Adsense

Jumaat, 4 Februari 2011

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Shila gegar pentas dunia

Posted:

Shila gegar pentas dunia

Shila gegar pentas dunia

Oleh KHADIJAH IBRAHIM
khadijah.ibrahim@utusan.com.my
Gambar MOHD. ARIF RAMELI


Bakal berkongsi pentas konsert dengan penyanyi Korea, Filipina dan China.


SATU sejarah tercipta dalam diari peribadi Nur Shahila Amir Amzah apabila berpeluang mengadakan persembahan di hadapan ribuan penonton sempena sukan Musim Sejuk Asia di Astana City, Kazakhstan.

Ketika artikel ini ditulis, anak kepada penyanyi ND Lala itu telah pun berlepas ke Kazakhstan untuk menyertai konsert Asia Star Session di Festival Voice of Astana.

Pemergian Nur Shahila atau mesra dipanggil Shila selama lapan hari ditemani kedua ibu bapanya serta Pengurus Besar Performers & Artistes Rights (M) Sdn. Bhd. (Prism), Ong Peng Chu.

Jadual penerbangan mereka adalah pada 30 Januari lalu dan berada di negara tersebut sehingga esok (6 Februari).

Sebelum berangkat ke Kazakhstan, Hits berkesempatan menemubual penyanyi muda itu di Bora Ombak, Ampang bagi menyelami perasaannya diberi peluang untuk beraksi di pentas dunia.

Terus terang penyanyi muda yang baru berusia 21 tahun itu memberitahu, perasaannya bercampur baur, antara gembira dan berdebar kerana itulah kali pertama dia berpeluang memperdengarkan suaranya di peringkat antarabangsa.

Kata Shila, biarpun dadanya rasa bergoncang kuat kerana mengenangkan keadaan cuaca yang sejuk di negara itu namun dia berjanji akan memberikan persembahan terbaik.

"Memang saya bimbang dengan keadaan cuaca sejuk yang besar kemungkinan akan menganggu kesihatan dan corak persembahan saya.

"Tetapi yang penting, sebulan sebelum berlepas iaitu sebaik sahaja dimaklumkan oleh Peng Chu tentang perkara ini, awal-awal lagi saya buat persiapan.

"Tentunya persediaan dari segi mental dan fizikal kerana apabila berada di sana, ramai lagi artis yang akan turut serta menjayakan konsert tersebut," kata Shila yang telah pun melahirkan tiga album iaitu Terima Kasih Guru (1999) Bebaskan (2009) dan Yang Teristimewa (2005).

Pernah bergelar naib juara musim kedua pertandingan nyanyian realiti One in A Million, Shila memberitahu, terdapat ramai lagi artis yang akan beraksi di konsert tersebut.

"Setahu saya, artis dari Filipina, China, Korea Selatan dan negara-negara Asia Barat juga akan mengadakan persembahan.

"Jadi, saya mahu berikan yang terbaik kerana kehadiran saya di sana juga membawa nama Malaysia," katanya yang akan menyanyikan sebuah lagu Melayu, Nirmala dan sebuah lagu Inggeris.

Menurut Shila, dia memilih untuk menyampaikan lagu Nirmala yang dipopularkan oleh Datuk Siti Nurhaliza kerana ia mencerminkan budaya Malaysia.

Bagaimanapun, penyanyi lagu Memori Tercipta itu akan menyampaikan Nirmala mengikut gaya dan keselesaannya.

"Memang saya berhasrat untuk meminta pandangan Datuk Siti Nurhaliza mengenai corak persembahan lagu Nirmala tetapi kekangan masa membuatkan hasrat itu tidak kesampaian.

"Apabila membawakan lagu itu nanti, saya akan mendendangkannya sebaik mungkin," janji Shila.

Sebagai penyanyi genre moden hip hop, dari segi pakaian sepanjang beraksi di pentas konsert itu nanti, anak sulung daripada empat orang adik beradik itu memberitahu, pakaiannya ditaja.

Menganggap dirinya bertuah, pakaian Shila ditaja oleh pereka fesyen yang tidak asing lagi dalam industri hiburan tanah air iaitu Salikin Sidiq.

Jelasnya lagi, selain Salikin, turut menaja pakaian Shila ialah Faizal Asyraf dan Ariff Shukur.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kritikan pedas membina atau membinasa?

Posted:

Kritikan pedas membina atau membinasa?

Kritikan pedas membina atau membinasa?

Oleh ABD. AZIZ ITAR
aziz.itar@utusan.com.my

MALAM Pentas Pilih Kasih (PK) minggu yang kelapan kecoh dengan komen hangat yang agak melampau daripada pengkritik tetap pertandingan itu apabila Prof. Madya Dr. Abu Hassan dilihat seakan-akan berada dalam dunianya sendiri.

Beliau seringkali mengeluarkan komen-komen yang agak keras tetapi penuh dengan ayat-ayat puitis sehingga sukar untuk memahami apa yang cuba disampaikan oleh beliau.

"Kamu seperti tiang lampu yang hanya tahu melakukan tiga reaksi sahaja. Anda seperti bot yang akan karam pada bila-bila masa sahaja". Itu adalah antara kritikan-kritikan yang pernah diluahkan oleh pengkritik terbabit.

Komen pedas daripada Dr. Abu Hassan itu dilihat kurang membina, dikhuatiri akan menjatuhkan lagi semangat para peserta PK yang masih mentah dan memerlukan bimbingan.

Terbaru, beliau dilihat seringkali membandingkan para peserta PK dengan peserta lain terutama sekali Jay Iswazir.

"Jay, monolog awak ini jika diberikan kepada Raffamie Karama sudah pasti beliau dapat melakukannya dengan lebih baik," komen Dr. Abu Hassan kepada Jay.

Sebelum itu, beliau juga pernah membandingkan Jay dengan Sofian Bujang, peserta PK dari musim pertama mengenai watak sebagai penagih dadah yang dibawanya dalam teater minggu lalu.

Ini sedikit sebanyak menyebabkan Rosyam Nor bangun untuk menegur Dr. Abu Hassan pada malam Sabtu lalu atas komen beliau yang agak tidak diperlukan itu.

Wajah tidak puas hati jelas terpancar di wajah Rosyam semasa menegur dan menandakan beliau tidak bersetuju sama sekali dengan pendapat Dr. Abu Hassan itu.

Namun setelah seketika, isu itu berjaya diselesaikan dan persembahan diteruskan dengan teater yang menghiburkan daripada kesemua peserta PK dengan tajuk Dilema Hantu.

Perselisihan pendapat adalah lumrah dalam mana-mana isu sekalipun tetapi diharap Dr. Abu Hassan dapat menilai mutu lakonan para peserta PK dengan lebih realistik dan diselitkan dengan unsur nasihat bagi memperbaiki lagi corak persembahan mereka.

Buat Rosyam pula, beliau melihat komen Dr. Abu Hassan itu sebagai pembakar semangat para peserta PK tetapi pada masa yang sama, tidak mahu mereka sering diperlakukan sebegitu kerana ia akan menyebabkan bakat peserta terbabit terkuncup.

Minggu demi minggu para penonton tidak pernah lekang dengan kejutan yang telah diberikan oleh Rosyam, penerbit program Pilih Kasih yang sukar untuk dijangkakan itu.

Contohnya minggu lalu, sekali lagi kita digemparkan dengan penyingkiran dua peserta PK secara serentak iaitu Bil Azali dan Kris Cempaka.

Bil,19 dan Kris, 26, kedua-duanya dilihat semakin menyinar melalui lakonan drama serta teater yang disampaikan setiap minggu.

Akan tetapi, nampaknya tidak memadai untuk memastikan mereka terus kekal berada dalam pertandingan ini apabila menjadi mangsa penyingkiran terbaru.

"Bil Azali, anda bukan pelakon yang saya cari," ujar Rosyam pada malam penyingkiran tersebut.

Sudah agak lama juga kita tidak mendengar ungkapan itu dari mulut Rosyam setelah tiada penyingkiran dilakukan minggu lepas.

"Kris Cempaka, anda juga bukan pelakon yang saya cari," sambung Rosyam sejurus selepas beliau menyingkirkan Bil.

Sudah menjadi lumrah seorang perlu disingkirkan untuk meneruskan pertandingan sesuatu program, akan tetapi ia dilihat agak kasar dan mendadak apabila dua orang sekali gus disingkirkan pada malam itu.

Apatah lagi, yang tersingkir itu adalah antara bintang yang sedang menyinar dan berkembang mekar.

Lakonan Bil dan Kris yang cukup selamba tetapi memberi impak yang besar amat sayang sekali untuk dilepaskan begitu sahaja.

Kris Cempaka dan Bil Azali sudah pasti akan dirindui bukan sahaja para peminat tetapi juga tenaga pengajar dan para peserta PK yang lain.

Mutu lakonan mereka berdua yang sangat memberi kesan diharap dapat menarik perhatian para pengarah mahupun penggiat seni untuk memberi peluang kepada mereka untuk menyinari industri hiburan tanah air pada masa depan.

Setelah dua lagi peserta tersingkir, tinggal lapan sahaja lagi peserta PK yang akan berentap mempertaruhkan lakonan mereka untuk minggu ini. Nampaknya pertandingan mencari pelakon baru itu sudah hampir ke kemuncaknya.

Tanggal 20 Februari ini sudah pastinya dinanti-nantikan buat semua peminat PK yang tidak sabar untuk mengetahui siapa yang bakal menggondol gelaran pelakon pilihan Rosyam musim kedua ini selepas Pilih Kasih musim pertama dimenangi oleh Iqbal Mazlan.

Apa pun penyingkiran tetap perlu dilakukan. Hanya selepas seketika, akhirnya Fauziah Nawi, salah seorang pengkritik pada malam itu tampil ke atas pentas untuk sama-sama menemani Rosyam dan memberi pandangan beliau tentang tiga artis yang tercorot undiannya malam itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.