Adsense

Rabu, 9 Mac 2011

Celebrity News

Celebrity News


News : Siaran Perlawanan Bola Sepak Malaysia vs Pakistan dibatalkan !!!!

Posted: 09 Mar 2011 04:46 AM PST


Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera,

Wahai peminat bolasepak Malaysia di ZoOmartis @ Facebook,

Harap maklum siaran langsung perlawanan bola sepak Malaysia vs Pakistan tidak dapat disiarkan malam ini.
Sila baca "Statement" dibawah :

Astro Arena Saluran 801 Dukacita dimaklumkan siaran langsung perlawanan Pra Kelayakan Olimpik (pusingan kedua) di antara Skuad Olimpik Pakistan menentang Skuad Olimpik Malaysia pada 9 Mac 2011 ( Rabu) di Stadium Punjab, Lahore, Pakistan pada jam 10:30 malam ini terpaksa dibatalkan atas sebab masalah teknikal yang dihadapi oleh penyiar televisyen tempatan Pakistan yang sepatutnya membekalkan kami siaran perlawanan tersebut.


ZoOM : Tensionnnnnnnnnnn !!!! Gerammm !!! Kenapalah tak ada siaran langsung !!!!

Info : Panas Gigitan Asmara atau Love bite Menyebabkan Gadis Kena Strok !!

Posted: 09 Mar 2011 01:02 AM PST

Daily Mail melaporkan seorang wanita separuh lumpuh selepas mengalami serangan sakit jantung sebagai akibat gigitan asmara yang dilakukan oleh kekasihnya. Wanita yang tidak dinyatakan namanya, dimasukkan ke hospital di Auckland selepas tidak dapat menggerakkan tangan kirinya selepas kejadian itu.

Kes itu dikatakan yang pertama seumpamanya pernah dilaporkan.

Para doktor mengesyaki wanita itu diserang sakit jantung walau pada mulanya gagal mengesan puncanya. Mereka kemudiannya memeriksa kesan gigitan asmara pada bahagian kanan lehernya. Di bawah kesan itu, mereka menemukan punca serangan sakit jantung berkenaan.


Gigitan asmara itu menyebabkan kerosakan pada pembuluh darah itu dan pembentukan darah beku. Darah beku itu kemudian mengalir ke jantung mangsa, menyebabkan dia mengalami strok. 

ZoOm : Iskk Iskkk Melampau dan lebih-lebih nampak, memang ganas kekasih wanita ini. Apa kata anda mengenai info ini ?