Blog Sensasi Ohbayu |
(Gambar) Facebook Dan Twitter Pencetus Revolusi Posted: 19 Feb 2011 10:33 PM PST Teknolgi ibarat pisau yang tajam. Apa yang terjadi di Tunisia,Mesir,Libya dan negara-negara Arab lain pada awal tahun ini dapat menjadi bukti "ketajaman" teknologi. Ben Ali berjaya diturunkan di Tunisia dan Hosni Mubarak di Mesir akibat revolusi yang dimulakan di Facebook. Bagaimana jaring sosial bernama Facebook mampu "membunuh" kekuasaan diktator di negeri Firaun tersebut? Twitter, Facebook dan jaring sosial lainnya memang antara menjadi senjata ampuh dalam menggulingkan kekuasaan pemerintahan diktator di Tunisia dan Mesir. Maka apabila negara lain yang berasa senasib, meniru cara kedua negara itu menggerakkan gerakan revolusi melalui alam maya. Di Libya, twitter dan facebook dijadikan engin penggerak untuk gerakan revolusi. Antara group mereka ialah group "Day Of Anger" dan berpuluh-puluh group yang lain yang dibuat oleh seseorang yang anynomous. Di Facebook mereka boleh menghantar mesej dengan hanya sekali klik, upload gambar dan video yang mudah mempengaruhi follower mereka. Di twitter pula mereka dengan cepat dapat update suasana yang berlaku dengan sekali 'tweet' sahaja. Tidak dilupa juga youtube, tempat pemprotes upload dan menyebarkan video terkini kepada pengikut dan juga ke seluruh dunia. Ini kerana media perdana di negara tersebut dikuasai oleh kerajaan yang menyebarkan doktrin memburuk-burukkan pembangkang. Di Malaysia pula, semasa peristiwa Reformasi dahulu pun digerakkan dengan laman web. Laman web yang utama di masa itu ialah Laman Reformasi yang tidak diketahui siapa webmasternya. Revolusi Di Libya Terkini Manakala itu, mangsa korban Revolusi di Benghazi, Libya dilaporkan mencecah kepada angka 84 orang yang menurut Human Rights Watch. Mereka mati ditembak pasukan tentera Libya. Kumpulan anti-Kolonel Muammar Khadafi turun ke jalan sejak Khamis lalu.Mereka menuduh Ghadafi bertahun-tahun melakukan pelanggaran hak asasi manusia. Ghadafi berkuasa sejak kudeta tahun 1969, dan pemimpin paling lama berkuasa di Afrika dan Arab. Masa ini, kerajaan Libya telah memutuskan capaian ke internet untuk menyekat gerakan dari cyber ini. Gambar revolusi di Libya. sumber : isuhangat |
Posted: 19 Feb 2011 10:29 PM PST Tahun ini mempunyai 4 tanggal istimewa iaitu: 1-1-11, 11-1-11, 1-11-11, 11-11-11. Mesti ramai yang merancang majlis istimewa pada tanggal di atas. Detik pun boleh pilih jam 1.11, jam 11.11 dll. Sekarang cuba ini: ambil 2 digit terakhir tahun kelahiran anda dicampur dengan umur anda tahun ini hasilnya pasti = 111. Baca Yang Ini Pulak:- |
You are subscribed to email updates from Blog Sensasi Ohbayu To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |