Adsense

Ahad, 20 Februari 2011

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Nur Fazura Teruja Jadi Duta Eliksir Haruman Eksklusif LUX

Posted: 20 Feb 2011 08:00 PM PST

LUX Semai Sentuhan Glamor ke dalam Pengalaman Mandian Harian

Perjalanan untuk LUX sejak 1928 dipenuhi glamor dengan menampilkan bintang terkemuka Hollywood yang mengubahnya menjadi produk jagaan kecantikan Hollywood yang digemari.

Sekarang ini, LUX telah mencapai tahap baru dengan pengenalan bintang LUX barunya iaitu pelakon dan selebriti terkenal, Nur Fazura dan serentak dengan itu juga LUX telah melancarkan platform haruman bagi rangkaian mandian barunya yang dikenali sebagai rangkaian Eliksir Haruman Eksklusif LUX.

Nur Faazura Duta LUX

Budiey nak ucapkan tahniah buat Nur Fazura Sharifuddin atau lebih glamor dengan nama Nur Fazura kerana telah berjaya dipilih menyertai barisan jelitawan selebriti tempatan sebagai duta baru LUX. Fazura mengikuti langkah sebilangan selebriti paling glamor Malaysia seperti Ramona Rahman, Sheila Majid, Fauziah Latif, Amy Mastura dan Erra Fazira.

Di majlis gala yang cukup happening, Fazura telah hadir untuk melaksanakan tugas pertamanya selaku duta LUX dengan memperkenalkan rangkaian LUX yang baru dengan membawa mandian ke tahap kreativiti dengan menggunakan kecanggihan baru. Platform haruman dari rangkaian LUX baru ini memperkenalkan wangian eksklusif dari pereka minyak wangi terkenal dunia Ann Gottleb, Eliksir Haruman Eksklusif LUX mengubah mandian harian menjadi pengalaman mewah dengan hasilnya yang sangat sofistikated. Nak tahu sejauh wangi ke tak wangi kenalah cuba!

Di majlis itu juga, penyanyi dan juga bekas duta LUX, Amy Mastura turut hadir memeriahkan majlis.

Nur Faazura Duta LUX

Nur Faazura Duta LUX

Amy Mastura menyerahkan mahkota sebagai simbolik kepada penyerahan tugas sebagai duta. Kata Amy, "Good luck Fazura!"

Ujar Fazura semasa sidang media, "Saya sangat bertuah kerana diberi peluang menjadi duta jenama mandian badan kecantikan yang sangat terkenal, LUX. Ini kerana saya sedar bahawa saya berkongsi keistimewaan ini bersama beberapa wanita paling ternama di seluruh dunia, selain yang di Malaysia yang saya ikuti jejak langkah mereka.

Nur Faazura Duta LUX

Kata Lennu Chuah, Pengurus Jenama Personal Wash dalam ucapannya pula, "Kami teruja dengan Fazura sebagai duta baru kami kerana beliau adalah lambang identiti kecantikan yang dimiliki LUX dengan baik sekali. Memiliki seorang duta yang glamor dan secantik Fazura digandingkan pula dengan rangkaian Eliksir Haruman Eksklusif LUX baru ini hebar sekali kerana beliau melengkapkan sentuhan Ann Gottlieb yang penuh kemahiran mencipta wangian dan rangkaian terbaru.

Nur Fazura

Bekerjasama dengan pakar haruman Unilever sendiri dan sepasukan dengan pereka minyak wangi terkemuka dari New York, Paris dan London, Gottlieb – orang sebalik haruman seperti CK One, Obsession, Eternity dan Daisy & Lola untuk Marc Jacobs – memulakan eksploraso wangian bagi mencipta rangkaian terbaru haruman mandian LUX.

Apa itu Eliksir Haruman Eksklusif LUX? Ianya adalah haruman koleksi diinspirasikan minyak wangi yang begitu sofistikated. Ia adalah pasangan haruman yang tahan lama yang mempamerkan elemen minyak wangi ternama.

Nur Faazura Duta LUX

Dihoskan oleh Serena C dari FlyFM

Wangian LUX bakal menyerlahkan aroma dan inovatid sensasi yang luar biasa dan ia mencipta satu sejarah baru bagi penciptaan wangian haruman mandian.

Ia bukan saja wangi, malah ia juga meninggalkan baru yang kekal sepanjang hari selepas mandi. Bagi memastikan ia kekal, LUX mendedahkan unsur tersembunyi dalam pembersih badannya yang digelar Fragrance Pearls yang direka untuk memerangkap bau minyak wangi yang berharga dan melepaskannya semasa buih dikeluarkan.

Ia diadun dengan ramuan bemutu tinggi dan luar biasa bagi mencipta haruman yang menawan dan diinspirasikan pula dari bunga-bungaan yang berkembang mekar dan segar, buah-buahan eksotik, kulit kayu dan herba yang membelai serta kekal lama pada kulit selepas seseorang itu mandi.

Ada dua jenis mandian baru LUX iaitu:

LUX Magical Spell – baunya sangat menggoda yang dihasilkan dari haruman orkid dan minyak jupiter, bunga-bungaan dari Timur dan haruman asas dari dark wood, ambar, kasturi, minyak nilam dan vanila.

LUX Secret Bliss – dihasilkan dari wangian timur hijau yang memukau dengan ramuan Egyption Violet Leaf dan minyak Elemi. Haruman sensual ini dihasilkan juga dengan mabar, black violet dan kayu cendana.

Selain dua haruman ini, LUX juga memperkenalkan tiga lagi pilihan mandian haruman iaitu LUX Soft Touch and Velvet Touch, LUX White Impress dan LUX Wake Me UP.

Rangkaian produk ini boleh dibeli di semua outlet yang membawa jenama LUX seluruh Malaysia.

Nur Faazura Duta LUX

Nur Faazura Duta LUX

Nur Faazura Duta LUX

Nur Faazura Duta LUX

Nur Faazura Duta LUX

Nur Faazura Duta LUX

Nur Fazura

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Gambar Nur Fazura Duta LUX Terbaru
  • Gambar Fazura di Sidang Media Anak Wayang
  • Gambar Fazura di Sesi Ramah Mesra Pelakon Drama Ezora @ The Curve
  • Kes Mahkamah Pelakon Selamat Pagi Cinta, Nur Fazura Bela Diri
  • Gambar Liyana Jasmay di Duta Baru Cosmetic Maybelline New York
  • Nur Fazura Dibebaskan Tuduhan Mencederakan Suri Rumah
  • Trivia: Yang Mana Satu Maya Karin – Nur Fazura
  • Gambar Kakak Liyana Jasmay
  • Fazura Nafi Kahwin
  • Gambar Fazura dan Rusdy Ramli di Sidang Media Anak Wayang di KLPac
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Floor Fever Juara Dynda Hanya Kamu Dance Off

    Posted: 20 Feb 2011 02:58 PM PST

    Pada jam 3 petang 20 Februari 2011 Ahad telah berlangsungnya satu pertandingan Akhir Dynda Hanya Kamu Dance Off ajuran Alibi Music di Sungei Wang Plaza. Sebanyak 4 kumpulan telah layak untuk ke pusingan akhir ini selepas sesi saringan yang diadakan pada minggu lepas.

    Pertandingan ini juga turut mendapat kerjasama dari Sungei Wang Plaza sebagai penaja lokasi dan blog Sensasi Selebriti (budiey.com) sebagai blog rasmi untuk pertandingan ini.

    Sebanyak 4 buah kumpulan telah menunjukkan aksi tarian K-Pop yang semuanya mantap-mantap. Mereka ialah Floor Fever, Hype 7.0, Perimbun Starzz dan Gorgeous Girls.

    Budiey nak ucapkan tahniah buat Floor Fever yang telah berjaya dinobatkan sebagai juara dan membawa pulang wang tunai sebanyak RM2,000 serta berpeluang untuk muncul dalam video klip Dynda yang berjudul Babe… Hanya Kamu.

    Dynda Dance Off

    Tempat kedua membawa pulang wang tunai RM1500 dan tempat ketiga pula RM700.

    Dynda Dance Off

    Menurut Ferhard Ahmad, Pengarah Urusan Alibi Music Sdn Bhd, pertandingan ini dianjurkan sempena single terbaru Dynda… Babe Hanya Kamu yang telah dilancarkan sekitar penghujung tahun 2010.

    "Kami anjurkan pertandingan ini untuk mencari bakat-bakat baru yang boleh kami tampilkan dalam video klip muzik Dynda. Kumpulan yang kami cari haruslah sinonim dengan ciri-ciri yang sedia ada pada Dynda."

    Gerak tari hendaklah lincah dan koreografinya pula kenalah menarik. Di samping itu, ia bersesuaian dengan aliran fesyen tarian jalanan dan K-Pop yang ranggi, peserta stailo mempunyai peluang yang lebih cerah untuk bergelar juara."

    Dynda Dance Off

    Dihoskan oleh Bob Ringgo dari Suria FM

    Dynda yang sebelum ini turut muncul dalam konsert Jom Heboh di Kuantan dan Pestaraya di Theatre Studio, Esplanade Singapura, begitu teruja sekali dengan penganjuran pertandingan ini dan mereka cukup berterima kasih kepada Alibi Music yang membawa memperkenalkan Dynda kepada peminat di Malaysia.

    Di Pertandingan ini, Dynda juga turut menjadi juri bersama dengan ketua juri iaitu Belalang. Sebagai penutup, Dynda menghiburkan hadirin dengan lagu tersohornya, Babe… Hanya Kamu. Lagu ini semakin mendapat tempat di kalangan penggemar muzik sejak diputarkan di HOt FM dan memasuki Carta Hot FM 30 awal tahun ini.

    Dynda ditubuhkan pada Disember 2009 dan memulakan karier mereka sebagai penari dan setelah bergelar penyanyi, mereka mahu imej penari itu ditampilkan dalam persembahan mereka.

    Dynda Dance Off

    Dynda Dance Off

    Dynda Dance Off

    Dynda Dance Off

    Dynda Dance Off

    Dynda Dance Off

    Dynda Dance Off

    Dynda Dance Off

    Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

    Tags:

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Biodata DYNDA ELLY
  • The Final Four Teams Battles for the Champion Title
  • Jom Sertai Pertandingan MENARI SEPERTI DynDa
  • Dayang Nurfaizah: Profile & Biodata
  • Street Dance Battleground Astro 2010
  • Profil DYNDA REELLA
  • Lirik Lagu Benchinta Faizal Tahir
  • Battleground Street Dance Competition
  • Lirik Sayang Sayang Aliff Aziz
  • Profile DYNDA RENNI
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.