borak kosong |
- [Hebat]Nenek 60 tahun seludup iPhone 4 dalam stockingnya
- Budak 9 tahun tetap ditembak walaupun merayu supaya tidak ditembak
- Gadis 14 tahun meninggal dunia selepas jalani hukuman sebat
- Isteri Speaker Dewan Rakyat menyesal bergambar seksi
- Bayi beri isyarat bagus dalam kandungan
- Dipotong Tangan Kerana Memberi Sedekah
- Ingin Popular Selibriti Ini Sanggup Tunjuk Payudara
- Pekerja kilang paksa remaja jadi hamba seksnya
- Tonik Rambut Dengan Menggunakan Air Kencing Unta
- Kambing Buat Korban,Di Sembelih Nyaris Putus Tetap Masih Boleh Makan Dan Minum
- Kaki Dan Tangan Hampir Tumbuh di Otak Bayi
- Dua orang cun duduk atas vespa sambil hisap rokok dan pegang botol arak
- Wanita ini sanggup bunuh dua orang anaknya dan simpan dalam peti sejuk selama 3 tahun
- Cara baru nak bersihkan tapak kasut
- Inilah sekolah dalam gua yang disuruh tutup di China kerana memalukan
- Hanya kerana rebut kereta dengan Isterinya, suami rela letupkan rumah sendiri
- Ernest kucing pertama pakai soft lens
- Gadis Berkelahi Sambil Telanjang Gara-Gara Rebutkan Kekasih
- Xiao Yun Sanggup Bogel Untuk Cari Sumbangan Korban Gempa
[Hebat]Nenek 60 tahun seludup iPhone 4 dalam stockingnya Posted: 04 Feb 2011 09:00 PM PST Wanita 60 tahun ditangkap petugas bandara Tel Aviv, Israel kerana menyeludup 44 unit iPhone 4. Dia menyembunyikan smartphone itu didalam stockingnya. Nenek ini berhasil masuk ke pesawat yang bertolak dari London. Namun, sesampainya di bandara Ben Gurion, Tel Aviv, petugas keamanan curiga keraa gerak-gerik wanita itu yang pelik akibat iPhone 4 yang diseludupkan dalam stocking. "Wanita itu nampak sulit untuk berjalan. Ketika ditanya, wanita itu menjawab sedang tak enak badan," ujar salah satu petugas keamanan. Kemudian seperti dikutip The Register, petugas keamanan memeriksanya menggunakan pemindai seluruh tubuh. Ditemukan 44 buah iPhone tersembunyi dalam stocking wanita itu. Para petugas keamanan hairanr bagaimana nenek itu boleh melepasi pemeriksaan keberangkatan di London. Hingga kini, nenek itu sedang menunggu apakah ia akan dihukum penjara atau denda.-INILAH.COM |
Budak 9 tahun tetap ditembak walaupun merayu supaya tidak ditembak Posted: 04 Feb 2011 08:35 PM PST REPUBLIKA.CO.ID,ARIZONA – Masalah racial memakan korban seorang gadis cilik berusia sembilan tahun di Amerika Syarikat. Dari jarak dekat, gadis berdarah Mexicoo bernama Brisenia Flores itu ditembak mati oleh kelompok anti-imigran yang mengukum dengan hukuman sendiri. Gina Gonzalez, ibu kandung Brisenia, menceritakan kejadian tragik tersebut di persidangan. Dengan bercucuran air mata, Gina menceritakan anaknya memohon agar tidak dibunuh sebelum akhirnya ditembak mati bersama dengan ayahnya. Gina pun tidak luput jadi sasaran tembakan. Dia tersungkur di lantai dan berpura-pura mati. Saat itulah hatinya terhiris mendengar anaknya memohon agar tidak dibunuh. "Aku boleh mendengar hal itu terjadi," kata Gina. "Anak aku berkata,'Kenapa kamu menembak ayahku? Kenapa kamu menembak ibuku?. Aku juga mendengar dia merayu,'tolong jangan tembak aku." Anti-Imigran Fakta percakapan tersebut baru terungkap di makhamah kelmarin. Brisenia dan ayahnya, Raul Flores Jr., dibunuh pada 30 Mei 2009 oleh sekelompok warga yang dibentuk untuk menangani imigran Mexico. Shawna Forde, ketua kumpulan Minutemen Pertahanan Amerika, sedang diadili atas tuduhan dua pembunuhan t tersebut. Dia disyaki mengetuai n aksi serangan terhadap keluarga Flores bersama dua laki-laki. Polis menyatakan bahawa Forde percaya Flores adalah seorang pedagang ubat dan menyimpan wang tunai serta barang-barang di rumah sehingga mereka boleh merampoknya. Kronologis Kejadian Aksi penyerangan itu terjadi pada pukul 1 tengahari. Flores bangun untuk membuka pintu ketika ada suara polis meminta dibukakan pintu. Tapi, dua orang tak dikenal itu langsung menerjah masuk. Brisenia yang kecil ketika itu sedang terjaga bersama anjing barunya di sofa di ruang tengah. Satu orang, kata Gina, adalah seorang wanita bertubuh besar. Seorang lagi adalah laki-laki dengan wajah dicat hitam dan bersenjata. Lelaki itu mengatakan kepada Flores,"Peluru ini sudah ada namamu." Lelaki itu kemudian menembak bahu dan kaki Flores sebelum akhirnya menembaknya berkali-kali. Dia kemudian mengarahkan senapang ke Brisenia. Gina mendengar lelaki itu kembali mengisi peluru sebelum menembak Brisenia yang memohon untuk tidak ditembak. Dalam keadaan luka tertembak, Gina mencoba menelefon 911. Tapi, lelaki itu tiba-tiba kembali ke rumah Gina. Gina berusaha mencari pistol suami lalu balik menyerang si pelaku yang diketahui bernama Jason Bush. Dalam keadaan terluka, Bush melarikan diri. |
Gadis 14 tahun meninggal dunia selepas jalani hukuman sebat Posted: 04 Feb 2011 07:00 PM PST Malang gadis ini dia meninggal dan lelaki yang selingkuh dengannya cabut lari....saya petik dari Berita Harian Mosammet Hena (Daily Mail) DHAKA: Seorang gadis yang dihukum sebat kerana melakukan hubungan sulit dengan suami orang meninggal dunia selepas menjalani hukuman itu menyebabkan polis menahan empat ulama yang memberi arahan merotan mangsa. Mosammet Hena, 14, dikenakan 100 sebatan dalam satu fatwa di sebuah perkampungan di daerah barat daya Shariatpur, kata ketua polis kawasan AKM Shahidur Rahman. Kawasan itu terletak 56 kilometer dari ibu kota ini. Bangladesh adalah negara yang majoriti penduduknya beragama Islam dan menggunakan undang-undang sekular. Pihak berkuasa mengharamkan mana-mana pihak mengeluarkan fatwa. Namun, segelintir ulama didapati mengeluarkan fatwa untuk memutuskan isu hubungan di luar perkahwinan. Gadis berkenaan tiba-tiba rebah selepas dia disebat di khalayak ramai dengan rotan buluh sebanyak 70 kali, Isnin lalu, kata Rahman. Dia kemudian dibawa dan meninggal dunia beberapa jam kemudian pada hari sama, kata pegawai. Rahman berkata, lelaki 40 tahun yang didakwa mempunyai hubungan dengan Hena turut dijatuhi hukuman 100 sebatan namun lelaki itu sempat lari dan terlepas daripada hukuman, katanya. "Kami sedang menjalankan operasi besar-besaran untuk mencari lelaki terbabit," kata Rahman. – Agensi |
Isteri Speaker Dewan Rakyat menyesal bergambar seksi Posted: 04 Feb 2011 06:40 PM PST Tak fikir dulu sebelum buat..menyesal kemudian tak berguna... saya petik dari kosmo online LONDON - Sally Bercow yang merupakan isteri Speaker Dewan Rakyat Britain, John Bercow menganggap dirinya kelihatan seperti seorang yang bodoh kerana bergambar dalam keadaan seksi, lapor akhbar Daily Telegraph semalam. Dalam gambar itu, dia hanya menutup tubuhnya yang bogel dengan cadar katil. Wanita berusia 41 tahun itu membuat kenyataan tersebut selepas gambarnya itu disiarkan akhbar Evening Standard di Britain. Dia memberitahu stesen radio Perbadanan Penyiaran British (BBC): "Saya mungkin seornag yang bodoh kerana melakukannya (bergambar dengan tubuh ditutupi cadar katil." Sally berkata, dia hanya mengetahui perlu melakukan aksi itu semasa tiba di lokasi untuk membuat rakaman gambar itu. Wanita itu berkata, pada mulanya dia menganggap aksi tersebut akan menjadikan gambarnya kelihatan lebih menarik. Namun, gambar itu mencetuskan masalah kerana dia merupakan isteri seorang Speaker sekali gus memberi kesan terhadap kerjaya suaminya. Menurutnya, gambar tersebut untuk ruangan Hari Kekasih dan dia berasa terkejut ekoran reaksi orang ramai berhubung penampilan seksinya. - Agensi |
Bayi beri isyarat bagus dalam kandungan Posted: 04 Feb 2011 05:45 PM PST Kekuasaan Tuhan.. saya petik dari kosmo online MAIDSTONE - Seorang ibu yang bimbang mengenai kesihatan bayi yang dikandungnya mendapati anaknya itu membuat isyarat bagus semasa perutnya diimbas di sebuah hospital di Kent, Britain, lapor sebuah akhbar semalam. Ibu bayi itu, Donna Sayer, 29, dan seorang jururawat tergelak selepas mereka melihat bayi itu memberikan isyarat bagus semasa diimbas. Menurut Donna yang merupakan seorang pengurus makanan dan minuman di Kelab Kriket Kent, bayi itu seolah-olah mahu memberitahu bahawa dirinya berada dalam keadaan baik. Wanita itu berkata, pemeriksaan itu dibuat selepas jururawat berkenaan menyatakan bayi dalam kandungannya normal. Namun, bagi mendapatkan kepastian mengenai bentuk bayi itu, satu pemeriksaan imbasan dibuat. Donna dari Whitstable yang dijangka melahirkan anak dalam bulan Mei ini berkata, semua pihak berasa hairan apabila melihat gambar tersebut. - Agensi |
Dipotong Tangan Kerana Memberi Sedekah Posted: 04 Feb 2011 04:41 PM PST Dikisahkan bahawa semasa berlakunya kekurangan makanan dalam kalangan Bani Israel, maka lalulah seorang fakir menghampiri rumah seorang kaya dengan berkata, "Sedekahlah kamu kepadaku dengan sepotong roti dengan ikhlas keranaAllah s.w.t." Setelah fakir miskin itu berkata demikian maka keluarlah anak gadis orang kaya, lalu memberikan roti yang masih panas kepadanya. Sebaik sahaja gadis itu memberikan roti tersebut maka keluarlah bapa gadis tersebut yang bakhil itu terus memotong tangan kanan anak gadisnya sehingga putus. Semenjak dari peristiwa itu maka Allah s.w.t pun mengubah kehidupan orang kaya itu dengan menarik kembali harta kekayaannya sehingga dia menjadi seorang yang fakir miskin dan akhirnya dia meninggal dunia dalam keadaan yang paling hina. Anak gadis itu menjadi pengemis dan meminta-minta dari satu rumah ke rumah. Maka pada suatu hari anak gadis itu menghampiri rumah seorang kaya sambil meminta sedekah, maka keluarlah seorang ibu dari rumah tersebut. Ibu tersebut sangat kagum dengan kecantikannya dan mempelawa anak gadis itu masuk ke rumahnya. Ibu itu sangat tertarik dengan gadis tersebut dan dia berhajat untuk mengahwinkan anaknya dengan gadis tersebut. Maka setelah perkahwinan itu selesai, maka si ibu itu pun memberikan pakaian dan perhiasan bagi menggantikan pakaiannya. Pada suatu malam apabila sudah dihidang makanan malam, maka si suami hendak makan bersamanya. Oleh kerana anak gadis itu kudung tangannya dan suaminya juga tidak tahu bahawa dia itu kudung, manakala ibunya juga telah merahsiakan tentang tangan gadis tersebut. Maka apabila suaminya menyuruh dia makan, lalu dia makan dengan tangan kiri. Apabila suaminya melihat keadaan isterinya itu dia pun berkata, "Aku mendapat tahu bahawa orang fakir tidak tahu dalam tatacara harian, oleh itu makanlah dengan tangan kanan dan bukan dengan tangan kiri." Setelah si suami berkata demikian, maka isterinya itu tetap makan dengan tangan kiri, walaupun suaminya berulang kali memberitahunya. Dengan tiba-tiba terdengar suara dari sebelah pintu, "Keluarkanlah tangan kananmu itu wahai hamba Allah, sesungguhnya kamu telah mendermakan sepotong roti dengan ikhlas kerana Ku, maka tidak ada halangan bagi-Ku memberikan kembali akan tangan kananmu itu." Setelah gadis itu mendengar suara tersebut, maka dia pun mengeluarkan tangan kanannya, dan dia mendapati tangan kanannya berada dalam keadaan asalnya, dan dia pun makan bersama suaminya dengan menggunakan tangan kanan. Hendaklah kita sentiasa menghormati tetamu kita, walaupun dia fakir miskin apabila dia telah datang ke rumah kita maka sesungguhnya dia adalah tetamu kita. Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud, "Barangsiapa menghormati tetamu, maka sesungguhnya dia telah menghormatiku, dan barangsiapa menghormatiku, maka sesungguhnya dia telah memuliakan Allah s.w.t. Dan barangsiapa telah menjadi kemarahan tetamu, dia telah menjadi kemarahanku. Dan barangsiapa menjadikan kemarahanku, sesungguhnya dia telah menjadikan murka Allah s.w.t." Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, "Sesungguhnya tetamu itu apabila dia datang ke rumah seseorang mukmin itu, maka dia masuk bersama dengan seribu berkah dan seribu rahmat." sumber : http://tanbihul_ghafilin.tripod.com |
Ingin Popular Selibriti Ini Sanggup Tunjuk Payudara Posted: 04 Feb 2011 10:01 AM PST Selebriti dan wartawan hiburan merupakan dua pihak yang saling memerlukan. Selebriti perlukan wartawan agar popular, sementara wartawan selebriti sebagai bahan bacaan. Sebab itu, banyak selebriti yang membuat sensasi agar popularitinya naik, seperti yang dilakukan selebriti ini. Demi populariti, ia rela memperlihatkan payudaranya kepada para wartawan. sumber : mran3238.wordpress.com |
Pekerja kilang paksa remaja jadi hamba seksnya Posted: 04 Feb 2011 09:30 AM PST Berita Agensi melaporkan seorang pekerja kilang berusia 40 tahun di Wuhan, China telah dikenakan hukuman mati setelah didapati bersalah memaksa dua remaja menjadi hamba seksnya. Zeng Qiangbao telah mengurung dua orang remaja tersebut di sebuah bilik bawah tanah di rumahnya. Zeng menculik Lili berusia 16 tahun sekitar pukul 10:00 pagi pada 16 September 2008. Remaja malang itu dibawa ke rumahnya, sebelum merogol dan merantai remaja itu. Pada 2 Julai 2009, Zeng menculik pula seorang lagi remaja bernama Honghong, 19 tahun. Seperti juga Lili, remaja ini turut diperkosa berulang kali dan dikurung di sebuah bilik bawah tanah. Kes ini dibawa terbongkar selepas salah seorang remaja tersebut meletakkan nota kecemasan/SOS dengan mesej "Tolong. Saya sudah ditahan di bilik bawah tanah lebih daripada satu tahun" dalam satu sebuah televisyen, yang kemudiannya ditemukan oleh seorang juruteknik barangan elektrik. Bersama-sama dengan nota itu, terdapat lakaran peta yang menunjukkan lokasi gadis-gadis itu disimpan, berserta nombor telefon dan alamat keluarga Honghong. Polis menemui dua gadis malang itu dalam keadaan telanjang di bilik bawah tanah tersebut. Lili telah dikurung selama 590 hari, manakala Honghong pula selama 317 hari. Kedua-duanya telah diperkosa beratus-ratus kali sebelum berjaya diselamatkan pada Mei tahun lalu. Berdasarkan siasatan, polis juga mendapati Zeng Qiangbao terlibat dengan kes perkosaan yang lain, merompak dan meragut antara Julai 2007 hingga Mei 2010. Setelah mengambil kira kekejaman Zeng, mahkamah menjatuhkan hukuman mati terhadap lelaki gila seks itu. sumber : duniacacamarba.blogspot.com |
Tonik Rambut Dengan Menggunakan Air Kencing Unta Posted: 04 Feb 2011 08:45 AM PST Kencing unta dianggap sebagai 'ubat' kuno dan sekarang jadi bisnis besar bagi para lelaki dan wanita Yaman. Menggunakan kencing unta jadi popular pada kaum muda Yaman, yang percaya bahawa kencing itu menyihatkan & memperkuat kulit kepala, memperlambat rambut beruban dan menyuburkan rambut. Menurut chanel TV Arab al-Arabiya, salon-salon rambut di seluruh Yaman meminta 'tonik' berharga ini dan menjualnya dengan harga $4 seliter – harga yang mahal jika dibandingkan dengan gaji para pembeli. "Aku telah menggunakan kencing unta sejak kecil lagi," kata Amal, mahasiswa di Sanaa. "Pertama kali, seorang tetangga mengatakan padaku bahawa dia telah menggunakan kencing unta selama bertahun-tahun, kerana kencing itu membuat rambutnya indah dan bercahaya. Sekarang setiap orang di rumahku menggunakannya." Penggunaan kencing unta tidak terbatas pada wanita saja. Lelaki pun dilaporkan menggunakan kencing unta untuk menghindari kebotakan. "Banyak pemuda yang menggunakan kencing unta. Aku terpaksa beli banyak kencing unta ," kata Hasan, seorang pemilik salon di Yaman. Permintaan yang tinggi terhadap kencing unta membuat banyak orang mulai menternak unta, dan mereka rajin memberi minum unta-unta mereka agar menghasilkan lebih banyak kencing untuk dikumpulkan. Para peternak unta liar adalah pihak yang beruntung paling besar dari penjualan kencing unta. Mereka biasanya tinggal di daerah paling terpencil di negara tersebut seperti di Hudeida dan Mukallah. Beberapa orang juga mengatakan kencing unta baik untuk hati (liver), dan keyakinan ini disangkal oleh Universitas Sanaa yang mengatakan kencing unta berbahaya bagi sistem pencernaan. |
Kambing Buat Korban,Di Sembelih Nyaris Putus Tetap Masih Boleh Makan Dan Minum Posted: 04 Feb 2011 07:00 AM PST Sungguh aneh, setelah 24 jam dilakukan penyembelihan, seekor kambing yang berada di Desa Bapang, Kecamatan Jogoroto, Jombang, sampai saat ini masih tetap berdiri tegak dan masih hidup. Bahkan lebih anehnya lagi, ketika diberi makan dan minum, kambing tersebut masih tetap mahu meski akhirnya makanan dan minuman tersebut keluar lagi dari tenggorokannya yang nyaris putus. "Benar-benar aneh , ketika diberi makan dan minum pun masih mahu," kata Faisol (42), warga Dusun Batang, Desa Sumber Mulyo, Kecamatan Jogoroto Jombang yang juga turut menyaksikan kambing aneh yang menggegarkan warga setempat ketika Hari Raya Korban. Kejadian tersebut pun menjadi perhatian warga setempat. Tak kurang ratusan warga mula datang hanya untuk menyaksikan peristiwa aneha tersebut. Penduduk setempat pun akhirnya mewajibkan pengunjung untuk memasukkan wang Rp 1000 ke kotak amal. Tidak hanya warga setempat, Muspika hingga Camat pun juga sempat melihat kejadian aneh yang menggegarkan Desa setempat. Hingga berita ini ditulis, kambing tersebut pun masih tegar berdiri dengan sesekali mengerang. |
Kaki Dan Tangan Hampir Tumbuh di Otak Bayi Posted: 04 Feb 2011 06:00 AM PST Seorang doktor di AS berhasil mengeluarkan tumor berupa potongan kaki, tangan, dan paha dari otak bayi yang baru berusia tiga hari. Operasi ini dilakukan oleh doktor bedah saraf anak, Dr Paul Grabb, di Colorado, AS, terhadap Sam Esquibel setelah hasil scan MRI menunjukkan terdapat tumor mikroskopik di dalam otak bayi tersebut. Para doktor di Memorial Hospital for Children di Colorado Spring, Amerika Syarikat, kini sedang menangani kes aneh yang menimpa seorang bayi. Bayi bernama Sam Esquibel itu didiagnosa mengalami tumor otak, sehingga para doktor, setelah melakukan proses pemindaian kepala, memutuskan melakukan pembedahan. Tapi betapa terkejutnya pasukan bedah ketika pembedahan berlangsung, ternyata di otak bayi yang baru berusia tiga hari tersebut ditemukan organ berbentuk kaki dan tangan. Organ ini sudah berbentuk sempurna, meski tidak sesempurna tangan dan kaki normal. Penemuan di dalam otak bayi laki-laki yang relatif sihat ini jarang terdengar sebelumnya dan mengingatkan kembali akan mitologi Yunani tentang dewa tertinggi Zeus yang melahirkan anak perempuannya dari keningnya. Dr Grabb yang menjalankan operasi di Memorial Hospital for Children, Colorado Springs, mengaku telah menemukan sebuah potongan kaki yang hampir tumbuh sempurna dengan lima jari bersama dengan satu potongan kaki lain, sebuah tangan, dan sebuah paha. "Seperti mengeluarkan seorang bayi dari dalam otak," kata Grabb. "Penemuan potongan tubuh yang hampir tumbuh sempurna ini cukup unik, aneh, dan tak pernah terdengar sebelumnya," ujarnya. Grabb tak mengetahui secara pasti bagaimana potongan tubuh itu dapat bertumbuh di otak. Namun, doktor bedah saraf anak ini menyebutkan kemungkinan potongan tubuh tersebut sebagai jenis tumor otak turunan. "Pertumbuhan tumor itu boleh jadi masuk dalam kes "fetus in fetu" atau bayi di dalam bayi, tetapi kes ini sangat jarang terjadi di dalam otak," kata Grabb. Orangtua Sam, Tiffnie dan Manuel Esquibel, menjelaskan, anak mereka itu ketika ini telah menjalani perawatan di rumah. Selain terapi fizik untuk memulihkan fungsi organ lehernya, Sam masih menjalani pemeriksaan darah bulanan untuk memastikan ada atau tidaknya gejala kanser atau pertumbuhan ulang tumor. Namun, Tiffnie dan Manuel Esquibel menjelaskan, bayi laki-laki mereka itu telah hampir pulih sepenuhnya setelah menjalani pembedahan pada 3 Oktober. "Anda tak akan tahu kalau ada bekas luka di kepala bayiku itu," ujar Tiffnie Esquibel menjelaskan kepulihan putranya. Doktor Paul Grab, ahli saraf yang mengetuai pasukan operasi berkata, munculnya organ itu terjadi akibat proses kembar siam yang tidak sempurna. "Sepertinya saudara kembar Sam tidak berkembang sempurna, dan "tertinggal" di dalam otak," katanya. Menurut Grab, organ kembar siam tertinggal di dalam tubuh kembarannya adalah kes aneh. Lebih langka lagi bila organ itu bersembunyi di dalam otak. "Belum pernah saya dengar kejadian begini," kata Grab. Pembedahan itu berlangsung dengan jaya dan keadaan kesihatan Sam beransur baik dan sekarang sudah dibawa orang tuanya pulang. |
Dua orang cun duduk atas vespa sambil hisap rokok dan pegang botol arak Posted: 04 Feb 2011 05:00 AM PST |
Wanita ini sanggup bunuh dua orang anaknya dan simpan dalam peti sejuk selama 3 tahun Posted: 04 Feb 2011 04:00 AM PST Renee Bowman (44) Seorang wanita dari Maryland Amerika Syarikat telah dihukum kerana membunuh dua anak perempuan yang ikemudiannya dipotong-potong lalu menyimpan tubuh mereka di dalam peti sejuk dan memindahkan mayat tersebut dari rumah ke rumah. Renee Bowman Renee Bowman dinyatakan bersalah atas dua tuntutan pembunuhan tingkat pertama dan tiga tuntutan tingkat pertama atas kes kekerasan terhadap anak. Kedua mayat ditemukan di dalampeti sejuk di rumahnya di Lusby pada bulan September 2008 sementara anak ketiga berhasil melarikan diri. Pihak berkuasa tidak tahu bagaimana rupa dua anak perempuan, yang ketika ini berusia 11 tahun dan 12 tahun jika mereka masih hidup. Bowman telah pindah rumah tiga kali dalam tiga tahun terakhir sambil membawa peti sejuk besar bersama dua mayat gadis kecil tersebut di dalamnya. Kejahatan Renee Bowman terbongkar ketika gadis yang masih hidup ditemukan, berusia tujuh tahun dengan keadaan setengah telanjang dan berlumuran darah setelah melarikan diri dari rumah Bowman. Ketika polis membongkar rumah Bowman di dalam peti sejuknya ditemukan tubuh mangsa yang telah membeku iaitu Minnet, yang tertua, dan Jasmine. Bowman sebelumnya telah menerima subsidi untuk semua tiga anak dari Distrik Columbia, Bowman telah mengaku bersalah telah menyalahgunakan anak gadis yang selamat dan dijatuhi hukuman 25 tahun penjara dalam kes itu. Gadis yang kini berusia 9 tahun dan tinggal bersama ibubapa angkat menjadi, saksi dalam sidang pembunuhan di pengadilan itu. Renee Bowman didapati bersalah oleh pengadilan dan layak mendapat hukuman atas perbuatannya tersebut. Jaksa mengatakan mereka akan meminta penjara seumur hidup tanpa kemungkinan pembebasan bersyarat. sumber : http://www.dakdem.com |
Cara baru nak bersihkan tapak kasut Posted: 04 Feb 2011 03:00 AM PST |
Inilah sekolah dalam gua yang disuruh tutup di China kerana memalukan Posted: 04 Feb 2011 02:00 AM PST Awalnya murid-murid bersekolah di gua yang diperuntukkan bagi masyarakat pegununang yang terpencil di Gety,daerah Guizhou itu kerana pemerintah setempat menolak mengeluarkan perbelanjaan membangunkan sekolah. Namun kini - setelah murid-murid mendapatkan tempat untuk bersekolah, meski di dalam gua – pemerintah China di Beijing menutup sekolah tersebut. Menurut Kementerian Pendidikan alasan penutupan The Getu Village Cave Primary School – yang mana sudah memiliki ruang kelas- ruang kelas dan juga tempat bermain untuk 186 muridnya – kerana China bukanlah masyarakat gua. Namun, bekas guru besar sekolah, Xi Lin Chun menyayangkan penutupan itu dan menggambarkan penutupan itu sebagai hal yang memalukan. "Bahkan disini taman bermain kami tidak harus khuatir dengan cuaca kerana tempat itu selalu kering," ujar Xi sambil menambahkan bahawa keadaan itu menolong proses mengajar. Akustiknya juga hebat. Kami memiliki paduan suara terbaik di daerah ini dan ada juga beberapa strata (lapisan-lapisan social) batu yang Nampak di dinding-dinding yang membuat mengajar geologi menjadi semakin menarik. Dan kami tak perlu buku-buku untuk belajar biologi – kami sudah punya kelelawar dan juga cicak yang ada di sana sepanjang hari," ujar Xi lagi. |
Hanya kerana rebut kereta dengan Isterinya, suami rela letupkan rumah sendiri Posted: 04 Feb 2011 01:00 AM PST Hanya gara – gara merebu sebuah kereta, pasangan suami isteri ini boleh berkelahi sampai harus meletupkan rumah untuk mendapatkan kereta tersebut. Rupanya hanya sebuah iklan kereta dari perusahaan kereta terkenal iaitu Toyota. Terlampau brutal sangat iklan ini..... Kalau kejadian ini benar-benar berlaku...parah beb!! |
Ernest kucing pertama pakai soft lens Posted: 04 Feb 2011 12:46 AM PST Ernest kucing berbulu hitam dan putih yang berusia 15 tahun mungkin termasuk kucing yang beruntung. Pihak RSPPCA atau semacam organisasi yang melindungi haiwan-haiwan yang terbuang telahs memeriksa pengelihatan Ernest yang tak boleh melihat dengan jelas. Ernest sendiri sudah tinggal bersama mereka selama 13 tahun sejak dirinya berusia 2 tahun di pusat perlindungan haiwan di Godshill, Isle of Wight. Dan menurut salah seorang petugas di sana, Les Burrows, Ernest akan terus tinggal di sana, apalagi Ernest selalu menjadi topik pembicaraan para petugas di sana. Selain itu, Les menambahkan sebelum menggunakan kotak lens Ernest dijadikan semacam test buat anjing-anjing yang baru datang ke tempat itu untuk mengetahui apakah anjing-anjing itu takut dengan kucing sejak Ernest gak pernah merasa takut. Sebelum menggunakan kotak lens, Ernest diperkirakan menderita entropion dimana penyakit itu menyebabkan matanya berputar-putar atau juling dan juga mengalami iritasi. Sebelum Ernest diberikan kotak lens dia agak juling dan mengalami kesulitan melihat kemanapun dia pergi. Sekarang kedua matanya terbuka dan dia mempunyai kehidupan baru yang lebih baik. Kotak lensanya bekerja dengan baik,kata Paula Sadler, 56 tahun, pengurus pusat perlindungan haiwan tempat Ernest berada. Sebelum akhirnya para doktor haiwan mendapat idea untuk memakaikan Ernest dengan kotak lens, awalnya Ernest direncanakan untuk dibedah. Namun kerana faktor usia, operasi gak dilakukan. Selain itu, seperti yang dijelaskan Paula, pembedahan itu berisiko tinggi dan tak ada yang tahu apa yang bakal terjadi dengan reaksi Ernest setelah dibedah. Lens yang dipasang ke dua mata Ernest harus dibersihkan oleh para staff setiap 3 minggu sekali. Dan khabarnya Ernest merupakan kucing pertama yang memakai soft lens di kedua matanya. |
Gadis Berkelahi Sambil Telanjang Gara-Gara Rebutkan Kekasih Posted: 03 Feb 2011 11:45 PM PST Dua orang gadis tiba-tiba membuat kecoh di depan sebuah kafe di Darwin, Australia. Keduanya berkelahi, salah satunya dalam keadaan telanjang. Kejadian itu menjadi tontonan bagi puluhan orang yang sedang bersarapan. Beberapa saksi mengatakan, perempuan yang berkelahi itu melepaskan pakaiannya dan langsung menyerang lawannya dengan sebuah pukulan seperti petinju profesional. "Kejadian tersebut memang amat mengejutkan," ungkap seorang penduduk seperti dikutip Northern Territory News. Tidak hanya memulakan perkelahian, perempuan yang telanjang itu kemudian dengan santai berbaring sambil merokok, di depan kafe ternama di Fannie Bay ini. Anak-anak yang berada di sekitar lokasi perkelahian pun langsung dibawa masuk oleh orang tuanya ke dalam kafe, agar tidak dapat melihat pemandangan asyik tersebut. Tidak beberapa lama kemudian, polis pun tiba di lokasi tempat kafe itu berada. Mereka pun membawa wanita telanjang pergi dari situ. Tidak jelas apakah perempuan tersebut dalam keadaan mabuk ketika terjadinya perkelahian tersebut. Dikatakan dua gadis cantik ini berkelahi berebutkan kekasih. sumber : http://www.dakdem.com |
Xiao Yun Sanggup Bogel Untuk Cari Sumbangan Korban Gempa Posted: 03 Feb 2011 10:35 PM PST Seorang gadis China membuat sensasi berpose bogel di internet. Gadis berusia 19 tahun yang berstatus masih pelajar mengaku bernama Xiao Yun ini, menggambar tubuh moleknya dengan alasan untuk mencari dana bagi korban gempa yang terjadi di daerah asalnya di Provinsi Sichuan, China, beberapa waktu lalu. Namun, aksi nekad Xiao Yun yang juga menyebut dirinya sebagai 'Little Cloud', menerima kecaman dari berbagai pihak di China. Dia memposting kurang lebih 100 foto dalam berbagai pose, baik mengenakan pakaian mahupun tanpa sehelai benang pun. Dia mengatakan, dirinya berfoto bogel bukan demi mencari wangi atau popular, tapi agar boleh menarik perhatian orang-orang untuk memberikan sumbangan bagi daerahnya yang rosak teruk akibat gempa bumi. Sumber: Detiknet.com bk -macam dah jadi satu trend...setiap kali memerlukan sumbangan wang atau memerlukan wang..berbogel jawapannya. |
You are subscribed to email updates from borak kosong To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |