Adsense

Ahad, 20 Februari 2011

OHBULAN!

OHBULAN!


“Saya & Shahz Jaszle Tiada Hubungan Istimewa” – Neelofa

Posted: 20 Feb 2011 09:02 PM PST

Tersentak dengan cerita yang dikeluarkan oleh sisipan akhbar Berita Harian (BiPop) semalam, krew kami dengan segera mencari heroin filem Azura 2011, Neelofa untuk penjelasan yang lebih lanjut.

Dalam laporan BiPop semalam, cinta lokasi antara Shahz dan Neelofa tidak berakhir di Paris dan London sebaliknya masih berlarutan hingga ke hari ini, sekali gus menuntut Shahz memutuskan ikatan percintaannya bersama Maria hanya menerusi SMS saja!

Sebagai penyedap cerita, Shahz sanggup memandu dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang pada 10 Februari lalu semata-mata untuk bersama model jelita berkenaan menyambut majlis ulang tahunnya yang ke-22.

Walau bagaimanapun, Neelofa yang ditemubual sebentar tadi menafikan gosip yang hangat diperkatakan orang semalam. Ikuti temubualnya selepas ini.

"Macam nak pecah dada baca pasal cerita ini semalam. Sabar je la," gelak Neelofa apabila kami bertanyakan mengenai gosip tersebut.

Sebenarnya, Lofa & Shahz Jaszle tiada apa-apa hubungan istimewa. Senang cakap, hubungan kami hanya sebagai kawan profesional yang bekerja di set pengambaran. Apa yang berlaku terhadap Shahz Jaszle adalah cerita peribadinya, Lofa tidak mahu ulas panjang, biar Shahz yang berikan kenyataan.

Mengenai cerita Shahz Jaszle menyambut birthday Lofa, sebenarnya cerita itu tidak tepat. Pada hari tersebut, Lofa tengah tour untuk shooting Astro bagi program Sekolahku Hebat. Ketika itu, Lofa ada shooting di sekolah budak-budak buta di Bukit Mertajam. Krew-krew produksi Astro yang celebrate birthday Lofa, siap beli cake semua. Shahz Jaszle memang tidak ada, krew-krew produksi boleh jadi saksi.

"Walau bagaimanapun, Shahz ada hantar ucapan 'Happy Birthday Neelofa' melalui Twitter. Lofa berpendapat, Shahz hanyalah rakan sekerja yang profesional, tidak lebih daripada itu," kata Lofa di pengakhiran temubual.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Siti Sarah Akan Berkahwin Hujung Minggu Ini.

Posted: 20 Feb 2011 08:00 PM PST

Selepas kisah pertunangan Siti Sarah & Shuib (Sepah Raja Lawak) tersiar dalam laman-laman blog akhir tahun lepas, mereka berdua ada bercadang untuk melangsungkan perkahwinan pada 15 Januari 2011. Namun, hasrat tersebut ditundakan seketika kerana masing-masing ada komitmen kerja.

Dalam diam-diam, sumber kami yang otai telah berjaya menghidu tarikh sebenar perkahwinan Siti Sarah & Shuib. Mereka berdua dijangkakan akan menamatkan zaman bujang dengan melangsungkan perkahwinan pada hujung minggu ini (26 Februari 2011) di Jeumpa' D'Ramo, Bangsar Kuala Lumpur. Pelik juga, cerita perkahwinan mereka tidak diwar-warkan seperti selebriti yang lain.

Imbas kembali, sebelum ini Siti Sarah meminta Shuib untuk merahsiakan pertunangan mereka kerana enggan peristiwa putus tunang berulang kembali. Siti Sarah pernah bertunang dengan mat saleh, namun diputuskan sekerat jalan.

Percaya atau tidak, kita tunggu sahaja gambar-gambar perkahwinan Siti Sarah hujung minggu ini. Enjoice!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.