Adsense

Rabu, 9 Mac 2011

macam macam hiburan terkini

macam macam hiburan terkini


Anggap Biadab, Farahdhiya Tidak Hormat Deja Moss

Posted: 08 Mar 2011 11:37 PM PST

PETALING JAYA: Pelakon jelita Farahdhiya menyifatkan penyanyi Deja Moss merupakan seorang pelakon senior yang tidak layak untuk dihormati.

Ini berikutan kejadian pada pementasan teater Terima Kasih Cinta (TKC) Sabtu lalu di mana Deja Moss telah memesan sebanyak 10 jambangan bunga untuk diberikan kepada pelakon-pelakon utama teater tersebut sempena penutup pementasan berkenaan.

Bagaimanapun, Deja Moss dikatakan cuba memalukan Farahdhiya dan Norish Karman di hadapan penonton dengan merancang untuk menyerahkan jambangan bunga tersebut kepada pelakon lain kecuali dua pelakon tersebut.

Farahdhiya memberitahu semasa di pentas, pelakon Shajiri dan Tony Yusof yang menerima bunga berkenaan telah menyerahkannya kepada dia dan Norish tanpa menyedari ia bukan untuk mereka berdua.


Deja Moss
"Kebetulan pula ketika habis pementasan Deja berdiri di sebelah saya dan saya tanya pada dia, siapa yang beri bunga itu? Dan Deja kata, "saya yang beri".

"Kerana tidak sedar dengan apa yang berlaku, saya terus mengucapkan terima kasih kepadanya kerana saya bermati-matian menyangka Deja memberikannya untuk saya.

"Kemudian, bila saya dan Norish berehat di bilik bersama, tidak sangka pula Deja menyuruh Tony mengambil jambangan bunga itu semula kerana ia bukan milik kami.

"Tak ke nampak kelakar apabila Deja berkelakuan sebegitu? Sebenarnya saya tak rasa malu langsung seperti yang dia mahu lakukan. Tetapi saya malu melihat diri dia yang berkelakuan seperti kanak-kanak.

"Saya tak sangka dan terkejut, seorang pelakon senior buat macam itu. Memang sejak kejadian itu saya tidak lagi menghormati mahupun mahu menegur dia," tegasnya yang dihubungi mStar Online, Selasa.

Tambah Farahdhiya sepanjang latihan TKC, dia dan Deja tidak mempunyai sebarang masalah antara satu sama lain dan kejadian tersebut membuatkan dia tertanya-tanya, apa punca Deja bersikap sedemikian.

"Memang sehingga kini saya berasa bingung dengan apa yang dia lakukan dan menganggap Deja sebagai tidak beradab.

"Tambah pula, industri seni kita bukannya besar mana kerana kita selalu akan bertentang mata. Jika benarlah niat dia mahu malukan kami berdua, Tuhan maha adil. Deja boleh teruskan perbuatan itu tetapi bukan kepada saya.

"Jangan pula ingat saya sengaja ingin hebohkan hal ini? Saya bercerita pun selepas pihak media yang tanya," tuturnya yang sibuk membuat promosi single lagu barunya yang berjudul Kau Telah Pergi.Farahdhiya kini mahu berehat dalam jangka masa sebulan untuk bercuti ke luar negara.

Sementara itu usaha mStar Online untuk mendapatkan komen Deja tidak kesampaian kerana dia tidak menjawab panggilan telefon.

"Buat Filem Bukan Untuk Syok Sendiri" - Sabree Fadzil

Posted: 08 Mar 2011 11:32 PM PST

KUALA LUMPUR: Aktor popular di era 1980-an yang kini bergelar pengarah iaitu Sabree Fadzil memilih menghasilkan filem komedi seram, Tokak sebagai pertaruhan terbarunya demi memenuhi selera penonton yang lebih menggemari genre tersebut.

Kata Sabree, tinjauan yang dilakukannya mendapati genre tersebut bukan sahaja mendominasi pasaran filem Melayu semasa, malah turut meraih jumlah kutipan yang besar di pawagam.

"Keputusan untuk mengarahkan filem komedi seram bertitik-tolak daripada pengamatan saya terhadap selera penonton kita hari ini. Majoriti penonton filem Melayu tidak suka pada filem-filem yang berat.

"Rata-rata filem yang mencapai kutipan pecah panggung terdiri daripada filem seram, komedi dan ringan seperti Jangan Pandang Belakang, Hantu Kak Limah Balik Rumah, Ngangkung dan Khurafat.

"Sebagai penggiat filem, kita buat filem untuk penonton dan bukan untuk syok sendiri.


Sabree (dua, kanan) di samping penerbit Datuk Marina Mahammad (tengah, baju putih) dan barisan pelakon filem komedi seram terbitan Mar Energetic Industries Sdn Bhd itu.
"Memandangkan filem-filem begini yang boleh 'dijual' pada hari ini, maka saya pilih untuk buat filem begini," katanya yang ditemui pada majlis pra-pelancaran filem itu di Dataran Karyawan Finas, Hulu Kelang, Selasa.

Mengulas tentang tanggungjawabnya sebagai pengarah dan pelakon Tokak, hero filem Wira Angkasa (1987) itu berkata, keutamaannya bertumpu pada aspek pengarahan dan teknikal berbanding lakonan dalam filem itu.

"Walaupun nama saya dibariskan sebagai pelakon utama, sebenarnya saya hanya muncul dalam beberapa babak sahaja. Karakter utama filem ini sebaliknya tertumpu pada watak jelmaan Iskandar iaitu Tokak (lakonan Zul Saila).

"Tumpuan saya adalah pada aspek pengarahan dan teknikal kerana itulah kekuatan dan kecenderungan saya," katanya yang berhempas-pulas selama setahun sebelum bertemu usahawan Datuk Marina Mahammad yang akhirnya sudi menerbitkan filem itu.

Istilah 'tokak' yang membawa maksud 'gigit' di kalangan masyarakat Melayu Kedah, berkisar pada kejadian jelmaan puaka dari Sungai Raya yang terlepas daripada sumpahannya dan meresapi tubuh seorang pemilik resort, Iskandar (Sabree Fadzil).

Bagi memulihkan rupa Iskandar seperti sedia kala, dia disyaratkan untuk membunuh dan menghirup darah enam wanita yang melakukan kemaksiatan dalam tempoh satu malam sahaja.

Pelbagai kejadian aneh dan ganas berlaku di sekitar resort itu dalam tempoh satu malam sahaja bermula dari azan Mahgrib sehinggalah azan Subuh.

Membariskan gandingan pelakon lama dan baru, filem terbitan Mar Energetic Industries Sdn Bhd itu bakal dijayakan Abon, Joey Daud, Faiz Raja Lawak, Airis Yasmin, Kazar Saisi, Sabree Fadzil, Lana Nodin, Zul Saila dan Diana Johor.

Ia bakal memulakan penggambaran pada 17 Mac hingga 7 April depan di sekitar Kuala Lumpur dan Port Dickson, Negeri Sembilan dengan kos penerbitan melebihi RM2 juta.

Hafiz Tidak Cemburu Populariti Shahir, Akim

Posted: 08 Mar 2011 11:31 PM PST

PETALING JAYA: Juara Akademi Fantasia musim ketujuh, Hafiz mengakui tidak menyimpan perasaan cemburu terhadap rakan seperjuanganya dari program realiti tersebut yang lebih mendapat perhatian.

Kata Hafiz, popular atau tidak mereka sebenarnya mempunyai strategi sendiri untuk menempatkan diri dalam industri ini.

"Saya tidak cemburu dengan populariti mereka, ya Akim lebih mendapat banyak tawaran iklan kormersial, Aril pula popular sebagai pengacara.


Akim
"Manakala Shahir berpeluang berlakon dalam filem terbitan KRU tidak lama lagi.

"Tapi saya juga ada strategi tersendiri, saya lebih fokus kepada bidang nyanyian berbanding bidang lain," katanya ketika ditemui di Majlis Pengumuman Pengacara Akademi Fantasia musim kesembilan, Isnin.

Tambah Hafiz, selepas memenangi tempat kedua dalam Anugerah Juara Lagu 25 melalui lagu Noktah Cinta, dia kini sibuk mempromosi single kedua berjudul Awan Nano.

"Saya ada fokus dan strategi sendiri, biarpun tidak dikenali dengan kontroversi atau lakonan tapi saya mahu dikenali dengan produk yang berkualiti.


Aril
"Selepas lagu ciptaan Ajai itu menjadi naib juara AJL25, saya akan mempertaruhkan lagu ciptaan komposer terkenal M.Nasir iaitu Awan Nano yang kini sedang diputarkan di radio," katanya.

Bercerita tentang Akademi Fantasia yang bakal berakhir pada tahun ini, Hafiz memberitahu agak sedih terutama keluarganya yang juga pengikut program tersebut sejak lapan tahun yang lalu.

"Saya sedih sebab program ini sudah berakhir, keluarga saya sudah tentu merasainya kerana mereka merupakan antara penyokong setia Akademi Fantasia sejak musim pertama lagi," katanya.

google: hafiz af7, hafiz af7 profil, hafiz af7 blog, hafiz af7 twitter, hafiz af7 myspace, hafiz af7 wiki, hafiz af7 bio, hafiz af7 terkini terbaru, lagu baru hafiz af7, download mp3 hafiz af7, lirik lagu hafiz af7, lagu baru hafiz af7, single terbaru hafiz af7

Jimmy Shanley Fail Nusyuz Kerana Anak

Posted: 08 Mar 2011 05:39 AM PST


SHAH ALAM: Pengacara Jimmy Shanley Norjahan Salleh menyifatkan tindakan dia memfailkan permohonan kembali taat dan nusyuz adalah disebabkan anak yang dikandung isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy.
Menurut Jimmy, usia kandungan isterinya kini telah memasuki lima bulan.
"Saya buat kerana anak. Doakanlah yang terbaik," katanya semasa ditemui di Mahkamah Rendah Syariah di sini, pada Selasa.
Terdahulu, Jimmy, 31, menghadiri prosiding sebutan permohonan kembali taat dan nusyuz yang difailkan terhadap Nursuhaila, 25, yang telah tinggal berasingan sejak 21 Oktober 2010.
"Dia sekarang tinggal di rumah keluarganya di Sungai Buloh (Selangor)," tambah Jimmy.
Berdasarkan rekod, permohonan untuk kembali taat difailkan sendiri oleh Jimmy pada 3 Januari lalu diikuti permohonan nusyuz pada 27 Januari lalu.
Bagaimanapun, semasa disoal mengenai alasan kedua-dua permohonan tersebut dibuat, peguam syarie Mohd Noor Aizan Md Idrus memberitahu, perkara tersebut hanya akan didedahkan pada perbicaraan kelak.
"Lazimnya, permohonan tersebut hanya akan dibuat apabila suami memohon untuk mendapatkan perintah mahkamah untuk isteri mentaati suami dalam perkara-perkara yang telah diarahkan," katanya.
Prosiding mahkamah hari ini hanya dihadiri oleh Jimmy yang memakai kemeja merah dan berseluar 'slack' hitam serta bersongkok. Pada prosiding itu, Mohd Noor Aizan pada awalnya memohon supaya mahkamah menetapkan tarikh perbicaraan untuk kedua-dua kes walaupun saman tersebut tidak disampaikan secara terus kepada Nursuhaila.
Menurut Mohd Noor Aizan, saman tersebut diserahkan kepada anak saudara Nursuhaila pada 6 Februari lalu.
"Tiga hari selepas itu, iaitu pada 9 Februari lalu, Nursuhaila telah melantik seorang peguam syarie bernama Saadiah. Sehubungan itu, saya menyatakan penyampaian saman telah sempurna.
"Walaupun telah 30 hari saman diserahkan, kami masih belum menerima sebarang pembelaan daripada pihak Nursuhaila.
"Oleh itu, saya mohon supaya kedua-dua kes dibicarakan bersama dan mahkamah menetapkan tarikh perbicaraan," katanya.
Hakim Syarie Saharuddin Selamat bagaimanapun tidak membenarkan permohonan tersebut kerana menyifatkan penyampaian saman itu tidak boleh dibuktikan dengan tindakan Nursuhaila melantik peguam syarie.
"Mahkamah akan memberi peluang kepada Nursuhaila untuk dia hadir di mahkamah memfailkan pembelaan,' katanya.
Justeru itu, beliau menetapkan kes itu disebut semula pada 4 April depan.
Peguam syarie yang mewakili Nursuhaila juga tidak menghadiri prosiding itu dan menurut Mohd Noor Aizan, pihaknya hanya menerima panggilan telefon daripada kakitangan peguam terbabit memaklumkan beliau mempunyai kes di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.
Jimmy dan Nursuhaila diijabkabulkan pada 1 Oktober 2010 di rumah keluarga perempuan di Sunway Rahman Putera, Sungai Buloh, dekat sini dengan hantaran sebanyak RM31,186 yang diambil bersempena tarikh lahir Nursuhaila pada 31 Januari 1986.
Majlis repsepsi untuk meraikan pasangan tersebut diadakan sehari selepas itu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), dekat sini.
Kemelut rumah tangga mereka mula diperkatakan pada 11 November lalu apabila Jimmy tidak menyangkal perkahwinannya bergelora seperti yang dilaporkan oleh sebuah akhbar tabloid.
google: jimmy shanley, jimmy shanley nusyuz, isteri jimmy shanley, isteri jimmy shanley nusyuz, jimmy shanley di mahkamah, jimmy shanley dan isteri nusyuz, gambar jimmy shanley di mahkamah, gambar isteri jimmy shanley di mahkamah

Mahu Kembalikan Nostalgia, Aznil Dilantik Pengacara AF9

Posted: 08 Mar 2011 05:35 AM PST


KUALA LUMPUR: Desas-desus pengacara Aznil Nawawi kembali mengacarakan rancangan popular Akademi Fantasia Kesembilan (AF9) menjadi kenyataan apabila pengacara nombor satu itu diumumkan bagi mengendalikan program itu bermula 2 April ini.
Pemilihan Aznil dibuat berikutan pihak Astro ingin mengembalikan semula kenangan Akademi Fantasia musim pertama lalu. AF9 pada tahun ini merupakan program terakhir.
Menurut pengurus Saluran Astro Ria, Azlin Reza Azmi, kehangatan musim terakhir ini bakal menjadi kenangan yang tidak dapat dilupakan peminat.
"Kami mahu musim terakhir ini menjadi sejarah dan kenangan yang tidak dapat dilupakan. Kita ingin beri yang terbaik dan Aznil merupakan pengacara pertama dan sudah sinonim dengan kewujudan AF.
"Kredibiliti dan keupayaan Aznil sebagai pengacara memang tidak dapat dinafikan. Saya percaya dia dapat menjalankan tanggung jawabnya dengan mengembalikan memori kegemilangan AF dengan gaya tersendiri," katanya dalam majlis sidang media berhubung perkara itu di sini, Isnin.
Dalam pada itu, Azlin turut menafikan keputusan membawa masuk Aznil sebagai salah satu taktik memancing semula penonton AF yang semakin berkurang.
"Rating AF merupakan yang tertinggi dalam program terbitan Astro, setiap tahun rating masih kekal sama. Ia juga tidak dipengaruhi oleh pengacara," katanya.
Sementara itu, Aznil memberitahu peluang yang diberikan ini akan dilakukan sebaik mungkin.
"Saya menerima pelawaan untuk kembali semula adalah disebabkan ini merupakan musim kemuncak dan terakhir.
"Ramai yang akan merindui program ini selepas musim sembilan ini berakhir. Jadi saya mahu ia akan mengimbau kembali memori-memori lama," katanya.
Tambah Aznil, ia juga sebagai tanggung jawabnya yang bekerja di bawah stesen televisyen berbayar itu.
"Saya masih mengikat kontrak dengan Astro dan tiada sebarang isu tentang saya dibayar dengan harga yang tinggi untuk musim ini," katanya.
Akademi Fantasia musim kesembilan akan mula bersiaran pada setiap Sabtu, pukul 9 malam di saluran 104.

Lan Pet Pet Sorok Kisah Isteri, Takut Orang Dengki

Posted: 08 Mar 2011 05:34 AM PST


PETALING JAYA: Pelawak Mazlan Ahmad,42, atau lebih popular dengan panggilan Lan Pet Pet mengambil pendirian enggan mendedahkan mengenai kisah rumah tangganya kerana bimbang "ada orang dengki".
Lan berkata, dia akur dengan nasihat ibunya supaya tidak menceritakan perihal rumah tangga kepada media dan orang ramai kerana cara itu membolehkan pihak-pihak yang membenci mereka boleh melakukan perkara-perkara mistik.
"Maaf saya tak boleh nak bagi tahu kisah rumah tangga saya. Saya ingat pesan emak saya jangan sibuk nak cerita kisah suami-isteri. Takut nanti ada orang dengki, dia orang boleh buat macam-macam," kata Lan.
Lan yang bernikah dengan adik aktres Rozita Che Wan, Rubytah Abu Bakar @ Che Wan,32, pada 20 Ogos 2008 juga tidak mahu membicarakan mengenai perkembangan isterinya sama ada sudah mengandung ataupun belum selepas mereka berumah tangga.
Lan Pet-Pet bersama isterinya sewaktu pernikahan mereka pada tahun 2008.
Kata anggota kumpulan Senario itu, dia boleh bercerita hal berkenaan tetapi cukuplah untuk pengetahuan wartawan sahaja tanpa perlu didedahkan melalui media masing-masing.
"Kalau ada orang yang jahat, dia orang boleh buat macam-macma dekat kita. Lebih elok kita toksah (jangan) dok bercerita sangat pasai bini kita mengandung ataupun tidak," ujarnya dengan loghat Utara.
Ditanya adakah dia bahagia dengan perkahwinan itu, Lan memberitahu bersyukur kerana isterinya memahami kerjayanya sebagai seorang artis.
Tambah Lan, isterinya juga sibuk bekerja sebagai pereka fesyen dan banyak menghasilkan rekaan pakaian keluarga terutama untuk adik-beradiknya seperti Rozita serta Ayu Raudhah.
Kata Lan, dia berhasrat untuk memperluaskan bidang perniagaan dengan membuka butik pada masa akan datang.

Gambar Syafiqah Amanda yang seksi, hot dan putih

Posted: 08 Mar 2011 05:33 AM PST





google: syafiqah amanda, syafiqah amanda profile, syafiqah amanda wiki, syafiqah amanda bio, syafiqah amanda seksi, syafiqah amanda hot, syafiqah amanda bogel, syafiqah amanda putih, buah dada syafiqah amanda, dada syafiqah amanda facebook,  terkini terbaru syafiqah amanda, foto terbaru terkini syafiqah amanda, gambar terbaru terkini syafiqah amanda, gosip syafiqah amanda, cerita syafiqah amanda,