Adsense

Jumaat, 4 Februari 2011

Celebrity News

Celebrity News


Adakah Nash Tetap Di Saman Oleh Rita Anak Arwah Sosilawati ?

Posted: 03 Feb 2011 11:53 PM PST

Kalau ZoOm baik selesaikan cara baik je, yang baik kita simpan dan yang buruk kita buang..bak kata pepatah "Air yang Dicincang Tak Akan Putus". Tapi itu semua terpulanglah pada empunya diri nak teruskan ke tak sebab ia adalah masalah keluarga.


Dan berikut "Statement" daripada Akhbar Onlline mengenai DILEMA anak Arwah Sosilawati untuk teruskan atau tidak kes sama bekas Ayah tirinya yakni Abang Nash kita.


SHAH ALAM: Anak Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya berkemungkinan besar akan meneruskan kes tuntutan harta bernilai RM1.38 juta yang difailkan ibu mereka terhadap bekas suami, Nash atau Jamaludin Elias, 52.

Bagaimanapun, peguam ahli perniagaan itu, Datuk Zaidi Zain ketika ditemui di luar mahkamah, berkata pihaknya masih menunggu kata putus daripada anak sulung Sosilawati, Erni Dekritawati Yulian atau Rita, 26.


Beliau berkata, melalui satu pertemuan pada 9 Januari lalu, Rita memberitahunya akan mengadakan perbincangan rasmi dengan adik-beradik lain berhubung hal itu.



"Berkemungkinan besar kita akan teruskan. Tapi, belum dimuktamadkan," katanya selepas prosiding kes tuntutan harta Sosilawati terhadap Nash di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam.


Pada 26 Ogos tahun lalu atau lima hari sebelum Sosilawati dilaporkan hilang, mahkamah menetapkan semalam, bagi menyambung perbicaraan kes tuntutan itu.


Zaidi yang pernah mengendalikan kes perceraian Sosilawati dan Nash berkata, Rita kini dalam dilema untuk meneruskan kes itu disebabkan hubungan baik ahli keluarganya dengan Nash.

Namun, katanya, pada masa sama ketika hayatnya bersungguh-sungguh untuk membawa perkara itu ke muka pengadilan.

"Ini menyebabkan Rita tidak boleh sewenang-wenangnya untuk melepaskan perkara ini begitu saja. Ini bukan soal wang," katanya.

Terdahulu, pada prosiding semalam, Zaidi memberitahu mahkamah, permohonan untuk meneruskan kes itu menerusi waris jutawan berkenaan dibuat mengikut Seksyen 22, Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) No 4, 2003.

Namun, katanya, pihaknya memohon supaya kes itu ditangguhkan dua bulan sementara menunggu pihak berkuasa mengumumkan laporan DNA mangsa pembunuhan itu.

Peguam Amli Embong yang mewakili Nash pula berkata, ada beberapa pindaan termasuk memasukkan dokumen penting salinan surat mati perlu dibuat jika permohonan itu mahu diteruskan.

Yusry KRU Nafi Bercinta Dengan Maya Tetapi Masih Mencari Wanita Lain !!

Posted: 03 Feb 2011 10:29 PM PST

Lama juga gossip mengenai kisah Maya Karin dan Yusry ni, satu persatu topic yang dibincangkan dimana-mana sumber pasti tidak akan terlepas membicarakannya. Dan yang terbaru Yusry tampil menjawap gossip mengenai beliau bercinta dengan Maya Karin. 


Yusry menafikan beliau bercinta dengan Maya Karin, dan dalam "Statement" baru-baru ini beliau tampil dengan jawapan dan luahan berikut menafikan kisah percintaannya dengan primadona Maya Karin :) 


Jika ada pun, baru-baru ini timbul kisah cintanya bersama aktres jelita, Maya Karin berikutan kelibat mereka sering dilihat bersama namun Yusry menafikan gosip tersebut.


Jelas Yusry, antara mereka berdua tidak mungkin terjalin sesuatu yang intim kerana hubungan tersebut telah pun melewati sempadan usia yang terlalu lama hinggakan tak mungkin terbit rasa sayang di hati masing-masing.
"Kami sudah berkawan terlalu lama hampir 10 tahun, jadi dia (Maya) memang kawan baik saya. Tak mungkin timbul rasa sayang atau cinta kerana kami tahu hati masing-masing. Saya selesa berkawan dengan dia dan saya yakin dia juga merasai apa yang saya rasa. Kami sudah serasi sebagai kawan sahaja," katanya membuka bicara mengenai cinta dan perasaannya terhadap wanita.

Tidak pernah menutup pintu hatinya terhadap ikatan perkahwinan, jauh sekali menjadikan kesibukkan sebagai alasan untuk hidup bersendirian, kata peminat kumpulan lagenda The Beatles ini, sepanjang bergelar duda, sudah beberapa kali dia cuba menjalinkan hubungan cinta namun semuanya putus di tengah jalan.
"Sebenarnya ramai yang tak tahu, sejak solo sudah beberapa kali bercinta tapi semuanya tak menjadi. Ramai yang tak tahu sebab ketika saya bercinta itu wanita berkenaan bukanlah selebriti jadi orang tak perasaan.

"Jadi ketika dalam proses mengenali hati budi masing-masing dan apabila tak berjaya, saya menerima keadaan itu dan saya akan terus mencari wanita yang sesuai untuk dijadikan pasangan hidup," katanya yang tidak pernah meletakan sebarang syarat mahupun kriteria tertentu kepada wanita yang sesuai dijadikan isteri.

Berkongsi cerita jelas Yusry, dia tidak kisah wanita mana yang akan singgah di hatinya, namun mengakui wanita muda lebih berani mencuba mencari cintanya.
"Saya ini pemalu, jadi takut di reject apabila orang bagi hint pada saya baru saya berani nak mengambil langkah seterusnya. Saya tak kisah wanita itu solo ke, janda ke atau berusia asal yang dapat menerima saya sudah memadai. Tapi apa yang dapat saya lihat sekarang, ramai wanita muda yang berani mencuba 'tackle' saya. Jauh lebih muda dari saya lebih kurang macam umur 20-an. Malah bekas teman wanita saya dulu pun baru berusia 21 tahun," katanya yang baru sahaja putus cinta tahun lalu.

Uptown Kelana Jaya Kini Dibuka Isnin Hingga Ahad ( Rabu Tutup )

Posted: 03 Feb 2011 10:14 PM PST

Jika anda berminat untuk membeli belah pada waktu malam inilah masanya kerana kini satu lagi UPTOWN di buka di Kelana Jaya bersebelahan Stadium. Ada pelbagai barangan yang sudah tentu mencuit hati anda untuk melihat dan membeli disamping harga yang murah dan beraneka pilihan.

Dan "Maps" boleh ikut gambar yang ZoOm sertakan dalam "Post" hari ini..


ZoOm : Kalau pergi ke UPTOWN jangan lupa singgah dekat kedai ZoOm :)  H8 ( Mutiara Sabah )  <-- Tapak yang Telah ZoOm Sewa ... JUmpa di Sana....



Salman Khan Dibaling Batu di Jepun !!

Posted: 03 Feb 2011 09:43 PM PST

Nak buat macam mana dah engkau "Book" taman yang popular di jepun selama tiga hari buat apa, sudah tentulah penduduk dan pengunjung yang ingin melawat marah. Inilah yang berlaku kepada Salman Khan ketika penggambaran filem "Bodyguard" di Taman "Pune Okayama Friendship Garden", Jepun ini telah menimbulkan kemarahan penduduk sekitar apabila taman tersebut ditutup kerana penggambaran berlangsung.


ZoOm : Nasiblah Salman dan masuk kandang Harimau kenalah mengaum jangan mengembekkkk dah :)...Apa kata anda di ZOOmartis?