Adsense

Rabu, 9 Mac 2011

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Darabkan Sejuta

Posted: 08 Mar 2011 04:34 PM PST

Hip

PrettyUgly

PrettyUgly

Berapa besar nilainya, PrettyUgly anggap besar lagi sokongan berterusan peminat

BERAPA nilai penghargaan PrettyUgly kepada peminat yang banyak menyokong mereka untuk bertahan dalam pentas muzik?

Mungkin tidak ada jawapannya kerana nilai itu terlalu tinggi. Namun, untuk menggambarkan berapa besarnya nilai itu, PrettyUgly meminta peminat Darabkan Sejuta. Perkataan Darabkan Sejuta itu juga menjadi tajuk untuk album keempat kumpulan ini selepas hampir dua tahun menyepikan diri. Selama dua tahun sepi tanpa album atau lagu baru tetapi peminat tetap memberi sokongan dan galakan.

Itu semua dianggap sebagai sokongan besar kepada PrettyUgly yang dianggotai empat lelaki ini untuk menggilap semula nama mereka yang agak pudar.

Album yang berimejkan simbol darab itu memuatkan lapan lagu termasuk single yang sering menjadi siulan, Itu Bukan Aku serta lagu Kelab Jiwa Muzik yang kini sudah sering dimainkan di radio walaupun sebelum album Darabkan Sejuta belum dipasarkan.

Lagu lain dalam album terbaru PrettyUgly ialah Takut Aku Kalah, Bunuh Kisah Lalumu, Di Awan Biru, Adihero, Darabkan Sejuta dan Club Jiwa Muzik (remix DJFendo) dengan kebanyakannya berirama rock moden album sebelum ini yang lebih kepada konsep indie.
Malah, kesemua lagu yang dimuatkan dalam album itu dicipta sendiri anggota PrettyUgly yang terdiri daripada Raizan Zainal Abidin atau dikenali sebagai Neves (vokalis/ ukelele/ keyboard), Mohammad Raziz Zainal Abidin atau J (gitar utama), Nik Muhammad Histami Nik Mohammad atau Nett (drum) dan Ikhwan Aswab Rawyani atau Juad (bass).

"Bukan nak lambat-lambatkan album ini tetapi kami menghadapi macam-masam masalah. Saya dan J kehilangan bapa pada tahun 2009, manakala J pula kehilangan isteri tercinta selepas itu.

"Nak cipta lagu bukan mudah. Kena beri sepenuh perhatian dan betul-betul fokus. Jadi apabila masih-masing ada masalah, kami tidak boleh memberi tumpuan untuk menghasilkan album dan saya rasa sekarang adalah masa yang sesuai untuk album ini keluar," kata Neves.

Album yang sudah berada di pasaran sejak Disember lalu itu dijangka mendapat sambutan kerana perubahan dari segi melodi lagu-lagu yang dimuatkan bagi memberi imej baru pada PrettyUgly.

Bahkan, lagu berbentuk jazz seperti Bunuh Kisah Lalu Mu dan Darabkan Sejuta menjadi taruhan PrettyUgly yang dijangka hit dan mendapat sambutan peminat, malah mampu menyaingi lagu hit mereka sebelum ini, Diari Seorang Lelaki.

"Lagu-lagu kali ini lebih komersial berbanding lagu dalam album sebelum ini serta lebih kepada isu semasa dengan lirik yang mudah difahami. Kami sudah 10 tahun dalam muzik jadi tidak mahu mengekalkan imej indie dengan muzik yang sama.

"Jadi kami buat perubahan dengan harapan peminat dapat terima lagu-lagu baru yang kami bawakan," katanya.

Meskipun album terakhir mereka dikeluarkan lima tahun lalu, namun PrettyUgly meletakkan harapan pada album ini agar mendapat tempat di hati peminat serta lagu-lagu mereka menjadi siulan seperti lagu sebelum ini.

Reaksi menggalakkan

Penghasilan video klip Takut Aku Kalah yang lain daripada biasa juga mampu menarik perhatian peminat serta mampu membuatkan lagu itu lebih dikenali dengan menggunakan teknik kolaj.

Lebih membanggakan mereka, klip video yang dihasilkan oleh pengarah muda, Fayruz Effenddy atau Perez itu dihantar ke Hong Kong untuk menyertai Festival Seni di Hong Kong dalam penghasilan visual.

Dengan hanya menggunakan kertas dan dawai, klip video itu dapat menghidupkan watak kartun dengan menerapkan elemen api, air, angin dan tanah bagi menarik minat penonton serta menjadikan lagu Takut Aku Kalah lain daripada yang lain.

"Strategi kami adalah menghasilkan klip video yang unik tetapi boleh menaikkan imej PrettyUgly dan feedback yang kami terima sangat menggalakkan.

"Tujuan menyertai festival untuk melihat mutu penghasilan klip video dan mendapatkan pandangan mereka yang arif dengan seni," katanya.

Bagi peminat PrettyUgly boleh menonton video klip terbabit di laman web www.prettyugly-band.com atau menjadi rakan kelab mereka di lama sosial facebook PrettyUgly.

Dalam pada itu, bagi menghargai sokongan peminat, PrettyUgly turut mengadakan siri jelajah mereka di Kuala Lumpur, Johor Bharu, Pulau Pinang dan Kelantan bagi mempromosikan album mereka. Peminat di sekitar Sungai Buloh juga berpeluang menyaksikan persembahan mereka hujung bulan ini.

"Lokasi dan tarikh jelajah belum ditentukan lagi. Konsert solo tak tahu lagi tetapi kalau konsert berkongsi pentas dengan band lain itu akan ada," katanya.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Jawablah!: 'Saya bukan punca Heykal cerai'

Posted: 08 Mar 2011 04:30 PM PST

Hip

Faezal Elai

Faezal Elai

Faezal Elai akui semakin rapat dengan pengarah Asmara, sudah temui keluarganya

RUMAH tangga seorang pengarah dikatakan pernah bergoncang kerana dirinya. Namun sewaktu perkara itu hangat diperkatakan media, pelakon Faezah Elai menafikan sekeras-sekerasnya dirinya dan pengarah drama bersiri Asmara, Heykal Hanafiah, mempunyai hubungan istimewa. Malah, Faezah menegaskan dia menjadi mangsa fitnah seseorang amat dikenalinya.

Katanya sebelum ini, hubungan terbabit terjalin atas dasar profesional dan tidak pernah membabitkan soal hati serta perasaan. Bagaimanapun, selepas pengarah itu bercerai secara rasmi dengan isterinya, lain pula cerita yang timbul. Pelakon kelahiran Pulau Pinang itu didakwa semakin rapat dengan pengarah terbabit dan mereka sering juga dilihat keluar bersama. Pendek kata, mereka bagaikan belangkas, di mana ada Faezah, di situlah ada Heykal. Sewaktu dihubungi untuk mengesahkan perkara itu, tanpa berselindung, Faezah mengaku dia dan Heykal memang rapat dan dia juga tidak menafikan gosip mereka sering keluar bersama. Bagaimanapun, tegas bekas pramugari ini, walaupun rapat namun dia tetap dengan pendirian dirinya bukan punca keruntuhan rumah tangga lelaki terbabit.

Hip: Khabarnya Faezah semakin rapat dengan Heykal dan sering keluar bersama. Komen sikit.

Faezah: Saya tak nafikan yang kami memang rapat. Bagaimanapun, perkara itu berlaku hanya beberapa bulan selepas perkara ini digembar-gemburkan. Sewaktu gosip yang kononnya kami rapat dan mempunyai hubungan intim ditimbulkan, ia sebenarnya tidak benar sama sekali. Tiada hubungan istimewa antara kami yang berlaku pada masa itu. Kami hanya rapat selepas itu. Itupun apabila masing-masing saling meluahkan rasa kecewa apabila gosip seperti itu timbul. Maklum sajalah, waktu itu kami berdua rasakan tiada siapa yang percaya situasi sebenar yang berlaku antara kami. Kebanyakannya lebih mempercayai gosip daripada kami. Dari situlah kami mula rapat. Mungkin itu juga satu doa apabila ramai sangat yang mengatakan perkara itu walhal ia memang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Hip: Sejauh manakah rapatnya Faezah dengan Heykal?
Faezah:
Apa yang boleh saya katakan, dia ialah lelaki yang paling rapat dengan saya buat masa ini. Sejujurnya, saya memang tidak mempunyai kawan rapat dalam industri ini. Kalau adapun, hanyalah sekadar kawan biasa. Tapi dengan Heykal, ia berbeza. Dia seorang pendengar yang baik dan kalau saya mengalami masalah, dialah tempat saya mengadu. Malah dia juga menjadi tempat rujukan jika saya mahu bertanyakan soal kerja. Contohnya, jika saya mendapat tawaran berlakon, saya akan minta pandangannya terlebih dulu. Maklum
sajalah, dia lebih berpengalaman dalam bidang ini berbanding saya.

Hip: Faezah tidak bimbang Faezah jika hubungan itu disalah anggap dan seolah-olah mengiyakan gosip yang timbul sebelum ini?

Faezah: Seperti yang saya katakan tadi, kami hanya rapat selepas gosip itu timbul dan kami semakin rapat apabila Heykal sudah bercerai. Saya tahu mengenai perkara itupun menerusi Heykal. Dia yang memaklumkannya sendiri. Jadi saya tak perlu risau. Lagipun, dia sendiri ada berkata perceraiannya itu tidak ada kena mengena dengan saya. Bukan saja Heykal yang berkata demikian, tetapi kenyataan itu turut dikeluarkan keluarga Heykal sendiri. Saya bukanlah punca keruntuhan rumah tangga mereka. Jika pihak di sana masih mahu menyalahkan diri saya kerana kononnya sayalah yang menjadi punca keretakan rumah tangga mereka, saya harap belajar-belajarlah mencari kesalahan sendiri daripada menuding jari ke arah orang lain.

Hip: Khabarnya Faezah sudah pun diperkenalkan kepada keluarga Heykal. Apakah itu satu petanda hubungan kalian sudah sampai tahap serius?

Faezah: (Sambil tertawa) Mana tahu ni? Memang saya ada bertemu dengan keluarga Heykal. Kami bertemu pun di hospital kerana waktu itu bapa dia sakit. Jadi tak adalah nak bincang apa-apa pun. Apa yang boleh saya katakan, keluarga mereka melayan saya dengan baik.

Hip: Bagaimana pula jika Faezah bertemu jodoh dengan Heykal?

Faezah: Saya tidak kisah jodoh saya dengan sesiapapun. Lagipun umur saya sudah mencecah angka 29 tahun. Saya memang sudah bersedia untuk berumah tangga. Cuma dalam hal ini, kami lebih selesa berkawan terlebih dulu.

Hip: Bagaimana dengan kes mahu saman pelakon Azad Jazmin kerana dikatakan menjadi punca penyebaran gosip Faezah dan Heykal?

Faezah: Selepas peguam saya menghantar surat kepadanya supaya dia menghentikan segala perbuatannya itu, nampaknya perkara terbabit semakin senyap. Mungkin dia mengikut segala arahan yang diminta dalam surat itu dan saya anggap perkara ini sudah selesai.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.