Nuffnang

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Eyeja Bintang RTM, Lya dan Muadz Hos Lagu 3 Kupang

Posted: 04 Feb 2011 08:01 AM PST

CERIA HUJUNG MINGGU DENGAN PROGRAM KANAK-KANAK LAGU 3 KUPANG DI TV1

Perasaan ceria kanak-kanak ingin dikongsi sama Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi sebuah program hiburan muzikal kanak-kanak terbaharu yang menyatukan aktiviti nyayian, penceritaan dan pendidikan senikraf disatukan dalam sebuah program menghiburkan yang disampaikan secara santai dan bersahaja.

Sepanjang setengah jam ke udara menemui penonton, program bertajuk Lagu 3 Kupang ini sarat dengan pengisian termasuklah persembahan nyanyian lagu-lagu (popular & kanak-kanak), segmen bercerita (cerita-ceriti), segmen pendidikan senikraf daripada bahan mudah/terpakai (seniria) dan diakhiri dengan segmen Mari Berbual.

lagu 3 kupang

Disiarkan setiap Sabtu, jam 10.00 pagi mengisi slot Candaria di TV1 ini menerusi 13 episod siarannya dimana setiap episod mempunyai tema tersendiri dan inti tema itu ditampilkan di dalam 3 persembahan lagu nyanyian 3 pengacara ini dan juga di dalam semua segmen tersebut.

Sebagai contoh untuk Episod 1, tema Ibu menampilkan lagu-lagu berkaitan kasih saying/ jasa dan pergorbanan ibu kita manakala segmen Cerita-Ceriti pula membawakan kisah cerita rakyat legenda anak dan ibu iaitu Si Tanggang dan juga segmen Seniria mengajar adik-adik membuat kad ucapan untuk ibu tersayang.

Menampilkan kemunculan tiga pengacara remaja berbakat iaitu Eyeja (Bintang RTM), Lya dan Muadz, program ini mewujudkan watak boneka yang dipanggil "Kupang" menjadi nadi perjalanan program hiburan kanak-kanak yang menarik ini.

Pada penghujung rancangan, adik-adik di rumah juga boleh menyanyi bersama-sama pengacara melalui lirik 'karaoke' lagu akhir yang akan tertera di skrin. Secara tidak langsung, program ini akan menjadi lebih dekat/rapat dengan penonton kanak-kanak di rumah.

Menariknya kesemua lagu-lagu dalam program ini telah digubah, dirakamkan semula dan dinyanyikan oleh ketiga-tiga pengacara berbakat ini. Selain itu terdapat 6 lagu baru telah dicipta bagi menambahkan lagi khazanah lagu kanak-kanak ini.

Kesemua lagu-lagu terpilih ini mewakili jenis lagu rancak dan sederhana termasuk beberapa lagu-lagu kerakyatan seperti Enjit-enjit Semut, Suriram, Rasa Sayang, Burung Kakak Tua dan sebagainya yang mampu menarik minat bukan sahaja generasi kanak-kanak malahan penonton dewasa juga.

Justeru kepada ibu bapa yang mahu anak-anak masing-masing berhibur di rumah, pastikan anak-anak anda meluangkan masa menonton program menarik terbitan Luncai Emas Sdn Bhd ini hanya di TV1.

lagu 3 kupang1

pengacara Lagu 3 Kupang

pengacara Lagu 3 Kupang1

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Eyeja & EOne Pengacara Malam Kemuncak Gah 1 Akhir
  • MAJLIS SIDANG MEDIA MALAM KEMUNCAK GAH 1 AKHIR
  • Aroma Pagi Program Santai Awal Pagi di TV2
  • Pakej Buffet Berbuka Puasa Ramadhan di Planet Hollywood
  • Lirik Bintang Impianku – Lagu Tema Filem Diva
  • Ramlah Ram & Siti Sarah di Bintang-Bintang RTM
  • UJIBAKAT BINTANG RTM 2009
  • Malam Kemuncak GAH 1 di Sunway Lagoon 30 Mei Ini
  • Ernie Zakri, Ramlah Ram, Juliza Adlizan Dalam Pesona Bintang
  • Aspalela: Lagu Paling Kontroversi Untuk Tahun 2007
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    0 ulasan:

    Catat Ulasan