Harian Metro: Rap |
Posted: 08 Mar 2011 06:47 AM PST TIGA tahun menyulam cinta, sudah cukup buat aktres sinetron popular Indonesia, Marshanda mengambil keputusan berkahwin pada usia muda dengan kekasihnya, Ben Kasyafani. Malah, pasangan sejoli itu khabarnya akan bernikah pada April ini. Mesra dengan panggilan Chacha, gadis yang baru berusia 22 tahun itu berkata tarikh tepat untuk majlis ijab kabul antaranya dan Ben hingga kini masih belum diputuskan. Ini kerana mereka berdua sibuk dengan karier lakonan masing-masing. "Namun tidak dinafikan kami sudah membuat perancangan untuk majlis pernikahan ini. Bagaimanapun, sehingga kini kami belum mendapatkan tarikh yang sesuai. "Justeru, kami tidak boleh membuat pengumuman lagi hingga keputusan muktamad dibuat.
"Saya juga berharap apa yang kami hajatkan untuk melayari kehidupan bersama akan menjadi kenyataan tidak lama lagi. "Saya tidak bimbang bergelar isteri pada usia muda kerana sudah bersedia dan hubungan kami pun direstui keluarga. "Ben juga sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami dan semestinya ia tiada paksaan atau kami terburu-buru. "Kami juga memilih majlis perkahwinan yang sederhana tetapi meriah. Majlisnya tidak mahu terlalu mewah dan ikut kemampuan. Bagi kami, yang paling utama majlis akad nikahnya," kata Marshanda ditemui media Indonesia di Jakarta Selatan, baru-baru ini. Bintang sinetron Sejuta Cinta Marshanda yang kini disiarkan TV3, setiap Isnin hingga Khamis, jam 2 petang itu beraksi di samping bekas kekasihnya, Baim Wong dan bakal suami, Ben. Dalam sinetron itu cintanya dan Baim mendapat halangan keluarga. Senario seorang gadis menjadi rebutan tiga jejaka agak sinonim dengan kebanyakan sinetron Indonesia. Malah, selalunya 'cinta pertama' akan berjaya dan dengan rela pencinta kedua dan ketiga mengundur diri demi kebahagiaan si kekasih. Begitu juga dengan jalan cerita Sejuta Cinta Marshanda yang mengetengahkan percintaan dua darjat antara pemuda kaya, Delvin lakonan Baim dan gadis golongan sederhana, Marshanda. Turut membintangi sinetron itu Ashraf Sinclair dan Alice Norin. Sementara itu, Ben pula ketika ditemui media Indonesia di lokasi penggambaran kuiz, Katakan Kataku, baru-baru ini turut memaklumkan majlis resepsi pernikahannya dan Marshanda bukanlah pentas menunjuk-nunjuk kemewahan mereka sebagai selebriti. Katanya, ia majlis biasa-biasa saja yang mana bersesuaian dengan situasi serta kemampuan mereka. Ujar Ben, apa yang penting semua tetamu yang hadir merasakan kegembiraan pernikahan itu. Malah, apa yang bermakna buat mereka tentunya doa. "Apapun, busana pernikahan dan segala yang berkaitan pernikahan kami berdua sudah dipersiapkan namun bagaimana perjalanan adatnya belum difikirkan lagi. Di pihak lelaki, saya lebih senang dan selesa mengikut sebelah Chacha saja. "Terpulanglah, jika Chacha mahu ikut adat Minangkabau. Saya tiada masalah memenuhi keinginannya kerana saya juga berasal dari Palembang. Kami sama-sama dari Sumatera, jadi rasanya tidaklah terlalu susah untuk menjalankan adat itu," katanya. Menyentuh soal persiapan majlis resepsi pernikahan itu, Ben berkata, mereka lebih selesa memilih untuk menguruskan sendiri. Setakat ini, katanya, mereka dibantu oleh keluarga dan rasanya ia sudah cukup. Menurutnya, mereka mungkin tidak menggunakan perancang perkahwinan. Ben berkata, dia sendiri sentiasa mengawasi persediaan untuk majlis bersejarahnya dengan Marshanda. Bagaimanapun, katanya dia dan Marshanda selesa membuat keputusan bersama. Apapun, Marshanda dilaporkan membuat keputusan bertudung ketika meraikan ulang tahunnya yang ke-21, tahun lalu. Kata Marshanda, hasrat itu muncul selepas terbaca satu hadis dan diterima baik Ben. >PROFIL |
Posted: 08 Mar 2011 04:51 AM PST SEJAK penghujung tahun lalu, akhbar harian nombor satu negara, Harian Metro rancak mengadakan pelbagai aktiviti 'turun padang' bersama pembaca. Ini semua dilakukan sempena ulang tahun ke-20 Harian Metro yang diraikan pada 26 Mac, tahun ini. Pameran Foto masih diadakan di beberapa lokasi di seluruh negara antaranya Johor Bahru, Kluang, Kuala Terengganu, Kuantan, Sungai Petani dan Ipoh mendapat sambutan menggalakkan daripada pengunjung.
Kemuncak aktiviti sambutan ini pula akan menyaksikan 100 artis dijangka menjayakan acara selama dua hari bermula 26 hingga 27 Mac ini. Jumlah besar artis ini termasuk penyanyi, komposer, pelakon, pengacara dan penyampai radio akan mencatat sejarah tersendiri berhimpun dalam acara julung kali ini.
Hari kedua pula bermula acara tarian poco-poco bermula jam 9 pagi, tarian jalanan (2 petang), pertunjukan kelab kereta dan motor (3 petang) dan sukaneka (5.15 petang). Untuk poco-poco, lima stesen radio ini bergabung menghimpunkan seramai mungkin pendengar mereka hadir memeriahkan acara ini. Matlamat acara ini bukan saja sebagai tanda sokongan pada Harian Metro malah, ia dilakukan untuk mencatat rekod negara, Malaysia Book of Records.
"Kami berusaha mengajak hampir semua penyampai hadir pada acara ini untuk ambil bahagian. Promo pula akan rancak ke udara seminggu sebelum acara ini diadakan. Begitu juga, aktiviti 'on air' turut dilakukan secara langsung oleh penyampai untuk menghebahkan pendengar hadir beramai-ramai.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Rap To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |