kecil dan tidak perlu diperbesarkan. Sikit pun saya tiada niat mahu malukan mereka. "Sebenarnya sepanjang latihan TKC selama tiga bulan, mereka tidak pernah menegur saya. Nanti kalau saya beri bunga kepada mereka, tak fasal-fasal ia dipulangkan semula kepada saya. "Jadi apa salahnya saya ambil semula bunga tersebut kerana niat saya bukan untuk memberikan bunga itu kepada mereka. "Bagi saya, Norish dan Farahdhiya tidak perlu rasa malu jika bunga itu tidak diberikan kepada mereka, kerana mereka dah jadi seperti "diva" sejak awal lagi," jelasnya yang dihubungi mStar Online, Rabu. Deja diminta mengulas kenyataan Farahdhiya yang menganggap Deja sebagai biadab kerana mengambil semula jambangan bunga yang diberikan kepadanya dan Norish. Farahdhiya Kejadian tercetus apabila pada pementasan teater TKC Sabtu lalu, Deja telah memesan sebanyak 10 jambangan bunga untuk diberikan kepada pelakon-pelakon utama teater tersebut sempena penutup pementasan berkenaan. Bagaimanapun, Deja dikatakan cuba memalukan Farahdhiya dan Norish Karman di hadapan penonton dengan merancang untuk menyerahkan jambangan bunga tersebut kepada pelakon lain kecuali dua pelakon tersebut. Farahdhiya memberitahu semasa di pentas, pelakon Shajiri dan Tony Yusof yang menerima bunga berkenaan telah menyerahkannya kepada dia dan Norish tanpa menyedari ia bukan untuk mereka berdua. Tambah Deja, dia pelik, mengapa hal yang dianggap dalaman itu perlu ditulis oleh artis berkenaan dalam ruangan Twitter sebagai bacaan umum dengan menggunakan kata-kata yang agak kesat. Norish Karman Difahamkan, Deja dan Norish sudah lama tidak berkawan gara-gara kes kemenangan Norish dalam sebuah pertandingan di luar negara sebelum ini yang kononnya dipertikaikan oleh Deja. "Seperti yang anda tahu, saya tak 'ngam' dengan Norish dan ketika menerima tawaran berlakon TKC, saya tahu, dia tiada kaitan dengan teater ini sehinggalah selepas dua minggu latihan dia pula muncul. Saya tak boleh halang kerana ini semua rezeki masing-masing. "Bagaimanapun, sebagai seorang yang profesional, saya bekerja seperti biasa. Lagipun, hal yang lepas saya dah tak ambil peduli lagi. "Begitu juga dengan Farahdhiya, saya kagum dengan bakat lakonan serta nyanyiannya. Tapi bila dia bersama Norish, dia sedikit berubah. Saya tak kisah dan tak terkejut pun kalau mereka berdua rapat kerana Norish merupakan kekasih abangnya," katanya. google: deja moss, deja moss blog, deja moss twitter, deja moss myspace, deja moss wiki, deja moss bio, suami deja moss, gambar suami deja moss, gambar terbaru terkini deja moss, foto terbaru terkini deja moss, deja moss seksi, deja moss hot, terbaru terkini deja moss, kontroversi deja moss |
RM70 Ribu Menanti Pemenang "Lagu Berduit Suria FM" Posted: 09 Mar 2011 05:57 PM PST Menurut Pengurus Operasinya, Azrullah Mohd Noor peraduan kali ini menawarkan ganjaran lebih besar berbanding sebelum ini. "Peraduan tahunan yang sudah sinonim dengan stesen radio ini kembali lagi dengan ganjaran yang lebih besar. Mungkin ramai peminat-peminat Suria FM sudah memahami cara untuk menyertainya. "Ia cukup mudah kerana pendengar hanya perlu menjadi pendengar Suria FM dan hantarkan khdimat pesanan ringkas (SMS) apabila diminta," katanya. Bagaimanapun, sebelum menyertai peraduan Lagu Berduit Suria FM itu, pendengar perlu memastikan mereka telah mendaftar sebagai VIP Suria FM melalui SMS. Untuk mendaftar sebagai VIP Suria FM, taip VIP Nama No. kad pengenalan dan hantar ke 33988. Jika anda tidak pasti sama ada anda sudah mendaftar atau belum, sila semak status anda dengan menaip SURIA SEMAK, hantar ke 33988. Anda akan mendapat nombor VIP jika sudah mendaftar. Jumlah wang yang boleh dimenangi setiap kali Lagu Berduit Suria FM ke udara akan diumumkan oleh penyampai bertugas. Namun, jika Lagu Berduit Suria FM ke udara pada waktu bonus iaitu dalam versi siaran langsung, pendengar akan memenangi wang tunai bonus. |
You are subscribed to email updates from macam macam hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |