Harian Metro: Rap |
Posted: 09 Mar 2011 06:03 AM PST MESKIPUN tidak terbabit sepenuhnya dalam filem epik pengembaraan Hikayat Merong Mahawangsa (HMM), jejaka idaman satu Malaya - Anuar Zain - boleh berbangga kerana turut menjadi sebahagian dari filem bermodalkan RM8 juta itu. Lebih bermakna, suara emasnya mengalunkan lagu tema, Sedetik Lebih ciptaan sepenuhnya Edry Abdul Halim, turut menjadi nadi serta menghidupkan lagi filem arahan Yusry Abdul Halim ini. Semuanya serba menjadi buat filem kelapan terbitan KRU Studios ini kerana selain filemnya dipuji hebat, populariti lagu Sedetik Lebih juga apa kurangnya kerana sudah pun melonjak menduduki tangga teratas di semua carta stesen radio tempatan ketika ini. Keindahan lagu latar serta lagu tema ini yang menimbulkan kekaguman kepada peminat adalah satu penghargaan yang tidak terhingga dalam gabungan Anuar, KRU Studios dan Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO) ini. Gandingan yang tidak pernah dilakukan mana-mana produksi sebelum ini berupaya mencetuskan fenomena baru dalam industri muzik tanah air. Turut hadir menyaksikan malam gala previu media HMM di Cathay Cineleisure pada 7 Mac lalu, Anuar menyatakan perasaan kagum dengan hasil kerja KRU Studios dan berbangga kerana berpeluang menyanyikan lagu tema HMM.
"Tak sangka produksi tempatan boleh tampil dengan filem sebegini tapi itulah KRU yang terkenal ada Wow! dan X-factor mereka. Berbaloi rasanya kerana saya turut mencatat nama sebagai penyanyi lagu tema. Alhamdulillah lagu ini semakin popular. Malah kali pertama mendengar melodinya pun saya sudah tertarik dan dapat rasa ia bakal diminati," katanya.
"Saya menghormati prestij lagu ini dan biarlah KRU muatkan dalam projek berkaitan HMM. Biarlah ia 'gah' ini berada pada kelasnya tersendiri. Ramai yang kata saya akan rugi kerana tak ambil peluang, tapi sebenarnya ada sikit perbezaan antara konsep lagu ini dan album terbaru saya.
Berbicara mengenai album terbarunya, Anuar meminta peminatnya bersabar kerana masih memperbaiki apa yang dirasakan kurang. Ia kini dalam peringkat 'mastering' dan dijangka akan menemui peminat pada bulan ini ataupun April.
"Mungkin orang akan keliru dengan lagu Sedetik Lebih yang popular sekarang tapi lama-kelamaan mereka dapat membezakan antara kedua-duanya. Lagipun dalam masa sama, ia turut menaikkan populariti saya di mata peminat.
"Lagipun gandingan kami sudah terbukti menerusi lagu ini. Mereka sudah membuktikan kebolehan itu. KRU memang pakar menghasilkan melodi yang menarik," jelasnya.
"Tak dinafikan jadual latihan saya agak padat kerana hanya ada tempoh beberapa hari selepas persembahan di Kuala Lumpur yang diikuti dengan Melaka. Namun yang pasti saya akan tampilkan persembahan yang menghiburkan semua yang datang. Saya tak kisah pun sama ada yang datang itu peminat lelaki atau wanita kerana semuanya dilayan sama rata.
"Ada juga setengahnya peminat tak sentuh saya tapi gambar pula diambil dari sisi lain yang menampakkan seolah-olah dia mesra dengan saya. Perkara ini sudah kerap berlaku dan menampakkan sisi negatif. Sebenarnya peminat saya masih lagi terkawal dan belum lagi buat perkara di luar batasan. "Mana-mana peminat pun teruja lihat penyanyi pujaan mereka di depan mata, tapi mereka masih dapat kawal diri dan hanya ingin berhibur," katanya yang meminta isu ini tidak diperkatakan lagi. >PROFIL Sedetik Lebih Dalam sedar dibuai angan Kasihku... ku amat mencintai kamu Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan Lagu & Lirik: Edry Abdul Halim Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Posted: 09 Mar 2011 06:00 AM PST SEBAGAIMANA dijanjikan Jelajah Harian Metro (Jelajah Metro) sempena meraikan ulang tahun ke-20 Harian Metro pada 26 Mac ini, empat lokasi dipilih untuk mendekati pembaca setia dan tanda terima kasih kepada semua pembaca yang selama ini menyokong akhbar ini hingga menjadi nombor satu di negara ini. Selepas tiga lokasi dilalui dengan jayanya, kini tibalah giliran Melaka dan masyarakat di sekitarnya bertemu dengan barisan artis popular untuk beramah mesra dengan mereka.
Ini adalah lokasi terakhir sebelum melabuhkan tirainya dengan pelbagai aktiviti menarik dan konsert di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 26 dan 27 Mac ini. Program Jelajah Metro untuk bagi memberi peluang kepada akhbar ini mendekati pembacanya dengan mengadakan pelbagai aktiviti dan bagi memeriahkan lagi acara, dibawakan bersama artis popular tanah air untuk beramah mesra dengan peminat.
Pengisian acara dibuat dengan aktiviti sampingan pada hari Sabtu, yang diteruskan dengan mini konsert artis popular pada sebelah malamnya. Manakala keesokannya (Ahad) peminat boleh bersenam poco-poco bersama artis pada jam 8.30 pagi dan seterusnya mengambil bahagian dalam acara sukaneka yang dianjurkan.
Ramlah Ram yang semakin popular dengan single terbaru, Cinta Gila, meluahkan perasaan gembira apabila dapat bersama-sama memeriahkan program ini. Dia berjanji akan menampilkan persembahan menarik buat peminat di Melaka.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Rap To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |