Adsense

Rabu, 9 Mac 2011

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Pertarungan enam penjuru

Posted:

Pertarungan enam penjuru

Pertarungan enam penjuru



BIAR PUN lagak mereka mesra seperti teman karib yang sudah lama tidak bertemu, namun jauh di sudut hati masing-masing, keenam-enam peserta program realiti Mentor musim kelima mempunyai misi tersendiri yang perlu dijalankan.

Menyifatkan diri mereka sebagai cukup bertuah berbanding ribuan peserta yang gagal terpilih di luar sana, Salma, Ayish, Ratnah, Shiha, Aiman dan Iqa seboleh-bolehnya tidak mahu peluang keemasan yang hadir dalam hidup mereka lebur begitu sahaja.

Justeru, keyakinan dan bakat dalam diri dihimpunkan agar menjadi lebih padu dan jitu untuk terus-terusan memberikan cabaran antara satu sama lain di pentas Mentor pada setiap minggu.

Pengalaman awal

Ketika ditemui semasa sesi fotografi di Kosmo! kelmarin, semua protege yang hadir dilihat mempunyai kelas yang tersendiri daripada segi pembawakan diri, cara berkomunikasi dan juga lontaran pendapat.

Sebagai protege yang paling dewasa, Ratnah ketika ditemui memberitahu, tatkala terpilih sebagai protege kepada Afdlin Shauki, hatinya berbunga-bunga dan seperti tidak percaya dengan peluang yang diberikan kepadanya.

"Ramai yang menjalani sesi uji bakat untuk menjadi protege Afdlin iaitu kira-kira 900 orang, jadi apabila dipilih antara beratus-ratus peserta yang hadir, saya seperti tidak percaya.

"Pengalaman beraksi di pentas pada konsert pengenalan Ahad lalu menaikkan lagi rasa teruja saya dan saya semakin tidak sabar untuk beraksi lagi," katanya yang mengakui mempunyai kelebihan pada aspek tarian.

Terus berkongsi pengalaman, Aiman yang merupakan protege kepada Rahim Maarof tekad untuk menggalas tanggungjawab yang diamanahkan sebaik mungkin.

"Saya terima ini sebagai cabaran dan pada masa yang sama, saya tidak mahu mengecewakan mentor saya. Peluang ini akan saya gunakan dengan baik dan yang paling penting, saya mahu timba ilmu dalam dunia seni," ujarnya.

Aiman yang kini sedang mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Perakaunan di Kolej Universiti Sunway memutuskan untuk menangguhkan pengajian untuk memberi laluan kepada Mentor.

Bagi Ayish, dipilih menjadi protege kepada Noh Hujan diibaratkan umpama mimpi yang menjadi kenyataan.

Baginya, Noh merupakan seorang penghibur yang bekerja keras untuk meningkatkan popularitinya menerusi lagu selain berjaya menaikkan imej kumpulan indie di negara ini.

"Ini pengalaman pertama saya menyertai sesi uji bakat dan saya memang sudah sasarkan untuk menjadi protege Noh, jadi kini tugas saya ialah untuk membuatkan dia bangga dengan saya," ujarnya ringkas.

Dalam pada itu, protege kepada Datuk Sharifah Aini, Shiha mengakui gusar dan bimbang bernaung di bawah penyanyi malar hijau itu kerana baginya, mentornya bukan calang-calang penyanyi.

"Menang saya akui tugas saya amat mencabar, tetapi saya tidak akan sesekali patah semangat. Saya akan terus cabar diri sendiri dan akan banyakkan berlatih," tuturnya yang mengakui meminati biduanita itu sejak sekian lama.

Tidak terkecuali Iqa, dia turut bersaing dengan ratusan peserta lain semata-mata mahu mendapatkan tunjuk ajar daripada artis serba boleh iaitu Edry.

"Saya mengetahui uji bakat Mentor melalui televisyen. Di sana, saya melihat kriteria Edry sedikit sebanyak terdapat dalam diri saya iaitu mempunyai stail tersendiri, unik dan berbeza daripada yang lain.


ENAM bakat baru yang memburu impian yang sama untuk bergelar penyanyi terkenal tanah air.


"Mungkin faktor itu dengan ditambah dengan ton suara saya yang unik menyebabkan saya terpilih. Begitupun, saya tidak akan tertumpu kepada pop rock sahaja, tetapi akan berusaha untuk menjadi versatil," katanya.

Berbeza dengan kisah rakan-rakan yang lain, Salma hampir terlepas peluang untuk menyertai sesi uji bakat Mentor kerana gilirannya sudah terlepas, namun atas budi bicara, dia diberikan satu lagi peluang.

"Saya terlepas satu giliran, namun mungkin sudah rezeki, saya diberikan satu lagi peluang dan akhirnya berjaya protege kepada Erra Fazira," bicaranya.

Medan pertarungan

Usai berlalunya konsert pengenalan pada Ahad lalu, keenam-enam mentor dan protege telah dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu A (Afdlin-Ratnah, Datuk Sharifah Aini-Shiha dan Noh-Ayish), sementara yang selebihnya berada di kumpulan B.

Setiap kumpulan akan mengadakan sebanyak empat persembahan secara berselang-seli untuk tujuan pengumpulan markah.

Protege yang mendapat markah terendah dalam setiap kumpulan akan disingkirkan dan empat peserta terakhir akan bergabung semula di peringkat separuh akhir dan akan membuat persembahan selama dua minggu sebelum berentap di peringkat akhir.

Juara Mentor musim kelima akan membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 (mentor dan protege) dan sebuah kereta Chevrolet Cruze tajaan Chevrolet untuk protege.

Sementara, mentor dan protege di tempat kedua akan membawa pulang wang tunai RM30,000 dan sebuah vespa LV150 tajaan Naza World untuk protege.

Struktur program

Dalam perkembangan lain, Mentor kali ini masih mengekalkan Ally Iskandar sebagai pengacara program, jurnal Mentor dan jurnal Protege.

Selain itu, Nas Ahmad pula bertindak selaku pengacara bersama pada setiap konsert untuk berkongsi kisah-kisah di belakang tabir dan di belakang pentas.

Pada masa yang sama, tiga individu penting diberi tanggungjawab untuk melontarkan pendapat mengikut kekuatan masing- masing iaitu Ajai selaku penasihat vokal, Adam sebagai penasihat persembahan dan Faizal Uzir pula menggalas tugas sebagai pengarah muzik.

Buat julung-julung kalinya juga, Mentor pada kali ini memperkenalkan seorang juri tetap iaitu Datuk Ramli MS yang akan bergandingan bersama seorang lagi juri jemputan.

Untuk musim kelima juga, Mentor terus mengekalkan format pemarkahan kepada tiga bahagian iaitu 50 peratus daripada juri profesional, 30 peratus melalui undian khidmat pesanan ringkas (SMS) dan 20 peratus daripada juri awam.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Emma bangga dilimpahi darah

Posted:

Emma bangga dilimpahi darah

Emma bangga dilimpahi darah


EMMA (depan, dua dari kanan) dan Hayden (depan, dua dari kiri) merupakan dua daripada kumpulan pelakon remaja popular masa kini yang membintangi Scream 4.


BIARPUN berlakon dengan tubuhnya dilimpahi darah dan perlu menjerit ketakutan hampir sepanjang masa, aktres muda Emma Roberts baru-baru ini memberitahu betapa dia rasa bangga kerana berpeluang berlakon di samping para pelakon berpengalaman menerusi filem Scream 4.

Anak saudara aktres Julia Roberts yang baru berusia 20 tahun itu berlakon di samping aktres Neve Campbell dan Courteney Cox menerusi siri keempat filem Scream, yang mana Neve dan Courteney merupakan pelakon kesemua tiga siri filem itu sebelum ini.

"Saya berada bangga berpeluang berlakon di samping pelakon berpengalaman seperti Neve dan Courteney. Sudah tentu, saya dan pelakon remaja lain yang muncul dalam Scream 4 merupakan generasi baru Scream," ujar Emma kepada majalah Empire.

Tambahnya: "Saya menghabiskan tempoh selama dua bulan menjerit dan tubuh dilimpahi darah sewaktu menjalani penggambaran Scream 4, dan sudah tentu saya seronok melakukannya."

Biarpun dia kini berani berlakon dalam Scream 4, namun ketika siri asal filem itu, Scream ditayangkan tujuh tahun lepas, Emma yang ketika itu baru berusia 13 tahun mengakui dia sangat takut ketika menonton filem itu.

Katanya: "Saya teringat menonton filem Scream ketika saya berusia 13 tahun dan merasakan apa yang dipaparkan filem itu tidak pernah saya tonton sebelum ini. Saya ketawa pada satu ketika dan pada ketika yang lain saya akan menjerit ketakutan.

"Impak selepas menonton filem itu terhadap kehidupan saya memeriksa seluruh bilik di kediaman yang saya huni bersama ibu dan bapa bagi memastikan tiada pembunuh bersiri bersembunyi di situ." Scream 4 yang turut membariskan pelakon remaja popular seperti Hayden Panettiere, Anna Paquin, Kristen Bell dan Adam Brody itu bakal ditayangkan menjelang 15 April ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sasha kekal hos Dansa

Posted:

Sasha kekal hos Dansa

Sasha kekal hos Dansa

Oleh SAHLIZAH MOHAMED
sahlizah.mohamed@kosmo.com.my


SASHA BASHIR


SELEPAS menerima respons yang menggalakkan, dokumentari yang mengupas tentang pengembaraan tarian tradisional dari dalam dan luar negara, Dansa II kini kembali menemui penonton untuk musim kedua bermula 10 Mac ini di saluran ntv7.

Masih mengekalkan pengacaranya iaitu Sasha Bashir, penonton akan disajikan dengan pelbagai lokasi menarik pada musim ini untuk mendalami lenggok tarian tradisional dalam setiap komuniti yang dikunjungi.

Merungkai lebih lanjut mengenai Dansa II, penerbitnya, Mohd. Fadli Mazlan berkata, corak persembahan pada episod kali ini berbeza daripada yang lalu dengan beberapa elemen tambahan yang diketengahkan untuk menjadikan ia lebih menarik.

"Pada episod kali ini, kami selitkan lebih unsur etnik, dramatik, agresif untuk menampakkan kelainan. Selain itu, kami turut memaparkan kepayahan yang dilalui oleh Sasha untuk setiap tarian yang dipelajari.

"Saya akui penggambaran untuk Dansa II memang lebih memenatkan dan saya memastikan bahawa Sasha akan memberikan yang terbaik sepenuhnya," katanya yang ditemui pada majlis pelancaran dokumentari itu di Sunway Giza, Kota Damansara baru-baru ini.

Sebagai rekod, musim pertama dokumentari itu sebanyak 13 episod telah disiarkan dalam bahasa Inggeris pada tahun 2009 di ntv7 manakala versi bahasa Melayu turut disiarkan pada tahun yang sama menerusi saluran TV3.

Sementara itu, Sasha ketika ditemui dilihat seronok berkongsi segala pengalaman yang telah dikutip sepanjang berkunjung ke-14 buah lokasi berasingan untuk mempelajari pelbagai jenis tarian tradisional.

"Pada musim kali ini, saya lebih selesa dan gaya penyampaian saya lebih baik berbanding musim pertama. Mungkin kerana pada musim pertama, semuanya baru bagi saya, jadi apabila tiba musim kedua, saya lebih selesa.

"Dansa II lebih penat dan mencabar. Ada antara tarian yang saya pelajari belum pernah saya jumpa sebelum ini. Saya turut berdepan dengan kesukaran mempelajari tarian dalam masa yang singkat," tutur wanita berusia 30 tahun itu.

Selain mempelajari tarian, Dansa turut menuntut Sasha untuk mempersembahkan tarian yang dipelajarinya di hadapan khalayak ramai.

Penonton juga akan dapat mempelajari pelbagai jenis gerakan dan nuansa yang menjadikan sesebuah tarian itu unik.

Setiap langkah untuk menyempurnakan sesebuah tarian akan dirakamkan termasuk pemilihan kostum, aksesori, muzik, nilai sejarah dan signifikan.

Meskipun berjaya mempelajari sebanyak 15 tarian sepanjang penggambaran Dansa II yang mengambil masa hampir lapan bulan, Sasha mengakui dia tidak terlepas daripada berdepan dengan kesukaran untuk mempersembahkan gerak tari yang cantik dan sempurna.

Katanya, salah satu daripada cabaran yang dilalui ialah sukar untuk mendapatkan lenggok yang cantik dan sempurna dalam satu-satu tarian.

"Bagi saya, lenggok tarian yang cantik sukar hendak dilakukan kerana saya masih baru sedangkan mereka semua sudah mula belajar sewaktu kecil dan itu merupakan sebahagian daripada kehidupan mereka.

"Selain itu, kaki saya pernah beberapa kali tersepit dengan buluh sewaktu melakukan tarian Mangunatip dari Sabah kerana dalam tarian itu, kita tidak boleh tersilap langkah.

"Ada juga tarian yang mempunyai pantang larang seperti tarian Pakarena dari Makassar. Semasa menari, semua penari hanya boleh senyum tanpa menampakkan gigi sedangkan saya sukar untuk berbuat demikian," ujarnya yang mula menari balet sejak berusia lima tahun.

Secara keseluruhan, Sasha mengakui seronok menjalani penggambaran di 14 buah lokasi iaitu sembilan di dalam negara dan empat lagi di Makassar, Macau, Thailand serta Taiwan.

Selain program di kaca televisyen, Dansa turut diterbitkan dalam bentuk bacaan dan pada episod pertama, sebuah buku bertajuk Dansa: A Dance Journey telah diterbitkan pada tahun 2009.

Buku setebal 200 muka surat itu mengandungi lebih 250 keping gambar-gambar menarik di belakang tabir yang tidak pernah disiarkan.

Dansa II juga bakal dibukukan menggunakan judul Dansa II: The Journey Continues dan akan mula dipasarkan mulai Jun depan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.