Adsense

Rabu, 9 Mac 2011

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Gambar Selebriti di Prebiu Media Filem Dalam Botol

Posted: 09 Mar 2011 05:26 PM PST

Semalam (9 Mac 2011) telah berlangsung Media Prebiu Filem Anu Dalam Botol atau sekarang ini telah pun dibuang ANU di depan menjadikan …Dalam Botol. Event yang agak meriah dan grand ini diadakan di GSC Signature, The Gardens, Mid Valley City, Kuala Lumpur pada jam 8 malam.

Filem ini diedarkan oleh MIG Metrowealth.

Filem ini dianggap agak taboo kerana ia membicarakan tentang dunia gay dan homoseksual yang sebenarnya berlaku dalam realiti mana-mana masyarakat di dunia ni. Ironinya, filem ini adalah sebuah filem yang diadaptasi dari kisah benar. Bagi Raja Azmi, pengarah yang kini digelar dengan jolokan sebagai pengarah kontroversi Malaysia ini, penghasilan filem ini bukan satu kerja mudah. Ianya terpaksa ditapis oleh semua pihak yang berkenaan.

Bermula dengan kisah yang disampaikan sendiri oleh sahabat lama yang mencurah rahsia hati sehinggalah Raja Azmi mengutarakan tentang niatnya untuk menghasilkan filem ini kepada kawan-kawan dan wartawan, pengarah ini tak lepas dari dilemparkan sindirin dan teguran.

Setelah niatnya itu diketahui umum, JAKIM pun menegur. Lalu, Raja Azmi buat keputusan untuk bersemuka dengan JAKIM. Setelah diteliti skrip asal, JAKIM menasihati Raja Azmi tentang beberapa isu dan Raja Azmi menerimanya dengan terbuka.

Kemudian, Raja Azmi hantar pula kepada LPF. Nasib baik Lembaga Penapisan Filem (LPF) menyambut kehadiran kertas skrip Raja Azmi dengan baik. Cuma beliau dinasihatkan supaya tidak menggunakan perkataan ANU dalam tajuk filem ini.

Pencarian pelakon bermula pada tahun 2009 dengan mengadakan beberapa ujibakat dan casting. Pengambaran pula bermula pada 6 Disember 2009 dan tamat pada 3 Januari 2010. Proses penyuntingan dibuat di FInas selesai pada Mei 2010. Kemudian diteruskan dengan proses pos produksi. Filem Dalam Botol akhirnya siap pada September 2010 dan dihantar ke LPF.

Setelah mendapat kelulusan LPF, filem ini dihantar pula ke FInas untuk proses Wajib Tayang. Akhirnya mendapat dapat Wajib Tayang dan tarikh penayangan kepada umum ialah pada 24 Mac 2010.

Filem …Dalam Botol mendapat perhatian dari pihak Library of Congress, Washington D.C yang mana mereka meminta salinan file mini untuk simpanan di sana. Majlis prebiu semalam juga telah menyaksikan majlis penyampaian salinan filem …Dalam Botol kepada Library of Congress, Washington D.C melalui wakilnya di US Embassy Kuala Lumpur.

Ini gambar beberapa orang selebriti dan pelakon yang sempat Budiey snap. Enjoyz!

Anu Dalam Botol

Ruby bersama kekasihnya

Anu Dalam Botol

Rosnan, pelakon filem ini yang memegang watak Jem, kawan kepada Ruby (Arja Lee)

Anu Dalam Botol

Lakonan Wan Raja sangat bersahaja

Anu Dalam Botol

Wajah Arja Lee ada iras-iras Shahz Jaszle

Anu Dalam Botol

Raja Azmi dengan wajah girang ceria dan beliau rasa sangat lega tapi neves katanya.

Anu Dalam Botol

Raja Azmi dan Khir Rahman

Anu Dalam Botol

Khir Rahman diapit oleh Arja Lee dan Wan Raja

Anu Dalam Botol

Anu Dalam Botol

Ad, artis dibawah naungan MIG

Anu Dalam Botol

Ogy Ahmad Daud, ibu kepada Dina lakonan Diana Danielle

Anu Dalam Botol

Aqasha

Anu Dalam Botol

Lisa Surihani pun ada datang

Anu Dalam Botol

Penulis skrip dan lakon layar filem ini, Khir Rahman bersama isterinya, Siti Jasmina juga penulis skrip drama tempatan.

Anu Dalam Botol

Betty Benafe

Anu Dalam Botol

Khir Rahman dan famili

Anu Dalam Botol

Siti Gadis Melayu pun ada

Anu Dalam Botol

Pekin

Anu Dalam Botol

Pelakon Normah Damanhury sangat berkarakter. Ibu kepada Ruby. Suka lakonan dia!

Anu Dalam Botol

Bersama anak-anak beliau.

Anu Dalam Botol

Tam Suhaimi

Anu Dalam Botol

Intan Ladyana

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Tags: , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Gambar Sekitar Malam Gala Filem HAQ
  • Gambar Ummi Nazeera di Prebiu Hikayat Merong Mahawangsa
  • Sekitar Prebiu Filem Kembar Siang
  • Gambar Ashraf Sinclair dan Bunga Citra Lestari di Prebiu Filem Saus Kacang
  • Gambar Puteri Sarah Liyana di Prebiu Media Lu Fikirlah Sendiri
  • Sinopsis Filem Orang Minyak Lakonan Sharifah Sofea & Firz Fairuz
  • Gambar Lisa Surihani di Prebiu Hikayat Merong Mahawangsa
  • Gambar Selebriti di Prebiu Astro Universe
  • Gambar Dafi di Majlis Pra Tonton Apa Kata Hati
  • Gambar Bogel Arja Lee Anu Dalam Botol
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Emelda Terajui Konsert Gadis Semasa Sunsilk

    Posted: 09 Mar 2011 04:42 PM PST

    Melda menerajui Konsert Gadis Semasa Sunsilk
    Berbekalkan keyakinan, kecantikan dan semangat membara, realiti Melda menjangkaui segala impian beliau

    Pada jam 3 petang 9 Mac 2011, Budiey telah hadir di Sidang Media Konsert Gadis Semasa Sunsilk yang diadakan di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur. Tahniah buat Emelda yang telah diberi peluang sekali lagi, kali ini dalam rangka dan ruang yang lebih iaitu dapat tampil menerajui sebuah konsert bersama dengan Ella, Hujan, One Nation Emcees dan Yuna.

    Sama ada ia satu rahsia atau diketahui umum, setiap insan ingin menjadikan impian mereka satu kenyataan dan bagi Melda Ahmad, ia bakal terjadi tidak lama lagi.

    IMG_4922

    Melda Ahmad. Dulu PUTUS, kini Aku Adalah AKu

    Melda Ahmad tidak pernah menyangka akan diberi peluang sekali seumur hidup ini; diasuh untuk menjadikan impian beliau satu realiti. Sebagai pengiktirafan ke atas bakat dan semangat beliau terhadap muzik, Sunsilk, salah satu daripada jenama penjagaan rambut paling lama dan terbesar di dunia, telah memilih Melda untuk menjadi Gadis Semasa Sunsilk. Bertujuan meningkatkan gaya peribadi wanita muda, membolehkan mereka mencapai potensi penuh dan mengalami kehidupan yang menarik dengan penuh keyakinan, Konsert Gadis Semasa Sunsilk adalah platform di mana impian Melda menjadi realiti.

    Suatu jenama yang sinonim dengan kesempurnaan melalui sentuhan pakar, kolaborasi Sunsilk dengan tiga pakar industri terkenal telah memberikan Melda bukan hanya nasihat pakar tetapi turut menyediakan jurulatih untuk kehidupan. Pemangku mentor, Ajai, sebagai pakar vokal terkemuka; Wardina, pakar personaliti TV popular serta Bambang Soteto, pakar dandanan diri dan Sunsilk menjadi pemangkin kepada pertumbuhan Melda yang menjadikan impian beliau satu realiti.

    Pengurus Jenama Sunsilk, Malaysia, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd's, Emily Chong berkata, "Falsafah Sunsilk adalah memberikan sentuhan pakar kepada wanita biasa dan inilah sebabnya kami telah bekerjasama dengan tujuh pakar rambut paling terkemuka di dunia bagi mewujudkan rangkaian Sunsilk Co-Creation kami. Bagi menghidupkan konsep ini, kami bekerjasama dengan pakar-pakar tempatan bagi menggalakkan perkembangan Melda secara menyeluruh. Bimbingan berterusan daripada Ajai, Bambang dan Wardina membantu Melda mengembangkan muzik, kecantikan dan keyakinan untuk mengejar impian beliau."

    Melda bekerja rapat dengan Ajai untuk memperhalusi bakat muzik beliau. Bukan itu sahaja, waktu yang diluangkan bersama Ajai telah melahirkan satu lagu baru, Aku Adalah Aku, yang dikarang Melda untuk bahagian terakhir perjalanannya.

    Gelaran lagu dan lirik-lirik lagu sememangnya berkuasa. Ia adalah gubahan yang cukup menarik dan mewakili pengalamannya bersama Sunsilk dan pakar-pakar yang telah melatihnya supaya yakin untuk mengekspresi dirinya yang sebenar.

    IMG_4925

    "Dengan bantuan inisiatif Gadis Semasa Sunsilk, Melda telah berkembang menjadi seorang yang tidak takut mengejar semangat membaranya. Keazaman Melda mengejar impiannya dengan semangat membara dan keyakinan untuk menikmati kehidupan dengan sepenuhnya telah dikecapi dalam lagu ini dengan penuh emosi. Kami percaya Aku Adalah Aku adalah satu lagu yang boleh dihayati dan memberi inspirasi kepada jutaan pendengarnya," tambah Chong.

    Semakin hampir kepada penghujung perjalanan beliau sebagai Gadis Semasa Sunsilk, Melda kini bersedia untuk bab terakhir. Apabila beliau mengambil langkah terakhir ke arah memenuhi impian beliau, Melda akan menjadi untuk pertama kali penyanyi utama Konsert Gadis Semasa Sunsilk yang bakal berlangsung pada hari Sabtu, 16 April 2011.

    "Perjalanan sebagai Gadis Semasa Sunsilk tidak terungkap dengan kata-kata. Pengalaman serta pembelajaran yang saya terima jauh lebih bernilai daripada perjalanan saya di masa depan. Sunsilk bukan hanya memberi inspirasi malah memberikan keberanian untuk hidup dan mengekspresikan diri dengan yakin serta membakar minat saya terhadap muzik. Keghairahan saya untuk konsert ini serta peluang membuat persembahan bersama veteran-veteran industri muzik hampir tidak terbendung. Ini adalah satu cara yang menyeronokkan untuk berhubung dan berkongsi muzik saya dengan para peminat yang telah menyokong saya selama ini," terang Melda Ahmad.

    Memberikan persembahan secara langsung, Melda akan mendendangkan lagu-lagu sebelumnya, Putus dan Kimia, tetapi yang lebih menuja ialah Melda akan memperkenalkan lagu baru beliau Aku Adalah Aku kepada orang ramai. Turut bersama beliau di pentas adalah legenda muzik popular dan artis-artis berbakat seperti Ella, Hujan, One Nation Emcees dan Yuna.

    Peminat-peminat yang ingin melihat Melda Ahmad membuat persembahan pertamanya secara langsung boleh mendapatkan tiket konsert di roadshow Gadis Semasa Sunsilk seluruh negara. Melda Ahmad bersama pelakon-pelakon lain Gadis Semasa Sunsilk turut mendampinginya untuk bertemu dan menyambut peminat-peminat ketika mengedarkan tiket konsertnya.

    Di samping itu, dengan setiap pembelian mana-mana produk Sunsilk bernilai lebih RM15, pelanggan berpeluang untuk memenangi syampu dan perapi Sunsilk, CD, tiket konsert Gadis Semasa Sunsilk dan pak percutian eklusif Sunsilk. Jadi pastikan semua berada di lokasi-lokasi ini.
    • Pantai Timor Hyper Kota Bharu, Mac 18 &19, 10.30am – 10pm
    • Tunas Manja, Kuantan, Mac 26 &27, 10.30am – 10pm
    • Mydin, Kuala Terengganu, April 1 & 2, 10.30am – 10pm
    • Giant Batu Caves, Central, April 2 & 3, 10.30am – 10pm

    Tambahan lagi, Aku Adalah Aku juga akan dijadikan nada dering muat turun bagi peminat yang benar-benar menggemari lagu menyentuh kalbu Melda. Setiap trek disediakan melalui laman web Maxis, Celcom, Digi dan U Mobile.

    Gadis Semasa Sunsilk telah mempamerkan konflik dalaman, kisah cinta, cabaran persahabatan, perkembangan peribadi serta perubahan hidup Melda dan audien di seluruh negara telah terpukau dengan setiap episod sejak 11 Januari 2011. Bagi menyaksikan penghujung perjalanan Melda sebagai Gadis Semasa Sunsilk, tontonilah saluran TV3 pada setiap hari Selasa pada jam 6ptg.

    Sila layari www.facebook.com/GadisSemasaSunsilk untuk menyaksikan episod-episod lepas dan mengikuti perkembangan serta peristiwa terkini Gadis Semasa Sunsilk dan maklumat tiket konsert Gadis Semasa Sunsilk.

    IMG_4914

    IMG_4917

    IMG_4923

    IMG_4934

    IMG_4935

    IMG_4944

    IMG_4947

    Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

    Tags:

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Gadis Semasa Sunsilk Perkenalkan Melda Ahmad
  • Gadis Semasa Sunsilk
  • Gambar Intim Adlin Aman Ramli dan Kekasih Emelda Rosmila
  • Gambar Majlis Resepsi Adlin Aman Ramli dan Emelda Rosmila
  • Gambar Majlis Akad Nikah Adlin Aman Ramli dan Emelda Rosmila
  • Adlin Aman Ramli dan Emelda Rosmila Bertunang Akan Kahwin 23 Mei
  • Miliki Rambut Sentuhan Pakar daripada SUNSILK
  • Telemovie 7 Lagu Lakonan Farid Kamil Tiz Zaqiah Emelda
  • WARDINA SAFIYAH & SUNSILK'S LIFE CAN'T WAIT CAMPAIGN
  • Gambar Sekitar Konsert Search Di Awan Biru di Johor Bahru
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.